13 Februari 2009

Undang-undang cinta suami isteri

Dah lama sangat sy tak menulis utk blog ini. Hampir dua bulan, sy sekadar berkongsi maklumat dan info menarik yg masuk ke emel sy. Termasuk berkongsi berita sensasi terkini. Alhamdulillah, akhirnya sy berjaya juga menyediakan bahan untuk tatapan pengunjung setia blog sy ini.

Haaa? Ada apa?? Oooo… ye lah kan! Tau la dah lama tak menulis, tiba-tiba plak ada undang-undang cinta suami isteri… bila plak akta ni digubal? Hehehe… jgn marah! Jgn jugak terkejut! Dlm kemelut kekecohan politik Perak, sy terfikir nak gubal akta baru yg sy namakan Undang-undang Cinta Suami Isteri. Kenapa? Sememangnya undang-undang cinta suami isteri ini perlu wujud bagi menjaga keharmonian kasih sayang perkahwinan dan rumahtangga.

Sabtu baru ni, sy berdepan dgn tiga klien, ketiga-tiganya isteri kepada lelaki yang tika ini sedang asyik bercinta dgn seorang wanita lain. Paling tragis, kes pertama: si suami bercinta dengan tunangan orang, kes ketiga plak; si suami bercinta dgn isteri orang. Kes kedua, tidak dapat dikenal pasti apakah status sebenar gerangannya teman wanita suami si wanita yg bertemu sy buat kali kedua dan tika pertemuan kali ini, nyata riak muka dan penampilan serta percakapan si isteri yg mengabdikan diri kepada si suami hampir 20 thn, berubah… tidak sama lagi seperti tika berjumpa sy pertengahan tahun lalu… makin berani, bersedia menghadapi apa juga kemungkinan takdir hidupnya slps ini, slps segala penat lelah dan pengorbanan diri tidak dihargai si suami…

Sy tak berniat nak memanjangkan cerita berkenaan ketiga-tiga kes yang saya kendalikan tersebut sebaliknya daripada ketiga-tiga kes berkenaan, satu perkara yang pasti ialah undang-undang cinta suami isteri tidak dipatuhi.

Apakah dia term di dalam undang-undang cinta suami isteri?


Ikhlas menerima pasangan anda
- Inilah tonggak utama atau elemen paling penting dalam hubungan suami isteri. Anda perlu ikhlas menerima pasangan anda bermula daripada sahnya ijab dan qabul antara anda dan pasangan anda. Jangan rasa terpaksa walaupun anda tidak rela dengan perkahwinan tersebut. Hakikatnya, tidak ada istilah kahwin paksa sekarang ini kerana setiap pengantin perempuan akan diminta persetujuan oleh jurunikah sebelum majlis akad nikah diadakan. Jika anda lelaki, awal-awal lagi anda bersikap dayus kerana memaksa diri menerima pasangan anda.

- Nak jaga air muka keluarga? Ya, memang penting tetapi jangan fikirkan jangka pendek sahaja sebaliknya fikirkan juga jangka panjang… jika anda tidak boleh memaksa diri anda untuk ikhlas menerima pasangan anda, apakah anda boleh bahagia dengannya? Apakah anda boleh membahagiakan pasangan anda? Tak guna berpura-pura bahagia semata-mata nak jaga hati orang tua sedangkan hakikatnya anda menjadikan diri anda orang yang gagal melaksanakan tanggungjawab.

- Kalau kasihan? Tolonglah!! Jangan terima pasangan anda atas nama kasihan. Kasih dan kasihan adalah dua perkara yang berbeza. Anda boleh kasihankan ramai orang tetapi anda ada tanggungjawab dan peranan yang perlu anda tunaikan kepada orang yang wajib anda kasihi. Bagaimana? Kita tengok term seterusnya…


Jujur dalam menyayangi dan mengasihi
- Teringat kes ketiga, si suami dengan lantang menyuarakan: “I dah cuba untuk menyayangi U tapi I gagal dan sekarang I tau, I dah jumpa cinta yang I cari-cari selama ini….” Jika anda di tempat si isteri yang telah melahirkan empat zuriat ( dua lelaki dan dua perempuan), yang telah mengabdikan diri kepada suami hampir 14 tahun, sanggup menguruskan segala keperluan rumahtangga, suami dan anak-anak sendirian tanpa bantuan suami atau pembantu walaupun setelah penat seharian di pejabat dek kerana suami awal-awal dah cakap, lebih suka isteri uruskan segalanya tetapi dalam masa yang sama mahukan isteri bekerja membantu kewangan keluarga…. Apakah perasaan anda?

- Macam-macam jawapan yang boleh saya dapat jika saya bukakan untuk sesi jawapan kepada soalan saya ini namun, relevan dengan term kedua: jujur dalam menyayangi dan mengasihi, anda wajib menyayangi, mengasihi dan menyintai pasangan anda sebaik sahaja anda sah menjadi suami atau isteri kepadanya. WAJIB!!! Bukan sunat atau makruh. Bermaksud menjadi satu kewajipan untuk anda menyayangi dan mengasihi pasangan anda dan di dalam kes ini, suami memikul tanggungjawab paling berat kerana SUAMI BUKAN SAHAJA WAJIB MENYINTAI ISTERI SEPENUHNYA MALAH SUAMI WAJIB MENANAMKAN RASA CINTA ISTERI TERHADAP DIRINYA!!

- Perkahwinan bukan satu ujian makmal… bukan satu medan peperiksaan… bukan juga satu sesi peperiksaan… sebaliknya perkahwinan adalah satu tanggungjawab termasuk tanggungjawab untuk menyayangi, mengasihi dan menyintai pasangan anda dengan sejujurnya, seikhlasnya dan sepenuh hati…


Jalankan peranan dan tunaikan kewajipan dan tanggungjawab anda sepenuhnya
- Semua orang tahu, setiap suami dan isteri peranan, kewajipan dan tanggungjawab yang tersendiri. Anda wajib berusaha untuk memenuhi segala peranan, kewajipan dan tanggungjawab anda tanpa mengharapkan bantuan pasangan anda.

- Jika anda terbiasa dibantu atau membantu, akan ada buruknya kepada diri anda sendiri malah kepada pasangan anda juga.

- Jika anda suami, tunaikan sepenuhnya tanggungjawab yang patut sebagai suami. Sama juga, jika anda isteri, tunaikan sepenuhnya tanggungjawab yang patut sebagai isteri. Jangan lupa, anda ada tanggungjawab bersama iaitu MEMBERIKAN PERHATIAN, KASIH SAYANG DAN MENDIDIK SERTA MEMBESARKAN ANAK-ANAK. Itu adalah TANGGUNGJAWAB BERSAMA SUAMI ISTERI, bukan tanggungjawab suami sahaja malah bukan tanggungjawab isteri sahaja.


Elakkan cuba-cuba atau suka-suka
- Kebanyakan kes melibatkan isu curang dalam rumahtangga bermula dengan suka-suka dan cuba-cuba. Saya dah bincangkan dalam ruangan Resipi Hidup Mingguan Wanita… baca nanti, insyaAllah akan ada dalam siri 1320 (awal Mac nanti)


Menerima pasangan seadanya
- Saya dah bincangkan dlm Resipi Hidup Mingguan wanita siri 1316 (minggu lepas). Boleh dapatkan segera! InsyaAllah, masih ada di pasaran!


Sentiasa ingatkan diri dengan status anda
- Ini yang selalunya sering dilupakan tak kira oleh suami ataupun isteri. Ada suami yang ‘naik syeh’ bila dengar kata-kata: macam orang bujang ja.. atau, tak caya la dah kawin!! Ada isteri yang ‘laloq’ bila dengar cakap-cakap; cam anak dara jer… ye ke dah kawin? Atau ye ker dah ada anak?!!

- Bukan saya menghalang anda menjaga penampilan malah memang perlu dan penting menjaga penampilan biar orang tak percaya dengan status sebenar tetapi ANDA SENDIRI PERLU SEDAR DAN INGAT STATUS ANDA SENDIRI!! Walau ke mana anda pergi, walau apa juga yang anda lakukan, walau siapa juga di sekeliling anda, status sebagai suami orang atau isteri orang adalah tetap sama.

- Bukan saja perlu sedar dan ingat malah perlu berusaha untuk mempertahankannya. Kenapa? Kerana ada kes si gadis yang memang sukakan suami orang malah ada juga kes lelaki yang sukakan isteri orang. Seperti kes ketiga yang saya kendalikan Sabtu baru ni, suami wanita yang berjumpa saya sanggup bertemu dengan suami teman wanitanya meminta agar suami tersebut menceraikan teman wanitanya itu sebab teman wanitanya tak bahagia dengan suaminya. Memang kes gila tapi inilah realiti masyarakat kita hari ni… sakit dan banyak yang dah tenat!!!


Wujudkan komunikasi unggul
- Komunikasi adalah masalah paling utama dalam hubungan suami isteri. Kebanyakan kes masalah rumahtangga berpunca daripada komunikasi yang kurang efektif malah ada yang tiada komunikasi langsung hingga menjadi pemangkin kepada segala masalah lain yang akhirnya menyebabkan perpecahan.

- Anda perlu luangkan masa bersama pasangan dan anak-anak. Bukan sahaja duduk bersama tetapi berbual, bergurau senda, berbincang hal-hal berkaitan rumahtangga seperti pembelajaran anak-anak, percutian dll malah anda boleh bincangkan hal-hal luar seperti politik atau sukan atau apa saja. Kalau pasangan anda sibuk bekerja sambil belajar, fahami dia dengan cara anda turut serta menemani kesibukannya. Jangan biarkan dia sendiri, anda akan sepi dan tidak mustahil, dia akan turut hanyut dalam dunia sendiri.

- Tak kiralah sesibuk mana pun, anda perlu wujudkan masa bersama keluarga. Sistem telekomunikasi yang canggih sekarang ini memungkin wujudnya komunikasi unggul ini walaupun anda berada dalam jarak yang jauh. Yang penting, anda mulakan!!!


Sentiasa berterus terang
- Penyakit paling glamour dalam kes rumahtangga ialah tidak berterus terang. Kebanyakan pasangan lebih suka mendiamkan diri dan mengharapkan agar pasangan memahami segala kekecewaan, kerisauan, ketidak puasan hati dan macam-macam lagi.

- Kalau anda tak cakap, bagaimana pasangan anda nak tau? Luahkan segala ketidak puasan hati dalam keadaan yang tenang dan perkataan yang baik, bukan mencaci maki atau menengking sesuka hati.

- Dalam masa yang sama, anda juga perlu bersedia dengan fikiran terbuka untuk membincangkan setiap permasalahan bersama-sama. Sebaiknya, wujudkan satu masa khas setiap minggu untuk bermesyuarat bersama pasangan dan keluarga untuk sama-sama koreksi diri dan selesaikan apa juga permasalahan bersama.


Bersyukur
- Setiap daripada kita inginkan yang terbaik. Ya, memang betul!! Tanyakan pada diri, apakah anda adalah yang terbaik???

- Sudah pasti anda ada kelemahan kan lantas, bersyukurlah dengan segala pemberian Allah kepada anda. Anda ditemukan dan dijodohkan dengan pasangan anda atas sebab-sebab yang tertentu.

- Gunakan kelebihan yang ada pada anda untuk menampung kelemahan pasangan anda, begitu jugalah sebaliknya.


Berdoa
- Perkara paling penting, sentiasa berdoa agar ditetapkan kasih sayang dan hubungan suami isteri, agar dimurahkan rezeki keluarga anda dan apa saja yang baik untuk anda, pasangan anda dan anak-anak anda.

- Jika menghadapi ujian atau masalah, berserah kepada-Nya untuk meminta, memohon, merayu dan menyelesaikan segalanya. Dia lebih tahu yang terbaik untuk anda.


****Secara ringkas, sekadar 10 terma dan syarat paling utama dalam Undang-undang Cinta Suami Isteri….

06 Februari 2009

Terapi kasih sayang

Emel ni diforward oleh seorang rakan...sekadar tuk berkongsi ngn puan peguam.. hehehe
-----------------------
Itu mesej yg tertera di awal emel yg sy terima drpd seseorang yg sy anggap sebagai adik... terima kasih Dik Nani Mastina. Moga memberi panduan dan pengajaran untuk semua...

----------------------------------------------------------

Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa- apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu- satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama- lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat.
Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun

****

Rahsia kejayaan paling mudah

Ramai yg mencari-cari rahsia tepat untuk mencipta kejayaan. Macam-macam petua dan macam-macam nasihat. Baru-baru ini, saya terima satu e-mel menarik yg sy nak kongsi dgn anda semua...

----------------------------------------------------------------------

A small truth to make life 100%

If

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R

Equal to

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
&
S T U V W X Y Z
equal to
19 20 21 22 23 24 25 26

So… !!!!!!!!!!!

Hard work

H + A + R + D + W + O + R + K
8 + 1 + 18 + 4 + 23 + 15 + 18 + 11 = 98%

Knowledge

K + N + O + W + L + E + D + G + E
11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5 + 4 + 7 + 5 = 96%

Love

L + O + V + E
12 + 15 + 22 + 5 = 54%


Luck

L + U + C + K
12 + 21 + 3 + 11 = 47%

(don’t most of us think this is the important???)

Then. What makes 100%??


Money?? NO!!!!!

M + O + N + E + Y
13 + 15 + 14 + 5 + 25 = 72%


Leadership?? NO!!!!!

L + E + A + D + E + R + S + H + I + P
12 + 5 + 1 + 4 + 5 + 18 + 19 + 8 + 9 + 16 = 97%


Every problem has a solution, only if we perhaps change our attitude.

To go to the top, to that 100%, what we really need to go further… abit more…


ATTITUDE

A + T + T + I +T + U + D + E
1 + 20 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 + 5 = 100%

It is OUR ATTITUDE towards LIFE and WORK that makes OUR LIFE 100%

ATTITUDE IS EVERYTHING

Change your attitude… and you change your life!!

****Seperti yg selalu sy cakapkan dgn setiap individu yg mendapatkan khidmat sy untuk bangun drp mimpi atau keluar drp kelemut hidup- sy hanya mampu memberikan panduan dan dorongan, HANYA DIRI ANDA YG MENENTUKAN HIDUP ANDA... dan jgn lupa BERDOA agar ALLAH SWT SENTIASA BERSAMA-SAMA ANDA DI DALAM APA JUGA KEPUTUSAN DAN TINDAKAN YG ANDA LAKUKAN...

05 Februari 2009

Mengapa Yahudi bijak?

Hampir 12.18am, 5hb Feb:

Sedih rasa hati bila menjenguk blog sendiri yang dah lama tak dikemaskini. Hasrat hati nak luahkan pelbagai perkara yang bersarang di minda tetapi terpaksa dipendam seketika. Ada tugasan penting yang perlu disiapkan segera dan perlu lebih diutama. Syukur, dalam hasrat yang membuak-buak untuk menyediakan bahan baru kepada pengunjung setia, terdapat maklumat berguna yang sampai ke peti emel saya. Saya mengambil masa di tengah malam yang damai ini (setelah selesai sedikit kerja, nak perah otak sendiri pun dah tak larat)... untuk kongsikan dengan anda semua....

____________________________________________

Mengapa Yahudi Bijak

Salam,

Kandungan email di bawah saya terima daripada seorang kenalan.Jika kita benar-benar menghayati kandungan al-Quran, kita akan perasan, ada kebenarannya tentang pemakanan yang diamalkan oleh orang-orang Yahudi dan juga pesanan Lukmanul Hakim.Memang patut benar kita ambil iktibar daripada cerita ini...

-- - BawangGoreng -http://bawangorengn et.blogspot. com

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Sunday, January 25, 2009
oleh Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?".

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh ikhtiar manusia itu sendiri? Adakah 'kebijakan' boleh dijana, seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk PHD saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Iya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak." Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.

Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang 'cacat' otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA.

Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (cod oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! ! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik hanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin?Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsetrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak-tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!!

Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$0.70cts!! ! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali!

Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi?

Jawapannya ialah mungkin, dan tidak mustahil TETAPI ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai "Mengapa saya gemarkan tomato"!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

**** Satu ilmu yg amat berguna. Jgn sekadar baca tetapi ambil iktibar dan pengajarannya. Seperti kata pengenalan BawangGoreng, hakikatnya semua rahsia ini terdapat di dalam al-Quran. Orang Yahudi laknatullah ini mengkaji al-Quran dan percaya. Kita yang mengaku beriman kepada-Nya dan Rasul-Nya??? Setakat cukup sekali khatam semasa kanak-kanak sahaja? Tak nak ambil peduli langsung tentang segala isi kandungannya?? Saya sekadar melontarkan soalan, anda ada jawapannya!!! Pilihan di tangan anda!!