Tahukah anda, pada setiap tahun, Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8hb Mac? Mungkin ramai yang tidak perasan tentang sambutan tersebut kerana di Malaysia, sambutan Hari Wanita biasanya diraikan pada 25hb Ogos.
Tarikh tersebut dipilih sendiri oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang diisytiharkan pada tahun 1961.
Sejarah mencatatkan sambutan Hari Wanita Antarabangsa sebenarnya bermula pada tahun 1910 tetapi wanita di Amerika Syarikat mula meraikan Hari Wanita peringkat kebangsaan pada tahun 1908. Secara tidak langsung, sambutan peringkat kebangsaan ini menjadi ilham untuk menjadikan sambutan tersebut diraikan di peringkat antarabangsa.
Asalnya, sambutan Hari Wanita ini hanyalah sebagai cara bagi kaum wanita menuntut hak asasi mereka, berpolitik, melihat perkembangan dan kemajuan yang dialami atau sekadar satu hari sambutan untuk wanita.
Namun, pada tahun 1910 seorang sosialis Amerika Syarikat bernama Lena Hewis mengumumkan, 8hb Mac bukan sekadar bertujuan meraikan sesuatu sebaliknya ia adalah hari untuk merancang atau memikirkan usaha yang perlu dilakukan bagi memantapkan keadaan wanita di seluruh dunia.
Tanpa disedari Hari Wanita Antarabangsa adalah titik tolak kepada perkembangan dan kemajuan wanita hari ini tidak kira di mana saja mereka berada.
Kata-kata hikmah: tangan yang menghayun buaian, boleh menggoncangkan dunia - bukanlah sekadar sebuah pujian tinggi atau mengambil hati sebaliknya wajar dijadikan sebagai penyemarak semangat kepada semua wanita.
Wanita bukan hamba nafsu seks, wanita bukan semata-mata pembantu rumah, wanita juga bukan hanya tukang masak, tukang cuci dan lain-lain. Wanita mampu berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki jika anda berusaha ke arahnya dengan syarat, tetap mematuhi kehendak syarak.
Islam tidak menyekat kebebasan kaum wanita malah Islam lah yang meninggikan darjat kaum wanita. Sejarah membuktikan wanita zaman awal Islam mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam pembentukan negara Islam tika itu. Malah wanita jugalah yang menjadi tulang belakang membantu penyebaran agama Islam.
Kaum wanita mungkin lembut tetapi bukan lemah. Sempena Hari Wanita Antarabangsa ini, Bina Bahagia Services akan menganjurkan kursus motivasi khusus untuk wanita dengan tema WANITA LEMBUT TETAPI BUKAN LEMAH.
Nantikan maklumat terperinci...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan