23 April 2010

Bantulah Hannah

Alhamdulillah, Allah izinkan untuk saya berbicara terus dengan Puan Rohaiza, ibu kepada Adik Hannah yang saya paparkan melalui Bantulah ibu ini doakan keselamatan anaknya

Terasa sayu mendengar luahan hati si ibu. Air mata sendiri bergenang tapi saya gagahkan diri bertahan. Kalau saya sendiri tak mampu menahan tangisan hanya setelah mendengar luahan si ibu; bayangkan bagaimana si ibu yang menghadapi si anak yang sedang berjuang untuk hidup, sehari-hari?

Di bawah ni; saya lampirkan jawapan emel drpd Pn Rohaiza:

"Wsalam

Terima Kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada saudari. Hana berada di rumah kami di Bukit Katil Melaka. Ketika email itu saya mula sent (13/4/10), Hana telah dibenarkan keluar dari hospital. Dengan kata-kata semangat dari saudari..bagaikan datang satu kuasa dalam diri saya. . Tetapi saya sering rasakan kuasa itu kadang-kala ada..kadang-kala hilang. Mudah-mudahan Allah kekalkan keyakinan saya padaNya.

Hana masih belum boleh menghisap dan menelan. Kudrat Hana belum kuat utk itu. Sebenarnya itulah yang paling saya harapkan agar Hana blh menghisap & menelan. Tapi masih belum Allah izinkan. Tangan Hana agak aktif bergerak, kaki kanan masih bersimen,kaki kirikurang bergerak. Mata Hana masih tiada tumpuan. Jika berjaga mata Hana akan terbuka tanpakelip2. Mungkin kerana urat sarafnya tegang.

Buat pengetahuan saudari, saya mengambil cuti 2bln untuk menjaga Hana dengan harapan puteri kesayangan saya akan beransur sihat. Banyak masa saya luangkan bersama. Mungkin ini ujian agar kami menjadi lebih erat. Betapa saya menjaga Hana ketika dalam kandungan. Sehari pun saya tidak lupa memakan pil2 yang doktor bekalkan. Seawal kandungan 3 bln saya mengambil folic acid agar otak bayi saya berkembang baik. Susu anmum, air soya, buah-buahan...segalanya saya ambil bagi memastikan kandungan saya sihat. Tapi...kami diuji di saat akhir. Baru saya sedar bahawa ada kuasa yang maha Berkuasa. Dia boleh merubah sesuatu dalam sekelip mata. Kun fa ya kun..

Saya tidak putus-putus berdoa kepadaNya. Kadang-kala saya rasakan diri saya tidak sempurna dan layak untuk mendapat nikmatNya. Oleh yang demikian, saya mohon bantuan kalian. Manalah tahu jika ada di antaranya doa dari orang2 yang rapat dengan Allah. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa saya iaitu ibu kepada zuriat yang tidak ternilai harganya pada saya. Email yg saya hantarkan sebenrnya utk meminta pembaca melakukan solat hajat, baca al-Fatihah...

Tapi seandainya sumbangan yg diberikan, saya terima dengan hati terbuka. Terus terang saya katakan kos rawatan utk Hana tidak terkira. Medikal dah menyatakan kerosakan otak tiada ubatnya. Saya rawat Hana dgn cara alternatif. Ke sana sini saya pergi utk berubat dgn harapan puteri kesayangan saya blh membesar seperti kanak2 sempurna.

Saya mengambil cuti 2 bln bermula 1/4-1/6 demi menjaga Hana kerana dia perlukan penjagaan rapi. Menyusu menggunakan tiub. Dia juga perlu banyak rangsangan seperti diurut. Tapi apa sekali pun saya sanggup demi Hana. Berhutang bergadai pun akan saya lakukan demi zuriat yg saya kandungkan selama 9 bln 10 hari.

JIka ada sumbangan untuk meringankan beban saya, bolehlah guna nombor akaun di bawah ini. Insyaallah, akan saya gunakan sepenuhnya untuk manfaat Hana. Jasa dan budi baik saudari hanya Allah yg layak membalas. Saya merayu sekali lagi agar teruskan berdoa agar kerosakan otak Hana dipulihkan, dijauhkan dari kecacatan dan Hana boleh membesar seperti kanak2 yang sempurna. Amin."

Buat mereka yang ingin membantu; di bawah ini butiran akaun yang diperlukan:
Rohaiza Ishak, nombor akaun Maybank : 154053329345

*****Bantulah sekadar terdaya. Ringankan bebanannya, insyaAllah DIA akan ringankan bebanan kita. Buat mereka yang inginkan nombor telefon Pn Rohaiza; untuk membantu beliau dengan berikan kata-kata semangat; boleh call or SMS Farhana di talian 013-2545965. Pesan saya: jangan menangis bersamanya kerana tangisan anda mampu menambah sayunya sebaliknya berikan dia kata-kata semangat. Semangat anda; mampu memberikannya semangat jua, insyaALlah!!

2 ulasan:

Ruziawati Bukhari berkata...

Assalamualaikum kak su..

Beratnya dugaan utk si ibu ini.. simpati kepd si kecil yg x berdaya.. moga ada hikmah di sebalik apa yg terjadi..DIA MAHA MENGETAHUI..

semoga Pn. Rohaiza lebih kuat mendatangi hari2 seterusnya... Semoga ada sinar di penghujungnya nanti..
Amin..

azzey berkata...

Su,
insyaallah kita sama2 bantu...