Hidup kita bagaikan ombak laut, ada tikanya tenang dan ada masanya bergelora. Gelora ombak di laut tidak sepanjang masa, sama juga seperti hidup kita, ujian diterima sekadar menguji tahap kesabaran dan keimanan kita kepada-Nya, demi mencapai bahagia sejati....
07 November 2010
Kelab Eksekutif Bina Bahagia
Yuran Ahli: RM100 untuk seumur hidup
- Anda akan menerima KIT BINA BAHAGIA mengandungi kad keahlian, jadual program bagi tahun 2011 dan naskah himpunan ayat-ayat motivasi daripada Puan Suzana Ghazali.
Keistimewaan sebagai Ahli:
- Menerima satu sesi temujanji bersemuka PERCUMA; atau
- Menerima dua sesi temujanji melalui telefon PERCUMA
- Diskaun 20% bagi sesi temujanji bersemuka atau chatting Yahoo Messenger
- Diskaun 25% bagi setiap program Santai Ilmiah (ceramah dan simulasi kes- separuh hari) anjuran Bina Bahagia Services
- Diskaun 30% bagi setiap program bengkel atau kem (program sehari atau lebih) anjuran Bina Bahagia Services
- Menerima bulletin Bina Bahagia mengandungi berita terkini dan artikel menarik tulisan Puan Suzana Ghazali, setiap 3 bulan (4x setahun)
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia ini, boleh emelkan kepada binabahagia@gmail.com untuk mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut untuk pendaftaran.
PENTING!!! Sempena ulangtahun kelahiran saya yg ke36 pada awal Disember nanti, potongan RM36 akan diberikan kepada 36 penyertaan yg pertama.
Program Menarik 2011
Januari:
8hb: Santai Ilmiah 1: - Nikah Sindiket vs Nikah Sempadan
- Perkahwinan bukan mainan. Hubungan tidak sah menurut syarak jadikan zuriat anda sebagai anak tak sah taraf. Ketahui cara untuk bersatu sebagai suami isteri biar hubungan terlarang tanpa perlu nikah di sempadan.
22hb: Bengkel Menggilap Permata
- bengkel perniagaan online dari rumah, kelas dekorasi kek, kelas jahitan manik, kelas solekan dan andaman pengantin serta peluang modal niaga untuk jana pendapatan keluarga.
------------------------------------------
Februari:
12hb: Kem Akad Nikah Perjanjian Bahagia
- khusus untuk pasangan suami isteri dan mereka yang bakal mendirikan perkahwinan. Ketahui nikmat dan cabaran hidup berumahtangga serta tips juga panduan untuk kekal bahagia hingga akhir hayat.
19hb:
Santai Ilmiah 2: - Jodoh bukan hanya ketentuan
- Hubungan terlarang? Jarak usia? Bercinta dengan suami orang? Temui cinta baru selepas perkahwinan? Setiap masalah ada penyelesaian, insyaAllah!
------------------------------------------
Mac:
5hb: Bengkel Perkasa Minda
- bengkel motivasi khusus untuk wanita yang inginkan suntikan semangat selepas hadapi trauma ujian hidup atau ujian rumahtangga. Juga panduan untuk teruskan hidup dengan lebih semangat dan ceria.
19hb: Santai Ilmiah 3: - Poligami – Musibah vs Hikmah
- Poligami syariat Allah, pasti ada hikmah; malah boleh jadi musibah. Ketahui cara jadikan poligami hikmah dan atasilah bila poligami jadi musibah.
------------------------------------------
April:
16hb: Santai Ilmiah 4: - Jika suami abaikan nafkah
- Suami bertanggungjawab sediakan segala keperluan isteri dan anak. Jangan panik bila suami enggan atau degil. Kaedah psikologi dan undang2 boleh membantu.
------------------------------------------
Mei:
14hb: Santai Ilmiah 5: - Siapa kata wanita tak punya kuasa talak - Talak sinonim dengan lelaki tetapi wanita juga punyai hak untuk keluar daripada perkahwinan yang hanya mendukacitakan.
28hb: Kem Ibu Bapa Mithali
- Anak adalah amanah. Anak perlu dipelihara, dididik dan dibimbing, bukan diternak. Kegagalan membentuk keperibadian anak memberi natijah besar kepada ibu bapa. Penuhi dada dengan ilmu keibubapaan menurut Syariat.
------------------------------------------
Jun:
11hb: Santai Ilmiah 6: - Jagaan Anak: Ibu lebih berhak bila... - Setiap ibu sayangkan anak, begitu juga bapa. Bila berlaku perceraian, anak turut terpisah tapi bukan halangan berkasih sayang biar ibu lebih berhak tapi ada syaratnya.
- Jadilah Peguam Syarie bagi mewakili diri anda sendiri. Dapatkan info untuk memfailkan serta membuktikan kes, juga info berkaitan prosedur di Mahkamah Syariah.
------------------------------------------
**Santai Ilmiah- ceramah dan simulasi kes (program separuh hari)
***Bengkel atau Kem – program sehari atau lebih.
Untuk maklumat lanjut, hubungi 013-2545965.
04 November 2010
Jangan niat tak nak kahwin

Setiap individu mempunyai tahap kelayakan yang berbeza untuk memasuki gerbang perkahwinan. Namun, bukan bererti kerisauan anda untuk menentukan kelayakan anda atau bakal pasangan anda membenarkan anda memegang prinsip ‘enggan berkahwin’. Saya pernah menerima pengakuan daripada beberapa gadis yang enggan berkahwin semata-mata bimbang disia-siakan.
Saya faham kerisauan anda. Saya sendiri pernah di’labelkan’ enggan berkahwin satu ketika dahulu semata-mata lambat bertemu jodoh. Dalam keadaan diri yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah rumahtangga, Mak dan Bapa saya pernah ditegur kerana gagal mengubah pendirian saya. Namun, tika itu tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya untuk enggan berkahwin. Biarpun setiap hari saya berhadapan dengan pelbagai masalah namun saya masih yakin dan percaya, setiap insan mempunyai nikmat dan ujian hidupnya yang tersendiri. Jika ada jodoh, saya akan berkahwin juga nanti dan saya tidak pernah menetapkan untuk tidak berkahwin.
Perlu diingat, berkahwin adalah sunnah Rasulullah SAW malah sunnah Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW. Perkahwinan juga adalah fitrah yang sesuai dengan naluri manusia. Mereka yang tidak mahu berkahwin atau enggan berkahwin bermaksud mereka telah mensia-siakan nikmat hidup di dunia yang telah disediakan oleh Allah SWT.
Di dalam Islam, berkahwin merupakan suatu perkara yang digalakkan kerana dengan perkahwinan itu akan berkembang biak umat Nabi Muhammad SAW. Baginda Rasulullah SAW bangga dan bergembira dengan umatnya yang ramai. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan daripada Saad bin Abi Waqqas : "Berkahwinlah kamu maka sesungguhnya aku di hari qiamat kelak akan bergembira dengan sebab banyak ummahku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang Nasrani bertapa - hidup membujang".
Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik, katanya: Tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah SAW menanyakan tentang ibadat yang dikerjakan oleh Baginda. Setelah tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan daripada isteri-isteri Baginda, mereka merasa bahawa ibadat mereka itu bila dibandingkan dengan ibadat Rasullah SAW adalah terlalu sedikit dan sangat-sangat kurang.
Mereka berkata sesama mereka: "Bagaimana ibadat kita? Padahal Baginda adalah orang yang maksum (tidak sedikit pun mempunyai dosa) dan Allah SWT telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang?.”
"Maka seorang daripada mereka itu berkata: "Aku akan sembahyang tahajjud setiap malam." Seorang yang lain berkata: "Aku akan berpuasa sepanjang tahun dan tidak akan berbuka." Seorang yang lain lagi berkata: "Aku akan mengasingkan diri daripada orang perempuan dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang).
Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku). – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Jelas sekali, sesiapa yang berniat enggan atau engkar untuk berkahwin seumur hidupnya sedangkan dia mampu menurut syarak bermaksud mereka telah mengharamkan perkara yang halal ke atas diri mereka dan mereka ini adalah juga orang yang menentang hukum Allah dan sunnah Rasul-Nya.
Dalam masalah ini, at-Tabari berkata: "Sahabat Rasulullah SAW bernama Uthman bin Mazun mengharamkan ke atas dirinya seorang perempuan, benda-benda yang baik dan semua benda yang sedap dan lazat.”
Dengan pengharaman tersebut, Allah SWT menurunkan firman-Nya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” - Surah al-Maidah:87
Ibnu Abbas pernah meriwayatkan: Seorang lelaki mengadu dan bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai orang yang membujang (tidak berkahwin) selama-lamanya, katanya: " Bolehkah aku berkasi?" Baginda menjawab: “Tidak ada dalam agama kita orang yang berkasi.” – Hadis riwayat at-Tabrani.
Dalam masalah ini, Sa'ad bin Waqqas berkata: Rasulullah SAW telah melarang sahabatnya Uthman bin Mazun hidup membujang (tanpa berkahwin). Andainya baginda mengizinkan Uthman bin Mazun membujang (tanpa berkahwin), tentulah kita harus berkasi. – Hadis riwayat Bukhari.
Paparan nas-nas syarak ini adalah sebagai bukti dan dalil bahawa prinsip enggan berkahwin adalah satu pegangan yang salah di sisi syarak. Ada antara wanita malah lelaki juga yang pernah mengadu dengan saya, berkeinginan dan berhasrat untuk berkahwin tetapi merasakan diri masih belum bersedia sepenuhnya. Masih ada perkara yang perlu diselesaikan dahulu. Jika itu adalah pendirian anda, ia bukanlah termasuk dalam kategori enggan berkahwin. Lakukanlah perkara yang perlu dan dalam masa yang sama, cuba sediakan juga diri anda untuk berkahwin.
****Petikan Bab Siapa yang layak berkahwin? drpd buku BUATMU WANITA.
01 November 2010
Jadual Nov dan Dis 2010
Bagi bulan November, saya hanya akan bersemuka dengan klien DUA kali sahaja iaitu:
- mulai 8hb November hingga 11hb November; dan,
- mulai 24hb November hingga 27hb November.
Bagi bulan Disember, jadual temujanji bersemuka di KL adalah seperti berikut:
- 1hb Disember hingga 3hb Disember;
- 8hb Disember hingga 11hb Disember; dan,
- 15hb Disember hingga 18hb Disember sahaja.
Bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka dengan saya, boleh tetapkan temujanji.
Untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM50 dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan antara RM10 hingga RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka ini, kos adalah antara RM50 hingga RM100 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).
Bagi yang berminat, sila bank in RM50 ke akaun Maybank 162209924697 atas nama Suhaiza Ghazali dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka bersama saya pada tarikh tersebut. (Talian beroperasi pada waktu pejabat sahaja).
Terima kasih!!