28 Januari 2009

Awas bila bercakap

Saya masih belum sempat menyediakan bahan utk tatapan anda yang setia berkunjung ke sini. Namun, ada maklumat berguna utk anda semua yg saya perolehi daripada e-mel peminat setia.

___________________________________________

Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan Kata-kata yang Positif dan Baik. Setelah mendapat info tentang pengaruh Kata-Kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku " The Hidden Messages in Water " karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang ramainya orang yang melakukan ujikaji, sayapun tertarik untuk melakukannya.

Kaedahnya:
Tempatkan sisa nasi yang bersih (putih) yang sudah di biarkan semalaman ke dalam 2 botol dgn jumlah yg sama, kemudian ditutup rapat. Masing-masing botol di tampalkan label yg berisi kata2 seperti:

Botol A: " Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Suka Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.

Botol B: " Kamu Bodoh, Tolol, Pendengki, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku Tidak mahu kawan dengan mu "

Letakkan kedua-dua botol berjauhan (pisahkan) dan simpan pada tempat yg sering dilihat, saya pesan pada isteri, anak, dan pembantu rumah untuk membaca label pada botol tersebut setiap kali melihat kedua-dua botol.



Kiri – kata2 yang baik
Kanan – Kata2 yang tak baik
Kiri – kata2 yang baik
Kanan – Kata2 yang tak baik
Keputusannya: inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu berlalu:

Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dgn bau yg tidak sedap.
Sedangkan Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.
Sekarang anda bolehlah mencubanya sendiri……….
Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan rumahtangga/ hidup kita, kawan2 kita, rakan-rakan sekerja kita, dan jiran2 kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan kesan yang ditimbulkan dari getaran-getaran yg berasal dari pikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.
Pengajaran: Maka sebaiknya selalulah sedar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yg akan keluar dari mulut kita, demikian juga kendalikanlah idea2/perasaan yg timbul dalam batin kita. Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua.
****Awasi setiap kata-kata yang anda luahkan... Moga sama-sama mendapat iktibar!!

20 Januari 2009

Hitler bunuh Yahudi

Saya agak sibuk dengan laporan penilaian prestasi, dalam masa yg sama saya nak kena proofread buku saya yg bakal ada di pasaran tidak lama lagi, insyaAllah. Dalam kekecohan, saya tetap luangkan masa membaca emel rakan-rakan drpd syariah-law98 yahoogroups. Ada satu info yg buat saya tidak sabar nak tahu: Hitler juga pernah membunuh bangsa Yahudi. Apa yg dilakukan oleh bangsa laknatullah itu kpd Palestin adalah sama dgn apa yg mereka terima drpd Nazi. Sebab? Saya tak tau. Rakan saya yg memanjangkan info tersebut juga ingin tahu.

Tak sabar, saya gunakan kemudahan di hujung jari dan saya jumpa jawapannya yang masih lagi fresh:

_______________________________________________________

Hitler Itu Mungkin Ada Benarnya hasil tulisan Dr Muhd Asri

Disiarkan pada Jan 18, 2009 dalam kategori Tamadun

Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.

Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.

Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.

Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.

Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.

Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.

Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?

Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.

Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.
Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.

Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.

Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.

Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.

Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.
Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.
Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:
“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..

*** Moga sama-sama dapat pengajarannya...

15 Januari 2009

Yahudi vs Islam

Maklumat penting.... koreksi dan muhasabah diri... sudah tiba masanya kita semua sedar dari mimpi...

_________________________________________________

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.
Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini. Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut.

Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan?

(Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Sumber: Utusan

14 Januari 2009

Jom boikot!!

Maklumat dikirim ke emel saya untuk perkongsian bersama.
___________________________________________

Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka.

Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola. Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar. Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan.

Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?


Apakah usaha ini akan berjaya?

Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald’s. McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan.

Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta. Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini. Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin. Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel. Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel. Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

Klik Fatwa ulama wajib boikot .

13 Januari 2009

Kek comel de Heart

Sempena ulangtahun kelahiran Ayuni yg ke 6 semalam, de Heart Cakes & Cupcakes telah menaja kek-kek cawan yang comel dan sedap. Malam tadi, satu jamuan kecil-kecilan diadakan bg meraikan ulangtahun kelahiran Ayuni. Hanya adik-adik saya dan jiran terdekat dijemput dan paling menggembirakan saya, adik sepasukan semasa di MPPUM dulu juga turut hadir. Baru berjumpa semula 8hb baru ni, selepas terpisah 11 tahun yg lalu.

