10 Ogos 2009

Poligami dan payung emas

Alhamdulillah, dapat juga saya menjenguk blog malam ini. Mula tadi, cuba mengerah idea untuk menyelesaikan satu papancerita yang diberikan oleh majikan lama, tapi dek kerana tak tercapai akalku untuk meng'interaktiviti'kan frame2 berkaitan, so saya ambil langkah, masuk ke blog...

Melihat kepada topik saya, rasanya ramai kaum wanita dah mula berkerut dahi. Yang lelaki pula, dah mula senyum lebar hingga ke telinga. Saya terpanggil untuk bincangkan isu yang sentiasa panas ini setelah menerima satu komen di dalam satu entri siaran blog Resipi Hidup... seorang wanita meluahkan tentang beratnya hati nak benarkan suami berpoligami walau dijanjikan dengan payung emas di syurga...

Ingin saya tegaskan di sini.... pendapat yang mengatakan ada hadis yang menyebut tentang wanita yang membenarkan suaminya berpoligami akan mendapat payung emas di syurga adalah pendapat yang salah dan tidak benar. Tidak ada satu hadis pun yang menyebut sedemikian.

Perlu diingat, hadis ialah sebarang perkataan atau perbuatan atau pengakuan yang datangnya daripada Rasulullah SAW, disampaikan kepada kita hari ini melalui riwayat demi riwayat bermula dgn sahabat, tabien, tabi' tabien dan seterusnya. Masalahnya matan hadis yang menyebut wanita yang membenarkan suaminya berpoligami akan mendapat payung emas di syurga bukanlah bermula daripada Rasulullah SAW dan tidak ada kena mengena langsung dgn baginda Rasul atau sahabat atau tabien atau tabi' tabien.

Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 3 yang bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan) perempuan-perempuan lain yang kamu berkena;, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.

Menurut Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988): “poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat.”

Fakta sebenar tentang poligami seperti yang ditetapkan oleh undang-undang keluarga Islam di Malaysia pula ialah:
1. poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu;
2. permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan;
3. akuan tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa perkahwinan poligami ini patut dan perlu, laporan tentang keadaan kewangan suami dengan memberikan butiran lengkap mengenai segala komitmennya dan tanggungan kewangannya yang patut serta bilangan tanggungan termasuk orang yang akan ditanggungnya berikutan dengan perkahwinan baru yang dicadangkan.
4. pemohon perlu menyatakan sama ada telah mendapat atau tidak, izin atau pandangan isteri atau isteri-isteri mengenai cadangan perkahwinan tersebut.

Saya tidak menentang poligami sebab poligami diharuskan oleh syarak dan mempunyai hikmah yang tersendiri. Walaupun Islam mengharuskan dan ada hikmah yang tersendiri, perlu diingat... TIDAK SEMUA LELAKI LAYAK BERPOLIGAMI dan MEMPUNYAI JANTINA SEBAGAI LELAKI BUKAN SATU SYARAT KELAYAKAN UNTUK BERPOLIGAMI.

Dalam memberikan pertimbangan terhadap sesuatu permohonan poligami pula, Mahkamah akan mengambil kira empat syarat kebenaran untuk berpoligami sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang iaitu:
1. perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja engkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila;
2. pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru;
3. pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak;
4. perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri.

Saya faham, antara hikmah poligami ialah bagi membantu golongan ibu tunggal atau wanita berumur yang belum bertemu jodoh namun hikmah tersebut perlu selari juga dgn kelayakan si lelaki.

Kepada mereka yang terjebak dgn cinta suami orang, tak salah jika anda benar-benar ingin berkongsi tetapi nasihat saya, perlu jujur dan telus dan pastikan suami orang tersebut memang layak untuk menguruskan dua atau lebih isteri dan keluarga. Bukan sekadar menguruskan kehendak seksualnya sendiri tetapi menunaikan tanggungjawab yg wajar dan patut sbg seorang suami dan bapa.

Paling penting saudara sejenisku sekelian... jangan gadai hak anda sendiri semata-mata atas nama cinta. Cinta untuk kebahagiaan dan bukan untuk menikmati penderitaan....

10 ulasan:

SueBellViva berkata...

salam..
bleh saya panggil kak su....kak su saya juga terjebak dengan percintaan dengan suami orang dan saya adalah seorng ibu tunggal...saya kenal dengan peribadinya...susah untuk saya katakan...nak cerita pun susah...saya menyayangi die dan begiti juga saya..dan sememangnya kami mempunyai matlamt untuk berkahwin...say juga tahu dia tk pernah baikan tggjwab kepada isteri dan keluarganya...dia mmg seorang suami yang bertanggingjawab..cuma saya pernah bertanya kenapa suka dan bleh jatuh cinta kepada saya sedangkan saya adalah seorang ibu tunggal...pertama dia kata simpati dan kesian kepada saya...melihat saya membesarkan ank2 keseoarangan..kedua dia ercaya saya boleh menjd sayap kirinya sebagai seorang isteri dan dapat memahami kehidupan dia sebagai seoarang pendakwah...ketiga dia kata saya sekufu dengan dia maksudnya saya dapat memahami apa yang dia perjuangkan sekarang...untuk penegetahuan kak su dia adalah bekas rakan sekolah saya..kami berjumpa semula semasa reunion...dia kata sejak dulu dia dh ada hati dgn saya dan dh lama die tahu saya bercerai...sy juga suka kat dia..peribadi dan akhlaknya..ilmu yang ada pada dia..dan saya yakin dia dapat membimbing saya dan anak2..cuma saya tahu buat masa ni isterinya tak bleh terima ini semua...saya cuba lupaka tapi semakin saya lupakan semakin dia dekat dalam hidup dan hati saya..apa yang perlu saya buat...

asilahmuhajer berkata...

saya setuju dengan kata2 puan.

saya dah membaca buku buatmu wanita. terima ksih. banyak betul panduan yang saya dapat dari situ.

cuma saya terkilan sebab buku tu saya dapat baca selepas dah menjadi isteri orang. sepatutnya saya baca sejak bujang lagi.

takpe, saya akan suggestkan buku tu kepada semua wanita yang saya kenali especially yang bujang supaya dia dapat panduan awal tentang hak2 seorang wanita.

terima kasih banyak2.

adnanb berkata...

Laman Web kelab Poligami Ikhwan

masturazainal berkata...

Memang susah untuk diperkatakan tentang isu poligami kerana hakikatnya wanita terlalu ramai dan lelaki berkualiti amat kurang lalu suami orang juga yang nampak berkualiti. Namun harus diingat jika mahu berpoligami, mestilah bersedia dari segi mental, fizikal,ekonomi dan segala yang berkaitan. Walau apa juga keadaan kesediaan dari bakal madu iaitu isteri tua adalah perlu agar hubungan telus dan jujur. Jika dari awal tidak telus maka tidak akan ada kebahagiaan Wallahu A'lam ini pendapat saya.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,
rata-rata lelaki tertarik tentang isu sejagat ini, lelaki yg berpoligami seringkali dilabelkan sebagai lelaki yang lebih mementingkan nafsu,
islam yang syumul mengharuskan syariat tetapi diketika yang sama undang-undang ciptaan manusia seperti termaktub dalam undang-undang keluarga islam malaysia menyukarkan walaupun atas alasan memberi keadilan kepada semua.saya bukan kearah itu tetapi agak keliru. mana satu yang perlu diamalkan kerana keadilan bagi saya ialah meletakkan sesuatu ditempatnya..wallahualam..

Hassan berkata...

Quote: Ini cakapan orang yang berputar belik fikiran nya.

1.Saya tidak menentang poligami sebab poligami diharuskan oleh syarak dan mempunyai hikmah yang tersendiri..tapi lihat semua tata cara yang di kenakan kepada pihak lelaki olih pihak tertentu dan pengamal nya yang tidak ada pun didalam tertulis di dalam hadith dan juga alquraan.

