03 Mei 2011

Siapa kata isteri tiada kuasa talak?

Perkahwinan disyariatkan dengan hikmah antaranya untuk suami dan isteri merasai ketenangan dan kebahagiaan hidup berpasangan dan berumahtangga malah untuk suami dan isteri melaksanakan tanggungjawab yang wajib dan perlu menurut tuntutan syarak.

Andai perkahwinan tidak lagi mampu menghayati prinsip dan hikmah tersebut setelah pelbagai ikhtiar dan usaha dijalankan, Allah SWT syariatkan talak sebagai jalan terakhir agar setiap hamba-Nya kekal daalam redha-Nya dan mampu untuk kecapi bahagia yang tersendiri.

Ada tikanya; suami akan mendabik dada; "Kuasa talak kat tangan aku. Jangan mimpi aku akan ceraikan kau...." Jangan bimbang! Jangan bersedih! Allah tidak menganiayai hamba-Nya. Isteri juga diberikan kuasa untuk keluar daripada perkahwinan yang mendukacitakan.

Sertai Santai Ilmiah 5 dengan perbincangan topik Siapa kata isteri tiada kuasa talak?:
- pada 21hb Mei 2011
- mulai jam 8.30am hingga 5pm
- bertempat di Dewan Kuliah Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Agenda Program:
08.30am - Pengesahan pendaftaran peserta
08.45am - Bacaan Doa al-Mathurat
09.00am - Modul 1: Hak Isteri untuk Membubarkan Perkahwinan
10.30am - Rehat dan Minum Pagi
11.00am - Modul 2: Kuasa Talak Isteri 1 - Talak dan Takliq
01.30pm - Rehat + Makan Tengahari + Solat Zohor
02.30pm - Modul 3: Kuasa Talak Isteri 2 - Fasakh dan Khuluq
04.30pm - Modul 4: Perintah Kembali Taat
05.30pm - Bersurai

TERHAD kepada 35 peserta sahaja. Yuran penyertaan berjumlah RM65 (ahli Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia) dan RM85 (bagi bukan ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia).

Bagi pengesahan pendaftaran, hanya sertakan bayaran RM40 sahaja (tidak akan dikembalikan tetapi boleh digantikan dengan peserta lain) dan baki yuran dijelaskan pada hari program. Bayaran yuran boleh dibuat atas nama Bina Bahagia Services, akaun Bank Islam 120650 10035 871; kemudian SMSkan ke 013-2545965 atau emelkan ke binabahagia@gmail.com; nyatakan nama penuh, no. kad pengenalan, no.ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia (jika ada), alamat surat-menyurat, nombor telefon bimbit serta bukti bayaran RM40.

Bukti bayaran yang perlu disertakan sama ada:
1. nombor rujukan tika transaksi atau nyatakan tarikh dan masa transaksi dibuat, atau;
2. lampirkan resit bayaran (diimbas) atau ‘print screen’ resit bayaran tersebut.

Pengesahan pendaftaran akan diberikan oleh pihak kami melalui SMS dan kiriman surat rasmi (perlu dibawa pada hari program). Untuk maklumat lanjut, hubungi (call or SMS) 013-2545965.

Terima kasih!!

02 Mei 2011

5 hari seminggu di KL mulai Mei

Mulai Mei ini, insyaAllah, saya akan terima temujanji bersemuka bagi khidmat konsultansi psikologi keluarga dan guaman syarie pada setiap Isnin hingga Jumaat pada setiap minggu dan hari Sabtu pada minggu kedua dan keempat sahaja.

Jadual temujanji Mei diadakan pada tarikh-tarikh berikut:
- 11hb hingga 14hb
- 18hb hingga 20hb
- 23hb hingga 28hb
- 30hb hingga 31hb

Jadual temujanji Jun diadakan pada tarikh-tarikh berikut:
- 01hb hingga 3hb
- 13hb hingga 17hb
- 20hb hingga 25hb
- 27hb hingga 30hb

Sesi temujanji bermula jam 9.30am dan berakhir 5.30pm dengan setiap sesi selama 90minit iaitu:
- sesi 1: 09.30am-11.00am
- sesi 2: 11.00am-12.30pm
- sesi 3: 12.30pm-2.00pm
- sesi 4: 02.30pm-4.00pm
- sesi 5: 04.00pm-5.30pm

Untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM70 (bagi Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia ) atau RM100 bagi bukan ahli; dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka, kos adalah antara RM120 hingga RM150 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).

Sila bank in ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh dan No. Ahli (jika ada) anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka beserta tarikh dan masa pilihan anda.

Bagi mereka yang tidak dapat bersemuka, anda boleh gunakan temujanji menerusi panggilan telefon, dibuka enam hari seminggu iaitu Isnin hingga Sabtu mengikut jadual yang ditetapkan. Atas permintaan, saya sedia terima temujanji menerusi perbualan telefon pada sebelah malam bermula jam 10pm.

Bagi temujanji menerusi perbualan telefon, kos perkhidmatan ialah RM50 (bagi Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia ) atau RM65 bagi bukan ahli dan anda boleh berkongsi kisah dengan saya selama 60 minit.

Sila bank in ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh dan No. Ahli (jika ada) ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji menerusi panggilan telefon.

Temujanji anda akan ditetapkan berdasarkan kekosongan jadual yang terdekat dan anda akan diberikan nombor telefon untuk anda hubungi saya pada masa yang ditetapkan. Tolong maklumkan nombor yang akan anda gunakan untuk hubungi saya nanti. Nombor lain selain daripada yang diberikan, tidak akan dilayan.

Anda juga boleh bertemujanji menggunakan YAHOO MESSENGER, jadual serupa enam hari seminggu iaitu Isnin hingga Sabtu mengikut jadual yang ditetapkan (berjalan serentak dengan jadual temujanji bersemuka, panggilan telefon dan ada jadual khusus pada sebelah malam bermula 10pm)

Bagi temujanji menerusi menerusi khidmat Yahoo Messenger, kos perkhidmatan ialah kos perkhidmatan ialah RM80 (bagi Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia ) atau RM100 bagi bukan ahli dan anda boleh chatting dengan saya selama 2 jam.

Sila bank in ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh dan No. Ahli (jika ada) ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji menerusi menerusi khidmat Yahoo Messenger.

Sertakan sekali ID (alamat) Yahoo Messenger anda. Temujanji anda akan ditetapkan berdasarkan kekosongan jadual yang terdekat.

PERINGATAN PENTING!!! Jika anda tidak dapat tunaikan temujanji yang telah ditetapkan, mohon kerjasama untuk maklumkan kepada PA saya, SMS ke talian 013-2545965 selewat-lewatnya dua jam sebelum jadual yang telah ditetapkan. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan anda dikenakan penalti RM30.

Untuk makluman, saya tidak akan batalkan temujanji yang telah anda tangguhkan maka saya terpaksa tetapkan penalti ini bagi mengelakkan tangguhan saat-saat akhir disebabkan tangguhan anda tersebut mengganggu jadual saya dan orang lain. (Hanya tangguhan atas sebab kecemasan sahaja dibenarkan dan tidak akan dikenakan penalti- maklumkan kpd PA saya butiran kecemasan anda itu)

Saya juga akan gunakan kaedah yang sama, memaklumkan tangguhan kepada anda selewatnya dua jam sebelum temujanji, jika terdapat perkara yang tak dapat dielakkan yang menghalang temujanji daripada dilaksanakan. Terima kasih di atas segala kerjasama.

Terima kasih!!!

Bila suami gagal mendidik...

Sebagai seorang suami, tanggung jawabnya adalah membimbing isteri. Tetapi lain halnya dalam situasi yang saya alami. Dalam banyak keadaan, sayalah yang banyak menegur suami apa yang patut dipatuhi dan apa yang patut dihindari sebagai umat Islam. Saya kini buntu kerana masih gagal menegur suami supaya taat menunaikan solat 5 waktu. Hal ini amat menyedihkan saya kerana khuatir anak-anak kami yang masih kecil turut berperangai sama sepertinya apabila meningkat dewasa.

JAWAPAN:

Saya yakin, ramai yang maklum dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” – surah al-Nisa’ayat 34. Biarpun penghujung ayat ini dijelaskan mengenai sebab lelaki dijadikan pemimpin iaitu kerana mereka wajib memberikan nafkah kepada kaum wanita; hakikatnya ayat ini juga bermaksud; kaum lelaki iaitu bapa atau suami bertanggungjawab dalam membentuk akhlak dan budi pekerti isteri dan anak-anak agar menepati kehendak dan saranan syarak. Peranan ini menjadi perkara asas dalam kehidupan berkeluarga.

Lantaran; setiap wanita disarankan agar betul-betul memilih calon suami. Biarpun hadis hanya menyebut mengenai kriteria pemilihan isteri yang dituntut oleh syarak, hakikatnya kaum wanita juga perlu menggunakan hadis tersebut sebagai panduan dalam mengenal pasti ciri-ciri suami pilihan. Buat penyoal dan mereka yang ditakdirkan berdepan situasi serupa; jangan sesali takdir Ilahi. Setiap yang ditakdirkan oleh-Nya bukanlah perkara sia-sia. Pasti ada sebab dan alasannya anda dijodohkan dengan suami yang sebegini.

Fahamilah; bukan hanya kaum lelaki sebagai ayah dan suami yang memikul tanggungjawab mendidik ahli keluarga ke jalan yang diredhai-Nya. Sebenarnya, setiap individu termasuklah isteri dan ibu; bertanggungjawab mempastikan setiap ahli keluarganya berada di landasan yang betul, sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka....” – surah al-Tahrim ayat 6. Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Dan perintahkanlah keluargamu (serta umatmu) mengerjakan solat dan engkau hendaklah tetap bersabar menunaikannya....” - surah Toha: 132.

Dalam menangani permasalahan yang dihadapi oleh puan; perkara paling penting ialah puan perlu berusaha sedaya upaya untuk mentarbiahkan suami puan tanpa jemu. Usaha tarbiah dan mendidik suami mengerjakan bukan sahaja solat sebaliknya segala yang diperintahkan oleh-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya perlu dimulakan dengan diri puan sendiri. Puan perlu praktikkan solat dengan sebenar-benarnya. Malah bukan saja solat tetapi sikap dan keperibadian puan perlu mencerminkan keperibadian Muslimah dan Mukminah unggul seperti yang disarankan oleh syarak. Jangan sampai suami puan boleh memulangkan paku buah keras; menghina dan mencaci maki sikap puan yang tidak menepati saranan syarak walaupun mengerjakan solat.

Di samping itu, puan boleh belikan buku-buku agama yang berkaitan dan hadiahkan kepada suami. Kalau dia masih tak baca, jangan menyindir sebaliknya puan bacakan buku tersebut secara perlahan-lahan di hadapannya; boleh dibacakan tika sama-sama nak masuk tidur. Jangan terlalu banyak; cukup sekadar peringatan ringkas mengenai perkara utama berkaitan solat dan seumpamanya. Contohnya; bacakan maksud firman Allah seperti yang saya kongsikan pada awal jawapan persoalan ini; mudah tetapi penuh makna. Puan juga boleh pasangkan kaset atau CD ceramah-ceramah agama berkaitan tetapi jangan pula sepanjang masa. Memadailah satu jam sehari sebagai permulaan dan ditambah sedikit demi sedikit agar suami tak terasa dia sedang diajar yang sudah pasti boleh mengundang kemarahannya.

Puan juga boleh sediakan satu tempat khusus seperti papan putih (white board) untuk mencatat peringatan buat diri dan ahli keluarga berkaitan solat dan segala perintah-Nya serta larangan-Nya. Letakkannya di tempat yang mudah dibaca oleh semua termasuk suami. Jangan tujukan khusus untuk suami sahaja; ego suami pasti tercalar yang memungkinkan lebih sukar untuk ditarbiah dan dididik. Puan boleh juga mengajak suami untuk sama-sama melakukan solat berjemaah bersama puan. Ajaklah dengan lembut; bukan keras. Kalau perlu, puan boleh merayu. Luahkan rasa cinta dan sayang puan kepada suami dan keinginan puan untuk kekal hidup bersamanya di akhirat nanti dan jelaskan; tak mungkin puan dan suami dapat hidup bersama di sana nanti andai bekalan yang dibawa ke sana tidak sama seperti kehendak Ilahi.

Malah puan boleh menjadikan cinta suami kepada puan sebagai tebusan; jika benar kasih dan cintakan puan, mohon agar suami menunaikan solat bersama-sama puan. Pastikan suami solat bersama puan dahulu; jangan fikirkan tika suami berjauhan daripada puan. Jika suami mahu solat bersama puan; ia boleh menjadi permulaan yang baik untuk suami terus kekal solat walau berjauhan daripada puan, insyaAllah!

Nasihat saya; dalam usaha mendidik dan mengajak suami untuk solat, jangan sesekali mengajak atau mengarah di depan anak-anak. Biar suami berkeras atau degil; puan tetap perlu menjaga air muka dan harga diri suami. Tak boleh benarkan suami dipandang rendah oleh anak-anaknya sendiri. Apatah lagi menyindir suami di depan anak-anak. Ingat! Berdakwah mengajak ke arah kebaikan tidak menghalalkan perkara yang dilarang oleh syarak.

