Memenuhi permintaan, saya upload Khutbah Nikah yang dibacakan kepada pengantin (selalunya pengantin perempuan tak dengar, patutnya kena dengar ni). Petikan khutbah ni saya dapat dgn bantuan seorang rakan yg menjawat jawatan Qadhi di sebuah daerah di Kedah. Saya taip semula so tak de lah part2 muqaddimah, ayat2, hadis dan khulasah khutbah. Biarpun ini khutbah nikah negeri Kedah, keseluruhannya faktanya hampir sama di seluruh Malaysia. Cuma, bagi pandangan saya, khutbah nikah ini perlu dipanjangkan dan ditambah banyak lagi fakta penting. Tak tau la pengantin2 akan beri perhatian ke tidak sebab masing2 sedang berdebar je kan :)
---------------------------------------------------------------
Perkahwinan adalah satu perkara yang sangat digalakkan oleh agama Islam. Allah telah menghalalkan nikah dan menggalakkan manusia kepadanya. Allah mengharamkan zina dan member amaran azabnya, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
Firman-Nya lagi dalam surah an-Nisa ayat 1 yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam) dan menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang membiakkan dari kedua-duanya zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namanya, dan peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Perkahwinan adalah sunnahku. Barangsiapa yang tidak mengikuti akan sunnahku maka bukan daripada golonganku. – HR Ibnu Majah.
Setengah daripada hikmah perkahwinan ialah meramaikan zuriat dengan benih yang suci. Islam berkehendakkan tiap-tiap perkahwinan itu berpanjangan, hidup antara pasangan suami isteri dengan penuh kasih saying dan dalam keadaan aman, tenang dan sentiasa dalam kemakmuran dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Suami hendaklah mengetahui dan menyempurnakan segala tanggungjawab terhadap isteri dan keluarganya dengan memberi nafkah yang cukup. Berlaku adil jika beristeri lebih dari satu dan kewajipan suami juga untuk mengajar pengetahuan agama kepada isteri.
Janganlah sekali2 suami menjadikan isteri itu tempat tumpuan hawa nafsu semata2 dan tempat maki hamun, bahkan hendaklah sentiasa berlemah lembut dan bersefahaman pada segala bicara. Hendaklah suami mengerjakan segala perkara yang disuruh dan menjauhi perkara2 yang dilarang dan berdosa.
Setelah berkahwin janganlah mudah bercerai kerana bercerai adalah satu perkara yang sangat dibenci oleh Allah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sebenci-benci perkara yang halal kepada Allah ialah talak. – HR Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim.
Perceraian akan membawa seseorang kepada kesusahan, kedukaan yang mendatangkan kerosakan di dalam kehidupan. Lebih2 lagi jika sudah dikurniakan anak. Seseorang itu hendaklah berfikir dan insaf serta menjauhkan diri daripada mengerjakan perkara2 yang boleh merosakkan diri sendiri, zuriat keturunan, kaum keluarga dan masyarakat.
Maka ambillah tauladan wahai orang2 yang mempunyai fikiran dan selalulah mengambil iktibar dengan kejadian2 yang telah lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan