Pertama sekali, maaf kerana cadangan asal untuk menganjurkan Bengkel Perkasa Minda pada 5hb Mac dan 30 April, terpaksa ditangguhkan. InsyaAllah, Bengkel Perkasa Minda, merupakan bengkel motivasi khusus untuk wanita yang inginkan suntikan semangat selepas hadapi trauma ujian hidup atau ujian rumahtangga beserta panduan untuk teruskan hidup dengan lebih semangat dan ceria, bakal diadakan seperti maklumat berikut:
- pada 22hb Mei 2011 (Ahad),
- mulai jam 8.00am hingga 6.30pm,
- bertempat di Bilik Kuliah, Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.
Agenda Program:08.00am - Pengesahan pendaftaran peserta
08.30am - Bacaan Doa al-Mathurat
08.50am - Modul 1: Insan vs Hidup
10.15am - Rehat dan Minum Pagi
10.45am - Modul 2: Derita vs Bahagia
12.00pm - Modul 3: Kuasa Minda
01.30pm - Rehat + Makan Tengahari + Solat Zohor
02.30pm - Modul 4: Perkasa Minda 1
03.45pm - Modul 5: Perkasa Minda 2
05.00pm - Solat Asar dan minum petang
05.30pm - Modul 6: Bahagia Milik Kita
06.30pm - Bersurai
TERHAD kepada 35 peserta sahaja. Yuran penyertaan berjumlah RM115 (ahli Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia) dan RM165 (bagi bukan ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia). Bagi pengesahan pendaftaran, hanya sertakan bayaran RM80 sahaja (tidak akan dikembalikan tetapi boleh digantikan dengan peserta lain) dan baki yuran dijelaskan pada hari program.
Bayaran yuran boleh dibuat atas nama Bina Bahagia Services, akaun Bank Islam 120650 10035 871; kemudian SMSkan ke 013-2545965 atau emelkan ke binabahagia@gmail.com; nyatakan nama penuh, no. kad pengenalan, no.ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia (jika ada), alamat surat-menyurat, nombor telefon bimbit serta bukti bayaran RM80.Bukti bayaran yang perlu disertakan sama ada:
1. nombor rujukan tika transaksi atau nyatakan tarikh dan masa transaksi dibuat, atau;
2. lampirkan resit bayaran (diimbas) atau ‘print screen’ resit bayaran tersebut. Pengesahan pendaftaran akan diberikan oleh pihak kami melalui SMS dan kiriman surat rasmi (perlu dibawa pada hari program).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan