Hari ni, buat kali pertama home office saya dikunjungi oleh klien lelaki. Ooppss jangan risau, ada adik lelaki saya berusia 25 tahun dan anak lelaki saya berusia dua tahun setengah bersama saya tika sesi temujanji berlangsung :)
Klien lelaki berusia 31 tahun ini memohon pendapat, apa yang perlu dilakukan dengan hubungannya bersama seorang gadis berusia 23 tahun. Menurut lelaki ini, mereka berkenalan dah hampir dua tahun dan pertengahan tahun lepas, hubungan mereka mendapat restu kedua-dua ibu bapa masing-masing. Mengikut adat, rombongan merisik dihantar dan keputusan diambil, pertunangan akan diikat pada bulan hujung tahunnya iaitu Disember yang lalu. Namun, dua bulan sebelum majlis pertunangan diadakan, si gadis mohon agar ditangguhkan dahulu dengan alasan masih belum bersedia.
Si jejaka mengikut, enggan memaksa. Mungkin disebabkan si gadis masih terlalu muda. Hubungan berjalan seperti biasa; telefon, SMS dan sesekali berjumpa di rumah ibu bapa si gadis (si gadis dr utara tetapi bekerja di selatan tanahair). Awal tahun ini, si gadis tiba-tiba menyuarakan hasrat untuk memutuskan hubungan mereka dengan alasan, dia bertemu kembali kekasih hatinya dahulu dan tidak dapat menerima si lelaki lagi.
Seperti status FB saya; Klien lelaki prtma kunjungi home office sy; bakal tunangnya mtk tgguh brtunang kmdn trus mtk putus, sbb jmpa smula pakwe lama. Famili bakal tunang mtk sabar sbb nak jodohkn jgk. Soalnya, smpai bila? Jwpn sy: Brsyukur la dia brubah skrg, blm ada ikatan yg sah. Buatnya brubah bila dh kawin? Byk sgt skrg kes istri mtk crai sbb jmpa smula kekasih lama. Yg pnting, mtk petunjuk drpd Dia sbb hanya Dia tau yg trbaik!!!
Ya! Syukurlah si dia berubah tika hubungan belum sah. Mungkin juga ini petunjuk tentang sikap sebenar si gadis. Mungkin juga ia sbg petunjuk kpd si jejaka agar tidak terlalu mempercayai seseorang. Segalanya berkemungkinan dan sebagai manusia biasa, saya juga tak pasti apakah rahsia di sebalik ujian-Nya kepada hamba Allah yang bertemu dgn saya pagi tadi.
Memang nampak dia kecewa tapi saya tegaskan, biar kecewa skrg drpd kecewa belakang hari nnti, pasti lebih parah dan sakit lagi. Saya memohon agar klien saya ini berdoa mohon yang terbaik drpd Allah SWT. Jika si gadis adalah yang terbaik utk masa depannya dan keluarganya, mohon agar Allah buka pintu hati si gadis utk menerimanya kembali dan dimudahkan urusan jodoh mereka. Jika sebaliknya, mohon agar dia diberikan kekuatan utk meneruskan hidup dan dpt menerima penolakan si gadis dengan hati terbuka dan redha.
Tak mustahil, jika mereka ditakdirkan bersama, ada jodoh utk mereka bersatu, pasti ada hikmah kenapa kekecewaan dan ujian ini muncul sblm mereka diijabkabulkan. Boleh jadi sbg petunjuk kpd si gadis, jgn tunduk pada cinta dusta lelaki penipu yg dah pernah kecewakannya sblm ni, mgkin jg utk si gadis lbh menghargai kehadiran si jejaka yg tetap memberi peluang biar pernah dilukakan. Mungkin itu, mungkin ini, macam2 lagi yg Dia ja yg tau...
Tanya si jejaka tadi; "kalau ditakdirkan kami ada jodoh, ada kemungkinan tak dia akan ulangi sikap yang sama slps kahwin?"
Jawab saya; "Mungkin... Dia ja yg tau!"
"Abis tu, nak wat camana? "
"Berdoa! Jika bertemu jodoh, terus berdoa agar Dia ikat kasih sayang isteri kpd kamu dan berdoa jgk agar Dia ikat kasih sayang kamu kpd isteri. Mohon agar isteri tdk mudah terpedaya dgn pujukan syaitan dan tidak tunduk kpd nafsu. Tugas dan peranan suami berat. Suami perlu didik isteri. Tak mustahil ujian ni berlaku sbg peringatan agar kamu lebih bersedia menjadi seorang suami sprti yg dituntut oleh syarak..."
