07 Disember 2009

Cerai dalam poligami

Semasa menyampaikan ceramah mengenai keganasan terhadap wanita di Pekan, Pahang pada 29hb Oktober yg lalu, saya berhutang satu soalan yg ditulis kemudian diserahkan kpd saya oleh pihak urusetia. Memandangkan tika itu masa terlalu suntuk, saya berjanji akan bincangkan persoalan tersebut menerusi blog. Kepada yang bertanya, maaf sebab agak lewat memberikan jawapan.


Persoalan yg dikemukakan kepada saya: Kes tentang si suami yg berkahwin lagi di luar negara tanpa pengetahuan si isteri tetapi selepas 2 tahun dan mempunyai anak, barulah si suami memberitahu si isteri yg dia telah berkahwin lg. Si isteri tak boleh menerima poligami ini kerana madunya berusia sebaya anak gadis mereka dan ingin meminta si suami bercerai dgn isteri baru. Jadi, bagaimanakah menghadapi klien seperti ini?


JAWAPAN:

Syarak menetapkan, kelayakan bagi seorang lelaki utk berpoligami ialah mampu berlaku adil.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 3 yang bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan) perempuan-perempuan lain yang kamu berkena;, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.

Undang-undang Keluarga Islam pula memperuntukkan empat syarat kelayakan bg membolehkan seorang suami berpoligami:

1. perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja engkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila;
2. pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru;
3. pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak;
4. perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri.

Secara mudah, alasan isteri pertama tidak mahu menerima perkahwinan kedua si suami dengan sebab usia madu yg sebaya dgn anak sendiri, bukanlah satu alasan yg wajar. Malah, sekiranya si suami berkelayakan dan mampu, isteri pertama perlu terima hakikat berkongsi kasih tersebut.

Perlu diingat, poligami bukan berebutkan suami sebaliknya berkongsi dengan syarat, suami betul-betul layak dan berkemampuan. Mampu bukan sahaja dari segi tenaga batin atau seks ataupun kemampuan harta, sebaliknya kemampuan anda untuk memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada para isteri dan anak-anak. Paling penting, mampu mengawal emosi isteri-isteri anda.

Sepatutnya dalam kes di atas, suami lebih bertegas. Mungkin disebabkan rasa bersalah menipu isteri pertama, menyebabkan suami serba tak kena. Sebab itu lah, saya selalu tegaskan kpd bakal isteri kedua, ketiga atau keempat, tak der salahnya anda nak berkongsi tetapi pastikan betul2 berkongsi dan jgn izinkan bakal suami anda menipu dan bersikap curang. Jika dia boleh menipu isteri pertama kononnya kerana anda, tak mustahil dia akan menipu lg demi org lain pula, mgkin tak semua tpi lebih baik beringat. Letakkan diri anda di tempat isteri pertama, rasai emosinya.

Namun, hukum bukan berkaitan emosi sebaliknya ketentuan Ilahi. Desakan isteri pertama supaya si suami menceraikan isteri kedua boleh disamakan dgn cubaan meruntuhkan masjid dan hukumnya adalah haram. Jika keadaan ini berterusan, isteri pertama boleh didakwa sebagai mengganggu kebahagiaan perkahwinan.

Merujuk kepada Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan), seksyen 37 dan seksyen 38 adalah berkaitan dan boleh digunakan untuk membawa kes ini ke muka pengadilan. Peruntukan tersebut menyebut:

Seksyen 37. Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.”- Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.”

Seksyen 38. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.”- Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”

Berdasarkan peruntukan ini, isteri kedua boleh mendakwa isteri pertama, kes akan disiasat dan boleh dibicarakan.

Ada jg yg bertanya, apakah hukum memohon cerai kerana tidak sanggup berkongsi kasih walaupun suami layak dan mampu? Hukumnya adalah haram, bermaksud perceraian boleh dituntut di mahkamah, jika suami setuju maka talak boleh dijatuhkan tetapi hukum perceraian yg anda mohon tersebut adalah haram dan berdosa. Saya faham, tak ada siapa pun yang sanggup berkongsi cuma satu perkara yg perlu diingat, hukum dan ketentuan Allah bersebab dan berhikmah. Ia tak boleh diketepikan hanya kerana emosi anda sebab emosi bukanlah sesuatu yg pasti. Berserah kpd-Nya, Dia Maha Mengetahui.

3 ulasan:

Unknown berkata...

saya sungguh berminat dengan seksyen 37 dan 38 akta tersebut. kerana kalau dirujuk kepada kes saya sendiri, memang senang-senang saya menang. tapi, apabila orang yang menghalang itu ada lah seorang ibu, ibu mertuaku (senang cerita)..., tak sampai hati pulak nak heret ke mahkamah kan... tak kan nak suruh suami kita derhaka pada ibu dia pulak... dan, kalaupun kita menang..., hati suami kita pula terguris dan peratus kasih sayang dia pun berkurang terhadap kita .... kita juga yang rugi. dan sebab2 tak sampai hati ni lah yang menyebabkan orang sebegitu lepas bebas.... apa pun... moga Allah beri petunjuk kepada mereka2 yang ingkar perintahNYA... amin..

zainur berkata...

sebelum membuat sesuatu keputusan kaji selidik dengan lebih mendalam tindakan yang akan terlebih dahulu. buat apa bahagia dikecapi dari penderitaan orang lain. tanya diri sendiri "bahagiakah aku". Seksyen dan akta yang dibuat bukan untuk kepentingan satu-satu pihak tapi merangkumi semua aspek.

chittachizen berkata...

Jika ilmu sihir diginaksn utk memisahkan passngan suami isteri.bolehkah dibawa ke mahkamah kes sebegini???