*Kek yg comel dan sedap. Terima kasih Ellie!

*tetamu yg hadir

*adik sepasukan semasa di MPPUM- dah ada 3 anak jg

*Untie Suzalina suka melayan kanak-kanak

Ceramah di IKBN lagi

Jumaat 9hb baru ni, sekali lagi saya diundang ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, Hulu Langat bagi menyampaikan satu ceramah motivasi khusus untuk adik-adik yang baru mendaftar bagi menjalani pelbagai kursus kemahiran di situ. Seronok menumpang semangat adik-adik yg nyata kepenatan menjalani program orientasi. Memang penat Dik tapi bila semua ni berakhir, adik-adik akan rasa seronok, insyaAllah.

*sesi menyegarkan badan

*sesekali lakukan senaman berirama kan seronok

*Ayuni & Suhail menjadi pembantu saya dalam sesi menyegarkan badan bersama si Tommy



* pelbagai gaya, yang penting dapat sesuatu ya Dik


*rahsia kekal cemerlang... boleh la terus cemerlang ya Kak Su? InsyaAllah!!


*InsyaAllah, kami akan terus mencapai kecemerlangan...


*sesi soal jawab.. korang tak tanya, akak plak yang tanya yer :)


*nak bersenam lagi? bolehhh...


*rasa lebih segar, otak pun cepat tangkap...




*ikrar

***berjaya upload juga akhirnya...

12 Januari 2009

Ayuni Syafiqah enam tahun

Hari ni, 12hb Januari, enam tahun yg lalu, sy melahirkan puteri sulung saya. Saat pertama menjadi seorang ibu, hanya Allah yang tahu perasaan saya tika itu.

Malam tadi, ulangtahun kelahiran istimewa ini diraikan.



Buat Ayang yang Ummi sayang, Ummi doakan agar Ayang menjadi anak yang solehah, berjaya di dalam setiap bidang kehidupan di dunia dan juga akhirat.

07 Januari 2009

Pelancaran Program Ahli Kelab Bersama Suzana

Alhamdulillah, sepanjang tempoh pelancaran Kelab Bersama Suzana yang berusia lebih enam bulan seminggu, keahlian kelab berjumlah 216 (bagi tempoh bermula 1hb Jun-31hb Disember 2008).

Bagi menunaikan janji saya kepada semua ahli KBS, atas kerjasama Bina Bahagia Services, terdapat tiga program utama yang akan dijalankan.

Tiga program utama tersebut ialah:
- Kelas Guaman Syarie dan Psikologi Keluarga bermula 17hb Januari
- Kelas al-Quran/Tajwid dan Fardhu Ain bermula 17hb Januari
- Diskusi Sihat dan Senamrobik bermula 1hb Februari

Dapatkan maklumat lanjut bagi setiap program di:
Kelas Guaman Syarie & Psikologi Keluarga
Kelas al-Quran/Tajwid & Fardhu Ain
Diskusi Sihat dan Senamrobik

Klik sini untuk jadual program.


Bagaimana nak sertai?

Seperti yang saya jelaskan di awal tadi, program ini khas untuk ahli KBS sahaja, bererti anda perlu daftarkan diri sebagai ahli KBS terlebih dahulu. Jika telah mendaftar, hubungi talian 013-2545965 untuk tetapkan tarikh pilihan anda. Penting bagi memastikan kekosongan tempat bagi tarikh pilihan anda itu.

Bila dah pasti ada kekosongan, klik borang penyertaan yang disediakan dan masukkan info yang berkaitan. Hantarkan borang anda kemudian buat pembayaran yuran penyertaan di atas nama Bina Bahagia Services, Bank Islam 12065010035871. Fakskan slip bayaran anda ke talian 03-56219722 sertakan nama penuh anda dan nombor keahlian KBS anda.

Apabila faks anda diterima oleh pihak pengurusan, penyertaan anda akan disahkan dan anda akan dihubungi segera bagi pemberitahuan alamat tempat program.


Bagaimana dengan ahli yang bukan dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?

Jangan bimbang! Pihak pengurusan Bina Bahagia Services bersedia menganjurkan Program Kelas Guaman Syarie dan Psikologi Keluarga dan menemukan anda dengan saya pada:

4 hb April –> kawasan utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak)
18 hb April –> kawasan selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor)

2 hb Mei –> kawasan pantai timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu)

Bagi kawasan utara, saya akan bertemu dengan anda di Sungai Petani, Kedah. Bagi kawasan selatan, saya akan bertemu dengan anda di Seremban, Negeri Sembilan dan bagi kawasan pantai timur, saya akan bertemu dengan anda di Kuantan, Pahang.

Namun, ada syaratnya. Penyertaan minima bagi setiap kawasan mestilah 25 orang dan anda akan bersama saya selama enam jam bermula 10am-5pm bagi penjelasan kedua-dua modul program ini serentak. Yuran penyertaan masih sama iaitu RM50.

Lantas, kepada ahli-ahli KBS yang berada di kawasan-kawasan berkaitan, sila isikan borang penyertaan dan hantarkan segera. Bayaran penyertaan boleh dibuat di atas nama Bina Bahagia Services, Bank Islam 12065010035871. Fakskan slip bayaran anda ke talian 03-56219722 sertakan nama penuh anda dan nombor keahlian KBS anda.

Penyertaan bagi semua program ini dibuka sekarang. Bagi sesi sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan, penyertaan perlu disahkan selewatnya pada jam 12.00 tengahari hari Rabu sebelumnya.

Bagi penyertaan di kawasan utara, selatan dan pantai timur, penyertaan ditutup pada 2hb Mac 2009. Program akan disahkan dan dipastikan tempatnya pada 15hb Mac 2009. Sekiranya pihak pengurusan mendapati penyertaan tidak menggalakkan, program terpaksa dibatalkan dan wang anda akan dikembalikan.

Sebaliknya, jika program pasti dijalankan dan anda tidak berpeluang hadir pada hari tersebut disebabkan hal atau perkara yang tidak dapat dielakkan, yuran penyertaan akan dikembalikan. Terma ini terpakai bagi penyertaan ketiga-tiga program utama KBS.


Bagaimana dengan ahli di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak)?

Buat masa ini, saya masih belum menerima apa-apa cadangan atau berita daripada pihak pengurusan. InsyaAllah, saya akan bincangkan perkara ini dan akan maklumkan bila ada khabar mengenainya. Sama-sama lah kita berdoa moga satu hari nanti, Bina Bahagia Services mampu ‘menerbangkan’ saya ke sana, insyaAllah!!

Lantas, daftarlah segera kerana hanya dengan ilmu, harga diri kita tidak akan diperkotak-katikkan!!!

Jadual program KBS Jan-Mac 09

Klik pada jadual untuk paparan lebih jelas.






Jadual ini disediakan dengan kerjasama Muhammad Fadhil b. Masri. Jika anda inginkan sentuhan tangannya bagi merakamkan detik-detik istimewa di dalam hidup anda, hubungi beliau di Mufaha Photo atau talian 012-6837974.

Kelas al-Quran/Tajwid dan Fardhu Ain

Melibatkan empat modul utama iaitu:

Modul A – Bacaan ayat-ayat lazim
Modul B – Bacaan surah-surah pilihan
Modul C – Bersuci
Modul D – Panduan solat


Objektif Modul:

Modul A dan B:
- Melancarkan bacaan ayat-ayat lazim (ayat-ayat yang biasanya kita baca dalam solat kita seharian) dan surah-surah pilihan seperti Yasin, al-Mulk, al-Rahman, al-Waqiah dan beberapa surah lain dan juga untuk memastikan bacaan-bacaan tersebut tepat mengikut kehendak hukum tajwid.


Modul C:
- Mendalami ilmu berkaitan hukum bersuci, perkara-perkara yang memerlukan kita bersuci dan caranya. Sebagai contoh cara dan niat mandi wajib selepas bersalin dan lain-lain.


Modul D:
- Mendalami ilmu berkaitan cara berwuduk dan solat yang betul merangkumi syarat, rukun dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Solat bukan sekadar pergerakan anggota atau bacaan tertentu. Jika solat tidak kena cara yang ditetapkan oleh syarak, hukumnya berdosa.


Penyertaan:

Terhad kepada 10-12 penyertaan sahaja bagi setiap kelas.


Tarikh:

Setiap Sabtu mulai 17hb Januari 09


Masa:

Sesi 1 (modul pertama sama ada A atau B) - 2.00pm-4.00pm
Sesi 2 (modul kedua sama ada C atau D) - 4.15pm-6.15pm


Yuran penyertaan:

Satu modul sahaja - RM30
Dua modul sahaja - RM50
Empat modul (semua) - RM90


Kelas ulangan:

Satu modul sahaja - RM20
Dua modul sahaja - RM30
Empat modul (semua) - RM50



Tempat pengajian:

Seksyen 15, Subang Jaya. (alamat lengkap akan diberikan selepas penyertaan disahkan)


Tenaga Pengajar:

Kelas akan dikendalikan oleh seorang Ustazah yang berpengalaman yang dilantik khas oleh Bina Bahagia Services.

Klik sini untuk borang penyertaan.

Kelas Guaman Syarie dan Psikologi Keluarga

Berdasarkan dua modul utama berkaitan Undang-undang Keluarga Islam dan Psikologi Keluarga iaitu:

Modul A: Membina Mahligai
Modul B: Bukan Noktah Akhir


Objektif Modul:

Melalui modul A, para peserta akan didedahkan dengan hak-hak yang boleh diperolehi ketika pra perkahwinan dan sepanjang tempoh perkahwinan. Peserta juga akan didedahkan dengan tips-tips dan panduan ke arah mencapai kebahagiaan di dalam rumahtangga dan perkahwinan.

Melalui modul B pula, para peserta akan didedahkan dengan hak-hak yang boleh diperolehi sekiranya ditakdirkan berlaku pembubaran di dalam perkahwinan antaranya tentang hak jagaan anak-anak dan tuntutan-tuntutan lain yang berkaitan. Bukan saja perbincangan mengenai hak tersebut sebaliknya peserta akan didedahkan tentang cara untuk mendapatkan hak-hak tersebut. Satu slot motivasi juga akan diselitkan di dalam modul ini bagi menyuntik semangat peserta yang bermasalah.

Untuk makluman, setiap peserta akan diberikan ‘handout’ sebagai bahan rujukan semasa sesi kelas diadakan. Kedua-dua modul ini akan dijalankan secara komunikasi dua hala bermaksud, setiap peserta berpeluang menyoal secara terus pada bila-bila masa sepanjang sesi kelas diadakan.


Penyertaan:

Terhad kepada 10-12 penyertaan sahaja bagi setiap kelas.


Tarikh:

Setiap Sabtu mulai 17hb Januari 09


Masa:

Sesi 1 (modul pertama) - 9.00am-11.00am
Sesi 2 (modul kedua ) - 11.15am-1.15pm


Yuran penyertaan:

Satu modul sahaja - RM30
Kedua-dua modul - RM50 sahaja.

Kelas ulangan:

Satu modul sahaja - RM20
Kedua-dua modul - RM30 sahaja.


Selain berpeluang mengutip fakta-fakta yang akan dibincangkan, anda akan berpeluang berkongsi ujian hidup orang lain sebagai panduan dan teladan untuk anda. Jika anda diuji, ada orang lain yang lebih hebar ujiannya daripada anda. Lantas, ambillah pengajaran!!

Klik sini untuk borang penyertaan.

Diskusi Sihat dan Senamrobik

Program Diskusi Sihat dan Senamrobik ini akan diadakan dengan kerjasama Nutrition Club - Work From Home Centre.

Program akan dijalankan bermula 1hb Februari ini. Buat permulaan, diskusi yang akan diadakan pada tarikh tersebut bertajuk Rahsia Kekal Sihat, Cergas dan Bertenaga. Selesai diskusi, acara senamrobik akan diadakan. Jangan bimbang!! Tenaga pengajar adalah wanita.

Pelbagai topik lain akan dibincangkan menerusi program ini dan kebanyakan topik pilihan adalah berkaitan dengan kesihatan wanita. Topik perbincangan bagi setiap tarikh program akan dikemaskinikan selewatnya tujuh hari sebelum program.

Paling istimewa! Setiap peserta akan dihidangkan dengan menu hidangan sihat dan sedap.

Yuran penyertaan ialah RM30 bagi setiap diskusi/tarikh pilihan. Bagi penyertaan ulangan, anda dikenakan bayaran RM20 sahaja.

Setiap program diskusi ini hanya terhad kepada 30 peserta sahaja.

Klik sini untuk borang penyertaan.

06 Januari 2009

Ambil iktibar: Berhati-hati memilih pengasuh anak anda

Dah lama saya tak menangis tapi hari ini, petang yang damai ini air mata saya mengalir deras dan laju.... ketika menyedikan entri ini, air mata saya masih mengalir. Sebab? Saya terima satu luahan hati http://memorizulaikha.blogspot.com/.

Nak merehatkan minda dek kepenatan separuh hari tadi mengadakan perbincangan tentang program KBS yg bakal dilancarkan esok, saya luangkan masa membaca... ya Alah, hanya Dia yg tahu perasaan saya... air mata saya jadi saksi.

