tag:blogger.com,1999:blog-7816380907380408447.post3792466286866999432..comments2023-09-17T21:23:33.355+08:00Comments on Bina bahagia bersama Suzana Ghazali....: Jenayah seks suami terhadap isteriSuzana Ghazalihttp://www.blogger.com/profile/14657832783315092580noreply@blogger.comBlogger11125tag:blogger.com,1999:blog-7816380907380408447.post-46749381663155443942010-06-22T12:09:13.908+08:002010-06-22T12:09:13.908+08:00pn suzana..suka baca pendapat dan komentar dalam m...pn suzana..suka baca pendapat dan komentar dalam majalah pa&ma julai.. tq..Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/10541854842659308962noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7816380907380408447.post-33223859440364688112010-06-17T17:17:04.806+08:002010-06-17T17:17:04.806+08:00sangat berinformasi..
terima kasih atas perkongsia...sangat berinformasi..
terima kasih atas perkongsian iniJasminhttps://www.blogger.com/profile/06947452259791423477noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7816380907380408447.post-45584361713550946552010-06-16T17:54:20.623+08:002010-06-16T17:54:20.623+08:00Assalamualaikum warahmatullah,
Su, sekadar berkon...Assalamualaikum warahmatullah,

Su, sekadar berkongsi. Kemusyilan sudah dijawab JAKIM.

Rujuk : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf, bahagian SYARIAH - Munakahat - Isu Rumahtangga.

Saya C&P jawapan JAKIM di sini, nombor rujukan PanelSJAIana26052010 :

Berdasarkan ayat dan hadis yang saudara kemukakan menunjukkan bahawa tanggungjawab seorang suami ialah menyediakan nafkah untuk isteri (wajib) dan tanggungjawab isteri ialah taat kepada suami (wajib) kedua-dua tanggungjawab ini mengikat antara suami dan isteri selama mana kedua-duanya menjalankan tanggungjawab masing-masing. Apabila suami gagal menyediakan nafkah maka kewajipan taat akan gugur bagi isteri, bermaksud kalau isteri tidak taat isteri tidak berdosa kalau isteri tetap taat tidak mengapa terpulang kepada isteri. Begitu juga apabila isteri tidak taat kepada suami maka tanggungjawab menyediakan nafkah akan gugur ke atas suami, bermaksud kalau suami tidak sediakan nafkah suami tidak berdosa tetapi kalau suami sediakan juga tidak mengapa terpulang kepada suami. Wallahua'lam.

Terpulang kepada akhi Abu Usamah dan suami-suami lainnya mahu pakai jawapan JAKIM atau tidak...

Salah anggap isteri wajib taat kepada suami fasik WAJIB diperbetulkan. Jangan salah guna kuasa!Bawang Gorenghttps://www.blogger.com/profile/04806305958297209364noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7816380907380408447.post-70893393621064612972010-06-15T22:44:42.948+08:002010-06-15T22:44:42.948+08:00Salam
Tn Usamah; tlg teliti perbincangan2 sy, sy ...Salam

Tn Usamah; tlg teliti perbincangan2 sy, sy jelaskan kesemuanya. Bkn pertahankan hak wanita hg melanggar syariat. Mohon dijauhkan. Sy ada berikan ulasan lengkap tentang beza wajib taat dan hormat termasuk bila masa permintaan suami boleh ditolak; ada hujah berdasarkan sunnah. Jgn judge berdasarkan satu artikel yg tak lengkap. Apa pun, terima kasih atas pandangan. Sy amat hargai peringatan trsebut. Terima kasih :)Suzana Ghazalihttps://www.blogger.com/profile/14657832783315092580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7816380907380408447.post-28104352051209188162010-06-15T16:06:04.744+08:002010-06-15T16:06:04.744+08:00Bawang goreng,
Isteri wajib mentaati suami di dal...Bawang goreng,

Isteri wajib mentaati suami di dalam hal-hal yang tidak melanggar syara'. Seorang suami yang kaki maksiat wajib ditaati di dalam hal yang ma'ruf.

Jika seorang suami peminum arak, dan dia mahu melakukan hubungan seks dengan isteri, si isteri tetap wajib mentaatinya, kecuali apa yang diminta ialah sesuatu yang bertentangan dengan syara', contohnya liwat, seks ketika haidh, atau dalam keadaan yang akan memudharatkan kesihatan atau keselamatan.

Yang haram ditaati ialah di dalam maksiat.

Sama seperti kita dengan ibu bapa, jika ibu bapa kita jahat sekalipun, akan tetapi kita wajib taat dalam hal-hal yang tidak melanggar syara'.

Saudari tidak dapat membawakan satu dalil sekalipun yang menunjukkan bahawa jika suami tidak bertanggungjawab, maka si isteri tidak wajib taat. Apa yang saudari bawakan hanyalah pandangan semata-mata, sedangkan apa yang ada dalam al-Quran dan as-Sunnah, lain daripada apa yang saudari sebutkan.

Dalil yang saudara bawakan hanyalah menceritakan tentang tanggungjawab seorang suami, kedudukan seorang suami dan isteri. Ia tidak menunjukkan apa-apa maksud yang menyatakan bahawa jika suami tidak bertanggungjawab, maka si isteri tidak wajib lagi taat dalam hal-hal yang tak melanggar syara'.

Lalu apa yang boleh si isteri buat?
Jika dia merasa hak telah terabai, dia boleh buat perkara-perkara yang harus dilakukan seperti meminta fasakh, dan selagi mana mereka masih bergelar suami isteri, selagi itu tanggungjawab sebagai isteri mesti dilakukan. Kezaliman tidak boleh dibalas dengan kezaliman.

Mendapat seorang suami yang tidak bertanggungjawab, tidak bermakna kita juga perlu menjadi isteri yang tidak bertanggungjawab.

Hal ini mestilah difahami dengan benar. Jangan kezaliman dibalas dengan kezaliman, dosa dibalas dosa.

Dalam kita mahu memperjuangkan hak wanita, hendaklah kita sedar kepada batas, dan hendaklah kita tunduk kepada apa yang digariskan al-Quran dan as-Sunnah.

Selagi mana kita memahami al-Quran dan as-Sunnah mengikut kehendak kita, bukan sebagaimana yang Allah kehendaki dan difahami Rasulullah SAW, selagi itulah lelaki-lelaki zalim akan terus menggunakan al-Quran dan al-Hadis untuk menjustifikasi kezaliman mereka, dan perempuan-perempuan yang derhaka akan terus menggunakan al-Quran dan al-Hadis untuk menjustifikasi kederhakaan mereka.

Wallahua'lam.Mohd Masri bin Mohd Ramlihttps://www.blogger.com/profile/04137884860599203128noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7816380907380408447.post-36508406324320767742010-06-15T15:16:14.630+08:002010-06-15T15:16:14.630+08:00Cik Su,
Thought you might want to read this: http...Cik Su,

Thought you might want to read this: http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2010/bil1_bhg2-2010.pdf

Just sharing...

Nak cari fatwa di MAIS/JAIS syusah skit..

NB: Su, letaklah shoutbox balik. Senang nak tinggalkan pesan pendek-pendek...Bawang Gorenghttps://www.blogger.com/profile/04806305958297209364noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7816380907380408447.post-21764401111608091952010-06-15T14:59:59.584+08:002010-06-15T14:59:59.584+08:00Rasanya, yg menjadi persoalan Abu Usamah : apakah ...Rasanya, yg menjadi persoalan Abu Usamah : apakah isteri tetap wajib melayani kehendak batin suami yang sengaja gagal menunaikan tanggungjawab?

Saya tertarik utk menyebut firman Allah SWT mafhumnya, “…Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang makruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya….” (QS 2:228)

Yang saya faham, seorang isteri perlu taat kepada suami kerana wujudnya ikatan pernikahan. Walau bagaimanapun tanggungjawab itu bukanlah mutlak tanpa batas sempadan. Antara syarat yang mewajibkan isteri mentaati suami ialah suami juga perlu menjalankan sepenuhnya tanggungjawabnya terhadap isteri. Segala hak dan tanggungjawab saling bertimbal balik. Hak isteri adalah tanggungjawab suami. Sementara hak suami pula adalah tanggungjawab isteri. Antara lain yang mewajibkan isteri mentaati suami adalah arahan yang diberi suami tidak bertentangan dengan Islam. Jika arahan suami bertentangan dengan ajaran Islam, arahan itu bukan saja tidak wajib dipatuhi, malahan suami patut diperbetulkan dengan cara bijaksana. Taat membuta adalah kurang pandai/bijak (a.k.a BODOH la).

Lihat juga QS 4:34, mafhumnya, “…Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka…”

Jika dilihat pada seluruh ayat yang sebenarnya bermula dengan menyebutkan bahawa lelaki yang bergelar rajul adalah pelindung wanita disebabkan rajul mempunyai kelebihan di atas wanita disebabkan lelaki rajul membelanjakan dari pendapatannya untuk wanita. Ini bererti bukan sebarang lelaki yang mempunyai kelebihan di atas wanita tetapi lelaki yang mempunyai sedikit kelebihan adalah lelaki yang memberi nafkah kepada wanita (isterinya). [NB : Suami yang culas berikan hak isteri, maksudnya yang tidak bertanggungjawab dalam nafkah zahir dan batin, BUKAN seorang rajul. Jika suami BUKAN seorang rajul, layakkah dia ditaati tanpa kompromi?]

Malangnya, hari ini, RAMAI lelaki bergelar suami tak nak faham atau mereka saja buat-buat tak faham...Bawang Gorenghttps://www.blogger.com/profile/04806305958297209364noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7816380907380408447.post-11194728624794079122010-06-15T14:44:31.492+08:002010-06-15T14:44:31.492+08:00Salam
Tn Abu Usamah; terima kasih byk kerana berko...Salam
Tn Abu Usamah; terima kasih byk kerana berkongsi. Terus terang, sy tak jmpa yg lengkap dgn matan dan sanadnya, bantuan tuan mmg sy hargai. Utk makluman, perbincangan sy berkaitan hbgn suami isteri di ruangan Resipi Hidup ada 4 siri, boleh dptkan semuanya dan insyaAllah, penjelasan sy yg tentang perkara berkaitan adalah lengkap. Terima kasih sekali lg :)Suzana Ghazalihttps://www.blogger.com/profile/14657832783315092580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7816380907380408447.post-32110096078671632372010-06-15T12:03:02.913+08:002010-06-15T12:03:02.913+08:00Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Baru...Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Baru-baru ini saya terbaca kolum puan di dalam sebuah majalah, Mingguan Wanita rasanya.

Puan menulis tentang bolehnya isteri menolak ajakan suami untuk melakukan hubungan seks.

Saya bukan mahu memberikan komentar kepada isu tersebut, kerana tulisan puan itu perlu diperincikan lagi, pada bila masa dibenarkan menolak ajakan suami, dan pada bila masa wajib. Dan hukum asalnya ialah wajib taat. Saya cadangkan puan mencari rujukan daripada fatwa-fatwa para ulama' agar tulisan puan lebih mantap, pembaca lebih yakin, dan puan sendiri akan rasa lebih selamat dalam menulis.

Hanya sahaja saya tertarik tatkala puan menyatakan puan tidak menemui hadis yang menyatakan wajib penuhi kehendak seksual suami hatta di atas unta. Puan, saya search di google, sahaja dengan mudah saya jumpa teks hadis tersebut, berserta dengan sumber kitab hadis dan nombor hadis tersebut.

Ini teks arabnya:

فإني لو كنت آمرا أحد أن يسجد لغير اللَّه، لأمرت المرأة أن تسجد لزوجها. والذي لزوجها. والذي نفس مُحَمَّد بيده! لا تؤدي المرأة حق ربها حتى تؤدي حق زوجها ولو سألها نفسها، وهي على قتب لم تمنعه)).

hadis ini diriwayatkan di dalam Sunan Ibn Majah, hadis no: 1853, Sunan at-Tirmizi: 1159, ulama' hadis seperti Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani menyatakan hadis ini sahih di dalam Sahih Sunan Ibn Majah:1515

Terjemahannya banyak diinternet. Ini antara terjemahan yang saya jumpa bila search:

Maka sesungguhnya jika seandainya saya memerintahkan seseorang untuk bersujud kepada selain Alloh sungguh saya akan memerintahkan seorang wanita untuk bersujud kepad suaminya. Demi jiwa Muhammmad yang ada ditangan-Nya, tidaklah seorang wanita akan menunaikan hak Robbnya hingga ia menunaikan hak suami. Kalau seandainya suami mengajak istri (ke ranjang) tidaklah ia menolak ajakannya walaupun ia berada di atas punggung unta

Wallahua'lam.Mohd Masri bin Mohd Ramlihttps://www.blogger.com/profile/04137884860599203128noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7816380907380408447.post-33320979962587250262010-06-14T22:10:34.354+08:002010-06-14T22:10:34.354+08:00Salam BG; silakan lah. Sy usahakan sekadar terdaya...Salam BG; silakan lah. Sy usahakan sekadar terdaya :)Suzana Ghazalihttps://www.blogger.com/profile/14657832783315092580noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7816380907380408447.post-36849600753344315302010-06-14T14:27:40.348+08:002010-06-14T14:27:40.348+08:00Cik su,
Saya link entry ini ke http://laman-seri....Cik su,

Saya link entry ini ke http://laman-seri.blogspot.com/.

Saya ada masukkan entry http://laman-seri.blogspot.com/2010/06/benarkah-islam-membolehkan-suami-pukul.html, tapi sayangnya, CUMA cik Su sorang aje yg berani mengulas tentang ini.

Mengapa pihak yang berkuasa DIAM saja, seolah-olah keganasan rumahtangga atau lebih tepat lagi, JENAYAH SEKS, dibenarkan oleh agama Islam?!

Hairan saya...Bawang Gorenghttps://www.blogger.com/profile/04806305958297209364noreply@blogger.com