Gambar saya kongsikan di atas adalah berkaitan perkongsian saya berkaitan tindakan Gabenor Sulawesi membayar gaji suami kakitangan awak kepada isteri masing-masing. Saya kongsikan untuk mendapat respons rakan2, apakah ia bakal dapat sambutan jika dibuat di Malaysia?
Memerhati kedua-dua perkongsian melalui kedua2 akaun FB saya (foto tung biru adalah akaun pertama dan foto tudung coklat adalah akaun kedua); jelas respons yg berbeza kan? Akaun pertama mempunyai 139 komen (rasanya komen terbanyak sepanjang hayat FB saya ni) sementara akaun kedua Cuma 20 komen tetapi 20 komen tersebut drp hampir 20 rakan berbanding 139 komen yg tak sampai pun 10 rakan. Saya tak nak bincang mengenai komen yg byk drp rakan sedikit tersebut tetapi saya nak kongsikan 2 isu yg ditimbulkan di dalam komen dan insyaAllah, penghujungnya adalah pendapat saya berkaitan saranan Gabenor Sulawesi tersebut.
1. Wanita punca lelaki curang
· Seorang rakan timbulkan isu lelaki curang takkan timbul kalau perempuan tak buat jahat. Memang benar lelaki yg curang pergi kepada perempuan jugak tapi pilihan untuk curang bukan terletak di tangan perempuan tersebut sahaja. Kalau ada wanita menggoda tetapi si lelaki tak tergoda, curang takkan berlaku. Betul juga wanita antara fitnah di muka bumi tapi fitnah takkan menguasai jika iman tebal dalam diri.
· Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” - HR Abu Daud dan Ibnu Majah. Jelas kalau wanita yg sinonim dgn penggoda pun tapi kalau iman lelaki mantap, dia takkan terpedaya dan dijanjikan ganjaran hebat tika menunggu hari pembalasan.
2. Isteri/wanita suka kecoh
· Memang fitrah seorang wanita/isteri untuk buat kecoh atau cakap banyak. Jarang sangat nak ada wanita tak kecoh. Kalau dia pendiam pun, ada tikanya dia pasti akan kecoh. Perlu difahami pula, kecoh wanita bukan membabi buta tetapi melontarkan isi hatinya. Kalau bukan di depan suami, mungkin di depan sahabat yg boleh dipercayai dan terkini, ada FB yg boleh dikongsikan luahan rasanya bersama rakan2. Yg penting, adab kerahsiaan hubungan perkahwinan masih terjaga.
· Saya ingin membawakan satu kisah di zaman sahabat Rasulullah SAW iaitu di zaman Saiyidina Omar al-Khattab. Seorang lelaki telah berkunjung ke rumah Saiyidina Omar dengan tujuan untuk membuat aduan mengenai isterinya yang sering sahaja berleter. Baru sahaja lelaki tersebut menjejak di halaman rumah Saidina Omar, lelaki tersebut mendengar isteri Saidina Omar sedang meleteri Saidina Omar. Keadaan tersebut membantutkan hasrat lelaki tersebut. Ketika lelaki tersebut baru melangkahkan kaki mahu meninggalkan rumah Saidina Omar, Saidina Omar membuka pintu dan menyapa lelaki tersebut.
· Setelah ditanyakan tujuan kedatangan beliau, lelaki tersebut pun menceritakan segalanya tetapi kata lelaki tersebut..aku rasa bagaimanakah dapat kau menyelesaikan masalah aku sedangkan kau juga menghadapi keadaan yang sama? Saidina Omar tersenyum sambil berkata…aku tak pernah rasa tindakan isteriku itu sebagai tidak menghormati aku ataupun berlaku biadap kepadaku. Aku rela dengan telatah isteriku kerana dia telah berbuat segalanya untuk aku, menyediakan makan minumku, pakaiku, melayani aku… biarkanlah dia meluahkan perasaannya dengan cara tersebut .
· Kalau sahabat yg tinggi imannya boleh faham fitrah wanita, kenapa bukan lelaki biasa akhir zaman kini? Seperkara yg perlu difahami oleh para suami juga kaum lelaki, wanita yg mula bersuara ialah wanita yg tidak dapat membendung lagi rasa sabarnya. Lantas, buat mereka yg menjadi pilihan rakan wanita anda untuk berkongsi rasa, bila dia mula bercerita, tak cukup sekadar meminta dia bersabar kerana sabarnya dah terlalu lama dan tika itu, dia perlukan sesuatu selain drp sabar.
3. Isteri sebabkan suami curang
· Saya akui, dalam sebahagian kes, kesilapan si isteri menjadi punca si suami mencari teman baru. Ada antaranya si isteri sibuk dengan kerja atau sibuk melayan anak-anak malah sibuk melayan ibu bapa yang mungkin tak sihat menyebabkan si suami rasa tak dipeduli lalu mencari teman baru bagi mengisi kekosongan yang dirasai.
· Hakikatnya, biar ada kekurangan dalam layanan si isteri, bukan alasan untuk suami mencari teman baru. Dlm al-Quran jelas firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita ....” – surah al-Nisa’ ayat 34. Ayat tu tak abis, ada sambungannya “....dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” Tapi focus saya hanya kepada ayat pertama iaitu “kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita.” Dengan kelebihan dimiliki inilah kaum lelaki diangkat menjadi pemimpin di kalangan wanita. Bila jadi pemimpin, antara fungsinya ialah membetulkan keadaan. Maka bila isteri tersilap, langkah pertama ialah menegur dan member peringatan.
· Dalam surah an-Nisa’ ayat 34, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan wanita-wanita yang kamu bimbang nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah diri dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya”. Jelas kan? Perlu nasihati, jangan susahkan dgn menyakitkan hati isteri.