Berkaitan anak-anak pula; puan perlu usahakan mendidik mereka sejak awal. Jelaskan tentang kehendak syarak; sebab juga balasan dan hukuman jika engkar. Jika anak-anak sedar mengenai ayah mereka yang tidak mengerjakan solat, cakapkan dengan baik; ayah mereka akan solat juga nanti cuma sekarang ini, hidayah Allah kepada ayah mereka belum sampai dan mohon agar anak-anak berdoa moga Allah SWT bukakan hati ayah untuk mengerjakan solat.

Pesankan agar anak-anak patuhi setiap perintah Allah terutama solat. Jangan sesekali tinggalkan solat walau ayah mereka masih enggan menunaikan solat. Ceritakan tentang azab jika meninggalkan solat dan minta anak-anak terus berdoa agar ayah mereka ingin menunaikan solat sebab sayangkan si ayah agar si ayah tidak terkena azab kerana tidak menunaikan solat. Percayalah! Jiwa anak-anak terlalu bersih dan suci dan lebih mudah dibentuk asalkan mereka dilentur sejak dari rebung lagi. Jika keadaan terkawal; boleh gunakan anak-anak untuk mengajak suami untuk sama-sama kerjakan solat.

Paling utama; puan jangan putus asa dan jangan putus berdoa. Mohon kepada-Nya agar suami dilembutkan hati mahu mengerjakan solat, agar anak-anak juga mahu mengerjakan solat. Di samping berdoa; puan boleh praktikkan bacaan surah al-Insyirah di dalam setiap masakan dan minuman yang puan sediakan. Setiap kali nak memasak atau sediakan minuman, mulakan dengan bacaan Bismillah kemudian bacalah surah a-Insyirah dan pada masa yang sama, niatkan di dalam hati agar suami dan anak-anak lembut hati serta ringan untuk mengerjakan solat dan ibadat lainnya. Jika puan masih mandikan anak-anak; bacakan juga surah al-Insyirah ini setiap kali menyiram mandi anak-anak.

Di samping doa dan ikhtiar tersebut; saya mohon agatr puan praktikkan bacaan doa-doa al-Mathurat. Terdapat banyak buku himpunan doa-doa al-Mathurat ini di pasaran. Usahakan membaca paling kurang al-Mathurat Sughra (kalau dalam buku al-Mathurat itu ada ditandakan dengan bintang *) pada setiap pagi selepas Subuh dan setiap petang selepas Asar. Boleh sebut doa tersebut di dalam Bahasa Melayu agar puan lebih faham dan lebih khusyuk berdoa. InsyaAllah; segala doa yang ada di dalam al-Mathurat tersebut mampu menjadi pendinding malah mendidik kita serta ahli keluarga menuju jalan yang diredhai-Nya. Pesan saya; jangan sesekali putus harap dalam berdoa. Pasti ada sebab dan hikmahnya bila doa anda masih belum dimakbulkan oleh-Nya.

Ingatlah!! Sebagai makluk dan hamba-Nya, kita hanya mampu untuk berusaha, selebuhnya terutama dalam perkara berkaitan hidayah adalah di tangan-Nya. DIA yang berkehendak untuk menentukan hamba-Nya yang mana akan menerima hidayah untuk taat beribadah kepada-Nya. Yang penting, selagi suami masih menjalankan tanggungjawabnya yang patut sebagai suami; memberi nafkah zahr dan batin serta melayan puan dengan baik, puan perlu terus berusaha mengajak secara berhikmah dan berdoa untuk suami juga anak-anak. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Semoga Allah SWT merahmati seorang isteri yang bangun malam hari untuk mengerjakan solat malam lalu membangunkan suaminya untuk solat bersama. Apabila si suami enggan, dia memercikkan air ke wajah suaminya.” – hadis riwayat Abu Daud.

**** Dilema Perkahwinan, Majalah Pa&Ma bulan November 2010.

03 April 2011

Hadapi masalah kewangan bersama

SOALAN:
Saya bertugas di sebuah jabatan kerajaan manakala suami berkerja di sektor swasta. Gabungan gaji kami berdua tidak seberapa. Setiap bulan, saya bingung memikirkan masalah kewangan yang kami hadapi. Baru sahaja mencecah seminggu, duit gaji kami berdua licin untuk perbelanjaan seharian. Tambahan pula kami kini menanggung dua orang anak yang masih kecil. Masalah ini sedikit sebanyak mengganggu keharmonian rumah tangga kami. Apa yang patut saya lakukan agar kewangan dan rumah tangga sama-sama stabil?


