02 Disember 2008

Happy birthday to me

Brownies yg disediakan oleh rakan2 sekerja bg meraikan ulangtahun kelahiran saya hari ini. Terima kasih kpd semua...

Alhamdulillah, hari ini genap usia saya 34 tahun. Syukur kpd Yg Maha Kuasa kerana masih mengizinkan saya bernafas hingga ke detik ini.

Terima kasih Mak dan Bapa, dua insan paling istimewa di dalam hidup saya yg bertanggungjawab melahirkan saya ke dunia hingga membenarkan saya merasai erti hidup. Mak dan Bapa lah yang mendorong saya hingga saya mampu memiliki segala pencapaian yang saya terima selama ini. Mak dan Bapa tak pernah lupa mengingatkan saya tentang tanggungjawab terutama tanggungjawab sebagai hamba-Nya malah awal pagi ini, ayat yang hampir sama setiap tahun: jangan lupa solat, jangan tangguhkan solat...


"Ya Allah!! Kau panjangkanlah usiaku agar aku mampu membesarkan, mendidik dan membimbing anak-anakku ke jalan yang Kau redhai.... amiinnnn!!!!"


Terima kasih kpd anak2ku sayang dan adik2 yg mengadakan kejutan bg meraikan ulangtahun kelahiranku malam tadi.
Sambutan lebih awal mlm td sebab seorang drpd adik2 saya bekerja hingga lewat malam hari ni...Anak2 pun kalut nak potong kek :)


Terima kasih kpd Abi anak2ku kerana memberikan aku kekuatan dan ketabahan utk meneruskan kehidupan.


Terima kasih kpd pihak pengurusan syarikat yg mengadakan majlis bg meraikan ulangtahun kelahiran semua staf termasuk saya pd 25hb Nov baru-baru ini...

***Terima kasih kpd semua yg memberikan ucapan dan mendoakan keselamatan dan kebahagiaan. Moga kita semua sama2 bahagia menjalani kehidupan di dunia mengumpul bekalan utk kebahagiaan abadi di akhirat kelak :)

7 ulasan:

Neija13 berkata...

Assalammualaikum Puan,
selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran... semoga Puan & keluarga sentiasa berada dalam keberkatan Allah, amiiin....

~ iza ~ berkata...

salam puan,
selamat menyambut ulang tahun kelahiran..
semoga peningkatan usia seiring dengan peningkatan iman dan taqwa..
mudah mudahan yang terbaik buat puan dan keluarga..
:)

Bawang Goreng berkata...

Salam...

Alhamdulillah, barakallahu lakum wa baraka 'alaikum ... Betul ke ucapan ni?

Apa-apapun, saya ucapkan "mudah-mudahan Allah memberi puan keberkahan dan melimpahkan atas puan keberkahan."

Amiin.

Suzana Ghazali berkata...

Salam Neija, Ummi dan Irma, terima kasih atas ucapan yg diberikan.

Irma, dah betul dah la tu :)

Big Mamma Bukhari berkata...

Assalamualaikum..
Selamat ulang tahun kelahiran. .. semoga puan dipanjgkan usia, dimurahkan rezeki, berbhg dlm hidup dunia dan akhirat.. amin.. insya allah...

Nabil b. Hj. Ahmad berkata...

HAPPY BIRTHDAY 2U...

ar_nieda berkata...

salam...selamat hari jadi puan suzana...saya peminat blog puan tapi belum jadi ahli..