07 Januari 2009

Pelancaran Program Ahli Kelab Bersama Suzana

Alhamdulillah, sepanjang tempoh pelancaran Kelab Bersama Suzana yang berusia lebih enam bulan seminggu, keahlian kelab berjumlah 216 (bagi tempoh bermula 1hb Jun-31hb Disember 2008).

Bagi menunaikan janji saya kepada semua ahli KBS, atas kerjasama Bina Bahagia Services, terdapat tiga program utama yang akan dijalankan.

Tiga program utama tersebut ialah:
- Kelas Guaman Syarie dan Psikologi Keluarga bermula 17hb Januari
- Kelas al-Quran/Tajwid dan Fardhu Ain bermula 17hb Januari
- Diskusi Sihat dan Senamrobik bermula 1hb Februari

Dapatkan maklumat lanjut bagi setiap program di:
Kelas Guaman Syarie & Psikologi Keluarga
Kelas al-Quran/Tajwid & Fardhu Ain
Diskusi Sihat dan Senamrobik

Klik sini untuk jadual program.


Bagaimana nak sertai?

Seperti yang saya jelaskan di awal tadi, program ini khas untuk ahli KBS sahaja, bererti anda perlu daftarkan diri sebagai ahli KBS terlebih dahulu. Jika telah mendaftar, hubungi talian 013-2545965 untuk tetapkan tarikh pilihan anda. Penting bagi memastikan kekosongan tempat bagi tarikh pilihan anda itu.

Bila dah pasti ada kekosongan, klik borang penyertaan yang disediakan dan masukkan info yang berkaitan. Hantarkan borang anda kemudian buat pembayaran yuran penyertaan di atas nama Bina Bahagia Services, Bank Islam 12065010035871. Fakskan slip bayaran anda ke talian 03-56219722 sertakan nama penuh anda dan nombor keahlian KBS anda.

Apabila faks anda diterima oleh pihak pengurusan, penyertaan anda akan disahkan dan anda akan dihubungi segera bagi pemberitahuan alamat tempat program.


Bagaimana dengan ahli yang bukan dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?

Jangan bimbang! Pihak pengurusan Bina Bahagia Services bersedia menganjurkan Program Kelas Guaman Syarie dan Psikologi Keluarga dan menemukan anda dengan saya pada:

4 hb April –> kawasan utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak)
18 hb April –> kawasan selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor)

2 hb Mei –> kawasan pantai timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu)

Bagi kawasan utara, saya akan bertemu dengan anda di Sungai Petani, Kedah. Bagi kawasan selatan, saya akan bertemu dengan anda di Seremban, Negeri Sembilan dan bagi kawasan pantai timur, saya akan bertemu dengan anda di Kuantan, Pahang.

Namun, ada syaratnya. Penyertaan minima bagi setiap kawasan mestilah 25 orang dan anda akan bersama saya selama enam jam bermula 10am-5pm bagi penjelasan kedua-dua modul program ini serentak. Yuran penyertaan masih sama iaitu RM50.

Lantas, kepada ahli-ahli KBS yang berada di kawasan-kawasan berkaitan, sila isikan borang penyertaan dan hantarkan segera. Bayaran penyertaan boleh dibuat di atas nama Bina Bahagia Services, Bank Islam 12065010035871. Fakskan slip bayaran anda ke talian 03-56219722 sertakan nama penuh anda dan nombor keahlian KBS anda.

Penyertaan bagi semua program ini dibuka sekarang. Bagi sesi sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan, penyertaan perlu disahkan selewatnya pada jam 12.00 tengahari hari Rabu sebelumnya.

Bagi penyertaan di kawasan utara, selatan dan pantai timur, penyertaan ditutup pada 2hb Mac 2009. Program akan disahkan dan dipastikan tempatnya pada 15hb Mac 2009. Sekiranya pihak pengurusan mendapati penyertaan tidak menggalakkan, program terpaksa dibatalkan dan wang anda akan dikembalikan.

Sebaliknya, jika program pasti dijalankan dan anda tidak berpeluang hadir pada hari tersebut disebabkan hal atau perkara yang tidak dapat dielakkan, yuran penyertaan akan dikembalikan. Terma ini terpakai bagi penyertaan ketiga-tiga program utama KBS.


Bagaimana dengan ahli di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak)?

Buat masa ini, saya masih belum menerima apa-apa cadangan atau berita daripada pihak pengurusan. InsyaAllah, saya akan bincangkan perkara ini dan akan maklumkan bila ada khabar mengenainya. Sama-sama lah kita berdoa moga satu hari nanti, Bina Bahagia Services mampu ‘menerbangkan’ saya ke sana, insyaAllah!!

Lantas, daftarlah segera kerana hanya dengan ilmu, harga diri kita tidak akan diperkotak-katikkan!!!

Tiada ulasan: