30 Mac 2010

Fahami lelaki atau ...?

Saya terima satu info menarik untuk perkongsian bersama:
--------------------------------------------------------------------

Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segala segi. Cuma, ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka.

Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Know About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn.

Menariknya,buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam:

1. Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.
- Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

2. Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka.
- Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.

3. Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.
- Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata: "Awak langsung tidak menghormati saya". Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.

4. Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.
- Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup: tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.

Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

5. Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.
- Secara umumnya,tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki, ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.

Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.

Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.

6. Lelaki mahu lebih seks.
- Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya). Tetapi, apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka.

Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.

Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu. Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.

Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagai suami dan juga lelaki. Sebab itu, melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.

7. Lelaki bergelut dengan godaan mata.
- Maknanya, majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan, lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar.

Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun, pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.

8. Golongan Adam memang suka berasmara.
- Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu.

Lelaki hendak juga menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.

Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.

9. Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.
- Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel. Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami).

Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.

10. Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.
- Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis. Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka.

Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

**** Moga memberikan manfaat buat semua :)

Temujanji di KL pada 8,9 dan 10 April

Bagi mereka yang berada di Lembah Klang dan berhajat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka dengan saya, boleh tetapkan temujanji segera.

InsyaAllah, saya akan terima sembilan sesi temujanji bersemuka mulai Khamis 8hb hingga Sabtu 10hb April. (Hingga saat maklumat ini disediakan, baki empat sesi sahaja masih kosong).

Untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM50 dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan antara RM10 hingga RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka ini, kos adalah antara RM50 hingga RM100 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).

Bagi yang berminat, sila bank in RM50 ke akaun Maybank 162209924697 atas nama Suhaiza Ghazali dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka bersama saya pada tarikh tersebut.

Terima kasih!!

22 Mac 2010

Kem WaJa: Genggam Bara Jadi Permata

Sempena Hari Ibu yang bakal disambut Mei nanti, Bina Bahagia Services akan menganjurkan satu program motivasi khusus untuk ibu tunggal serta ibu-ibu yang menghadapi masalah dan inginkan motivasi, semangat, panduan, dorongan dan sokongan bagi meneruskan kehidupan.

Kem WaJa: Genggam Bara Jadi Permata dianjurkan dengan objektif:
1) Menjelaskan kelebihan dan keistimewaan setiap individu serta panduan mengenali kelebihan dan keistimewaan tersebut;
2) Memberikan semangat, sokongan dan dorongan untuk terus lalui liku-liku mendatang;
3) Membekalkan ilmu dan panduan untuk menjana kewangan diri serta membantu kewangan keluarga

Berbeza dengan bengkel dan kem yang pernah diadakan Kem WaJa tidak mempunyai sesi ceramah sebaliknya akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dalam kumpulan, perkongsian bersama wanita-wanita waja yang pernah diuji dan kini, masih teguh berdiri serta tunjuk ajar dan panduan menjadikan kerja-kerja di rumah sebagai punca pendapatan.

Maklumat mengenai program adalah seperti berikut:

Tarikh : 9hb Mei 2010 (Ahad)
Jam : Mulai 9.30am hingga 5.00pm
Tempat : Wisma Norbaya, Desa Melawati, Kuala Lumpur.

Agenda:

09.00am: Pengesahan pendaftaran peserta
09.30am: LDK 1 - Kenali Potensi Diri 1
10.15am : LDK2 - Kenali Potensi Diri 2
10.45am : Rehat & minum pagi
11.00am : LDK 3 - Jejaki Puncak 1
11.45am : LDK 4 - Jejaki Puncak 2
12.15pm : LDK5 - Jom Jadi WaJa
01.00pm : Makan tengahari dan solat Zohor
02.15pm : Perkongsian Waja
03.30pm : Bengkel Jana Pendapatan Online
04.00pm : Demonstrasi kerja-kerja sambilan dari rumah
05.00pm : Penyampaian sijil dan bersurai

Kem akan diselia sepenuhnya oleh PN SUZANA GHAZALI dengan penampilan istimewa: ZAMZARINA ZAMBRI (Apa Kata Wanita TV1) dan SHAHRINA AHMAD SHARKAWI (ESQ 165)

Yuran penyertaan RM50 sahaja termasuk minum pagi, makan tengahari dan bahan LDK. Untuk penyertaan, boleh bank in RM50 sahaja ke akaun Maybank 162209924697 (atas nama Suhaiza Ghazali) kemudian smskan tarikh bayaran, nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nyatakan Kem Waja ke talian 013-2545965.

Terhad kepada 50 penyertaan sahaja. Siapa cepat, dia dapat!!

PENTING: Bagi wanita yang telah menjalankan perniagaan di rumah, anda boleh kongsikan perniagaan anda di dalam kem ini, dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian 013-2545965.

TERIMA KASIH!

18 Mac 2010

Friends...

Saya terima melalui emel. Terima kasih kepada pengirim dan saya tujukan pula kepada semua kawan, rakan dan sahabat saya :)


We make so many FRIENDS,
Some become Dearest, Some become Special,
Fall in LOVE with someone, Some go abroad, Some change their cities,
Some left US, We left Some,

Some are in contact, Some are not in contact,
Some don't contact because of their EGO,
We don't contact some because of OUR EGO,

Whatever they were,
We still REMEMBER,LOVE, MISS, CARE for THEM,
Because of the part they played to make MEMORIES.

Its friendship.. .....
When a person calls u by a stupid name and never by ur own name.....
When they always get angry, whenever u tell them that u r busy and cant reply...
When they tell u everything about themselves even if its embarassing. ..

When they come to c u, whenever they get a chance....
When u argue with each other on stupid things and then end up laughing....

Friends...... ...
They love you, but they are not your lover

They care for you, but they are not from your family

They are ready to share your pain, but they are not in your blood relation .
They are........FRIENDS! !!!!
True friend ...... .
Scolds like a DAD..
Cares like a MOM..
Teases like a SISTER...
Irritates like a BROTHER..
And finally loves U more than a LOVER!!

14 Mac 2010

Kelebihan Ayatul Kursi

Saya terima emel kelebihan ayatul kursi ini, satu maklumat yg baik utk semua malangnya di akhir emel ada satu kepercayaan karut, bahawa mengirimkan emel tersebut kpd 12 org dlm tempoh 12 jam, akan menerima limpahan rezeki berlipat ganda. Astahgfirullah, makin menjadi-jadi pulak kepercayaan sebegini, sampai sggup jadikan ilmu yg bermanfaat sbg taruhan.

Pesanan saya kpd yg menerima emel berantai sebegini, boleh panjangkan emel mempunyai ilmu bermanfaat tersebut tetapi bkn atas kepercayaan akan menerima apa jua janji yg disertakan. Sebaiknya, panjangkan emel berkaitan dgn memadam ayat karut tersebut. Nauzubillah, syirik namanya klau ada sikit pun percaya kpd perkara tersebut:

Hayati ilmu bermanfaat!! Singkirkan kepercayaan khurafat!!!
--------------------------------------------------------------
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.

Rasullulah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bt Thaabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah SWT.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya.

Rasullullah SAW bersabda yg bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang AllahSWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Wallahua'lam!!

12 Mac 2010

Live life as an eagle

Kata kakak saya, Habibul Izzah Ahmad, dalam e-melnya: "Sharing means caring. Enjoy the facts. Practice 2 act!"- Terima kasih Kak :)
------------------------------------------------------------------






Our lives are not determined by what happens to us but by how we react to what happens,
Not by what life brings to us, but by the attitude we bring to life. A positive attitude causes a chain reaction of positive thoughts, events, and outcomes. It is a catalyst, a spark that creates extraordinary results. Let's change to make a change!!!
"If you focus on results, you will never change.
If you focus on change, you will get results"

11 Mac 2010

Peranan ibu bapa tentukan kejayaan si anak

Semua maklum, hari ni keputusan SPM diumumkan. Tidak ada sesiapa yang dekat dengan saya menerima keputusan hari ni. Tapi, saya menerima perkongsian berita kejayaan drpd anak-anak didik yang menjadi pelajar saya dlm program PLKN awal tahun baru ni. Alhamdulillah, walau menjadi guru mereka untuk tempoh lima hari, mereka tetap mahu berkongsi, syukur!!

Tengahari tadi, ketika menunggu (dalam kereta bersama Suhail dan Sulaim) Ayuni balik dari sekolah (1.45pm- lambat 1 jam dari jadual kelas biasa sebab ikuti kelas Bhs Cina), terdengar perbualan dua ibu yang sama-sama menunggu, tak pasti pula anaknya kelas mana sebab tahap 2 pun masih belum dilepaskan lagi.

Perbualan bermula apabila seorang menanyakan keputusan SPM anak yang seorang lagi. Jawapan si ibu: "Tak tau la. Tak balik lagi pun tadi. Jumpa kawan-kawan la tu. Dah lama kan tak jumpa. Anak hang?"