Itu antara sesi yang berlangsung pagi tadi. Saya kongsikan di blog ini untuk menarik perhatian semua; yang sedang mencari pasangan atau yang bakal sahkan hubungan dengan pasangan atau yang dah ada pasangan tetapi masih mencari yang terbaik....
Saya akui hak setiap drpd kita; untuk mencari dan dapatkan yang terbaik! Betul!! Sebelum saya bincangkan lebih lanjut tentang mencari yang terbaik ini, saya nak kongsi satu cerita yang pernah masuk ke emel saya. Tak pasti kisah benar atau rekaan tetapi saya suka dgn moral di sebalik cerita tersebut.
Seorang lelaki, dikategorikan sebagai tampan, bergaya, bijak, bekerjaya profesional, berharta dan disukai bukan saja oleh para gadis tetapi orang tua disebabkan sikapnya yang pandai mengambil hati dan menghormati orang lain. Usianya hampir 38 tahun tetapi masih belum beristeri. Peliknya, dia mempunyai teman wanita malah sentiasa bertukar pasangan. Bila ditanya oleh rakannya kenapa dia masih belum beristeri sedangkan dah jumpa ramai calon yang sepadan dan sesuai? Jawabnya; "Saya masih mencari yang terbaik..."
Satu hari, Allah takdirkan si jejaka bertemu dengan seorang gadis yang memenuhi kriteria terbaik yang ditetapkannya; cantik, lemah lembut, penyayang, bijak, berpelajaran, pandai bergaul, hormat orang tua dan macam-macam lagi yang terbaik bagi si jejaka, terdapat dalam diri si gadis. Mereka berkawan hingga berjaya digelar best couple oleh rakan-rakan. Tiba masa untuk si jejaka melamar si gadis agar menjadi teman istimewa seterusnya menjadi teman hidupnya.
Bagi memulakan ayat, si jejaka menyoal kenapa si gadis masih belum berkahwin sedangkan jika dilihat kepada ciri-ciri yang ada pada si gadis, pastilah dia telah mempunyai teman istimewa. Jawab si gadis; "Saya mencari yang terbaik..." Si jejaka dah tersenyum, hatinya senang, yang dicari dah ada di depan mata.
"Dah jumpa lah yer?" Soal si jejaka dengan bangga. Jawab si gadis; "Belum! Saya belum jumpa yang terbaik untuk menjadi teman hidup saya...."
Tak perlu saya ceritakan reaksi si jejaka. Pasti pembaca semua dapat menjangkanya. Moral yang nak saya kongsikan di sini ialah sejauhmana kita mencari yang terbaik, koreksi diri terlebih dahulu apakah kita sendiri adalah yang terbaik?
Ingatlah! Allah SWT Maha Adil. Dia ciptakan makhluk-Nya termasuk kita manusia dengan keistimewaan dan kelebihan tersendiri dan tidak lupa, kita juga diberikan kelemahan dan kekurangan yang tersendiri. Maksud saya, kelemahan dan kekurangan yang tak boleh kita baiki. Sbg contoh, ada individu yg diberikan rupa paras yang cantik tetapi diberikan kulit sedikit gelap. Ada orang yang kulitnya putih melepak tetapi parasnya biasa-biasa ja. Ada orang yang kurang cantik tapi dianugerahkan akal yang bijak dan macam-macam lagi.
Kita sepatutnya perlu belajar menerima orang lain seadanya asalkan dia memenuhi syarat dan kriteria yang sewajarnya menurut syarak sebagai calon isteri atau suami. Bkn bila cakap terima seadanya, kaum wanita boleh terima lelaki yang masih belum bekerja sbg suami atau lelaki terima gadis yang suka perintah itu ini sbg isteri. Ingat! Kriteria paling penting, pilih yang beragama, bukan ada sijil atau degree dlm syariah, usuluddin atau pendidikan Islam atau dipanggil ustaz atau ustazah tetapi orang yang mengamalkan agamanya, menjalankan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
Camana nak tau? Masa berkawan, pijak semut, semut masih hepi. Berdoa dan berserah kepada-Nya. Dia tentukan setiap perkara termasuk jodoh kita. Jika masih ada masalah atau ujian, percayalah semua itu juga ada sebab dan rahsia yang tersendiri. Terus berdoa dan yakin kepada-Nya, hati akan tenang dan redha, insyaAllah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan