09 November 2011

Seminar Wanita Perkasa 1 Feb 2012

SEMINAR WANITA PERKASA:
PERKASA DIRI, PERKASA MINDA, PERKASA KEWANGAN

ANJURAN

Panel Guaman dan Perundingan Syariah

dengan kerjasama

Bina Bahagia Services


PENGENALAN

Statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM menyatakan kadar perceraian meningkat tahun demi tahun. Kajian menunjukkan bila berlakunya perceraian, ramai wanita yang kehilangan arah hidup. Bukan saja mereka yang diceraikan malah para isteri yang menghadapi ujian hidup berumahtangga juga gagal mengambil langkah positif bagi menghadapi kemelut tersebut. Lantaran; seminar ini diharapkan mampu memberi sinar dan harapan buat wanita-wanita sedemikian.


OBJEKTIF

  1. Menegaskan wanita mungkin lembut tetapi bukan insan yang lemah
  2. Membina kekuatan dan keyakinan diri untuk mendepani hari muka
  3. Membentuk jati diri wanita berteraskan ilmu dan bimbingan
  4. Membekalkan panduan menjana kewangan diri


TARIKH

1hb Februari 2012


TEMPAT

Balai Ilmu, Akademi Pengajian Islam, UM.


PEMBENTANG DAN TOPIK

  1. Ustaz Pahrol Mohd Juoi – Wanita bagaikan permata
    • Ceramah motivasi khusus untuk memberikan penerangan bahawa wanita mempunyai hak untuk hidup bahagia dan bahagia setiap individu itu adalah tersendiri. Wanita bukan insan lemah sebaliknya adalah makhluk dicipta oleh Allah dengan kekuatan dan kegagahan yang unik yang tidak ada dalam diri lelaki.

  1. Dr Raihanah Abdullah - Wanita sebagai isteri: hak vs tanggungjawab
    • Isteri bukan sekadar teman tidur suami sebaliknya mempunyai hak lain yang disenaraikan oleh hukum syarak dan undang-undang. Isteri juga mempunyai tanggungjawab yang patut dilaksanakan dan tidak perlu mengambil alih tanggungjawab suami.

  1. Hjh Rohani Dato’ Mohd Shahir – Wang dicipta bukan dicari
    • Isu yang menghantui wanita ialah kewangan sama ada wanita tersebut bekerja atau hanya sebagai suri rumah. Hakikatnya, wang bukan dari tangan suami, bukan juga dari majikan. Wang bukan dicari tapi dicipta. Bagaimana? Langkah untuk menguruskan wang anda?

  1. Suzana bt Ghazali – Tangani Keganasan Nikmati Kebahagiaan
    • Keganasan dalam rumahtangga bukan hanya sepak terajang atau penampar sebaliknya terdapat lima konsep keganasan yang boleh dialami oleh kaum wanita. Atasi setiap keganasan ini menggunakan undang-undang dan psikologi kerana ia bukan penghalang wanita untuk mencapai bahagia dalam hidup di dunia malah akhirat sana.


AGENDA

8.00am - Pengesahan Peserta

8.30am - Pembentangan Pertama

10.00am - Perasmian + Minum pagi

11.30am - Pembentangan Kedua

01.00pm - Rehat + Makan tengahari + solat

02.15pm - Pembentangan Ketiga

03.45pm - Pembentangan Keempat

05.15pm - Penyerahan Sijil dan Penutup

05.30pm - Majlis bersurai



YURAN PENYERTAAN

Individu: RM250

Berkumpulan: Minima 5 peserta RM230 per individu




PENDAFTARAN

Untuk pendaftaran, sila bank in RM100 (per individu - tidak dikembalikan tetapi boleh ditukar peserta) ke akaun
Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMSkan PERKASA beserta nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama anda, no kad pengenalan dan alamat lengkap ke talian 013-2545965. Anda akan dikirimkan surat pengesahan yang perlu anda bawa untuk pengesahan peserta pada hari program nanti. Baki yuran perlu dijelaskan semasa pengesahan peserta.

PENYERTAAN TERHAD! DAFTAR SEGERA!!

3 ulasan:

ummunabihah berkata...

masih dibuka peyertaannya???sy teringin utk menyertainya...

Waffen Hanzar berkata...

Motivasi Pagi 4.12.11 TV3. Tajuk:Ketaatan Isteri Hak Suami. Seorg isteri xperlu taat kepada suami jika suaminya melarang dari berjumpa ibu/bapanya.<--1) Pn Suzana dah merujuk ulama ke sebelum mengeluarkan kenyataan ini?

2)Merujuk kpd kisah isteri yg kematian bapanya,tetapi tidak pergi melawat kerana suaminya pergi berperang: "ada org kata hadis nie dhaif, tapi saya xkisah dhaif atau x, cuma yg kita kena faham isteri tersebut TAAT kerana suaminya TIADA d rumah, bukan kerana suaminya XIZIN". <--kalau benar hadis nie dhaif, maka sekali ia tidak boleh dijadikan hujah untuk status soalan no1 spt di atas.

-sekadar bertanya

Naniey TJ berkata...

Assalamualaikum w.b.t

nama saya Nani dan saya adalah seorang penulis novel. di sini saya ada sedikit masalah untuk menerbitkan novel saya kerana kekeliruan maklumat. Saya selalu membaca artikle puan di MV dan saya rasa puan boleh membantu saya. Mohon puan Suzana sudi membantu saya menyelesaikan kebuntuan ini.

Dalam cerita yang saya hasilkan, watak Khairul Amir telah dinikahkan dengan Darmia kerana di tangkap khalwat. selepas mereka di
nikahkan. Khairul Amir meninggalkan isterinya dalam tempoh yg lama,iaitu 4 tahun. Sedangkan dalam prosedur perkahwinan, semasa bernikah suami akan menandatangani surat cerai taklik. Antara isi kandungannya, jika suami gagal memberi nafkah pada isteri zahir dan batin selama 3 bulan berturut2 maka akan jatuhlah talak satu.

Jadi, dalam situasi cerita ni. Pasti pra-syarat itu juga termasuk.
Jadi di sini saya ingin meminta sedikit penjelasan dari Puan Suzana
mengenai status watak Darmia. Adakah talak telah jatuh bila suaminya tidak melaksanakan tanggungjawabnya??.

saya perlu menyelesaikan kekeliruan ini kerana ia berkaitan dengan
agama. lagipun sebagai seorang penulis, saya bertanggungjawab memberikan maklumat yang betul kepada pembaca saya. saya berharap Puan Suzana dapat membantu saya dengan segera. bantuan puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih

p/s : kalau tidak keberatan, puan boleh emailkan jawapan kepada saya di nanieytj@ymail.com @ tinggalkan komen di http://desaituindah.blogspot.com.

sekian