23 Februari 2010

Keluarga Bahagia SalamFM

Alhamdulillah, bermula Mac nanti, saya diberi kesempatan untuk bersama dengan para pendengar stesen radio SalamFM (JAKIM) melalui slot Keluarga Bahagia yang disiarkan pada setiap setiap Ahad, pada jam 7.15am - 7.45am secara langsung dan sesi saya bersama pendengar ialah pada setiap hari Ahad minggu kedua, seperti tarikh di bawah:

- 14hb Mac
- 11hb April
- 9hb Mei
- 13hb Jun
- 11hb Julai
- 8hb Ogos
- 12hb Sept
- 10hb Oktober
- 14hb November, dan
- 12hb Disember 2010
* (sebarang perubahan akan diumumkan segera)

Bersama saya untuk pelbagai topik berkaitan psikologi keluarga dan guaman syarie, insyaAllah!
------------------------------------
#Berkenaan SalamFM:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) telah memulakan siaran percubaan Salamfm pada pukul 0100 pagi, Ahad 15 Februari 2009. Siaran bermula pukul 0100 pagi sehingga 0800 pagi itu diisi hebahan promosi stesen, muzik dan lagu nasyid serta keinsanan dan kapsul agama. Susulannya, lebih 40 buah rancangan pelbagai bentuk dan konsep berteraskan Islam di dalam bahasa Malaysia sepenuhnya disiarkan oleh Salamfm untuk pendengar dari pelbagai peringkat umur mulai 1 Mac 2009.

Pengenalan stesen Salamfm iaitu “MENJANA MINDA” bermatlamat meluaskan ajaran Islam dan memandu golongan Muslim ke arah landasan yang lurus bagi membentuk ummah yang progresif dan berakhlak mulia. Pengisian padat program terbitan Salamfm dengan penerangan ilmiah, panduan dan maklumat mengenai Islam yang diolah secara santai oleh golongan ulul albab dan pendakwah tersohor mampu mengukuhkan aqidah masyarakat Islam di negara kita.

Salamfm dipancarkan dari Konti 7 berkongsi studio dengan ASYIKfm dan Suara Islam di Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Siaran Salamfm amat jelas diikuti sekitar Lembah Kelang melalui frekuensi FM 91.1 MHz, Pahang Barat melalui frekuensi FM 102.5 MHz dan di sekitar Cameron Highlands, FM 105.1 MHz. Untuk lain-lain kawasan sekitar Malaysia Salamfm boleh didengari melalui Gelombang Pendek Kebangsaan, GPK 49 meter atau SW 6070 KHz. Kelebihan berkongsi gelombang pendek siaran radio Suara Islam ialah Salamfm dapat menjangkau pendengar luar negara melalui frekuensi GPK 31 meter dan GPK 48.58 meter atau SW 9750 KHz.

Bagi yang inginkan maklumat lanjut mengenai Salamfm, anda boleh melayari http://www.salamfm.my/.

Perceraian Satu Musibah?

Persoalan mengenai topik Perceraian Satu Musibah? akan saya jawab menerusi satu slot dalam rancangan Apa Kata Wanita, Sabtu ini 27hb Februari 2010 jam 11am.

Rancangan ini akan disiarkan secara langsung dan ulang siaran ialah pada hari Jumaat 5hb Mac jam 2pm.

Bagi mereka yang ingin turut serta di dalam siaran langsung tersebut (hadir ke studio di Angkasapuri), boleh hubungi 03-22887011 (Cik Atie/ Cik Farah) untuk booking.

Jumpa nanti, insyaAllah! :)

22 Februari 2010

Mencari yang terbaik

Hari ni, buat kali pertama home office saya dikunjungi oleh klien lelaki. Ooppss jangan risau, ada adik lelaki saya berusia 25 tahun dan anak lelaki saya berusia dua tahun setengah bersama saya tika sesi temujanji berlangsung :)

Klien lelaki berusia 31 tahun ini memohon pendapat, apa yang perlu dilakukan dengan hubungannya bersama seorang gadis berusia 23 tahun. Menurut lelaki ini, mereka berkenalan dah hampir dua tahun dan pertengahan tahun lepas, hubungan mereka mendapat restu kedua-dua ibu bapa masing-masing. Mengikut adat, rombongan merisik dihantar dan keputusan diambil, pertunangan akan diikat pada bulan hujung tahunnya iaitu Disember yang lalu. Namun, dua bulan sebelum majlis pertunangan diadakan, si gadis mohon agar ditangguhkan dahulu dengan alasan masih belum bersedia.

Si jejaka mengikut, enggan memaksa. Mungkin disebabkan si gadis masih terlalu muda. Hubungan berjalan seperti biasa; telefon, SMS dan sesekali berjumpa di rumah ibu bapa si gadis (si gadis dr utara tetapi bekerja di selatan tanahair). Awal tahun ini, si gadis tiba-tiba menyuarakan hasrat untuk memutuskan hubungan mereka dengan alasan, dia bertemu kembali kekasih hatinya dahulu dan tidak dapat menerima si lelaki lagi.

Seperti status FB saya; Klien lelaki prtma kunjungi home office sy; bakal tunangnya mtk tgguh brtunang kmdn trus mtk putus, sbb jmpa smula pakwe lama. Famili bakal tunang mtk sabar sbb nak jodohkn jgk. Soalnya, smpai bila? Jwpn sy: Brsyukur la dia brubah skrg, blm ada ikatan yg sah. Buatnya brubah bila dh kawin? Byk sgt skrg kes istri mtk crai sbb jmpa smula kekasih lama. Yg pnting, mtk petunjuk drpd Dia sbb hanya Dia tau yg trbaik!!!

Ya! Syukurlah si dia berubah tika hubungan belum sah. Mungkin juga ini petunjuk tentang sikap sebenar si gadis. Mungkin juga ia sbg petunjuk kpd si jejaka agar tidak terlalu mempercayai seseorang. Segalanya berkemungkinan dan sebagai manusia biasa, saya juga tak pasti apakah rahsia di sebalik ujian-Nya kepada hamba Allah yang bertemu dgn saya pagi tadi.

Memang nampak dia kecewa tapi saya tegaskan, biar kecewa skrg drpd kecewa belakang hari nnti, pasti lebih parah dan sakit lagi. Saya memohon agar klien saya ini berdoa mohon yang terbaik drpd Allah SWT. Jika si gadis adalah yang terbaik utk masa depannya dan keluarganya, mohon agar Allah buka pintu hati si gadis utk menerimanya kembali dan dimudahkan urusan jodoh mereka. Jika sebaliknya, mohon agar dia diberikan kekuatan utk meneruskan hidup dan dpt menerima penolakan si gadis dengan hati terbuka dan redha.

Tak mustahil, jika mereka ditakdirkan bersama, ada jodoh utk mereka bersatu, pasti ada hikmah kenapa kekecewaan dan ujian ini muncul sblm mereka diijabkabulkan. Boleh jadi sbg petunjuk kpd si gadis, jgn tunduk pada cinta dusta lelaki penipu yg dah pernah kecewakannya sblm ni, mgkin jg utk si gadis lbh menghargai kehadiran si jejaka yg tetap memberi peluang biar pernah dilukakan. Mungkin itu, mungkin ini, macam2 lagi yg Dia ja yg tau...

Tanya si jejaka tadi; "kalau ditakdirkan kami ada jodoh, ada kemungkinan tak dia akan ulangi sikap yang sama slps kahwin?"
Jawab saya; "Mungkin... Dia ja yg tau!"

"Abis tu, nak wat camana? "
"Berdoa! Jika bertemu jodoh, terus berdoa agar Dia ikat kasih sayang isteri kpd kamu dan berdoa jgk agar Dia ikat kasih sayang kamu kpd isteri. Mohon agar isteri tdk mudah terpedaya dgn pujukan syaitan dan tidak tunduk kpd nafsu. Tugas dan peranan suami berat. Suami perlu didik isteri. Tak mustahil ujian ni berlaku sbg peringatan agar kamu lebih bersedia menjadi seorang suami sprti yg dituntut oleh syarak..."

Itu antara sesi yang berlangsung pagi tadi. Saya kongsikan di blog ini untuk menarik perhatian semua; yang sedang mencari pasangan atau yang bakal sahkan hubungan dengan pasangan atau yang dah ada pasangan tetapi masih mencari yang terbaik....

Saya akui hak setiap drpd kita; untuk mencari dan dapatkan yang terbaik! Betul!! Sebelum saya bincangkan lebih lanjut tentang mencari yang terbaik ini, saya nak kongsi satu cerita yang pernah masuk ke emel saya. Tak pasti kisah benar atau rekaan tetapi saya suka dgn moral di sebalik cerita tersebut.

Seorang lelaki, dikategorikan sebagai tampan, bergaya, bijak, bekerjaya profesional, berharta dan disukai bukan saja oleh para gadis tetapi orang tua disebabkan sikapnya yang pandai mengambil hati dan menghormati orang lain. Usianya hampir 38 tahun tetapi masih belum beristeri. Peliknya, dia mempunyai teman wanita malah sentiasa bertukar pasangan. Bila ditanya oleh rakannya kenapa dia masih belum beristeri sedangkan dah jumpa ramai calon yang sepadan dan sesuai? Jawabnya; "Saya masih mencari yang terbaik..."

Satu hari, Allah takdirkan si jejaka bertemu dengan seorang gadis yang memenuhi kriteria terbaik yang ditetapkannya; cantik, lemah lembut, penyayang, bijak, berpelajaran, pandai bergaul, hormat orang tua dan macam-macam lagi yang terbaik bagi si jejaka, terdapat dalam diri si gadis. Mereka berkawan hingga berjaya digelar best couple oleh rakan-rakan. Tiba masa untuk si jejaka melamar si gadis agar menjadi teman istimewa seterusnya menjadi teman hidupnya.

Bagi memulakan ayat, si jejaka menyoal kenapa si gadis masih belum berkahwin sedangkan jika dilihat kepada ciri-ciri yang ada pada si gadis, pastilah dia telah mempunyai teman istimewa. Jawab si gadis; "Saya mencari yang terbaik..." Si jejaka dah tersenyum, hatinya senang, yang dicari dah ada di depan mata.

"Dah jumpa lah yer?" Soal si jejaka dengan bangga. Jawab si gadis; "Belum! Saya belum jumpa yang terbaik untuk menjadi teman hidup saya...."

Tak perlu saya ceritakan reaksi si jejaka. Pasti pembaca semua dapat menjangkanya. Moral yang nak saya kongsikan di sini ialah sejauhmana kita mencari yang terbaik, koreksi diri terlebih dahulu apakah kita sendiri adalah yang terbaik?

Ingatlah! Allah SWT Maha Adil. Dia ciptakan makhluk-Nya termasuk kita manusia dengan keistimewaan dan kelebihan tersendiri dan tidak lupa, kita juga diberikan kelemahan dan kekurangan yang tersendiri. Maksud saya, kelemahan dan kekurangan yang tak boleh kita baiki. Sbg contoh, ada individu yg diberikan rupa paras yang cantik tetapi diberikan kulit sedikit gelap. Ada orang yang kulitnya putih melepak tetapi parasnya biasa-biasa ja. Ada orang yang kurang cantik tapi dianugerahkan akal yang bijak dan macam-macam lagi.

Kita sepatutnya perlu belajar menerima orang lain seadanya asalkan dia memenuhi syarat dan kriteria yang sewajarnya menurut syarak sebagai calon isteri atau suami. Bkn bila cakap terima seadanya, kaum wanita boleh terima lelaki yang masih belum bekerja sbg suami atau lelaki terima gadis yang suka perintah itu ini sbg isteri. Ingat! Kriteria paling penting, pilih yang beragama, bukan ada sijil atau degree dlm syariah, usuluddin atau pendidikan Islam atau dipanggil ustaz atau ustazah tetapi orang yang mengamalkan agamanya, menjalankan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Camana nak tau? Masa berkawan, pijak semut, semut masih hepi. Berdoa dan berserah kepada-Nya. Dia tentukan setiap perkara termasuk jodoh kita. Jika masih ada masalah atau ujian, percayalah semua itu juga ada sebab dan rahsia yang tersendiri. Terus berdoa dan yakin kepada-Nya, hati akan tenang dan redha, insyaAllah!

20 Februari 2010

Temujanji di KL pada 27 Feb

Bagi mereka yang berada di Lembah Klang dan berhajat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka dengan saya, boleh tetapkan temujanji segera. InsyaAllah, saya akan terima dua sesi temujanji bersemuka pada hari Sabtu 27hb Februari ini.

Untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM50 dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan antara RM10 hingga RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka ini, kos adalah antara RM50 hingga RM100 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).

Bagi yang berminat, sila bank in RM50 ke akaun Maybank 162209924697 atas nama Suhaiza Ghazali dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka bersama saya pada 27hb Februari ini.

Terima kasih!!

Sahkan pendaftaran sahaja

Saya mendapat maklumbalas drpd pembantu saya, ada yang komen kenapa tarikh bengkel dah jadi lambat plak? Nak daftar pun bimbang apa-apa hal berlaku sbb lama lagi...

Pertama sekali, terima kasih atas komen tersebut. Saya faham situasi anda dan saya mohon maaf sebab terpaksa melewatkan lagi tarikh program tersebut dan terpaksa kecikkan zon yang saya lawati di atas beberapa sebab yang tak dapat saya jelaskan di sini tetapi ia memang perlu saya lakukan.

InsyaAllah, bengkel pembuktian kes takliq dan fasakh akan diadakan seperti maklumat dalam blog ini. Tempat program masih dalam perbincangan. Saya akan umumkan bila telah ada kepastian. InsyaAllah tempat pilihan adalah tempat yang mudah dihadiri oleh para peserta termasuk mempunyai kemudahan pengangkutan awam.

Memandangkan penyertaan yang terhad, bagi mereka yang berminat, boleh mendaftar segera sekarang. Bagi memudahkan urusan dan menyenangkan hati semua pihak, yuran pendaftaran boleh dijelaskan sebahagian dulu iaitu RM50 sahaja dan bakinya RM40 dijelaskan pada hari bengkel itu nanti.

Pembatalan penyertaan boleh dibuat selewatnya 7 hari sebelum tarikh program (selewatnya 24hb Julai bagi program siri 1 dan 31hb Julai bagi program siri 2) dan wang RM50 anda akan dikembalikan. Jika selepas tarikh tersebut, wang anda takkan dikembalikan sebaliknya anda boleh dapatkan pengganti. Malah, pihak Bina Bahagia Services akan membantu anda mendapatkan pengganti.

Pastikan anda menyimpan surat pengesahan penyertaan yang dikirimkan kepada anda bagi tujuan pengesahan pada hari program nanti. Terima kasih atas kerjasama!!

11 Februari 2010

Bengkel pembuktian kes takliq dan fasakh

Bina Bahagia Services akan menganjurkan BENGKEL PEMBUKTIAN KES TAKLIQ DAN FASAKH seperti berikut:

Zon Utara:
Tarikh: 31hb Julai 2010 (Sabtu)
Tempat: Masjid Sultan Muzaffar Shah, Sungai Petani, Kedah.
Yuran Penyertaan RM90 sahaja (termasuk minum pagi, makan tengahari dan fail peserta serta modul)

Zon Tengah/Lembah Klang:
Tarikh: 7hb Ogos 2010 (Sabtu)
Tempat: Wisma Norbaya, Desa Melawati, Kuala Lumpur.
Yuran Penyertaan RM90 sahaja (termasuk minum pagi, makan tengahari dan fail peserta serta modul)

Aturcara:
08.30am – Pengesahan pendaftaran peserta dan minum pagi
09.30am – Modul 1- Alasan dan Pembuktian Kes Takliq
11.00am – Modul 2- Alasan dan Pembuktian Kes Fasakh
01.00pm – Makan tengahari dan solat Zohor
02.30pm – Modul 3- Prosedur Pendaftaran Kes Takliq dan Fasakh (termasuk penyediaan dokumen-dokumen berkaitan)
05.00pm - Majlis tamat.

Penyertaan terbuka dan TERHAD kepada 30 orang sahaja.

Untuk penyertaan, sila ‘bank in’kan bayaran pengesahan RM50 sahaja (baki bayar pada hari program):
1. ke akaun Bina Bahagia Services, Bank Islam 120650 10035 871, kemudian;
2. emelkan slip bayaran bersama maklumat diri (nama, nombor kad pengenalan, alamat lengkap, nombor telefon bimbit dan tarikh bengkel pilihan) kepada binabahagia@gmail.com atau fakskan ke talian 04-4424902; atau;

3. boleh bank in ke akaun Maybank 162209924697 (atas nama Suhaiza Ghazali) kemudian smskan tarikh bayaran, nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan tarikh bengkel pilihan ke talian 013-2545965.

Bengkel akan diselia oleh saya bersama Peguam-peguam Syarie yang berpengalaman, insyaAllah!!

07 Februari 2010

Senyum :)

Saya terima satu emel memaklumkan info penting dan berguna untuk dikongsi bersama:
-------------------------------------------------------------------------
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakansenyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hnya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

****Lantas, senyumlah. Senyum bukan sekadar di bibir tetapi lahirkan senyum dari hati! :)