Statistik yang dikumpulkan oleh JAKIM menjelaskan purata harian pasangan yang berkahwin ialah tujuh pasangan sementara yang bercerai pula melibatkan lima pasangan. Pengalaman saya mengendalikan kes bermula tahun 1998 membuktikan rata-rata perkahwinan yang hancur di tengah jalan ini adalah perkahwinan yang bermula dengan suka sama suka atau cinta pilihan sendiri. Kajian juga buktikan, perceraian berlaku kerana individu yang terlibat gagal menghayati erti dan maksud sebenar sebuah perkahwinan.
Lantaran, Kem Akad Nikah Perjanjian Bahagia dirancang khusus untuk pasangan suami isteri dan mereka yang bakal mendirikan perkahwinan. Ketahui nikmat dan cabaran hidup berumahtangga serta tips juga panduan untuk kekal bahagia hingga akhir hayat, insyaAllah!
Kem akan diadakan:
pada - 12hb Februari 2011
bertempat di - Dewan Besar, Masjid Negara Kuala Lumpur
mulai - jam 8.00am hingga 6.30pm
Agenda Program:
08.00am - Pengesahan pendaftaran peserta
08.30am - Bacaan Doa al-Mathurat
09.00am - Bengkel 1: Kenal vs Tahu
10.00am - Rehat dan Minum Pagi
10.30am - Ceramah 1: Cinta dan bahagia dalam perkahwinan
12.00pm - Bengkel 2: Seadanya...
01.00pm - Rehat + Makan Tengahari + Solat Zohor
02.00pm - Ceramah 2: Tanggungjawab dan hak dalam perkahwinan
04.00pm - Bengkel 3: Serasi Bersama
05.00pm - Solat Asar dan minum petang
05.30pm - Bengkel 4: Ikrar Bahagia
06.30pm - Bersurai
Peserta terhad kepada 20 pasangan sahaja. Yuran penyertaan berjumlah RM250 (ahli Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia) dan RM350 (bagi bukan ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia).
Bagi pengesahan pendaftaran, hanya sertakan bayaran RM100 sahaja (tidak akan dikembalikan tetapi boleh digantikan dengan peserta lain) dan baki yuran dijelaskan pada hari program.
Bayaran yuran boleh dibuat atas nama Bina Bahagia Services, akaun Bank Islam 120650 10035 871; kemudian emelkan ke binabahagia@gmail.com; nyatakan nama penuh anda dan pasangan, no. kad pengenalan anda dan pasangan, no.ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia (jika ada- memadai seorang menjadi ahli), alamat surat-menyurat, nombor telefon bimbit dan nyatakan status hubungan anda serta bukti bayaran RM100 untuk pendaftaran Kem Akad Nikah Perjanjian Bahagia.
Bukti bayaran yang perlu disertakan sama ada:
1. Nombor rujukan tika transaksi atau nyatakan tarikh dan masa transaksi dibuat, atau;
2. lampirkan resit bayaran (diimbas) atau ‘print screen’ resit bayaran tersebut.
Pengesahan pendaftaran akan diberikan oleh pihak kami melalui SMS dan kiriman surat rasmi (perlu dibawa pada hari program). Untuk maklumat lanjut, hubungi (call or SMS) 013-2545965.
Terima kasih!!
4 ulasan:
salam puan suzana.saya baru sahaja berkongsikan artikel kem akad nikah ni di blog saya.harap dapat membantu untuk promote kem yg sangat bagus ni.
assalammualaikum ^-*
Salam Alea; terima kasih byk2 ya :)
salam puan, sy share dlm blog yer pasal kem nie, boleh kan...
Usaha puan utk memujudkan Kem Akad Nikah Perjanjian Bahagia amat menarik. Diharap ia dapat diterapkan sekerap yg mungkin utk menangani masalah2 sebelum berkahwin. Sokong 100%
Catat Ulasan