13 Februari 2009

Undang-undang cinta suami isteri

Dah lama sangat sy tak menulis utk blog ini. Hampir dua bulan, sy sekadar berkongsi maklumat dan info menarik yg masuk ke emel sy. Termasuk berkongsi berita sensasi terkini. Alhamdulillah, akhirnya sy berjaya juga menyediakan bahan untuk tatapan pengunjung setia blog sy ini.

Haaa? Ada apa?? Oooo… ye lah kan! Tau la dah lama tak menulis, tiba-tiba plak ada undang-undang cinta suami isteri… bila plak akta ni digubal? Hehehe… jgn marah! Jgn jugak terkejut! Dlm kemelut kekecohan politik Perak, sy terfikir nak gubal akta baru yg sy namakan Undang-undang Cinta Suami Isteri. Kenapa? Sememangnya undang-undang cinta suami isteri ini perlu wujud bagi menjaga keharmonian kasih sayang perkahwinan dan rumahtangga.

Sabtu baru ni, sy berdepan dgn tiga klien, ketiga-tiganya isteri kepada lelaki yang tika ini sedang asyik bercinta dgn seorang wanita lain. Paling tragis, kes pertama: si suami bercinta dengan tunangan orang, kes ketiga plak; si suami bercinta dgn isteri orang. Kes kedua, tidak dapat dikenal pasti apakah status sebenar gerangannya teman wanita suami si wanita yg bertemu sy buat kali kedua dan tika pertemuan kali ini, nyata riak muka dan penampilan serta percakapan si isteri yg mengabdikan diri kepada si suami hampir 20 thn, berubah… tidak sama lagi seperti tika berjumpa sy pertengahan tahun lalu… makin berani, bersedia menghadapi apa juga kemungkinan takdir hidupnya slps ini, slps segala penat lelah dan pengorbanan diri tidak dihargai si suami…

Sy tak berniat nak memanjangkan cerita berkenaan ketiga-tiga kes yang saya kendalikan tersebut sebaliknya daripada ketiga-tiga kes berkenaan, satu perkara yang pasti ialah undang-undang cinta suami isteri tidak dipatuhi.

Apakah dia term di dalam undang-undang cinta suami isteri?


Ikhlas menerima pasangan anda
- Inilah tonggak utama atau elemen paling penting dalam hubungan suami isteri. Anda perlu ikhlas menerima pasangan anda bermula daripada sahnya ijab dan qabul antara anda dan pasangan anda. Jangan rasa terpaksa walaupun anda tidak rela dengan perkahwinan tersebut. Hakikatnya, tidak ada istilah kahwin paksa sekarang ini kerana setiap pengantin perempuan akan diminta persetujuan oleh jurunikah sebelum majlis akad nikah diadakan. Jika anda lelaki, awal-awal lagi anda bersikap dayus kerana memaksa diri menerima pasangan anda.

- Nak jaga air muka keluarga? Ya, memang penting tetapi jangan fikirkan jangka pendek sahaja sebaliknya fikirkan juga jangka panjang… jika anda tidak boleh memaksa diri anda untuk ikhlas menerima pasangan anda, apakah anda boleh bahagia dengannya? Apakah anda boleh membahagiakan pasangan anda? Tak guna berpura-pura bahagia semata-mata nak jaga hati orang tua sedangkan hakikatnya anda menjadikan diri anda orang yang gagal melaksanakan tanggungjawab.

- Kalau kasihan? Tolonglah!! Jangan terima pasangan anda atas nama kasihan. Kasih dan kasihan adalah dua perkara yang berbeza. Anda boleh kasihankan ramai orang tetapi anda ada tanggungjawab dan peranan yang perlu anda tunaikan kepada orang yang wajib anda kasihi. Bagaimana? Kita tengok term seterusnya…


Jujur dalam menyayangi dan mengasihi
- Teringat kes ketiga, si suami dengan lantang menyuarakan: “I dah cuba untuk menyayangi U tapi I gagal dan sekarang I tau, I dah jumpa cinta yang I cari-cari selama ini….” Jika anda di tempat si isteri yang telah melahirkan empat zuriat ( dua lelaki dan dua perempuan), yang telah mengabdikan diri kepada suami hampir 14 tahun, sanggup menguruskan segala keperluan rumahtangga, suami dan anak-anak sendirian tanpa bantuan suami atau pembantu walaupun setelah penat seharian di pejabat dek kerana suami awal-awal dah cakap, lebih suka isteri uruskan segalanya tetapi dalam masa yang sama mahukan isteri bekerja membantu kewangan keluarga…. Apakah perasaan anda?

- Macam-macam jawapan yang boleh saya dapat jika saya bukakan untuk sesi jawapan kepada soalan saya ini namun, relevan dengan term kedua: jujur dalam menyayangi dan mengasihi, anda wajib menyayangi, mengasihi dan menyintai pasangan anda sebaik sahaja anda sah menjadi suami atau isteri kepadanya. WAJIB!!! Bukan sunat atau makruh. Bermaksud menjadi satu kewajipan untuk anda menyayangi dan mengasihi pasangan anda dan di dalam kes ini, suami memikul tanggungjawab paling berat kerana SUAMI BUKAN SAHAJA WAJIB MENYINTAI ISTERI SEPENUHNYA MALAH SUAMI WAJIB MENANAMKAN RASA CINTA ISTERI TERHADAP DIRINYA!!

- Perkahwinan bukan satu ujian makmal… bukan satu medan peperiksaan… bukan juga satu sesi peperiksaan… sebaliknya perkahwinan adalah satu tanggungjawab termasuk tanggungjawab untuk menyayangi, mengasihi dan menyintai pasangan anda dengan sejujurnya, seikhlasnya dan sepenuh hati…


Jalankan peranan dan tunaikan kewajipan dan tanggungjawab anda sepenuhnya
- Semua orang tahu, setiap suami dan isteri peranan, kewajipan dan tanggungjawab yang tersendiri. Anda wajib berusaha untuk memenuhi segala peranan, kewajipan dan tanggungjawab anda tanpa mengharapkan bantuan pasangan anda.

- Jika anda terbiasa dibantu atau membantu, akan ada buruknya kepada diri anda sendiri malah kepada pasangan anda juga.

- Jika anda suami, tunaikan sepenuhnya tanggungjawab yang patut sebagai suami. Sama juga, jika anda isteri, tunaikan sepenuhnya tanggungjawab yang patut sebagai isteri. Jangan lupa, anda ada tanggungjawab bersama iaitu MEMBERIKAN PERHATIAN, KASIH SAYANG DAN MENDIDIK SERTA MEMBESARKAN ANAK-ANAK. Itu adalah TANGGUNGJAWAB BERSAMA SUAMI ISTERI, bukan tanggungjawab suami sahaja malah bukan tanggungjawab isteri sahaja.


Elakkan cuba-cuba atau suka-suka
- Kebanyakan kes melibatkan isu curang dalam rumahtangga bermula dengan suka-suka dan cuba-cuba. Saya dah bincangkan dalam ruangan Resipi Hidup Mingguan Wanita… baca nanti, insyaAllah akan ada dalam siri 1320 (awal Mac nanti)


Menerima pasangan seadanya
- Saya dah bincangkan dlm Resipi Hidup Mingguan wanita siri 1316 (minggu lepas). Boleh dapatkan segera! InsyaAllah, masih ada di pasaran!


Sentiasa ingatkan diri dengan status anda
- Ini yang selalunya sering dilupakan tak kira oleh suami ataupun isteri. Ada suami yang ‘naik syeh’ bila dengar kata-kata: macam orang bujang ja.. atau, tak caya la dah kawin!! Ada isteri yang ‘laloq’ bila dengar cakap-cakap; cam anak dara jer… ye ke dah kawin? Atau ye ker dah ada anak?!!

- Bukan saya menghalang anda menjaga penampilan malah memang perlu dan penting menjaga penampilan biar orang tak percaya dengan status sebenar tetapi ANDA SENDIRI PERLU SEDAR DAN INGAT STATUS ANDA SENDIRI!! Walau ke mana anda pergi, walau apa juga yang anda lakukan, walau siapa juga di sekeliling anda, status sebagai suami orang atau isteri orang adalah tetap sama.

- Bukan saja perlu sedar dan ingat malah perlu berusaha untuk mempertahankannya. Kenapa? Kerana ada kes si gadis yang memang sukakan suami orang malah ada juga kes lelaki yang sukakan isteri orang. Seperti kes ketiga yang saya kendalikan Sabtu baru ni, suami wanita yang berjumpa saya sanggup bertemu dengan suami teman wanitanya meminta agar suami tersebut menceraikan teman wanitanya itu sebab teman wanitanya tak bahagia dengan suaminya. Memang kes gila tapi inilah realiti masyarakat kita hari ni… sakit dan banyak yang dah tenat!!!


Wujudkan komunikasi unggul
- Komunikasi adalah masalah paling utama dalam hubungan suami isteri. Kebanyakan kes masalah rumahtangga berpunca daripada komunikasi yang kurang efektif malah ada yang tiada komunikasi langsung hingga menjadi pemangkin kepada segala masalah lain yang akhirnya menyebabkan perpecahan.

- Anda perlu luangkan masa bersama pasangan dan anak-anak. Bukan sahaja duduk bersama tetapi berbual, bergurau senda, berbincang hal-hal berkaitan rumahtangga seperti pembelajaran anak-anak, percutian dll malah anda boleh bincangkan hal-hal luar seperti politik atau sukan atau apa saja. Kalau pasangan anda sibuk bekerja sambil belajar, fahami dia dengan cara anda turut serta menemani kesibukannya. Jangan biarkan dia sendiri, anda akan sepi dan tidak mustahil, dia akan turut hanyut dalam dunia sendiri.

- Tak kiralah sesibuk mana pun, anda perlu wujudkan masa bersama keluarga. Sistem telekomunikasi yang canggih sekarang ini memungkin wujudnya komunikasi unggul ini walaupun anda berada dalam jarak yang jauh. Yang penting, anda mulakan!!!


Sentiasa berterus terang
- Penyakit paling glamour dalam kes rumahtangga ialah tidak berterus terang. Kebanyakan pasangan lebih suka mendiamkan diri dan mengharapkan agar pasangan memahami segala kekecewaan, kerisauan, ketidak puasan hati dan macam-macam lagi.

- Kalau anda tak cakap, bagaimana pasangan anda nak tau? Luahkan segala ketidak puasan hati dalam keadaan yang tenang dan perkataan yang baik, bukan mencaci maki atau menengking sesuka hati.

- Dalam masa yang sama, anda juga perlu bersedia dengan fikiran terbuka untuk membincangkan setiap permasalahan bersama-sama. Sebaiknya, wujudkan satu masa khas setiap minggu untuk bermesyuarat bersama pasangan dan keluarga untuk sama-sama koreksi diri dan selesaikan apa juga permasalahan bersama.


Bersyukur
- Setiap daripada kita inginkan yang terbaik. Ya, memang betul!! Tanyakan pada diri, apakah anda adalah yang terbaik???

- Sudah pasti anda ada kelemahan kan lantas, bersyukurlah dengan segala pemberian Allah kepada anda. Anda ditemukan dan dijodohkan dengan pasangan anda atas sebab-sebab yang tertentu.

- Gunakan kelebihan yang ada pada anda untuk menampung kelemahan pasangan anda, begitu jugalah sebaliknya.


Berdoa
- Perkara paling penting, sentiasa berdoa agar ditetapkan kasih sayang dan hubungan suami isteri, agar dimurahkan rezeki keluarga anda dan apa saja yang baik untuk anda, pasangan anda dan anak-anak anda.

- Jika menghadapi ujian atau masalah, berserah kepada-Nya untuk meminta, memohon, merayu dan menyelesaikan segalanya. Dia lebih tahu yang terbaik untuk anda.


****Secara ringkas, sekadar 10 terma dan syarat paling utama dalam Undang-undang Cinta Suami Isteri….

Tiada ulasan: