25 Januari 2011

Permata dah digilap

Alhamdulillah!! Biar diuji dek kerisauan melampau lantaran ayahanda tercinta alami kecederaan selepas terjatuh dari ketinggian 7 kaki, Allah berikan kekuatan untuk saya mengendalikan Bengkel Menggilap Permata pada 22hb Januari.

Menurut Hana, ramai yang memohon untuk mendaftarkan diri, merayu agar disimpan tempat buat mereka tetapi gagal mengesahkan pendaftaran hingga saat akhir dan tika hari program; hanya sembilan peserta yang hadir. Memandangkan program anjuran Bina Bahagia Services bukan menjuruskan keuntungan, saya tetap jalankan program ini dengan peserta yang ada.
Alhamdulillah! Peserta yang hadir berikan komen yang membina.

Antara komen peserta:
"Saya baru ikut program akak. Saya rasa happy sangat. Yang best, Kak Su sangat berbeza dari yang saya tengok dalam tv. Banyak ilmu yang saya dapat dan yang paling penting apa yang Kak Su ajar dan beritahu perkara yang bermanfaat untuk saya, insyaAllah hingga akhir hayat. Harapan saya Kak Su lebih sukses dalam hidup ini. Lagi satu, saya nak la Kak Su buat program memasak untuk saya. Saya nak mencuba untuk bisnes."

"Kak berasa begitu gembira hari ini kerana mendapat ilmu dan kemahiran untuk membina kehidupan lebih bahagia lagi di samping mencungkil bakat lebih lagi dalam bidang perniagaan, mencari pendapatan yang lebih sebagai suri rumah dengan belajar online seperti emel, blog dan facebook untuk promosikan produk jualan akak"

"Program yang menarik cuma minta dipanjangkan masanya. Buat program yang lebih khusus setiap satu topik dalam satu hari."

"Amat menarik. Memberikan pendedahan tentang banyak perkara termasuk tip-tip untuk membina keluarga bahagia."

"Bagus dan bermanfaat. Dapat kenalan dan banyak pengetahuan. Kelas motivasi amat berguna untuk ibu tunggal/ suri rumah yang ingin berniaga. Harap banyakkan kelas untuk weekend."

"Rasa seronok sangat dan lebih yakin dengan diri sendiri. Tak sangka saya ada kemahiran tersendiri. Terima kasih sebab serlahkan permata yang ada dalam diri saya."

"Mulanya akak rasa mahal sangat yuran program ni tapi bila dah sertai, baru akak tau yuran tu berbaloi malah murah berbanding macam-macam ilmu yang akak terima. Terima kasih Su. Harap Su adakan lebih banyak program macam ni dan Su lebih berjaya dan Bapa Su cepat sembuh."

"Memang seronok. Banyak yang saya dapat. Terima kasih banyak-banyak."

"Terima kasih sebab bagi peluang untuk saya ikuti program ini. InsyaAllah, segala ilmu yang saya terima, akan saya gunakan untuk bantu suami menambah pendapatan keluarga. Harap dapat sertai lagi program-program lain."

Gambar-gambar sepanjang program:

Dekorasi kek cawan ni, hasil kerja tangan saya. Cam tak caya hehe!

Peserta bersama Kak Mona (ke4 dr kiri), Cikgu utk kelas dekosrasi kek.

Hasil kerja tangan para peserta ...

Saya pun mencuba bakat terpendam hehe


Bukan setakat belajar deko, banyak jg tips dikongsi...



Dah siap...

Cantik tak?























Khusyuk sediakan jawapan dlm modul Hakikat Permata.

'Pengantin' yg disolek dlm bengkel solekan dan andaman bersama 'Mak Andam' dan barang hantaran :)

Jelingan manja 'pengantin baru' Bengkel MenggilapPermata :)

Peserta bersama Kak Roslina (ke3 dr kiri, di barisan hadapan); Cikgu utk bengkel solekan dan andaman serta bengkel gubahan (gantikan bengkel jahitan manik sebab Cikgu tak dapat hadir saat2 akhir)

'Bodyguard' Kak Ina setia menemani ibunya ke mana sahaja Kak Ina pergi :)

Kak Roslina atau mesra dipanggil Kak Ina; peserta Kem WaJa: Genggam Bara Jadi Permata pd Mei 2010 jg peserta Bengkel Pembuktian Kes Takliq dan Fasakh pg Julai 2010 - kini tampil lebih yakin dan berani malah telah merdeka drpd cengkaman lelaki bernama suami pd Ogos 2010 slps hampir 15 tahun digantung tak bertali biar menanggung hutang puluhan ribu ringgit demi suami tercinta. Antara kes yg buktikan perceraian bukan musibah! Biar masih bertatih tetapi penampilan dan percakapan Kak Ina lebih yakin dan bersemangat berbanding kali pertama saya berjumpa dengannya Mei thn lalu. Tahniah Kak!


Sangkar burung pun boleh jadi bahan gubahan barang pengantin hehe

Nampak buruk je kan? Dah siap nanti, harga melambung tinggi!! Kak Ina terima projek sediakan hamper hari raya dlm bekas mengkuang ini tika majlis PM bertemu rakyat di Pekan, bulan puasa yg lalu. Projek besar tu Kak! Tahniah!!

Tak sampai setahun, Kak Ina gagah berdiri semula!




Antara permata yg dihasilkan drpd bara slps Kem WaJa: Genggam Bara Jadi Permata pd Mei 2010. Tahniah Kak Roslina!!
Terima kasih atas sokongan semua. Seperti saranan peserta, saya sedang usahakan bengkel khusus untuk setiap modul dengan kerjasama Cikgu-cikgu yg terlibat dlm bengkel ini jg. Doakan semoga perancangan dimudahkan dan program dihajati akan berhasil juga dlm masa terdekat, insyaAllah!!
Lebih banyak program menarik menanti anda. Klik info untuk maklumat lanjut atau hubungi 013-2545965.