· Namun, berani saya katakan, berdasarkan pengalaman saya, drp 10 kes suami mempunyai teman wanita lain, maksima 2 kes sahaja berpunca drp kesilapan dan kegagalan si isteri. Lainnya? Lebih kepada cuba meneroka pasaran.
4. Suami berduit jadikannya curang
· Realiti dunia hari ini, tak perlu tunggu berwang untuk jadikan seseorang suami itu curang. Kebelakangan ini terlalu banyak kes suami yg ditanggung oleh isteri berani mencuba pasaran untuk membina cawangan.
· Dalam kes sebegini, maaf saya perlu katakan, isteri yg bersalah. Kenapa? Kerana sejak awal isteri berdiam diri. Tak pe lah suami tak bg nafkah, tak kisah la suami tak kerja pun malah ada kes boleh bertahan dgn rela hati walau suami naik tangan dan kaki, masih boleh diam dan setia di samping suami tetapi bila dapat tau suami ada teman baru, bukan sekadar disinsing lengan baju, kain sarung pun nak diangkat sekali.
· Nak salahkan suami? Anda yg bersalah kerana membenarkan suami alpa dan lalai dalam tgjawab. Suami dah rasa senang, boleh goyang kaki, tak kerja pun tak pe sebab ada bini tolong suapkan nasi, bukan saja nasi, cakap je apa nak, isteri sanggup je beri. Bila dah syok jadi suami tanpa beban tgjawab, dia banyak la masa nak teropong sana sini pasang ayat nak tambah penyeri hati, untung2 dapat sorang lagi boleh jadikan poket lebih terisi.
· Saya merayu sangat, kalau benar sayangkan suami, benarkanlah dia laksana tgjawab. Tolong tu boleh tapi jangan sampai ambil alih tgjawab suami.
Pandangan tentang tindakan Gabenor Sulawesi
· Saya bersetuju dgn sebahagian rakan, cadangan ini ada pro dan kontranya. Hakikatnya, tak perlu ada satu tindakan drastic sebegini jika suami benar2 mahu melaksanakan tgjawab yg patut dan perlu kepada isteri dan anak2 mereka.
· Hakikatnya pun, memberi nafkah kepada isteri dan anak2 bukan merugikan sebaliknya mendapat ganjaran yg besar. Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: “Dinar (wang) yg engkau infakkan (belanjakan) pada jalan Allah, dinar yg engkau infakkan untuk membebaskan hamba abdi, dinar yg engkau sedekahkan kpd orang miskin, dinar yg engkau nafkahkan kpd keluargamu, PAHALA YG PALING BESAR ADALAH DINAR YG ENGKAU NAFKAHKAN UTK KELUARGAMU.” - hadis riwayat Muslim.
· Namun, menyedari kelemahan yg ada, bagi saya tindakan tersebut tak salah walau kurang tepat. Kurang tepat sebab sepatutnya tak boleh lah dibank in kan semua gaji kepada isteri sebab drp gaji tersebut masih ada hak si suami. Perlu difahami, bg seorang lelaki yg berkahwin, apabila memperolehi duit atau gaji atau upah, perlu dibahagikan kpd dua perkara penting. 1-keperluan suami utk ulang alik kerja dan 2-keperluan isteri dan anak2. Andai ada baki, baru boleh nak gunakan utk bersantai dgn kawan2 atau pun nak berikan kpd ibu bapa di kampung. Namun, nasihat saya, peruntukkan utk ibu bapa masukkan sbg prioriti di samping keperluan isteri dan anak2, insyaAllah aka nada barakah drp-Nya.
· Ingat ya! Keperluan isteri dan anak2 sahaja. Yg bermewah2, nak bercuti, perabot baru dll tak termasuk dlm keperluan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang yang mampu memberi nafkah hendaklah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka dia hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” – surah al-Talaq ayat 7.
· Kalau seorang isteri berkahwin dgn lelaki biasa yg dia tau si lelaki hanya mampu memberinya makan ayam sekali dalam sebulan tetapi disebabkan kebiasaannya hidup dengan ibu bapa makan ayam setiap hari, si suami tak wajib sediakan ayam setiap hari sama seperti ibu bapa. Sebab? Sebab si isteri maklum dgn kemampuan si suami. Tak biasa? Habis tu kenapa pilih juga dia yg biasa2 kalau nak kekal dgn cara biasa dgn ibu bapa?
· Saya menyokong jika ada saranan untuk memasukkan sebahagian gaji suami ke akaun isteri bagi menangani isu pengabaian nafkah. Menurut peruntukan undang2 keluarga Islam pun, Mahkamah Syariah boleh memerintahkan majikan memotong sebahagian gaji suami dan dimasukkan terus ke akaun isteri bagi kes suami gagal laksana nafkah zahir. Yg penting, jumlah tersebut adalah keperluan semata2.
· So, buat para suami, sebelum gaji dipotong utk dimasukkan ke akaun isteri, pandai2lah berikan nafkah yg perlu. Hakikatnya, kalau dah dikenakan perintah, payah dah nak toleransi. Kalau sblm ni RM100 dah cukup utk barang basah tp kalau adanya perintah, jumlah mgkin bertambah atas sebab kebarangkalian belanjawan yg berlaku. Dah kurang banyak gaji anda nnt. Buat isteri, perintah nafkah boleh mohon di Mahkamah Syariah walau masih ada ikatan perkahwinan yg sah, tak perlu tunggu cerai baru nak buat perintah ye. Suami gagal byr nafkah, mintak dulu, byk kali mintak, merayu pula, dah mintak, dah rayu tapi tak dapat jugak, pergilah ke Mahkamah Syariah segera ye (",)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan