06 November 2009

Kecantikan lelaki dan kegagahan wanita

Saya terima menerusi fwd email, menarik untuk direnungkan bersama:
--------------------------------------------------------------------------

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik, adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yangada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah, adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang adapada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan ...

3 ulasan:

amira salwa berkata...

bagaimana cara isteri boleh bantu suami miliki kecantikan itu?

izatul izza berkata...

cantik pada mata yang melihat.Apabila hati kita bersih tiada prasangka pasti kita lihat semua cantik.
Jika hati dibaluti dengan shak wassanka yang cantik jadi hodoh pada ketika itu.....

zainur berkata...

kecantikan luaran adalah subjektif manakala rohani yang cantik sukar dilihat. akan tetapi apa yang dizahirkan melalui tutur kata dan perlakuan secara praktikal menggambarkan sikap peribadi seseorang.
pandangan mata akan tertipu dengan nafsu makala mata hati yang celik disamping akal yang dimanfaatkan sepenuhnya memberi pandangan yang luar biasa kepada penilainya