Anda bacalah... tak perlu saya huraikan panjang. Cuma satu pesan saya kepada ibu bapa di luar sana, berhati-hati memilih pengasuh anak anda. Ada tikanya kita perlu benarkan orang menjaga tepi kain kita agar kita tidak menyesal di belakang hari.

Kepada aruah adik Zulaikha, tenanglah kau di sana. Buat ibu bapa aruah, saya doakan perjuangan anda menuntut keadilan berjaya. Buat yg bersalah atau sesiapa juga yg bersikap serupa, anda takkan dapat lari drpd kebenaran... apa jg rahsia rencana jahat anda, sikap anda... akan diketahui juga akhirnya...

Ya Allah!! Kau selamatkanlah anak-anak yang tak berdosa dan Kau ubahlah sikap mereka yang jahat dan berpura-pura agar ikhlas menyayangi anak-anak kami dan menjaga mereka dengan jujur. Jika mereka masih dengan kejahatan mereka, Kau berikan kami kesedaran agar kami tidak terlambat bertindak.... dan Kau berikan balasan setimpal dengan perlakuan mereka.. amin ya rabbal a'lamin...

05 Januari 2009

al-Mathurat

Lanjutan daripada perbincangan saya bertajuk 'Bagaimana menentukan pilihan?', ramai yang mengirimkan sms dan emel bertanyakan, apakah itu al-Mathurat?

Di bawah ini saya paparkan contoh buku doa al-Mathurat yang boleh anda perolehi di pasaran:




Seperti yang saya jelaskan, doa al-Mathurat ini mempunyai dua jenis, sughra dan kubra. Jika anda punya banyak masa, bacalah kesemuanya bermula m/s pertama seperti di bawah. Jika anda kesuntukan masa, bacalah doa suhgra iaitu ayat-ayat yang bertanda * seperti di bawah. Anda perlu perhatikan tanda tersebut pada setiap ayat di helaian-helaian seterusnya. Paling penting, carilah masa untuk menghayati maksud doa ini...

****Moga kita sama-sama memanfaatkannya....

Hari kelahiran

Saya berhasrat nak bincangkan tentang konflik antara kasih dan kasihan memandangkan dalam tempoh dua minggu ini, saya menerima hampir 10 kes berkaitan dua rasa hati ini. Namun, saya agak sibuk dan tak sempat. Saya akan usahakan untuk bincangkannya dlm masa terdekat. Dlm kesibukan ini, seseorang mengirimkan saya pendapat di bawah, tentang hari kelahiran. Saya tak minta anda percaya kerana saya juga tidak percaya dan anda tidak boleh percayakan pendapat ini sepenuhnya.. yang boleh anda lakukan, jadikan yang baik sebagai penguat semangat untuk meneruskan kehidupan dan yang tidak ada dalam diri anda atau yang tidak kena dengan diri anda, jadikan ia sebagai pencetus semangat untuk jadi yang lebih baik daripada sebelumnya...
___________________________________________________________

If your BIRTH DAY is .......

December 23rd ~ January 1st = Red
January 2nd ~ January 11th = Orange
January 12th ~ January 24th = Yellow
January 25th ~ February 3rd = Pink

February 4th ~ February 8th = Blue
February 9th ~ February 18th = Green
February 19th ~ February 28th = Brown

March 1st ~ March 10th = Aqua
March 11th ~ March 20th = Lime
March 21st = Black
March 22nd ~ March 31st = Purple

April 1st ~ April 10th = Navy
April 11th ~ April 20th = Silver
April 21st ~ April 30th = White

May 1st ~ May 14th = Blue
May 15th ~ May 24th = Gold
May 25th ~ June 3rd= Cream

June 4th ~ June 13th = Grey
June 14th ~ June 23rd = Maroon
June 24th = Grey
June 25th ~ July 4th = Red

July 5th ~ July 14th = Orange
July 15th ~ July 25th = Yellow
July 26th ~ August 4th = Pink

August 5th ~ August 13th = Blue
August 14th ~ August 23rd = Green
August 24th ~ September 2nd = Brown

September 3rd ~ September 12th = Aqua
September 13th ~ September 22nd = Lime
September 23rd = Olive
September 24th ~October 3rd = Purple

October 4th ~ October 13th = Navy
October 14th ~ October 23rd = Silver
October 24th ~November 11th = White
November 12th ~ November 21st = Gold
November 22nd ~ December 1st = Cream

December 2nd ~ December 11th = Grey
December 12th~ December 21st = Maroon
December 22nd = Teal

RED
Cute and lovable type, You are picky but always in love... and liked to be loved. Fresh and cheerful, but can be "moody" at times. Capable with people nice, soft, and that can love you for the way you are. Likes people that are easy to talk to, and can make you feel. comfortable.

ORANGE
You are responsible for your own actions, and you know how to treat people.You always have goals to reach and you really work hard to get there, you are competitive. Your friends are really important to you and you appreciate what you have, you sometimes over react that's because you are sensitive. comfortable.

YELLOW
You are sweet and innocent. Trusted by many people, and have a strong leadership towards relationships. You make good decision and make the right choice at the right time. And always dreaming of Romantic Relationship.

BLUE
You may have low self-esteem, and can be very picky. You are artistic and like to fall in love, but you let your love pass by, by loving with your mind, not your heart. relationship.

PINK
You are always trying your best in everything, and like to help and care for other people. But you are not easily satisfied. You have negative thoughts, and you look for romantic love like in a fairytale. relationship.

GREEN
You get along well with new people. You are not really a shy person, but sometimes you can hurt people's feelings by your words... You like to be loved and noticed by your lover, but mostly you are single, waiting for the right person.

BROWN
You are active and sportive. It's hard for other people to become close with you, but you fall in love easily. But once you find out you can't get something, you give up and let go easily as well.

AQUA
Your feelings change suddenly and easily. You are always lonely, and like traveling. You are truthful, but listen and believe other people too easily. It's hard to find love for you, and get lost in love easily, Sometimes get hurt by love.

LIME
You are calm, but easily stressed out. You get jealous easily, and complain over little things. You can't get stuck into one thing, but you have a capable personality for everyone to trust you and like you.

BLACK
You are challenging, and have the "guts". But you don't like changes in your life. And once you make a decision, you keep it that way for a long time. Your love life is also challenging, and different.

PURPLE
You are Mysterious, never selfish and get interested in things easily. Your day can be Sad or Happy depending on your mood.You are popular between friends but you can act stupid at times,and forget things easliy.You go for a person that's trustworthy.

NAVY
You are attractive, and love your life.You have a strong feeling towards everything. And very easily distracted.Once you get angry at someone, its hard for you to forgive them.

OLIVE
You are warm and light hearted.You seem to flow well with friends and family. You don't like Violence and know what's right.You are Kind and cheerful but don't evny other people.

SILVER
You are imaginative and fun, You love trying new things.You like to challenge yourself and you learn things easily, you're easy to talk to and give good advice.When comes to friendship, you find it hard to trust someone, but once you find the right friend, you trust them forever.

GOLD
You know what's right and what's wrong. You are cheerful and out going. It's hard for you to find the one you want, but once you find the right person, you won't be able to fall in love again for a long time.

CREAM
Competitive and sportive. Don't like losing and always cheerful! You are trustworthy, and very out going. You choose love carefully, and don't fall in love easily. But once you find the right one, you don't let go or a long time.

GREY
You are attractive, and active. You never hide your feelings, and express everything that's inside. But can be selfish at times. You want to be noticed, and don't like to be treated unequally. You can brighten up peoples day. You know what to say at the right time, and you have a good sense of humor.

MAROON
You are intelligent, and know what's right. You like to make things go your way, which can sometimes cause trouble for not thinking about other people's feelings. But you be patient when it comes to love.. Once you get a hold of the right person, it's hard for you to find a better love.

WHITE
You are shiny person,cute and intelligent Person. You like to make friendship with your higher persons, which can sometimes cause trouble. Your Strength is Your Love towards friends.You always looks to love somebody and u be loved by somebody.Your Intelligency may lead to success in your life

**** Tiada tuah atau celakanya hari kelahiran. Kita semua dilahirkan dalam keadaan yang sama, suci bersih tanpa sebarang noda. Kita semua dianugerahkan akal yang sama. Kita semua disuruh percaya dan beriman kepada-Nya. Beza antara kita ialah iman dan ketaqwaan kepada-Nya. Setiap daripada kita telah ada ketentuan yang terbaik untuk kita hidup di dunia dan di akhirat yang ditetapkan oleh Allah kepada kita. Setiap yang berlaku adalah ketetapan-Nya dan bukan perkara sia-sia namun Allah menyuruh kita berusaha dan berikhtiar tanpa putus asa dan janji-Nya pasti: Dia takkan mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak berusaha mengubahnya....