14 Mei 2010

WaJa 2: Genggam Bara Jadi Permata

Memenuhi permintaan, Bina Bahagia Services akan anjurkan Kem WaJa: Genggam Bara Jadi Permata buat kali kedua.

Kem WaJa: Genggam Bara Jadi Permata merupakan satu program motivasi khusus untuk ibu tunggal serta ibu-ibu yang menghadapi masalah dan inginkan motivasi, semangat, panduan, dorongan dan sokongan bagi meneruskan kehidupan, dianjurkan dengan objektif:
1) Menjelaskan kelebihan dan keistimewaan setiap individu serta panduan mengenali kelebihan dan keistimewaan tersebut;
2) Memberikan semangat, sokongan dan dorongan untuk terus lalui liku-liku mendatang;
3) Membekalkan ilmu dan panduan untuk menjana kewangan diri serta membantu kewangan keluarga

Berbeza dengan bengkel dan kem yang pernah diadakan Kem WaJa tidak mempunyai sesi ceramah sebaliknya akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dalam kumpulan, perkongsian bersama wanita-wanita waja yang pernah diuji dan kini, masih teguh berdiri serta tunjuk ajar dan panduan menjadikan kerja-kerja di rumah sebagai punca pendapatan.

Maklumat mengenai program adalah seperti berikut:
Tarikh : 11hb Julai 2010 (Ahad)
Jam : Mulai 9.30am hingga 5.30pm
Tempat : Wisma Norbaya, Desa Melawati, Kuala Lumpur.

Agenda:
09.00am: Pengesahan pendaftaran peserta
09.30am: LDK 1 - Kenali Potensi Diri 1
10.15am : LDK2 - Kenali Potensi Diri 2
10.45am : Rehat & minum pagi
11.00am : LDK 3 - Jejaki Puncak 1
11.45am : LDK 4 - Jejaki Puncak 2
12.15pm : LDK5 - Jom Jadi WaJa
01.00pm : Makan tengahari dan solat Zohor
02.15pm : Perkongsian Waja
03.30pm : Bengkel Jana Pendapatan Online
04.00pm : Demonstrasi kerja-kerja sambilan dari rumah
05.30pm : Bersurai

Kem akan diselia sepenuhnya oleh PN SUZANA GHAZALI dengan penampilan istimewa: ZAMZARINA ZAMBRI (Apa Kata Wanita TV1) dan SHAHRINA AHMAD SHARKAWI (ESQ 165)

Yuran penyertaan RM50 sahaja termasuk minum pagi, makan tengahari dan bahan LDK.

Untuk penyertaan, boleh bank in RM50 sahaja ke akaun Maybank 162209924697 (atas nama Suhaiza Ghazali) kemudian smskan tarikh bayaran, nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nyatakan Kem Waja ke talian 013-2545965.

Terhad kepada 30 penyertaan sahaja. Siapa cepat, dia dapat!!

PENTING: Bagi wanita yang telah menjalankan perniagaan di rumah, anda boleh kongsikan perniagaan anda di dalam kem ini, dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian 013-2545965. TERIMA KASIH!

5 ulasan:

Name: Kak Wah berkata...

Aktik akak ni dgn mcm2 aktiviti. Blm sempat join, tgk tv je . hihihi. kalau sudi jemput ambik award ket http://coretankitty.blogspot.com/2010/05/dapat-award-sunshine-award.html
thanks.

azzey berkata...

su, klu bkn single mother, leh join x? cam interesting jerk ...tq

Suzana Ghazali berkata...

Dik Wah (akak lbh tua kan hehe), terima kasih atas award tu :)

Azzey; boleh je yg penting WANITA dan dia percayakan sy utk berkongsi sedkit ilmu yg ada beserta pengalaman sendiri dan org lain utk dijadikan panduan dlm mendepani arus hidup ini :)

azzey berkata...

tq su...

lyyna1976 berkata...

Puan Su,
Kat Kuantan takder ker?...payah gak nak tinggal anak2 kecik-kecik nih...nak pegi sangat..dah lama memencil diri sbb anak2..nak gi mana2 pun payah skit..bila agaknya ada rezeki nak gi seminar motivasi?