28 September 2010

Suami dalam dilema: cerai atau kahwin lagi


Saya kongsikan persoalan Dilema Perkahwinan keluaran Julai 2010.


DILEMA PERKAHWINAN 7

Saya suami berusia 31 tahun dan bapa kepada dua anak. Saya berkahwin enam tahun lalu. Ketika anak pertama berusia satu tahun, saya bercerai dengan isteri. Puncanya, saya menjalin hubungan dengan wanita lain setelah bosan dengan sikapnya yang tidak mahu menjaga penampilan diri walaupun berkali-kali ditegur. Namun, saya rujuk semula dengan isteri atas dasar sayangkan anak, Itupun setelah dia berjanji mahu berubah. Malangnya, isteri saya kembali kepada perangai lamanya, malah lebih teruk. Dia turut sering menolak ajakan seks dengan alasan penat sedangkan dia hanya suri rumah sepenuh masa. Perkara yang bermain di fikiran sekarang, apakah saya perlu berkahwin lain atau bercerai sahaja. Apa pilihan terbaik untuk saya?

JAWAPAN:

Sebelum saya menjawab persoalan yang tuan kemukakan; tentang mana satu pilihan terbaik untuk tuan tika ini; ingin saya bawa minda dan emosi tuan serta para pembaca semua untuk memahami semula antara hikmah atau alasan sesebuah perkahwinan itu disyariatkan dan dibenarkan di dalam Islam.

Antara hikmah perkahwinan yang yang digariskan ialah bagi memupuk perasaan kasih sayang di antara suami dan isteri, kerana fitrah manusia inginkan kasih sayang dan belaian daripada orang yang tertentu. Fitrah berkasih sayang ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan….”

Hikmah perkahwinan juga adalah untuk melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah Allah. Lantaran itu, perkahwinan bukanlah keseronokan, bukan juga makmal kajian atau lapangan percubaan; sebaliknya adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap pihak iaitu suami dan isteri. Sebagai seorang suami; tuan dipertanggungjawabkan sebagai ketua keluarga berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita …….” – surah al-Nisa’ ayat 34. Di dalam satu hadis pula, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.” – hadis riwayat Abu Daud dan al-Hakim.

Semua orang tahu, setiap perkara yang ditentukan dan ditetapkan oleh Allah SWT mempunyai alasan dan sebab yang tersendiri. Sama lah juga kenapa kaum lelaki atau suami dijadikan ketua di dalam rumahtangga. Perkara paling utama ialah kerana suami dipertanggungjawabkan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Hai! Zaman sekarang ni, dah ramai pun isteri yang bekerja dan menanggung diri sendiri malah ramai juga yang menanggung suami. Saya akui kebenaran tersebut namun hukum asal tetap mengatakan suami yang wajib memberikan nafkah. Jika berlaku berbeza daripada ketetapan asal, anda diberikan jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Satu perkara paling penting dan tak mungkin akan berlaku sebaliknya biar apa juga keadaannya ialah suami adalah orang yang bertanggungjawab mempastikan setiap ahli keluarganya berada di landasan yang betul, sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya ialah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras lagi kasar (layanannya); mereka tidak pernah derhaka kepada Allah dalam setiap perkara yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” – surah al-Tahrim ayat 6.

Lanjutan daripada perintah Allah SWT ini meletakkan peranan dan tugas berat suami sebagai ketua keluarga. Suami yang gagal menjalankan peranan dan tanggungjawab ini, bukan saja membawa ahli keluarganya ke jalan yang tidak diredhai Allah malah meletakkan dirinya turut berada bersama mereka. Kenapa? Kerana suami yang gagal mendidik isteri dan anak-anak atau gagal menyuruh isteri dan anak-anak melaksanakan setiap perintah dan meninggalkan setiap larangan Allah dan Rasul-Nya, akan turut sama menerima dosa yang dibuat oleh isteri dan anak-anaknya.

Isteri dan anak-anak tak solat, suami biarkan... suami juga menanggung dosa pengabaian solat oleh isteri dan anak-anak. Isteri dan anak-anak (tak kiralah lelaki atau perempuan sebab setiap lelaki dan perempuan mempunyai ketetapan aurat yang perlu dipelihara) yang tidak menutup aurat sewajarnya seperti kehendak syarak, dosa mendedahkan aurat ini bukan sahaja ditanggung oleh isteri dan anak-anak tersebut sebaliknya turut ditanggung oleh si suami. Tak cukup dengan dosa sendiri, kaum lelaki bernama suami dan ayah ini akan turut membawa dosa isteri dan anak-anak mereka juga bersama mereka ke akhirat.

Lantaran itulah, nama sebagai ketua keluarga bukan satu kemegahan malah bukan kebanggaan sebaliknya satu tanggungjawab. Antara tanggungjawab suami juga ialah BERSABAR MELAYANI KERENAH ISTERI. Wanita sinonim dengan sikap emosional dan suka ikut perasaan. Lantaran itulah, para suami perlu bersabar ketika menghadapi kerenah dan sikap isteri.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Nasihatilah wanita dengan baik. Sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk dan bahagian paling bengkok dari tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Seandainya kamu meluruskannya bererti kamu mematahkannya dan seandainya kamu biarkan maka ia akan terus membengkok. Maka, nasihatilah wanita dengan baik.” - hadis riwayat al-Bukhari.Hadis ini menegaskan agar setiap suami menasihati isteri dengan cara yang penuh hikmah dan lemah lembut. Jangan sesekali terburu-buru menggunakan kekerasan kerana ia bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan permasalahan malah akan memburukkan lagi keadaan. Suami juga perlu bijak mencari masa paling baik untuk menasihati isterinya. Sesuai dengan status sebagai ketua keluarga, kesabaran yang tinggi juga diperlukan untuk membina peribadi isteri dan anak-anak. Tidak dinafikan, ada sikap negatif di dalam isteri isteri. Sikap negatif ini tidak boleh dijadikan alasan untuk suami meninggalkan isteri atau mencari pengganti atau menambah cawangan. Sebaliknya suami perlu berusaha dengan sabar dan bersungguh-sungguh mengubah sikap negatif kepada sikap positif.

Usaha dengan sabar bermaksud setiap suami perlu melalui peringkat demi peringkat di dalam usaha mengubah isteri. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, (kalau mereka masih juga degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” – surah al-Nisa’ ayat 34.
Kembali kepada kes tuan; saya pasti penjelasan di atas tadi telah memberikan sedikit gambaran tentang jawapan terbaik untuk tuan pilih. Saya tahu tuan mempunyai hak untuk menceraikan isteri atau untuk menikah seorang lagi. Persoalannya; apakah dengan menceraikan isteri, keadaan akan bertambah baik? Sedangkan tuan dan isteri sudah pernah bercerai dan kembali rujuk semula kan? Malah; saya tidak nampak jika pilihan tuan berkahwin lagi adalah pilihan yang baik? Sejauhmana jaminan yang tuan anda; isteri baru tuan nanti akan bersikap lebih baik daripada isteri sekarang? Kalau perangai sama? Nak kahwin lagi dan lagi?

Saya ingin juga mengingatkan tuan kepada kes rujuk antara tuan dan isteri sebelum ini. Seperti yang tuan jelaskan; tuan merujuk semula dengan bekas isteri tika itu kerana fikirkan anak. Terus terang; niat dan hasrat tuan untuk merujuk kembali sudah tidak ikhlas; bukan untuk berusaha membina semula rumahtangga yang sudah goncang tika itu. Lantaran itulah; tuan diuji lagi dengan masalah serupa. Sepatutnya tuan niatkan untuk usaha selamatkan semula perkahwinan yang dah goncang sekali agar kembali teguh dan kukuh. InsyaAllah, jika niat tersebut bersama tuan; biar apa pun ujian yang datang, tuan akan tetap kuat dan berusaha menempuhinya, tanpa ada niat untuk kembali bercerai atau berkahwin satu lagi.

Saya akui; isteri tuan juga bersalah kerana gagal berubah sikap. Dalam perkara ini, seperti yang saya jelaskan di awal tadi, tuan mempunyai tanggungjawab untuk berusaha mengubah sikap isteri tuan. Sebagai suri rumah, berkemungkinan besar isteri tuan tidak mempunyai pengetahuan tentang perlunya berdandan untuk suami. Tuan perlu berikan ilmu tentang keperluan tersebut kepada isteri malah bantu isteri mengubah penampilannya hingga menjadi seperti idaman hati tuan. Seperkara lagi, cara tuan menegur isteri perlulah berhikmah. Isteri akan sedih jika terasa diri dihina. Hinaan tersebut boleh menjadikannya keras hati dan bertindak sengaja engkar pesanan tuan.

Berkaitan sikap isteri yang turut menolak untuk melakukan hubungan suami isteri; saya mohon agar tuan berbincang secara baik dengan isteri. Saya yakin ada sebab lain yang mengganggu emosi isteri tuan dan penat hanyalah sebagai alasan. Ya! Saya akui; tugas sebagai seorang surirumah memang lebih penat berbanding tugasan seharian di pejabat. Bukan menyokong kaum sendiri tetapi sebagai wanita, yang juga pernah menjadi surirumah sepenuh masa untuk tempoh sehari atau beberapa hari tika bercuti; terus terang saya katakan, saya rasa lebih ringan dengan tugasan pejabat. Perkara ini bukan hanya diakui oleh kaum wanita malah beberapa rakan lelaki turut mengakui; penat menjalankan kerja-kerja rumah tika terpaksa mengambil alih tugas isteri sementara.

Namun, seperti yang saya tegaskan tadi, kepenatan tersebut bukan alasan yang kukuh. Isteri tuan pasti mempunyai alasan lain yang lebih wajar tetapi disembunyikan. Saya yakin, alasan rahsia tersebut mempunyai kaitan dengan hubungan tuan suami isteri. Percayalah; seorang isteri yang berlapang dada, senang hati dan menerima suaminya sepenuh hati akan bersedia bila-bila masa, tak kira apa jua keadaannya untuk memberi layanan lima bintang kepada suaminya di ranjang. Berbincanglah dan usahakan jalan penyelesaian bersama-sama. Ingat!! Jangan cari siapa yang salah sebaliknya selidik kesilapan dan kesalahan yang wujud dan atasi bersama-sama.

Berdoa mohon kepada Allah agar memudahkan segala urusan; termasuk mengubah hati tuan menjadi suami yang soleh; menjadikan isteri tuan sebagai isteri yang solehah bersama dengan anak-anak yang soleh dan solehah, insyaAllah!! Sentiasalah juga membaca dan belajar tentang cara Rasulullah SAW mengendalikan rumahtangga baginda kerana baginda adalah contoh tauladan yang terbaik.Firman Allah SWT yang bermaksud: “Demi sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) di hari akhirat serta dia sentiasa menyebut dan mengingati Allah sebanyak mungkin (di waktu susah dan senang).” – surah al-Ahzab: 21.

****Moga bermanfaat!

21 September 2010

Bila dah tak sayang

InsyaAllah; saya akan ke udara menerusi slot motivasi Selamat Pagi Malaysia TV1 pada hari Khamis, 23hb September 2010 jam 7.30am bagi membincangkan topik BILA DAH TAK SAYANG...

Sehubungan dengan itu, saya bersedia menerima temujanji bersemuka pada hari Khamis tersebut. Bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka dengan saya pd Khamis 23hb September, boleh tetapkan temujanji segera.

Untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM50 dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan antara RM10 hingga RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka ini, kos adalah antara RM50 hingga RM100 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).

Bagi yang berminat, sila bank in RM50 ke akaun Maybank 162209924697 atas nama Suhaiza Ghazali dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka bersama saya pada tarikh tersebut. Terima kasih!!

20 September 2010

4 siri temujanji bersemuka di KL

InsyaAllah, saya akan menerima temujanji bersama rakan2 di Kuala Lumpur dan Selangor untuk bersemuka dgn saya untuk empat siri terdekat iaitu pada:
- 30hb September hingga 2hb Oktober;
- 7hb hingga 9hb Oktober;
- 21hb hingga 23hb Oktober, dan;
- 28hb hingga 30hb Oktober.

Temujanji dibuka untuk tempahan mulai hari ini. Minggu ke3 tiada temujanji kerana saya tidak dapat ke KL pada tarikh tersebut atas satu urusan keluarga; Mak dan Bapa bakal ke Tanah Suci pada 17hb Oktober. (Mohon doakan segala urusan pergi balik jua urusan tika Mak dan Bapa di sana dimudahkan oleh-Nya- terima kasih)

Bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka dengan saya, boleh tetapkan temujanji segera. Untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM50 dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan antara RM10 hingga RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka ini, kos adalah antara RM50 hingga RM100 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).

Bagi yang berminat, sila bank in RM50 ke akaun Maybank 162209924697 atas nama Suhaiza Ghazali dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka bersama saya pada tarikh tersebut.

Terima kasih!!

09 September 2010

Doa penghujung Ramadhan


Jumaat 10 September bersamaan 1 Syawal 1431 Hijrah; Eidil Fitri bakal dirai.
Dalam kesibukan dan kemeriahan menyambutnya, luangkanlah sedikit masa tika malam hari raya nanti untuk bermunajat memohon doa drpd-Nya.
Janji Allah SWT; lima malam doa hamba-Nya takkan ditolak antaranya tika malam Eidil Fitri. Sama2 kita gunakan peluang ini nanti, insyaAllah!
--------------------------------------
Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekalian.

Ya Allah! Jadikanlah dalam malam yg mulia dan berkat ini dgn kebahagiaan yg diterima dan janganlah jadikan kami Ya Allah, dalam keadaan malang dan celaka yang tidak kami kehendaki.

Ya Allah! Bulan yg dimuliakan-Mu dan diberkati-Mu telah hampir untuk meninggalkan kami Ya Allah! Bulan Ramadhan akan pergi untuk setahun lagi Ya Allah tanpa kami tahu sama ada kami masih berpeluang bertemu dengan Ramadhan penuh keberkatan ini lagi atau tidak Ya Allah!

Dengan itu Ya Allah! Kami mohon agar jadikanlah kami dalam keimanan yg sempurna dan menyempurnakan yg difardhukan oleh agama; dan solat yg terpelihara. Kami memohon kemaafan-Mu Ya Allah dan hidayah yg ditingkatkan dan keduniaan yg dikurangkan dan dipelihara akhirat dan ketentuan qadha diredhai dan semua nikmat disyukuri; dan di atas segala bala bencana disabari!

Ya Allah! Afiatkan kami dan maafkan kami. Ampunilah kami, ibu bapa kami, kaum keluarga kami, ahli2 rumah kami, orang2 tua kami, guru2 kami dan sekalian Muslimin dan Muslimat, juga Mukminin dan Mukminat, sama ada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia.

Kami mohon Ya Allah!! Berikan kami iman yg berkekalan, hati yg khusyuk dalam beribadah kepada-Mu dan berikan kami ilmu yg bermanfaat. Kami juga mohon Ya Allah, terimalah daripada kami solat kami, puasa kami, ibadat kami dan khusyuk kami dan sempurnakanlah kekurangan kami.

Ya Allah! Kami memohon kepada-Mu supaya tergolong dlm golongan orang2 yg berjaya, yg memperoleh rahmat dan keredhaan-Mu dan kami mohon agar tergolong dlm golongan yg dirindui syurga-Mu Ya Allah!!

Wahai Tuhan Yg Maha Pengasih! Kami mohon berlindung dgn-Mu dari kebuasan nafsu, dari bisikan syaitan yg dilaknatkan oleh-Mu. Ya Allah! Kami berlindung dgn-Mu dari menjadi orang2 yg rugi dan janganlah jadikan kami dari golongan yg celaka yg mana keimanan dan ketaqwaan tidak langsung bertambah setelah menjalani sebulan tarbiah dari Ramadhan. Kami juga berlindung dgn-Mu dari menjadi orang yg rugi yg mana Ramadhan ini dan yg lalu langsung tidak memberi sebarang peningkatan taqwa.

Ya Allah! Terimalah segala amalan kami dan tingkatkan iman dan taqwa kami kpd-Mu Ya Allah!!

Ya Allah! Berilah kami petunjuk sbgmana org yg telah Kau berikan petunjuk. Berikan kami kesihatan sbgmana org yg telah Kau berikan kesihatan. Berilah kami kekuasaan dan kekuatan dlm menghadapi musuh2 kami, musuh2 agama-Mu Ya Allah!!

Sesungguhnya Ya Allah! Engkau Zat yg menetapkan dan tiada seorang yg menentukan Kau. Maha Berkat Engkau! Maha Luhur Engkau! Kami mohon ampun dan taubat kpd Engkau. Semoga Allah memberi rahmat, berkat dan salam ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan atas keluarga dan sahabat2 baginda sekalian.

Sesungguhnya Kau Maha Menerima taubat dan makbulkanlah doa ini Ya Allah!! Amiiinnnn! Amiiiinnn! Ya Rabbal ‘Alamiinnn!!!

07 September 2010

Cuti Eidil Fitri dan info temujanji via emel

InsyaAllah, umat Islam di Malaysia bakal merayakan Eidil Fitri pada hari Jumaat ini bersamaan 10hb September 2010. Sempena Eidil Fitri ini, pihak BINA BAHAGIA SERVICES akan mula bercuti mulai pada 8hb September (esok) hingga 16hb September.

Sepanjang tempoh bercuti ini, talian 013-2545965 tidak akan dapat dihubungi. Talian akan beroperasi semula mulai pada 17hb September 2010 (waktu pejabat sahaja). Saya sendiri akan bercuti mulai esok (8hb September) hingga 19hb September. Saya akan terima semula temujanji bermula 20hb September.

Bagi mereka di sekitar Lembah Klang, saya akan menerima temujanji bersemuka di Kuala Lumpur pula mulai pada 30hb September hingga 2hb Oktober. Bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka dengan saya, boleh tetapkan temujanji bermula 17hb September.

Untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM50 dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan antara RM10 hingga RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka ini, kos adalah antara RM50 hingga RM100 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).

Bagi yang berminat, sila bank in RM50 ke akaun Maybank 162209924697 atas nama Suhaiza Ghazali dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka bersama saya pada tarikh tersebut.

Untuk makluman semua juga; saya tidak terima khidmat nasihat melalui emel lagi bermula pertengahan Ogos lalu. Kepada mereka yang telah mengirimkan emel sebelum tarikh tersebut, semua emel anda telah saya balas walaupun lewat daripada tempoh masa yang saya janjikan.

Mohon ampun dan maaf di atas kelewatan tersebut yang memang tidak dapat saya elakkan disebabkan emel yang terlalu banyak dan jadual kerja yang terlalu padat hingga memaksa saya bekerja lewat malam. Seperti permintaan saya di dalam setiap emel yang saya balas itu; tolong SMSkan nombor akaun bank anda beserta ID emel anda kepada Hana di talian 013-2545965 untuk BBS kembalikan semula wang anda; menepati janji saya.

Saya mohon maaf kerana tidak pasti bilakah masanya saya boleh terima semula temujanji via emel memandangkan emel2 klien yg pernah berjumpa atau menelefon saya juga banyak saya terima. Untuk makluman; khidmat nasihat saya tidak terhenti sekadar masa temujanji sebaliknya setiap klien yang pernah berurusan (jumpa atau telefon atau chat YM), boleh emelkan kesinambungan permasalahan anda kepada saya dan saya akan balas secara percuma.

Saya usahakan sekadar terdaya bagi membalas setiap emel tersebut mengikut '1st come 1st serve' lantaran, bagi mereka yang belum menerima balasan saya, tolong tunggu dengan sabar dan peringatan saya; TOLONG SMSKAN ke talian saya sendiri (saya berikan pada sesi akhir setiap temujanji) maklumkan anda mengirimkan emel kepada saya. Emel tanpa makluman SMS, saya tak janji akan membalasnya sebab emel terlalu banyak. Tolong mudahkan urusan kerja saya bagi memudahkan saya membantu anda.

Sempena Eidil Fitri ini, saya memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua atas segala salah silap dan keterlanjuran kata atau ayat dalam setiap penulisan saya. Mohon halalkan segala perkongsian ilmu tru FB saya termasuk komen2 membina drpd anda semua yg amat2 saya hargai.

Berhati2 sepanjang masa terutama di jalan raya. Moga Eidil Fitri ini; tiada ujian duka yang perlu kita tempuhi dan moga Syawal kali ni, membawa barakah dan rahmah kepada kita semua, amiiinnn!!