28 Januari 2009

Awas bila bercakap

Saya masih belum sempat menyediakan bahan utk tatapan anda yang setia berkunjung ke sini. Namun, ada maklumat berguna utk anda semua yg saya perolehi daripada e-mel peminat setia.

___________________________________________

Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan Kata-kata yang Positif dan Baik. Setelah mendapat info tentang pengaruh Kata-Kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku " The Hidden Messages in Water " karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang ramainya orang yang melakukan ujikaji, sayapun tertarik untuk melakukannya.

Kaedahnya:
Tempatkan sisa nasi yang bersih (putih) yang sudah di biarkan semalaman ke dalam 2 botol dgn jumlah yg sama, kemudian ditutup rapat. Masing-masing botol di tampalkan label yg berisi kata2 seperti:

Botol A: " Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Suka Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.

Botol B: " Kamu Bodoh, Tolol, Pendengki, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku Tidak mahu kawan dengan mu "

Letakkan kedua-dua botol berjauhan (pisahkan) dan simpan pada tempat yg sering dilihat, saya pesan pada isteri, anak, dan pembantu rumah untuk membaca label pada botol tersebut setiap kali melihat kedua-dua botol.



Kiri – kata2 yang baik
Kanan – Kata2 yang tak baik
Kiri – kata2 yang baik
Kanan – Kata2 yang tak baik
Keputusannya: inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu berlalu:

Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dgn bau yg tidak sedap.
Sedangkan Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.
Sekarang anda bolehlah mencubanya sendiri……….
Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan rumahtangga/ hidup kita, kawan2 kita, rakan-rakan sekerja kita, dan jiran2 kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan kesan yang ditimbulkan dari getaran-getaran yg berasal dari pikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.
Pengajaran: Maka sebaiknya selalulah sedar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yg akan keluar dari mulut kita, demikian juga kendalikanlah idea2/perasaan yg timbul dalam batin kita. Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua.
****Awasi setiap kata-kata yang anda luahkan... Moga sama-sama mendapat iktibar!!

3 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum Pn Suzana.

Menarik sekali artikel ini. Saya harap puan tidak marah ya kerana saya dah salin untuk dikongsikan di blog saya. Insya-Allah kreditnya ke blog puan.

Re!D [TeaSeRS] berkata...

wow nice blog...
visit mine... :)

www.fariddarif.blogspot.com

Bawang Goreng berkata...

Salam,

Saya pernah dengar seorang ibu (jiran) marah-marahkan anaknya yang sedang 'melalak' kuat... keluar perkataan 'sial' dari mulut si ibu. Terkejut saya dengar...

Nak tegur, nanti takut pulak kena jerkah kerana sibuk jaga tepi kain dia... cuma istighfar ajelah dalam hati...