30 April 2009

Pisang dan hati

Berehat sekejap, saya meneliti emel. Ada satu emel yang amat menarik untuk dikongsi dengan anda semua...
-----------------------------------------------------------------------------
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

****Moga sama-sama mendapat iktibar....

29 April 2009

Macam-macam cerita

Dah lama sangat saya tak menjenguk blog ini. Entri terakhir saya bertarikh 15hb April dan hari ini, 29hb April, kira-kira dua minggu jugak. Saya menjenguk sekejap pada hari Isnin baru ni, 27hb April apabila mendapat khabar, terdapat pergaduhan di chat box saya yang sepatutnya menjadi medan anda semua memberikan komen yang membina.

Ziarah sebentar selepas jam 6pm memberikan satu kata putus, ruangan komen menerusi chat box tersebut saya mansuhkan. Ini cerita permulaan dalam himpunan pelbagai cerita yang ingin saya kongsi dengan anda.

----------------------------------------------------------------------------------
Bengkel Kerjaya 18hb April

Alhamdulillah, Bengkel Kerjaya berjaya diadakan biarpun ada peserta yang menarik diri selepas penangguhan drpd tarikh asal program. Alhamdulillah juga, terdapat dua peserta yang diterima menjadi perintis dan bakal menjalankan tugasan berkaitan rundingcara psikologi keluarga dan guaman syarie ini selepas beberapa sesi latihan yang bakal diadakan.

----------------------------------------------------------------------------------
Ulangtahun pertama blog 18hb April

Tarikh yang sama dengan Bengkel Kerjaya juga adalah tarikh ulangtahun pertama kelahiran blog Bersama Suzana ini. Ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan. Saya sedar, saya tak mungkin dapat memenuhi permintaan dan memuaskan hati semua pihak. Bukti jelas seperti yang terdapat dalam chat box saya sebelum ini (jika anda membacanya).

Terpulanglah kepada pendapat dan pandangan anda cuma yang dapat saya katakan, saya adalah juga manusia biasa sama seperti anda, perlukan kewangan untuk meneruskan hidup di atas muka bumi ini lantaran itulah, saya bekerja dan kerjaya saya melibatkan khidmat nasihat dan pandangan. Terima kasih kepada yang berusaha mempertahankan saya, hanya Dia yang dapat membalasnya dan Dia juga yang Maha Mengetahui segalanya.

----------------------------------------------------------------------------------
Ulangtahun kerjaya yang ke-11 pada 20hb April

Alhamdulillah, telah 11 tahun saya terlibat dalam kerjaya melibatkan psikologi keluarga dan guaman syarie. Terima kasih atas sokongan dan doa semua pihak. Moga saya dapat meneruskan kerjaya saya, memberikan khidmat nasihat dengan kos perkhidmatan mampu bayar kepada semua pihak.

Hmmm... kalaulah semudah ini saya membuat duit, seperti kata-kata dalam chat box, 11 tahun dah cukup untuk jadikan saya antara jutawan Malaysia dan tak perlulah lagi saya perah otak memberikan pandangan dan pendapat terhadap pelbagai penyakit masyarakat kan? Betul lah kata orang, ada tikanya lebih baik berdiam diri daripada menyuarakan sesuatu yang akhirnya memalukan diri sendiri...

-----------------------------------------------------------------------------------
Bekerja sambil bercuti 21hb-23hb April

Alhamdulillah, perancangan saya untuk membawa anak-anak dan Mak serta Bapa saya ke Kuala Terengganu ketika memenuhi sesi undangan ceramah anjuran UTM Space, dimakbulkan Allah SWT. Malah, adik-adik saya dapat ikut serta. Seronok bila rezeki kurniaan-Nya dapat dikongsi dengan insan-insan tersayang. Ada beberapa gambar dah diupload, boleh layari Permata Hati Suzana

Perancangan awal, nak bertolak balik ke KL hari Rabu petang. Tapi dek kerana kepenatan menjayakan 'rombongan che kiah' seharian penuh, kami bermalam semalam lagi di Seberang Takir dan bertolak balik awal pagi Khamis. Alang-alang dah ke pantai timur, kami singgah ke Bandar Pusat Jengka, lebih tepat lagi ke Jengka 1, menjenguk semula tempat pertama Bapa saya berkhidmat sebagai guru, juga tempat saya dibesarkan bermula usia dua bulan hingga dua tahun. Bapa dan Mak seronok sungguh bila berjumpa semula jiran-jiran lama, yang dah jadi cam saudara sendiri. Kat bawah ni antara gambar kat Jengka 1, lain-lain akan saya masukkan dlm Permata Hati Suzana
Rumah guru tempat saya dibesarkan... kini dah terbiar.

Blok pertama sekolah ini, tempat pertama Bapa saya mengajar...

Bapa dan Mak di depan SK (LKTP) Jengka 1, pertemuan semula selepas lebih 33 tahun...

---------------------------------------------------------------------------------
Setiap Jumaat di Awani Pagi

Dalam perjalanan ke Jengka 1, saya dapat panggilan memaklumkan, saya mendapat peluang untuk ke udara di dalam slot Awani Pagi, bermula 24hb April. Alhamdulillah.... so, terdekat 1hb Mei, saya akan bincangkan tentang topik "Siapa kata isteri tiada kuasa talak?". Jangan lupa bersama saya, setiap Jumaat jam 8.45am di Awani Pagi, Astro.

Cerita tamat.... jumpa lagi!!!

15 April 2009

Urus tekanan anda

Seorang ahli KBS mengirimkan emel menanyakan, kenapa masih ada kesedihan dan ketegangan walaupun telah wujud redha dan pasrah terhadap ujian hidup? Jawapan mudah, anda tidak redha dan pasrah sepenuhnya sebaliknya membiarkan diri anda dikuasai oleh tekanan atau stress.

Saya ada menyimpan beberapa kaedah mengurus tekanan yang diambil dari beberapa sumber. Moga memberikan manfaat kepada semua:

--------------------------------------------------------------------------

1. TIPS KESIHATAN – MENGATASI STRESS

Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan
dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri).

Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.

Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:

1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.

3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar acting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan di wajah anda.

5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.


2. 50 CARA MENGURUS STRESS

1. Kenali gejala stress. Apakah anda kurang nafsu makanan atau senang menyendiri? Jika benar, bertindaklah segera!

2. Hindari kafein, karena kafein akan mempercepat debaran jantung dan menaikkan tekanan darah anda.

3. Ambilahlah multivitamin untuk melawan stres.

4. Kurangi garam. Terlalu banyak garam akan menyebabkan penumpukan cairan tubuh, yang dapatmembuat orang cepat marah dan menimbulkan tekanan darah tinggi.

5. Makan yang teratur. Kalau anda tidak makan siang atau makan malam, tingkat gula darah akan menurun dan anda akan rasa gelisah

6. Delegasikan tugas. Mintalah bantuan orang lain jika pekerjaan bertambah.

7. Jangan menahan kemarahan. Berbincanglah masalah yang dihadapi dengan teman.

8. Jangan suka menunda-nunda. Hal itu akan menimbulkan stress.

9. Belajar bersantai. Duduk dengan tenang, pejamkan mata dan kendurkan otot-otot dari kepala sampai kaki dua kali sehari.

10. Peliharalah rasa humor. Tertawa itu amat mujarab untuk menghilangkan ketegangan.

11. Lupakan masa lalu. Terus mengungkit-ungkit kesalahan hanya membuat kita bingung dan gelisah.

12. Bersikap sopan santun. Sikap ramah tamah sering dapat mengurangi konflik.

13. Hadapi kenyataan. Ada hal yang memang tidak boleh diubah.

14. Pasang sasaran kecil yang realistis sebagai batu loncatan untuk mencapai yang besar.

15. Bersikap penuh inisiatif. Jangan hanya diam dan menunggu.

16. Ambil keputusan. Kita tidak begitu stress jika telah mencuba tetapi gagal, daripada jika tidak berbuat sesuatu sama sekali.

17. Bersukan secara teratur. Jalan cepat merupakan penghilang stress yang sangat mujarab.

18. Imaginasi dan membayangkan apa tindakan terbaik untuk menghadapi situasi itu.

19. Beristirahat dan bersantailah. Beristirehatlah beberapa kali dalam sehari.

20. Keluarkan perasaan yang boleh timbul stress.

21. Hati-hatilah dalam memilih teman. Pilihlah yang memiliki sikap hidup positif.

22. Picit sangat berguna, terutama pada otot-otot bahagian leher.

23. Cari upaya untuk mengurangi stress Contohnya, berbekal buku bila ada janji dengan seseorang untuk mengisi waktu bila ia terlambat.

24. Bantulah orang lain. Biasanya mereka akan membalas pada saat anda sangat memerlukannya.

25. Sedarilahkelemahan anda. Hanya dengan cara begitu anda dapat mengetahui bila anda memerlukan pertolongan.

26. Jauhi alkohol.

27. Berdandanlah, jangan selekeh. Orang yang tampak rapi biasanya lebih bahagia.

28. Jangan kelam kabut. Jadualkan waktu untuk membaca, menelefon kawan atau sanak saudara, dan untuk bersama dengan keluarga.