"Sama la, tak tau jugak, tak balik pun lagi. Dengaq kata anak si *** tu dapat 4A."
"Haaa... tu la! Tak pa la. Anak dia memang budak pandai pun."
"Alaaaa... tak pa la tak pandai pun. Ngaji pandai pun bukan dapat keja elok. Hat masuk U pun keluaq tak dak keja. Semua ngaji pandai pun, sapa pulak nak wat bendang..."

Tak perlu la saya panjangkan lagi perbualan mereka. Cukup sekadar itu kerana tujuan saya berkongsi perbualan tadi di blog saya ini ialah tentang ayat yang saya boldkan di atas ini, amat menarik perhatian saya.

Tak pasti apa perasaan anda tatkala membaca luahan hati si ibu tersebut. Yang saya pasti, saya rasa amat sedih! Sedih memikirkan nasib anak-anak si ibu yang mempunyai prinsip hidup sedemikian. Prinsip yang mempercayai; belajar hanya untuk mendapatkan kerja yang baik, berpangkat tinggi dan bergaji besar. Lupa kepada tuntutan agama; menuntut ilmu itu wajib kepada setiap hamba-Nya bermula daripada saat dilahirkan hinggalah dikebumikan ke liang lahad.

Saya bukanlah ibu yang cemerlang. Ya lah! Anak sulung pun baru berusia 7 tahun tetapi saya percaya, ramai yang setuju dengan saya, sikap si ibu yang mempunyai prinsip sedemikian adalah tidak baik untuk kecemerlangan hidup anak-anak. Jika bukan si ibu atau si ayah yang berikan semangat dan dorongan, nak harapkan siapa lagi?

Saya bukan mahukan ibu bapa memaksa anak-anak berjaya dalam pelajaran. Yang saya sarankan ialah jangan putuskan semangat dan dorongan untuk anak-anak terus belajar. Kalau ramai ibu bapa yang berprinsip serupa, rosaklah generasi kita pada masa depan kerana ramai yang tidak berilmu.

Belajar perlu, pandai atau tidak itu kerja Tuhan. Kalau tak pandai, kena usahakan agar lebih pandai dan cuba cipta kejayaan. Paling tidak, ada juga ilmu yang diperolehi. Ya! Saya akui ramai lepasan universiti kini yang masih belum bekerja, terlalu ramai yang menganggur tapi kena ingat, berilmu bukan saja untuk dapatkan kerja yang baik tapi untuk berikan kita kewarasan dalam tindakan dan membuat keputusan.

Malangnya, kita diasuh dan ditanamkan dengan perlunya berjaya dengan cemerlang untuk dapatkan pekerjaan yang baik dan bergaji besar. Hakikatnya, tak jadi masalah pun jika berpendidikan tinggi, lepasan universiti tetapi bekerja di ladang. Dah ramai lulusan universiti yang jadi petani yang berjaya. Kalau ada ilmu, bekerja di bendang pun boleh berikan pendapatan yang lebih lumayan berbanding tak ada ilmu kemudian berpanas di tengah sawah. Kalau tak dapat peluang kerja tapi ada ilmu, boleh buat macam-macam pekerjaan lain juga. Yang penting, ada ilmu dan ada minat melakukannya. Kalau tak ada ilmu? Hmmm semedang ja la duk jadi hamba orang!

Saya minta maaf kalau ada yang rasa saya seperti menghina mereka yang tak habis belajar atau tak dapat sambung pengajian. Demi Allah! Mereka seperti ini tidak termasuk di dalam kategori yang saya maksudkan. Yang menjadi tumpuan dalam perbincangan saya ini ialah mereka yang mengambil sikap serupa dengan ibu tadi; tak perlu pandai yang bagi saya menurut maksud percalapan tadi bererti, tak perlu nak belajar. Kalau dah usaha tapi tak berjaya tu, lain lah ceritanya.

Seperti yang selalu saya tegaskan, setiap daripada kita mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Ada orang yang kurang berjaya dalam pelajaran tetapi mempunyai kelebihan tersendiri dalam bidang kemahiran. Kemahiran juga termasuk dalam ilmu, yang tetap perlu dipelajari dan jadi pandai. Nak keja bendang pun, kena pandai! Nak menoreh pun kena pandai! Pokoknya, walau apa pun pekerjaan yang kita nak lakukan, perlu pandai iaitu ada ilmu!!

Sebagai seorang ibu atau ayah pula, sikap sebegini tidak baik untuk perkembangan anak-anak. Anak-anak tidak mengerti dan tidak faham tentang masa depan yang perlu mereka hadapi, yang penuh dengan berbagai ragam manusia dan segala macam cubaan. Jika ibu bapa tidak sediakan anak-anak bagi menghadapi ragam dan cubaan tersebut, bagaimana dengan nasib anak-anak tu nanti?

Sebagai ibu bapa juga, sepatutnya bertindak mendorong semangat anak-anak untuk sentiasa berusaha mencapai yang terbaik. Jika anak-anak berjaya, ucapkanlah tahniah! Pesankan juga agar teruskan usaha sebab kat depan nanti, masih banyak liku yang perlu dilalui. Sebaliknya jika anak masih belum berjaya, jangan dicaci maki. Sabarkan si anak, jelaskan padanya rezekinya belum ada, pasti akan tiba juga masanya nanti. Pesankan, jangan berputus asa sebaliknya perlu terus berusaha. Kejayaan dan kegagalan hari ini bukan penamat. Masih ada masa dan peluang untuk berjaya dan lebih berjaya serta mengubat luka kegagalan lama.

Saya masih ingat lagi tika saya gagal dalam satu subjek tika tahun pertama di UM. Zaman saya, gagal kali pertama, ada peluang untuk ambil semula (sistem semester). Kalau gagal kali kedua, boleh belajar lagi tapi kena ulang semula semua subjek yang dah diambil tahun tu. Kalau 10, yang gagal cuma satu, kena ulang semula semua 10 tu. Saya gagal dalam Ulum al-Quran. Gagal pun dapat markah lebih 80% tapi disebabkan tak jawab soalan wajib, dikira gagal. Kegagalan yang betul-betul melupuskan semangat saya. Sebab saya tau saya dah kecewakan harapan Mak dan Bapa saya. Tapi Alhamdulillah, saya ada Mak dan Bapa yang sentiasa berikan saya semangat dan alhamdulillah, saya berada dalam kedudukan sekarang.

Paling penting juga, jangan keluarkan kata-kata nista yang bukan saja boleh menambah kecewa si anak tetapi boleh bertindak sebagai doa kepada mereka. Marahlah tapi berpada-pada. Elakkan menyebut perkataan yang tidak baik seperti; bodoh, tak boleh diajar, kurang ajar, bengong dan macam-macam lagi. Kalau dah selalu si anak tu dikatakan bodoh, bengong, memang jadi bodoh dan bengong sungguh lah dia.

Sentiasa doakan agar anak-anak berjaya dalam hidup mereka. Cakapkan yang baik, doakan yang baik, insyaAllah anak-anak akan jadi baik bukan saja untuk diri mereka tetapi juga untuk kita, ibu bapa mereka...

08 Mac 2010

Bila al-Quran mula bersuara

Saya terima melalui e-mel, baik untuk perkongsian semua serta untuk direnungkan bersama-sama.

--------------------------------------------------------------------

Waktu engkau masih kanak-kanak.............kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', aku kau sentuh dalam keadaan suci, aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.
Kadang kala aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadangkala engkau lupa baca pembuka surah2ku (Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmu
Begitu mengasyikkan.

Di meja kerjamu tiada diriku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
Email temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Malah untuk forward pun engkau rasa malas sekali
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV
Menonton bermacam-macam program yang belum tentu mendapat pahala
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekadar membaca facebook dan chatting sahaja

Waktu pun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam almari mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhan-Nya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolongmu?
Yang pasti ayat-ayat Allah yang ada padaku dapat menolongmu
Itu janji Tuhanmu, Allah Maha Besar

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
Kubur yang setia menunggu mu...........

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat

Dan akulah "Al-Quran", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suciYang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibrail melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera aku dari almari, lacimu....
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingati Tuhanmu.

Sentuhilah aku kembali...
Baca dan pelajari lagi aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dahulu....
Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai

Jangan engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

****Sama-sama kita mengambil iktibar!!

02 Mac 2010

Temujanji di KL 13 dan 14 Mac

Bagi mereka yang berada di Lembah Klang dan berhajat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka dengan saya, boleh tetapkan temujanji segera.

InsyaAllah, saya akan terima empat sesi temujanji bersemuka pada hari Sabtu 13hb Mac dan Ahad 14hb Mac ini.

Untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM50 dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan antara RM10 hingga RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka ini, kos adalah antara RM50 hingga RM100 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).

Bagi yang berminat, sila bank in RM50 ke akaun Maybank 162209924697 atas nama Suhaiza Ghazali dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka bersama saya pada tarikh tersebut.

Terima kasih!!