23 Mac 2011

Jika suami abaikan nafkah

Anda adalah isteri yang membiayai keperluan harian anda sendiri? Turut menanggung keperluan harian anak-anak? Suami berkemampuan tetapi enggan memperuntukkan perbelanjaan untuk nafkah anda dan anak-anak? Berikan nafkah tetapi tidak mencukupi?

Jangan panik! Anda boleh membantu suami tetapi bukan sampai menafikan hak anda yang ditetapkan oleh syariat. Penting! Jangan bantu suami anda menanggung dosa atas kegagalannya menjalankan tanggungjawab yang wajib ditetapkan oleh syarak.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah para hamba berada di waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun. Salah satu dari mereka berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang menafkahkan hartanya balasan yang lebih baik. Sedangkan malaikat yang lain berdoa: Ya Allah! Berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (tidak mahu menafkahkannya).” - hadis riwayat al-Bukhari.

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila suami mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya.” – hadis riwayat Abu Daud.

Lantaran; jika benar sayangkan suami, bantulah suami laksanakan tanggungjawabnya. Malah, bantu juga bekas suami (kes perceraian) melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa.

Sertai Santai Ilmiah 4 dengan perbincangan topik Jika suami abaikan nafkah. Ketahui kaedah psikologi dan undang2 boleh membantu anda menyelesaikan masalah yang membelenggu diri anda! Program akan diadakan:
- pada 16hb April 2011
- mulai jam 8.30am hingga 5pm
- bertempat di Dewan Kuliah Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Agenda Program:
08.30am - Pengesahan pendaftaran peserta
08.45am - Bacaan Doa al-Mathurat
09.00am - Modul 1: Peruntukan Nafkah Menurut Syarak
10.30am - Rehat dan Minum Pagi
11.00am - Modul 2: Nafkah Isteri
12.30pm - Simulasi
01.30pm - Rehat + Makan Tengahari + Solat Zohor
02.30pm - Modul 3: Nafkah Anak
03.30pm - Modul 4: Penguatkuasaan Nafkah melalui Undang-undang
05.30pm - Bersurai

TERHAD kepada 35 peserta sahaja. Yuran penyertaan berjumlah RM65 (ahli Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia) dan RM85 (bagi bukan ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia).

Bagi pengesahan pendaftaran, hanya sertakan bayaran RM40 sahaja (tidak akan dikembalikan tetapi boleh digantikan dengan peserta lain) dan baki yuran dijelaskan pada hari program. Bayaran yuran boleh dibuat atas nama Bina Bahagia Services, akaun Bank Islam 120650 10035 871; kemudian SMSkan ke 013-2545965 atau emelkan ke binabahagia@gmail.com; nyatakan nama penuh, no. kad pengenalan, no.ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia (jika ada), alamat surat-menyurat, nombor telefon bimbit serta bukti bayaran RM40.

Bukti bayaran yang perlu disertakan sama ada:
1. nombor rujukan tika transaksi atau nyatakan tarikh dan masa transaksi dibuat, atau;
2. lampirkan resit bayaran (diimbas) atau ‘print screen’ resit bayaran tersebut.

Pengesahan pendaftaran akan diberikan oleh pihak kami melalui SMS dan kiriman surat rasmi (perlu dibawa pada hari program). Untuk maklumat lanjut, hubungi (call or SMS) 013-2545965.

Terima kasih!!

Konsultansi bersemuka di KL seterusnya

InsyaAllah, saya akan terima temujanji bersemuka bagi khidmat konsultansi psikologi keluarga dan guaman syarie bagi bulan Mac, April dan Mei seperti tarikh-tarikh berikut:
- 31hb Mac
- 1hb hg 2hb April
- 14hb hg 15hb April
- 21hb hg 22hb April
- 28hb hg 29hb April
- 12hb hg 13hb Mei
- 26hb hg 27hb Mei

Sesi temujanji bermula jam 9am dan berakhir 6.30pm dengan setiap sesi selama 90minit iaitu:
- sesi 1: 09am-10.30am
- sesi 2: 10.30am-12pm
- sesi 3: 12pm-1.30pm
- sesi 4: 2pm-3.30pm
- sesi 5: 03.30pm-5pm
- sesi 6: 05pm-6.30pm

Untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM70 (bagi Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia ) atau RM100 bagi bukan ahli; dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka, kos adalah antara RM120 hingga RM150 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).

Sila bank in ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh dan No. Ahli (jika ada) anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka beserta tarikh dan masa pilihan anda.

Terima kasih!!!

15 Mac 2011

Bengkel Perkasa Minda

Pertama sekali, maaf kerana cadangan asal untuk menganjurkan Bengkel Perkasa Minda pada 5hb Mac dan 30 April, terpaksa ditangguhkan. InsyaAllah, Bengkel Perkasa Minda, merupakan bengkel motivasi khusus untuk wanita yang inginkan suntikan semangat selepas hadapi trauma ujian hidup atau ujian rumahtangga beserta panduan untuk teruskan hidup dengan lebih semangat dan ceria, bakal diadakan seperti maklumat berikut:

- pada 22hb Mei 2011 (Ahad),

- mulai jam 8.00am hingga 6.30pm,

- bertempat di Bilik Kuliah, Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Agenda Program:
08.00am - Pengesahan pendaftaran peserta
08.30am - Bacaan Doa al-Mathurat
08.50am - Modul 1: Insan vs Hidup
10.15am - Rehat dan Minum Pagi
10.45am - Modul 2: Derita vs Bahagia
12.00pm - Modul 3: Kuasa Minda
01.30pm - Rehat + Makan Tengahari + Solat Zohor
02.30pm - Modul 4: Perkasa Minda 1
03.45pm - Modul 5: Perkasa Minda 2
05.00pm - Solat Asar dan minum petang
05.30pm - Modul 6: Bahagia Milik Kita
06.30pm - Bersurai

TERHAD kepada 35 peserta sahaja. Yuran penyertaan berjumlah RM115 (ahli Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia) dan RM165 (bagi bukan ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia). Bagi pengesahan pendaftaran, hanya sertakan bayaran RM80 sahaja (tidak akan dikembalikan tetapi boleh digantikan dengan peserta lain) dan baki yuran dijelaskan pada hari program.

Bayaran yuran boleh dibuat atas nama Bina Bahagia Services, akaun Bank Islam 120650 10035 871; kemudian SMSkan ke 013-2545965 atau emelkan ke binabahagia@gmail.com; nyatakan nama penuh, no. kad pengenalan, no.ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia (jika ada), alamat surat-menyurat, nombor telefon bimbit serta bukti bayaran RM80.

Bukti bayaran yang perlu disertakan sama ada:

1. nombor rujukan tika transaksi atau nyatakan tarikh dan masa transaksi dibuat, atau;

2. lampirkan resit bayaran (diimbas) atau ‘print screen’ resit bayaran tersebut. Pengesahan pendaftaran akan diberikan oleh pihak kami melalui SMS dan kiriman surat rasmi (perlu dibawa pada hari program).

Untuk maklumat lanjut, hubungi (call or SMS) 013-2545965. Terima kasih!!