29. Antisipasikan masalah. Kejutan akan menimbulkan stress.

30. Ciptakan rutin. Anda akan menjimat waktu.

31. Lakukan pernafasan relaksasi.

32. Jauhi gosip. Mencampuri hal orang lain akan mengundang musuh.

33. Beranilah mengatakan tidak. Tanpa cakapan ini anda tidak mungkin merasa punya kawalan hidup anda.

34. Bersikaplah luwes. Ada banyak cara untuk mengerjakan sesuatu.

35. Suasana yang romantis dapat meredakan stress.

36. Hati-hati menggunakan ubat Ada ubatyang bila salah guna boleh hilangkonsentrasi.

37. Carilah tempat tumpahan emosi jika perlu. Membicarakan masalah dengan seorang yang dekat dengan anda sering kali sangat menolong.

38. Hiduplah teratur. Kehidupan anda akan lebih mudah diramalkan.

39. Amati gejala pada tubuh anda. Berjumpalah doktor atau psikologis jika stress dan depresi berkepanjangan menghinggapi anda.

40. Biarkan pembantu mengangkat telefon masa berehat di rumah.

41. Berlatih dulu untuk menghadapi situasi yang menegangkan. Dengan demikian anda bisa merasa siaga.

42. Melamun beberapa minit lari dari pekerjaan.

43. Berlatih yoga. Banyak orang menganggap yoga merupakan relaksasi yang paling sempurna.

44. Hindari jalan sibuk jangan terlalu sering memandu tanpa rancangan.

45. Mandi air hangat yang cukup lama, dan berendam lebih baik lagi.

46. Ubahlah warna-warna ruangan. Yang paling santai adalah biru muda, dan warna-warna tanah.

47. Tarik nafas panjang-panjang dan hembuslah perlahan-lahan.

48. Jangan membawa pulang pekerjaan. Belajarlah untuk memisahkan dua hal dalam hidup anda ini secara sempurna.

49. Lakukan pilihan yang realistis. Jangan bekerja melebihi kemampuan.

50. Bergabunglah dengan kelompok yang boleh memberi sokongan.

--------------------------------------------------------------------------

Sebagai seorang Muslim, cara terbaik ialah mendekatkan diri anda kepada-Nya. Amalkan bacaan surah al-Rahman selepas solat Maghrib, bacaan Yasin pada setiap malam Jumaat dan paling tidak pun, jangan tinggalkan amalan doa-doa al-ma'thurat pada sebelah pagi dan petang, setiap hari. Memadai dengan ma'thurat sughra.... insyaAllah, anda akan memperolehi ketenangan dan terhindar dari tekanan atau stress yang melampau....

14 April 2009

Klinik Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie

Anda ada masalah....
- cinta?
- hubungan suami isteri?
- hubungan dengan ibu bapa?
- hubungan dengan saudara mara?
- hubungan dengan menantu atau mertua?
- hubungan dengan rakan sekerja atau jiran tetangga?

Anda alami konflik...
- jiwa?
- emosi?
- kerjaya?
- pembelajaran?
- rumahtangga dan perkahwinan?

Ingin tahu hak anda sebagai ......
- ibu?
- bapa?
- anak?
- isteri?
- suami?
- pelajar?
- pekerja?
- jiran tetangga?

Nak tahu prosedur kes syariah?

Inginkan suntikan semangat dan motivasi bagi meneruskan hidup?

JANGAN TUNGGU LAGI!!! Temui saya di Klinik Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Lot 2.04 Tingkat 2, Anggerik Mall, Jln 14/8, seksyen 14, Shah Alam (berdekatan SACC Mall) dan segala masalah, konflik dan tanda tanya anda, akan selesai dan terjawab, insyaAllah!!!!

Bagi memudahkan urusan serta bagi mengelakkan anda terpaksa menunggu atau gagal menemui saya (ada jadual temujanji khusus), sila hubungi talian 013-2545965 bagi menetapkan temujanji atau isi dan hantarkan borang temujanji ini.

Bagi tujuan pengesahan (bagi mengelakkan pembatalan temujanji saat-saat akhir dan mengganggu jadual temujanji), sejumlah RM50 dikenakan bagi tujuan booking. Jumlah maksima RM50 lagi mungkin dikenakan kepada anda selepas sesi rundingcara selesai (ada kes yang tidak dikenakan bayaran tambahan lagi).

Bayaran booking boleh dibuat kepada Bina Bahagia Services, akaun Bank Islam 1206 5010 035871 kemudian fakskan slip deposit bayaran ke talian 03-5621 9722 atau 03-5511 4454 dengan menyertakan nama anda dan waktu temujanji yang dikehendaki atau emelkan ke binabahagia@gmail.com.

Sekiranya anda bermasalah untuk faks atau emel, anda boleh bank in kan ke akaun Maybank atas nama Suzalina Ghazali (PA saya) 16222 7320 752 kemudian smskan butiran bayaran (nombor rujukan) beserta nama dan masa temujanji pilihan anda ke talian 013-2545965.

Anda akan dihubungi segera selepas bayaran booking disahkan. Jadual temujanji bagi Klinik Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie adalah seperti berikut:





InsyaAllah.... anda takkan menyesal bertemu dengan saya. Ramai yang telah bertemu dengan saya dan mengakui kebenaran ini. Hanya dengan RM50 atau maksima RM100, anda akan mendapat 'nafas' baru, insyaAllah...!



Percayalah, anda sukar temui khidmat yang sama dengan kos perkhidmatan serupa di tempat lain....!!!


MEMANG BERBALOI!!!






Sekitar Alahai Khatijah 10hb April

Ada video di bawah sekali....








video

13 April 2009

Jawab dengan berhikmah

Saya terima emel ini, amat baik untuk perkongsian bersama. Sesungguhnya iman kita umat Islam, akan sentiasa diuji lantas bersedialah. Dek kerana itulah juga, kita perlu sentiasa mantapkan minda kita dengan ilmu yang berguna:
--------------------------------------------------------------------

SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali.

Mengapa?
Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soallah sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha Mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan ?
Dalam banyak² kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan ? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Ali-Imran, ayat 59..

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa? 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'Aku' kata jamaknya 'Kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan banyak nyawa manusia.

9) Sami Buddha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Buddha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit" Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan ? Lagi besar penyakitnya kan ? Lembu yang ragut rumput hari² pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan **** itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan ****?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari² sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari² pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul² juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan² yang nyatakan di atas, sebenarnya memang benar² ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... Mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was² dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was² dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yang disampaikanpun tak perlu panjang² cukup sekadar ringkas dan padat.

-----------------------------------------------------------------------
Berwaspada... iman manusia kini jika dibandingkan dengan iman sahabat dan mereka yang bersama Rasulullah SAW, hanya ibarat debu yang ditinggalkan oleh tapak kaki kuda yang bergerak dan kuda itu adalah perumpamaan iman para sahabat. Betapa kecilnya iman kita, berusaha lah memelihara dan meningkatkan keimanan kita kepada-Nya.

09 April 2009

21-22hb April di Kuala Terengganu

Untuk makluman, saya akan berada di Kuala Terengganu pada 21hb dan 22hb April ini bagi memenuhi jemputan menyampaikan ceramah bertajuk Keseimbangan Kerjaya dan Keluarga dalam Seminar Potensi Diri 2009 .

Program saya pada jam 2.00-4.30pm, 21hb April. Saya dijangka tiba di Kuala Terengganu pada pagi 21hb April dan dijangka bertolak ke KL semula pada 22hb April, jam 8.00 malam.

Sekiranya anda berhasrat untuk bertemu dan mendapatkan khidmat rundingcara dengan saya, sila tetapkan temujanji dengan PA saya. Hubungi talian temujanji 013-2545965.

Alahai Khatijah 10hb April

Segmen Alahai Khatijah
EPISOD 15 (KAMILA VOGUE)

Remaja sekarang memang membingungkan. Anak dara Kathy sendiri pun apa kurangnya. Adakalanya Kathy rasa inikah Kamila yang masa kecilnya dulu cukup manja dan ikut saja apa yang Kathy kata…

Hm…zaman berubah…dia tidak pernah mengenal susah…dia tak pernah dirotan, dia tak pernah merasa takda duit nak pergi sekolah. Tak macam zaman Kathy remaja dulu. Hidup susah. Sebab itu Kathy bertekad untuk ada kerjaya sendiri dan pegang duit sendiri. Namun Kamila tak nampak macam Kathy pun.

Cuma tahu belajar dan mintak duit. Itu takpa lagi, yang lebih memeningkan, dia menuntut dibelikan minyak wangi mahal. Pergi sekolah harum tubuhnya mengalahkan tubuh Kathy yang pergi kerja ini. Dia mahukan jam mahal-mahal. Alat mekap dan pencuci muka yang bukan murah. Siap mahu dibelikan contact lense pelbagai warna lagi…aduh…nak disanggah, dia dah besar. Dah sekolah menengah.

Nak diikutkan pulak, Kathy yang kopak. Tapi Kamila cukup pandai memujuk. Cair Kathy tiap kali dia melentuk luik mintak dibelikan barang peribadinya. Anak…anak…Kathy tahu dia sedang membesar dan memerlukan pelbagai keperluan sebagai persediaan meningkat dewasa. Kathy tak marah. Cuma pening memikirkannya. Nak pergi sekolah pun berdandan berjam-jam. Selagi dia tak puas hati dengan pakaiannya, selagi itulah dia tak keluar rumah.

Kathy hairan…memang macam itu ke tuntutan anak gadis zaman sekarang?
--------------------------------------------------------------------------------

Ikuti perbincangan masalah Kathy ini bersama saya di dalam Apa Kata Wanita? Bersama Zamzarina pada hari Jumaat ini, 10hb April, jam 9.30pm, siaran langsung di TV1.

06 April 2009

Luangkan masa anda seketika


Seorang rakan memberikan maklumat berharga di bawah ini kepada saya dan saya yakin, saya perlu berkongsi dengan anda semua. Hanya sedikit masa diperlukan. Hayati, fikirkan dan anda berhak tentukan pilihan anda kerana saya juga sudah membuat pilihan dan hanya dalam masa 7 hari, saya cukup puas hati, alhamdulillah!!!
-------------------------------------------------------------------

1. Laporan Wakil WHO, Dr Han Tieru, New Straits Times, 7hb April 2006 & 2008 tentang penyakit gaya hidup kini:
- 10,000 kematian setahun berkaitan strok, serangan jantung dan rosak organ
- 2.1 juta diabetes
- 6,000 kematian setahun berkaitan sakit jantung
- 3 juta tinggi kolestrol
- 40,000 kes kanser baru setiap tahun
- 110 kes strok baru setiap hari
- 25% orang Malaysia obesiti

2. Adakah anda hadapi masalah berikut:
- letih dan kurang tenaga (siang/petang)?
- mengantuk dan tidur siang?
- susah tidur malam atau tidur tak puas?
- kebas/ sakit urat/ sendi/otot/ tulang?
- berat badan lebih/kurang?

3. Apakah sarapan anda pagi ini?
- roti dengan manisan
- nasi goreng/ lemak/ berlauk
- mee/ laksa/ sup- bijirin/ oats/ telur
- roti canai/ telur/ tosai/ capati
- teh tarik/ milo ais/ kopi/ teh/ susu
- jus buah-buahan

4. Anda tidak bersarapan? Kenapa?
- tak sempat/ sibuk
- tak rasa lapar
- sudah jadi tabiat
- malas/ tak ada mood

Tahukah anda, SARAPAN PENTING dan anda perlukan SARAPAN LENGKAP & SIHAT?

Kami ada MENU SARAPAN SIHAT untuk anda:
* 55+ zat nutrisi & 18 asid amino dari buah, tumbuhan & herba botanikal
* cepat & sedap = 5 perisa lazat
* kenyang, segar & bertenaga seharian
* bersihkan usus & tingkat penyerapan zat/ nutrien dari makanan
* galak pertumbuhan sel-sel baru
* cegah/ pulih penyakit gaya hidup
*180+kcal = urus berat badan ideal & sihat

Nak cuba menu sarapan sihat? Isikan borang ini segera!!

-------------------------------------------------------------------

Anda juga boleh hubungi:
- Pn Yati 019-2748714
- Pn Umi Farisi 013-4845285
- Cik Ina 013-3630438

04 April 2009

Ucapkan dengan tepat

Saya terima emel berkaitan ucapan-ucapan mahmudah yang sepatutnya kita amalkan dalam kehidupan seharian. Malangnya, ada antara ucapan-ucapan ini disalah guna oleh orang ramai lantaran terkeliru. Terima kasih kepada pengirim emel dan terima kasih kepada individu yang mengumpulkan maklumat berharga ini.

------------------------------------------------------------------------------------

1 – Perkataan SUBHANALLAH
Ertinya ialah : ” MAHA SUCILAH ALLAH “

Ianya diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib . Contohnya tatkala kita melihat orang yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan .

Tujuan kita mengucapkan “ SUBHANALLAH “ iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita : “ Wah ! hebatnya orang itu , tak cedera langsung . Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta’ala “ .

Ianya diucapkan juga apabila kita melihat ada apa-apa perkataan ataupun perbuatan yang menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah . Contohnya kita ucapkan “ SUBHANALLAH “ apabila melihat ada orang yang menyembah berhala-berhala . Di dalam hati kita ketika itu seolah-olah kita berkata : “ Allah Ta’ala Maha Suci dan tiada kena-mengena langsung sebagai Tuhan yang mereka anggap itu “ .

Lihatlah firman Allah Ta’ala berikut :
Ertinya : “ Dialah Allah yang tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah kecuali Dia Yang Maha Berkuasa , Maha Suci , Maha Selamat , Maha Memberi Keamanan , Maha Peneguh , Maha Mulia , Maha Gagah-Perkasa , Maha Besar , Maha Sucilah Allah daripada apa yang mereka sekutukan “ ~ Surah al-Hasyr : ayat 23

Lihat penggunaan “ SUBHANALLAH “ ataupun yang semakna dengannya melalui ayat Al-Quranul Karim di bawah ini :
Ertinya : “ Maha Sucilah Tuhan yang telah memperjalankan hamba-Nya di waktu malam ( Israk ) dari Masjid al-Haram ( di Mekkah al-Mukarramah ) ke Masjid al-Aqsa ( di Palestin ) yang telah Kami berkati sekitarnya , agar Kami menunjukkan kepadanya ( Nabi Muhammad s.a.w ) beberapa tanda kekuasaan Kami . Sesungguhnya Dia ( Allah ) adalah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat “ . ~ Surah al-Israk , ayat 1 .

Ya ! , peristiwa Israk-Mikraj adalah satu peristiwa yang ajaib lagi hebat , namun sehebat-hebat peristiwa itu , lebih hebat lagi Tuhan yang telah mengatur dan mencipta peristiwa itu , Tuhan itulah Allah Ta’ala Yang Maha Hebat , Yang Maha Mendengar segala doa Nabi-Nya s.a.w dan tohmahan puak-puak yang tidak mempercayai kisah itu dan Maha Melihat segala-galanya . Dan Maha Sucilah Allah drp segala sifat-sifat yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada Dia .

Ucapan “ SUBHANALLAH “ ini juga dikenali sebagai “ TASBIH “ .


2 – Ucapan “ ALHAMDULILLAH “
Ertinya : “ Segala puja-puji hanyalah untuk Allah “ ataupun “ Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah “ .

Ianya diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala nikmat yang Allah Ta’ala berikan kepada kita .

Contoh ayat Al-Quranul Karim yang menerangkan hal ini ialah :
Ertinya : “Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran." Dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan " ~ Surah al-‘Aaraf , ayat 43 .

Ayat di atas menerangkan nikmat yang diperolehi oleh orang-orang yang beriman kelak di hari akhirat iaitu nikmat mendiami syurga yang dijanjikan kepada mereka dahulu . Lihat ! , para penghuni syurga nanti akan mengucapkan “ ALHAMDULILLAH “ sebagai berterima-kasih dan bersyukur di atas ganjaran yang Allah Ta’ala berikan kepada mereka dan disebabkan Allah Ta’ala telah mengutuskan kepada mereka wahyu dan panduan melalui Para Rasul a.s .

Kita juga wajib mengucapkan syukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat sampainya Islam kepada kita dan masih ramai lagi para ulama’ rh , kerana tanpa Islam dan bimbingan para ulama’ rh , tidaklah kita layak masuk ke dalam syurga Allah Ta’ala kelak .

Lihat lagi firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Kahf , ayat pertama :
Ertinya : “ Segala puja-puji hanyalah untuk Allah (Tuhan ) yang telah menurunkan kepada hamba-Nya kitab dan tidak pula Allah ciptakan baginya ada sebarang kebengkokan ( pertentangan dan perselisihan di antara satu ayat dengan ayat yang lain ) “ .

Kita juga wajib bersyukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat adanya kitab Al-Quranul Karim sebagai panduan hidup kita , yang mana tanpanya , pastilah kita tidak akan menemui kebenaran dan kejayaan di dunia dan di akhirat .

Selain itu ianya diucapkan apabila kita dipuji , contohnya apabila orang memuji kita lantaran kejayaan kita , lalu kita pun menjawab : “ Alhamdulillah , saya berjaya “ ( Diucapkan ucapan “ Alhamdulillah “ agar kita tidak lupa bahawa sehebat mana pun usaha kita , ianya tentu tidak akan berjaya jika tidak diizinkan oleh Allah Ta’ala ) .

Ucapan “ ALHAMDULILLAH “ ini juga dikenali sebagai “ TAHMID “ .


3 – Ucapan “ ALLAHU AKBAR “
Ertinya : “ Allah Maha Besar “ .

Ianya diucapkan di dalam beberapa situasi :
1 – Apabila berada di tempat yang tinggi .
2 – Apabila berada di dalam ketakutan .
3 – Sebagai teriakan untuk menakutkan dan menggerunkan musuh-musuh Allah Ta’ala .
4 – Sebagai “ pembakar semangat “ para pejuang Islam .
5 – Ketika azan , takbiratul ihram dan takbir hari raya .

Ucapan ini dikenali juga sebagai “ TAKBIR “ .


4 – Ucapan “ LA ILAHA ILLALLAH “
Ertinya : “ Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak diibadati melainkan Allah “ .

Masyarakat Arab biasanya menyebut kalimah ini apabila melihat sesuatu yang menggerunkan ataupun peristiwa yang mengerikan .

Kalimah ini adalah inti-pati dan dasar ajaran Islam . Silalah melihat kitab-kitab zikir dan wirid yang sahih ( seperti RIYADHUS SOLIHIN oleh Al-Imam an-Nawawi rh ataupun KALIMUT TOIYIB oleh Al-Imam Ibnu Taimiyah rh ) untuk mengetahui fadhilat-fadhilat kalimah Tauhid ini.

Ia dikenali juga dengan gelaran “ TAHLIL “ .


5 – Ucapan “ BISMILLAH “
Ertinya : “ Dengan Nama Allah “

Ucapan ini dikenali sebagai “ BASMALAH “

Dilakukan sebagai menunjukkan adab di antara seseorang hamba dengan Allah Ta’ala ketika melakukan perkara-perkara yang diredhai-Nya .

Ertinya di sini ialah : “ Bismillah “ digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah Ta’ala sahaja . Seolah-olah tatkala kita membacanya kita turut sama beriktiqad : “ Aku menyebut nama Allah ini supaya kerja yang aku lakukan ini dirahmati dan diberkati oleh-Nya “ .

Adapun jika digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang , maka ia adalah haram bahkan kadang-kadang boleh membawa kepada murtad kerana dianggap menghina kesucian ataupun mempersendakan Allah Ta’ala . Contohnya :
A – Membaca “ Bismillah “ untuk menyembelih binatang-bintang yang tidak disembelih untuk tujuan yang dibenarkan ( seperti untuk mandi safar , untuk “membuka gelanggang silat “ , untuk “ menyemah “ rumah, untuk “ menjamu “ penunggu dan jin dan sebagainya .
B – Membaca “ Bismillah “ untuk melakukan jampi-jampian yang dilarang oleh agama kita .
C – Membaca “ Bismillah “ untuk “ tikam “ nombor ekor , toto dan lumba kuda serta sebarang perjudian .
D – Membaca “ Bismillah “ ( supaya selamat konon-kononnya ) untuk mengintai orang mandi .
E – Membaca “ Bismillah “ untuk makan dan minum apa-apa yang haram .
F – Membaca “ Bismillah “ kuat-kuat ( agar didengar oleh orang ramai ) ketika membuka warong demi melariskan jualan .


6 – Ucapan “ MA SYAALLAH “

Ertinya : “ Apa yang Allah Kehendaki “

Diucapkan ketika melihat apa-apa yang baik dan indah .

Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan hebat ( sama seperti Tasbih )

Tidak boleh digunakan sebagai ucapan tatkala melihat sesuatu yang dilarang , contohnya menyebut “ MA SYA ALLAH “ ketika melihat wanita-wanita yang berpakaianseksi sebab kalimah itu bermakna “ Apa-apa yang Allah kehendaki “ , sedangkan Allah Ta’ala tidak pernah sama-sekali menyuruh wanita-wanita berpakaian seksi di hadapan bukan suaminya . Dan begitu juga tidak boleh mengucapkan kalimah ini tatkala melihatpelakon-pelakon yang seksi-seksi di TV .

Hati-Hati dan fahami baik-baik penggunakan kalimah dan ucapan ini !!! .

Ucapan ini diistilahkan sebagai : “ AL-MASYIAH “


7 – Ucapan “ A’UZUBILLAHI MINASY SYAITONIR RAJIM “
Ertinya : “ Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam ( terkutuk ) “ .

Diucapkan sebagai memohon perlindungan dan keselamatan kepada Allah Ta’ala daripada segala jenis gangguan , sama ada gangguan syaitan ataupun bala-bencana .

Diucapkan juga sebagai memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim .

Ucapan ini digelar sebagai “ AT-TA’AWWUDZ “ .


8 – Ucapan “ LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH “
Ertinya : “ Tidak adalah daya-upaya dan kekuatan ( yang sebenar / yang terutama ) melainkan dengan izin ( pertolongan ) Allah “ .

Diucapkan apabila melihat perkara-perkara yang tidak disukai ataupun apabila kita tidak terdaya untuk melakukan sesuatu .

Dan diucapkan apabila kita merasai kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri kita seperti sedang berhadapan dengan jumlah musuh yang lebih ramai daripada pihak kita .

Ucapan ini dikenali sebagai “ AL-HAUQOLAH “ .


9 – Ucapan “ INSYA ALLAH “
Ertinya : “ Jika diizinkan Allah “

Diucapkan apabila kita berjanji untuk menyempurnakan hajat seseorang . Ataupun apabila hati kita berat 70 % untuk memenuhi janji itu maka bolehlah kita menyebut “INSYA-ALLAH “ , tetapi jika kita memang tidak mahu memenuhi hajat itu ataupun hati kita memang berat 70 % untuk tidak memenuhinya , maka tidaklah wajar kitamenggunakan kalimah ini . ~ [ Hasil temuramah di antara Al marhum S.S Dato’ Ishak Baharom , Bekas Mufti Selangor Darul Ehsan dengan salah sebuah majalah di Malaysia ].

Ucapan ini dikenali sebagai “ TAWAKKUL “ ( Tetapi masyarakat Melayu memanggilnya sebagai tawakkal )


10– Ucapan “ BARAKKALLAHU FIK “
Ertinya : “ Semoga Allah memberkati engkau “ .

Diucapkan kepada seseorang yang kita cintai ataupun sebagai doa baginya .
Menurut sunnah ucapan yang seumpama ini diucapkan juga kepada mereka yang baru berkahwin .

Ucapan ini dikenali sebagai “ AT-TABARRUK “ .


11 – Ucapan “ JAZAKALLAHU KHAIRAN “
Ertinya : “ Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan “

Ucapan ini sebagai tanda terima kasih kita pada seseorang .
Boleh juga diucapkan dengan “ JAZAKALLAHU KHAIRAN KATSIRAN “ ( Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan yang banyak “ .
Boleh juga diucapkan dengan “ JAZAKALLAHU KHAIRAL JAZAK “ ( Semoga Allah membalas jasa-baikmu dengan balasan yang paling baik ) .

Adalah SALAH dan TIDAK BETUL jika sekadar mengucapkan “ JAZAKALLAHU “ ( Semoga Allah membalasmu…) Membalas dengan apa ??? . Ayat ini jadi ayat tergantung ! .

Apabila kita diucapkan sedemikian rupa , maka respon kita pula ialah : “ JAZANA WA IYYAK “ . Erti respon itu ialah : “ Semoga Allah juga membalas ( kebaikan yang kau ucapkan tadi ) kepada kita semua dan juga kepada dirimu “ .

Ianya dikenali sebagai kalimah “ ASY-SYUKR “


12 – Ucapan “ INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN “
Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.

Diucapkan apabila ditimpa sesuatu yang tidak dikehendaki seperti banjir , kemalangan , kecurian dan seumpamanya . ( Walhal orang-orang kita hanya mengucapkannya tatkala mendengar berita kematian seseorang ) .

Firman Allah mengenai ucapan ini : Ertinya : “ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “~ Surah al-Baqarah , ayat 155 .

Ucapan ini dikenali sebagai “ LIL ISTIRJAA’ / TARJIE’“


13 – Ucapan “ HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL “
Ertinya : “ Cukuplah bagi kami ini Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung / penolong “ .
Diucapkan sebagai tanda kita ini berserah diri dan bergantung harap ( bertawakkal ) kepada Allah Ta’ala semata-mata . Dan ia juga merupakan ucapan “ pembakar “ semangat keberanian orang-orang yang beriman . Contohnya diucapkan tatkala menghadapi serangan musuh.

Firman Allah Ta’ala yang mengisahkan keimanan para sahabat r.a menjelang Perang Badar : Ertinya : Orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul itu apabila dikatakan kepada mereka : "Sesungguhnya manusia ( musyrikin Quraisy ) telah mengumpulkanpasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung “ . ~ Surah Ali ‘Imran , ayat 173 .

Ucapan ini dikenali sebagai “ AL-HASBANA

----------------------------------------------------------------

Moga sama-sama mendapat manfaatnya!!!