30 Mei 2010

Promosi istimewa khidmat konsultansi

Sempena cuti sekolah ini, Bina Bahagia Services mengadakan promosi istimewa untuk khidmat konsultansi psikologi keluarga dan guaman syarie; bagi sesi temujanji bersemuka selama 1 jam 30 minit; HANYA BAYAR BOOKING RM50 SAHAJA dan tiada sebarang bayaran tambahan lagi.

Promosi sah bagi sesi temujanji bersemuka bermula 3hb hingga 12hb Jun di Kuala Lumpur dan 14hb hingga 19hb Jun di Sg Petani, Kedah.

Bagi yang berminat, sila bank in RM50 ke akaun Maybank 162209924697 atas nama Suhaiza Ghazali dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka bersama saya pada tarikh tersebut.

Terima kasih atas kerjasama!

14 Mei 2010

WaJa 2: Genggam Bara Jadi Permata

Memenuhi permintaan, Bina Bahagia Services akan anjurkan Kem WaJa: Genggam Bara Jadi Permata buat kali kedua.

Kem WaJa: Genggam Bara Jadi Permata merupakan satu program motivasi khusus untuk ibu tunggal serta ibu-ibu yang menghadapi masalah dan inginkan motivasi, semangat, panduan, dorongan dan sokongan bagi meneruskan kehidupan, dianjurkan dengan objektif:
1) Menjelaskan kelebihan dan keistimewaan setiap individu serta panduan mengenali kelebihan dan keistimewaan tersebut;
2) Memberikan semangat, sokongan dan dorongan untuk terus lalui liku-liku mendatang;
3) Membekalkan ilmu dan panduan untuk menjana kewangan diri serta membantu kewangan keluarga

Berbeza dengan bengkel dan kem yang pernah diadakan Kem WaJa tidak mempunyai sesi ceramah sebaliknya akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dalam kumpulan, perkongsian bersama wanita-wanita waja yang pernah diuji dan kini, masih teguh berdiri serta tunjuk ajar dan panduan menjadikan kerja-kerja di rumah sebagai punca pendapatan.

Maklumat mengenai program adalah seperti berikut:
Tarikh : 11hb Julai 2010 (Ahad)
Jam : Mulai 9.30am hingga 5.30pm
Tempat : Wisma Norbaya, Desa Melawati, Kuala Lumpur.

Agenda:
09.00am: Pengesahan pendaftaran peserta
09.30am: LDK 1 - Kenali Potensi Diri 1
10.15am : LDK2 - Kenali Potensi Diri 2
10.45am : Rehat & minum pagi
11.00am : LDK 3 - Jejaki Puncak 1
11.45am : LDK 4 - Jejaki Puncak 2
12.15pm : LDK5 - Jom Jadi WaJa
01.00pm : Makan tengahari dan solat Zohor
02.15pm : Perkongsian Waja
03.30pm : Bengkel Jana Pendapatan Online
04.00pm : Demonstrasi kerja-kerja sambilan dari rumah
05.30pm : Bersurai

Kem akan diselia sepenuhnya oleh PN SUZANA GHAZALI dengan penampilan istimewa: ZAMZARINA ZAMBRI (Apa Kata Wanita TV1) dan SHAHRINA AHMAD SHARKAWI (ESQ 165)

Yuran penyertaan RM50 sahaja termasuk minum pagi, makan tengahari dan bahan LDK.

Untuk penyertaan, boleh bank in RM50 sahaja ke akaun Maybank 162209924697 (atas nama Suhaiza Ghazali) kemudian smskan tarikh bayaran, nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nyatakan Kem Waja ke talian 013-2545965.

Terhad kepada 30 penyertaan sahaja. Siapa cepat, dia dapat!!

PENTING: Bagi wanita yang telah menjalankan perniagaan di rumah, anda boleh kongsikan perniagaan anda di dalam kem ini, dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian 013-2545965. TERIMA KASIH!

12 Mei 2010

Sekitar Kem WaJa Genggam Bara Jadi Permata

Beberapa foto sekitar program Kem WaJa: Genggam Bara Jadi Permata.

Ellie dari de`HearT Online Kitchen berkongsi pengalaman kendalikan perniagaan dari rumah.

Kalau berkehendak, beribu peluang akan terbuka tetapi kalau tak nak, satu alasan dah cukup untuk tutup semua peluang yang ada...


Perkongsian waja daripada Shahrina, Alumni ESQ 165. Jika kita diuji, ada orang yang lebih berat lagi ujiannya...



Para peserta khusyuk menjawab soalan bagi mengenali potensi diri. Semua individu punya potensi diri yang tersendiri dan istimewa pastinya, insyaAllah!

TERIMA KASIH ATAS SEGALA KERJASAMA!
ATAS PERMINTAAN; INSYAALLAH..KEM WAJA 2 AKAN DIADAKAN PADA OGOS NANTI.
TUNGGUUUUUU!!!!!!!!

10 Mei 2010

Temujanji di KL pada 17, 18 dan 19hb Mei

Bagi mereka yang berada di Lembah Klang dan berhajat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka dengan saya, boleh tetapkan temujanji segera. InsyaAllah, saya akan terima 10 sesi temujanji bersemuka mulai Isnin 17hb hingga Rabu 19hb Mei.

Untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM50 dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan antara RM10 hingga RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka ini, kos adalah antara RM50 hingga RM100 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).

Bagi yang berminat, sila bank in RM50 ke akaun Maybank 162209924697 atas nama Suhaiza Ghazali dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka bersama saya pada tarikh tersebut.

Terima kasih!!