JAWAPAN:

Masalah kewangan boleh dikategorikan sebagai masalah biasa bagi kebanyakan individu atau pasangan hari ini. Bak kata pepatah: besar periuk, besar juga lah keraknya. Namun, terpulang kepada individu atau pasangan tersebut untuk bertindak terhadap kerak yang ada; sama ada nak dibuang atau boleh juga dimakan bersama kari, masih mampu menyelerakan tekak.

Kepada puan yang bertanya, juga buat pembaca semua; masalah kewangan bukan satu perkara yang boleh menjadi peluru menikam jantung. Tiada masalah tanpa jalan penyelesaian. Jalan paling utama ialah suami puan perlu usahakan sesuatu untuk menambah pendapatan keluarga. Saya sebutkan suami kerana suami merupakan ketua keluarga dan perlu bertindak bagi menyelesaikan segala masalah yang dihadapi di dalam rumahtangga. Namun, tidak bererti puan perlu berdiam diri. Sebagai isteri yang juga bertindak sebagai rakan kongsi, puan juga boleh membantu suami usahakan sesuatu.

Dalam dunia serba canggih kini, terlalu sedikit individu yang melakukan kerja tunggal. Ramai yang menjalankan pelbagai pekerjaan serentak bagi membiayai kehidupan sendiri dan keluarga. Nasihat saya; berhati-hati dalam berusaha! Jangan mudah terpedaya dengan pujukan pelbagai iklan yang menawarkan pendapatan mudah dengan usaha minima. Terlalu banyak kes berkaitan dikenalpasti sebagai satu penipuan. Ingat! Tiada jalan mudah untuk memperolehi kesenangan temasuk kewangan yang baik dan halal untuk keluarga!

Dalam berusaha juga, pastikan komunikasi suami isteri dan anak-anak terjaga. Wang perlu tapi bukan segalanya. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran. Selain itu, puan dan suami juga perlu mengurus kewangan dengan lebih bijak. Utamakan keperluan semata-mata dahulu hingga kewangan lebih stabil, barulah sesekali menunaikan kehendak kepada sesuatu yang termasuk dalam kategori kemewahan. Dalam berbelanja juga, utamakan kualiti barangan dan bukan jenama. Ada juga barangan pasar malam yang baik mutunya dan standing dengan barangan berjenama dengan harga tinggi di pusat beli belah. Paling penting; elakkan menggunakan kad kredit. Penggunaan kad kredit sebenarnya menambah hutang dan bukan menyelesaikan masalah kewangan anda.

Di samping usaha tadi; puan dan suami boleh lakukan beberapa amalan tuntutan syarak yang boleh membantu menambah rezeki keluarga. Amalan paling penting: jangan abaikan solat malah dirikanlah solat terutama solat lima waktu. Dirikan bermaksud melaksanakan solat dengan penuh khusyuk, tertib rukun dan penuhi syaratnya. Selalulah beristighfar memohon ampun kepada Allah. Ada tikanya kita tak sedar dengan kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan. Beristighfar memohon ampun boleh membersihkan diri seterusnya membantu memurahkan rezeki.

Puan dan suami juga perlu memperuntukkan sedikit wang untuk diberikan kepada ibu dan bapa masing-masing. Tak perlu banyak tetapi perlu ikhlas. Pemberian tersebut akan menceriakan hati ibu bapa walau hakikatnya mereka tak minta malah membantu menambahkan barakah dalam rezeki yang puan dan suami terima. Barakah bukan bererti banyak tetapi akan mencukupi biar apa pun jumlahnya dan tak kira apa pun perbelanjannya. Bantulah juga mereka yang memerlukan. Bantuan yang kecil tetapi setulus hati akan membahagiakan orang lain. Kebahagiaan mereka menjadi asas rahmat untuk kewangan puan sekeluarga, insyaAllah!

Saya juga ingin merayu agar puan mengubah pendirian puan terhadap anak-anak. Berdasarkan penyataan puan menerusi soalan yang dikemukakan, puan seolah-olah merasakan anak-anak adalah bebanan. Jangan simpan perasaan atau pendirian sedemikian. Walau bukan diluahkan secara langsung, rasa terbeban memikirkan keperluan anak-anak juga termasuk dalam anggapan mereka sebagai bebanan. Ketahuilah! Dalam satu hadis Rasulullah SWT, baginda menegaskan Allah SWT akan memberikan rezeki kepada rumah yang mempunyai insan yang lemah. Ulama mentafsirkan insan yang lemah sebagai mereka yang tidak berdaya iaitu orang tua (ibu bapa) dan kanak-kanak. Anak-anak ini telah dijanjikan dengan rezeki mereka yang tersendiri cuma sebagai ibu bapa mereka, kita hanya perlu usahakan rezeki tersebut.

Puan seisi keluarga juga perlu bersyukur dengan rezeki yang ada. Memang perit tetapi jangan sesekali mengeluh apatah lagi mempertikaikan anugerah pemberian-Nya. Puan sekeluarga sepatutnya bersyukur kerana biarpun wang gaji habis dalam masa seminggu sahaja, puan dan suami masih punya pekerjaan dan pendapatan. Masih ramai lagi mereka di luar sana yang tiada pekerjaan atau sumber pendapatan dan terpaksa mengikat perut. Dalam mengharungi ranjau hidup, boleh memandang kepada yang lebih senang dan berjaya tetapi perlu dengan iltizam dan semangat untuk anda juga berusaha gigih bagi mencapai kedudukan seperti mereka. Pandang dan perhati juga kepada mereka yang lebih dhaif daripada anda bagi mewujudkan rasa insaf dan syukur atas segala nikmat pemberian-Nya.

Percayalah! Masalah kewangan yang anda hadapi kini bukan hanya sebagai satu ujian sebaliknya mempunyai sebab dan alasan yang tersendiri. Jangan jadikan masalah kewangan sebagai pemangkin ke arah masalah hubungan antara suami isteri. Sepatutnya, puan dan suami sama-sama berbincang, ikhtiarkan jalan penyelesaian, bersama-sama berganding bahu untuk keluar daripada masalah yang ada. Ikhtiar paling utama di samping usaha fizikal anda ialah doa. Berdoalah kepada-Nya tanpa putus asa! Mohon agar dikurniakan kemurahan rezeki yang baik dan halal. Jelaskan bentuk rezeki yang anda inginkan. Perlukan penjelasan kerana rezeki kurniaan Ilahi mempunyai pelbagai bentuk. Anak juga rezeki. Pekerjaan juga rezeki. Jika inginkan lebihan pendapatan; sebutkan dengan jelas! Jika inginkan kenaikan gaji, ucapkan juga dengan terang.

Ya! Allah SWT Maha Memahami dan Mengetahui. Analogi mudah, kalau anda ke restoran; semestinya pelayan dah tau anda nak makan tetapi kalau anda tak sebutkan dengan jelas jenis atau bentuk hidangan yang anda inginkan, kemungkinan hidangan yang diberikan kepada anda tersalah daripada kehendak anda adalah tinggi. Berdoa sepanjang masa, bukan hanya selepas sembahyang yang lima. Bila teringat tentang kemelut yang dihadapi, berhenti seketika dan mohonlah kepada-Nya, walau tika itu anda sedang berhenti di lampu isyarat atau sedang menaip di hadapan komputer.

Di samping doa agar murah rezeki, berdoa juga untuk ibu bapa. Doa mohon kesejahteraan untuk ibu bapa menjadi faktor pemangkin kepada kemurahan rezeki anda sekeluarga, insyaAllah!! Berdoalah dengan sepenuh hati dan pengharapan, penuh pengaduan dan rayuan. Allah SWT dah janjikan, mohonlah kepada-Nya dan DIA akan tunaikan dengan syarat; jangan sesekali mempertikaikan kenapa DIA lambat atau belum makbulkan doa anda. DIA lebih tau yang terbaik untuk anda.

Jika doa anda dimakbulkan dengan cepat, betullah anda disayangi. Jika doa anda dimakbulkan lambat, bukan tak sayang cuma DIA ingin menguji iman dan kesabaran anda. Andai DIA tak tunaikan pula bermaksud DIA ingin berikan yang lebih baik daripada yang anda minta. Usaha, doa dan tawakkal mengharapan redha-Nya! Pasti ada bahagia, insyaAllah!!

****Petikan ruangan Dilema Perkahwinan, majalah Pa&Ma bulan Oktober 2010.