2. Ada kah syarat sebegini rupa dikenakan kapada wanita yang hendak bermadu???apakah syarat syarat nya bagi pihak wanita yang hendak bermadu???

3. Kepada mereka yang terjebak dgn cinta suami orang, tak salah jika anda benar-benar ingin berkongsi tetapi nasihat saya, perlu jujur dan telus dan pastikan suami orang tersebut memang layak untuk menguruskan dua atau lebih isteri dan keluarga. Bukan sekadar menguruskan kehendak seksualnya sendiri tetapi menunaikan tanggungjawab yg wajar dan patut sbg seorang suami dan bapa....ungkapan sebegini adalah sebagai melepas batuk ditangga..ungkapan yang berat sabelah..apakah pihak wanita itu berani tidak tahu dan segaja hendak hidup berpoliami..kenapa soalan ini tidak ditanya kan kepada wanita? Kamu berkahwin dgn lelaki ni kerana apa..buat borang saolan nya dan kembar kan bersama sijil nikah nanti..

Sabenar nya tidak ada perbezaan pun bagi saorang wanita dan lelaki yang hendak berkahwin satu, dua, tiga dan seterus nya..syarat agama adalah sama shj ..berkahwin satu ke dua ke..cuma pengamal nya sahaja berfikiran terlalu defensive dan bias serta iri hati..itu shj.

Hassan berkata...

Paling penting saudara sejenisku sekelian... jangan gadai hak anda sendiri semata-mata atas nama cinta. Cinta untuk kebahagiaan dan bukan untuk menikmati penderitaan....

Ini manusia apa kah nasihat nya..kahwin tu bergadai diri ke..cinta itu hanya untuk sex sahaja ke...apakah tidak ada wanita lain yang kuat sex? apakah semua wanita di dunia ini sama sahaja wanita nya dengan anda..

Apakah besar sangatkah status wanita macam anda yang kunun nya telah berilmu PHD ke Master ke dan berkata layak membuat komen sademikiann rupa..?

Fikir elok-elok ..sabenar bukan hukum agama yang dipertikaikan tetapi jujur nya adalah hal emosi dan perasaan individu tersebut..

Hassan berkata...

saya pasti komen saya sabegini tidak dikeluarkan.

natasya berkata...

Poligami itu sesuatu yg diHARUS kan oleh syariat.

So apa nak gaduh2.

Nak buat boleh, x nak buat pun boleh.

En. Is berkata...

Assalam.

Kalau nak bicara ttg keadilan dlm menguruskan isteri2 bagi yg berpoligami...dimanakah keadilan ttg memperkatakn ttg nilai positif poligami itu sendiri. Drp drama tv tak kira dlm negara atau luar negara rata2 memaparkan penderitaan dan kesengsaraan isteri2 yang dimadu. Kita semua dipaksa merasai kepedihan itu walaupun kita belum pernah merasainya. Itu dlm drama. Ditambah pula pula orang2 belajar agama sendiri memberi pendapat tidak jauh beza dengan pendapat peribadi orang2 yang tidak belajar agama peringkat yang tinggi. Lalu dlm pelbagai media isu ini diperdebat tanpa ada sekatan dengan membicarakan nilai2 negatif tentang poligami setipa kali kita menyedarinya. Di mana ye kisah2 kejayaan bagi poligami ini ye?...Jawapannya...tidak ada di khalayak. Sebenarnya ada tetapi kisah2 ini seperti disembunyikan. Tak mengapalah. Jika ada mengatakan poligami adalah sunnah..jangan pula kita memperkecilkan sebab sunnah itu adalah sangat hebat kesan kepada kehidupan kita.

Saya seorang suami dan mempunyai seorang isteri juga belum berpoligami. Saya belum ada perancangan untuk berpoligami. Saya sangat tidak menentang poligami. Jika kita mengatakan orang poligami kerana nafsu...kita tanya pada orang cerdik pandai dalam agama apa maksud "nikah" dari segi syariat. Ok...sesiapa yang telah jatuh hati kpd suami orang..."org lain senanglah cakap kan..x kena batang hidung sendiri"