InsyaAllah, jika diizinkan oleh-Nya, beberapa jam saja lagi, saya bakal berusia 35 tahun. Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan utk terus bernafas dan hidup bersama insan-insan tersayang. 35 tahun, bukan satu usia yang pendek. Dalam tempoh tersebut, saya yakin sangat, saya masih ingat dgn jelas pelbagai kisah yang berlaku dlm hidup saya bermula umur saya enam atau tujuh tahun. Terlalu banyak perkara yang masih jelas di ingatan saya. Bukan mimpi tapi realiti sebab detik2 itu turut diakui oleh mereka yang masih bersama saya. Mungkin bukan sesuatu yang istimewa sebab tak mustahil ramai lagi mereka yang mampu ingati kisah2 sewaktu kecil...
Tak kisah lah. Bukan bertujuan mengungkit kenangan lagi pun, setiap yang bernama kenangan adalah sesuatu yang manis walau tika kenangan tersebut sebagai realiti, ia adalah satu peristiwa yang amat pahit. Kembali mengimbas detik2 yang pernah saya lalui hanya untuk lebih menyedarkan saya bagaimana saya bermula, agar saya lebih bersyukur dan menghargai setiap pemberian-Nya. Malah, mengingati kisah2 lampau, bukan juga nak menghina dan memalukan diri sendiri sebab sebagai manusia biasa saya juga tak lepas drpd ujian dan saya yakin, Dia uji saya sekadar kemampuan saya sendiri dan untuk saya kongsi bersama orang lain agar saya lebih memahami.
Jika anda pernah membaca perbincangan Ujian dan dugaan itu asam garam kehidupan
, saya pernah kongsi beberapa ujian yang saya hadapi. Bukan satu cerita rekaan tapi sebuah kisah nyata. Zaman kanak-kanak, remaja, anak dara, berkahwin dan kini dalam usaha menjadi seorang ibu yang baik, saya masih berdepan dengan ujian. Sebab? Seperti topik yang pernah saya kongsikan tadi, sememangnya ujian dan dugaan itu adalah rempah ratus kehidupan kita. Setiap detik dan setiap saat, kita berkemungkinan berdepan dengan pelbagai ujian. Bezanya, ada tikanya kita terlupa, kita sedang diuji.
Saya sendiri, bersyukur sangat2 sebab dalam usia sekarang, diizinkan oleh-Nya untuk bergelar seorang ibu, mempunyai tiga cahayamata penyejuk hati walau ada tikanya membuatkan darah saya membuak :)
Ada rakan2 yang belum diizinkan merasai bahagia bergelar ibu, sepatutnya saya bersyukur kan walau saya sudah tidak berpeluang memegang status isteri. Ya!! Kepada yang belum tau (klien2 saya ramai dah tau dan rakan2 rapat juga), awal Mac nanti, genaplah dua tahun saya bergelar ibu tunggal setelah usaha saya mempertahankan perkahwinan tidak diizinkan lagi oleh-Nya dan Dia menetapkan, saya diceraikan oleh suami dengan talak satu. Hampir empat tahun (usia anak kedua) saya berusaha tapi, seperti yang pernah saya kongsikan dalam perbincangan saya, suami isteri dan perkahwinan ibarat mengemudi sebuah kapal. Jika seorang asyik menebuk dan hanya seorang berusaha menampal, kapal takkan sampai ke arah tujuan.
Perkahwinan bukan hanya kasih sayang tetapi amanah dan tanggungjawab. Tanggungjawab suami menjadi hak isteri, tanggungjawab isteri adalah hak suami. Namun jika isteri yang perlu menjalankan kedua-dua tanggungjawab? Memang benarlah pengorbanan tetapi bukan sampai membenarkan yang tak benar. Jenayah dan dosa bukan boleh dipandang sebelah mata atau dengan kedua-dua mata tertutup. Dalam proses memberikan pengajaran kepadanya buat kali yang ketiga, saya memohon petunjuk-Nya: "Jika perkahwinan ini masih yang terbaik untukku, untuk suamiku dan anak-anakku, Kau ubahkanlah sikap suamiku dan kembalikanlah dia kepadaku dan anak-anak sebagai seorang yang bertanggungjawab tetapi jika sebaliknya, Kau mudahkanlah urusan jodohku ini dengan cara dia melepaskan aku atau aku diberikan kekuatan untuk menyelesaikan kes ini di Mahkamah." Itu doa saya bermula 21hb Februari 2008 dan Dia tentukan, pada 9hb Mac 2008, saya diceraikan dan pengesahan cerai disahkan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Kenapa saya ceritakan kisah ini tika saat2 gembira menyambut ulangtahun kelahiran saya? Sebab saya yakin, sudah tiba masanya dan saya bersedia. Bimbang maklumbalas? Saya tak bimbang, terpulanglah kepada anda untuk menilai saya. Tak perlulah saya ceritakan secara terperinci, cukup sekadar cerita pendek di atas dan satu penyataan yang keluar daripada mulut puteri tunggal saya, diucapkan kepada adik merangkap PA saya, Haiza, setelah beberapa kali mengikut saya dalam siri ceramah Menangani Keganasan Terhadap Wanita: Anjang, kiranya Abi Kak Yang (Ayuni sebut dirinya sbg Kak Yang, saya panggil Ayang) bukan Abi yang bertanggungjawab lah yer...
Walau itu kata-kata yang lahir daripada mulutnya, alhamdulillah saya masih mampu mengajar Ayuni dan adik-adiknya untuk menghormati Abi walau Abi seakan lupa dia punya anak2. Seperti pesan saya kepad setiap klien, berdoa mohon yang terbaik untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak, Dia akan tentukan. Alhamdulillah, hampir dua tahun anak-anak bersama saya, anak-anak ceria, dapat mengikuti pelajaran dengan baik dan saya masih terus berdoa, agar bekas suami akan menjadi seorang manusia yang bertanggungjawab, bukan untuk saya, bukan untuk bekas suami tetapi untuk anak-anak...
Itu tentang perkahwinan, saya juga diuji dengan kerjaya. Saya bermula sebagai peguam syarie kemudian setelah melahirkan anak kedua, saya memulakan kerjaya sebagai seorang Instructional Designer di sebuah syarikat multimedia dan tika itulah juga, episod ujian perkahwinan bermula. Bekerja dengan syarikat swasta tak semudah bekerja dengan pihak kerajaan, masalah gaji lewat saya rasai hampir setiap bulan. Malah pernah dua tiga bulan tak der pendapatan. Saya menyara diri, suami dan anak-anak dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan: jualan nasi lemak, bihun goreng dan sandwich. Bukan setahun tapi hampir empat tahun dan masalah kerjaya ini juga pemangkin kepada berakhirnya perkahwinan saya sebab hanya saya berusaha sedang suami.... tak perlulah saya ceritakan lagi.
Hinggalah penghujung 2008, saya mendapat khabar, syarikat akan bermasalah minima enam bulan, takkan mampu berikan gaji, mana mungkin saya bertahan. Sekali lagi saya bermunajat, berikan petunjuk, jika bukan di situ lagi punca pendapatan saya, tunjukkanlah. Awal April tahun ni, saya nekad keluar dari zon selesa yang dah tak selesa masa tu (dikatakan selesa sebab makan gaji kan), saya terlibat sepenuhnya dalam bidang konsultansi. Alhamdulillah, hikmah masalah gaji tersebut saya alami kini, saya bekerja sendiri, tak mewah tapi alhamdulillah, keperluan anak2 mencukupi.
Hikmah drpd kes cerai pulak, buatkan saya lebih kuat, lebih yakin untuk berkongsi masalah dengan wanita-wanita di luar sana sebab kebanyakan yang saya kongsikan adalah segala apa yang pernah saya rasai dan saya praktikkan.
Kepada mereka yang sedang sakit dengan ujian, berusahalah mencari jalan penyelesaian dan paling penting, jangan lupa berdoa mintak yang terbaik drpd-Nya. Ujian bukan untuk melemahkan kita sebaliknya untuk kita terima sesuatu yang lebih berharga. Paling penting, jangan patah semangat atau putus asa. Kembali kepada kisah saya sendiri, saya nekad dan berazam, tika ulangtahun pertama saya bergelar ibu tunggal, saya mesti menempa sesuatu yang boleh dibanggakan dan alhamdulillah, Allah izinkan, tika ulangtahun tersebut, buku saya Buatmu Wanita dilancarkan.
Kelahiran Afkar Sulaim, juga ujian untuk saya dan saya dah rasai hikmahnya kini. Tika saya dapat tau saya hamil lagi, saya betul-betul terkejut sebab dengan ujian perkahwinan dan kerjaya saya, saya tak rasa saya bersedia untuk ada anak lagi. Saya berdoa, jika anak ini baik untuk masa depan saya, kekalkan dia dan izinkan dia lahir dan terus hidup untuk saya tetapi jika sebaliknya, ambillah dia tika masih janin atau apa2 jua ketentuan-Nya dan saya redha. Allah takdirkan, tika usia kandungan hampir enam bulan, saya dilanggar oleh sebuah Kenari tika saya dalam perjalanan ke klinik untuk pemeriksaan kandungan buat kali pertama. Macam tak percaya, kemalangan yang menyebabkan lengan saya luka, kaki saya calar dan sepatutnya kandungan saya boleh gugur sebab saya jatuh terhempas (saya menunggang motosikal), tak memberikan apa-apa kesan kepada kandungan saya. Saya yakin, itu petunjuk-Nya, bayi itu baik untuk masa depan saya dan betul, dialah penawar hati saya kini di samping telatah kakak dan abang yang dah pelbagai :)
Hari ini, tika menjejak usia 35 tahun, sekali lagi saya terpaksa memilih. Seperti status saya di Facebook: "Kita tk mgkin dpt selamatkn 2 insan trsyg dlm 1 msa. Tk dpt tdk, kita trpksa pilih. Jln trbaik, selamatkn yg plg hmpir dgn kita. Jika Dia izinkn, tk mustahil kita brpluang utk slmtkn seorg lg yg lbh jauh. Sama jg dgn hidup, kita prlu memilih & prcayalah kpd-Nya, jka yg trpksa kita lpskn adlh jg hak kita, Dia akn tetap brikn hak trsbut kpd kita satu msa nnt...", saya baru saja berikan notis menarik diri drpd menjadi panel slot Famili Bahagia di Awani Pagi yang sebelum ini, disiarkan setiap Jumaat. Sebab? Saya perlu pilih, sebahagian kerjaya atau anak2 sebab saya menghadapi masalah ketiadaan orang yang boleh saya harapkan untuk menjaga anak2 tika saya ke KL setiap ujung minggu. Bukan calang2 sebab anak2 bermalam dengan orang tersebut.
Sebelum ini saya mintak tolong adik tapi adik pun ada tanggungjawab sendiri yang perlu diutamakan. Mak? Saya tak sanggup sebab Mak kurang sihat sekarang ni. Saya pasrah!! Saya dah usaha mencari pembantu tapi Dia tentukan yang lebih baik. Saya yakin, jika masih ada rezeki saya untuk bersama Awani, saya akan dapat lagi nanti. Yang penting sekarang, saya masih mampu bekerja menyara anak-anak, masih mampu berkongsi sedikit ilmu yang ada dengan orang lain dan dalam masa yang sama, masih mampu memberikan perhatian, didikan dan bimbingan yang amat diperlukan oleh anak-anak.
Ini lah hidup. 35 tahun, pelbagai cerita yang insyaAllah mematangkan saya dan pelbagai pengorbanan yang insyaAllah, berbaloi dan diredhai-Nya.
Perkongsian ikhlas daripada saya, bukan untuk menjatuhkan harga diri sendiri tetapi sebagai penyuntik semangat, buat diri sendiri agar terus tabah, juga buat orang lain. Bersyukurlah dengan ujian yang perlu kita hadapi sebab ada orang lain yang lebih teruk ujiannya berbanding yang terpaksa kita tempuhi...
Buat Mak, terima kasih kerana melahirkan saya, memberikan saya didikan dan bimbingan. Buat Bapa, satu-satunya sumber inspirasi saya, tak pernah berikan keputusan walau terhadap apa pun juga ujian yang saya hadapi, sekadar satu kata semangat: Berdoa dan berserah... dan tetap menyokong apa juga keputusan yang saya ambil, terima kasih yang tak terhingga!! Mak dan Bapa, saya mohon doakan yang terbaik untuk saya dan anak-anak...
Buat Syikin dan Zarin, dua sahabat yang betul2 berkongsi, terima kasih yang tak terhingga. Kepada mereka yang pernah berkongsi rahsia hidup dengan saya, jika kebenaran tentang saya ini menghilangkan rasa percaya anda kepada saya, saya takkan marah atau berkecil hati. Saya bersuara hanya untuk berkongsi rasa dan untuk buktikan, kita takkan derita dalam hidup hanya kerana ujian-Nya sebab ujian demi ujian adalah untuk kita lebih bahagia...
Moga baki hayat yang ada (aku masih mendoakan agar aku diberikan peluang untuk terus bernafas Ya Allah), mampu untuk saya penuhi dengan berkongsi sedikit ilmu yang ada, paling penting ya Allah, berikan aku masa, waktu dan ruang untuk membesarkan dan mendidik anak2ku, paling tidak, hingga mereka mampu berdikari... amiinnn amiiinnn amiiinnnn!!!
14 ulasan:
MasyaAllah.. semoga Allah berikan kekuatan untuk akak menjalani semua dugaan ini. Semoga dikurniakan dengan ketenangan dan kedamaian hati sentiasa.. Amin..
Assalamualaikum,
Walaupun saya hanyalah sekadar silent reader, saya merupakan pembaca setia tulisan akak sama ada d blog atau Majalah Mingguan Wanita. Saya tidak menyangka perceraian terjadi pada diri akak... Saya berdoa agar akak sabar dalam menghadapi ujian ini. Akak insan terpilih oleh-Nya. Apa yang diceritakan ini memberi banyak pengajaran kepada saya.. "Tak semestinya Allah akan memberi setiap yg diinginkan oleh kita, tetapi Allah memberi apa yang baik untuk kita mengikut ilmu-Nya. Pasti ada hikmah yang tersirat disebaliknya." Inilah kata2 yang menjadi penawar kepada saya setiap kali mengharapkan sesuatu dari Allah...Akhir kalam, moga akak mendapat kekuatan untuk menjalani segala ujian hidup. Salam ukhuwwah :)
Salam, akak adalah peminat Suzana di Mingguan Wanita sebab akak rasakan cara bertindak dn pemikiran Suzana sama dgn akak, terkejut juga dgn kisah terkini r/tangga suzana, tp akak yakin kalau lah cara kita ada persamaan, insyaAllah Suzana pasti akan dapat mengatasi segala kepayahan dn kekecewaan..mungkin ini yg terbaik utk Suzana, suatu masa nanti tentu Suzana akn bersyukur dgn apa yg dilalui sekarang... ( ceh, mcm nak lawan pakar la pulak.. ;-) )Apa2 pun hepi besday to u.. senyum slalu..
Salam ukhwah,
terima kasih kerna sudi berkongsi cerita...mengakui sesuatu yang benar, biarpun kebenaran itu bukan yang terbaik dimata manusia, namun terbaik yang dipilih oleh Allah buat kita...mengapa perlu malu atau takut akan pendapat makhluk Tuhan...kita perlu sentiasa bersyukur atas segala kurniaanNya kerna biarpun kita rasakan musibah, masa akan membuktikan hikmah di atasnya...andai ada kelapangan, sudilah membaca nukilan saya di BicaraUmmuAiman.blogspot.com
Jazakallah...
Salam puan...
Saya tak terkejut, tapi dapat 'rasa'kan sebab semuanya tercurah daripada tulisan-tulisan puan. Saya sangat-sangat faham apa yang puan alami sebab saya juga sedang berjuang... huk... huk...
Apa-apapun, saya doakan semoga puan terus tabah dan terus menulis di MW kerana tulisan puan banyak memberi dorongan untuk orang senasib mengharungi ujian/dugaan hidup.
Terima kasih atas perkongsian ini.
salam...saya mengikuti tulisan akak...sedikit terkejut mengetahuinya. Namun saya percaya akak telah berusaha dan melakukan yang terbaik dalam mempertahankannya..saya mendoakan akan dan anak-anak dilindungiNya dan dimurahkan rezeki olehNya..kalau akak tidak keberatan, saya ingin bertanya..adakah salah satu puncanya ialah tidak sekufu dari segi ilmu dan cara pemikiran? Saya menilai berdasarkan tulisan akak sblm ini..saya menghadapinya dan merasakan memerlukan nasihat akak...terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan Puan dan anak2..amin..
ilmu yang berkesan adalah pengalaman hidup kita sendiri. kita perlu ambil yang positif dan sebarkan. moga membawa aura positif juga pada yang menerimanya.... insyaAllah, saya sedang menerima aura positif itu dari Su.... moga kita sama2 kuat untuk redho dengan kehendakNYA...
JUNE AMAT YAKIN YANG SU BOLEH PERGI LEBIH JAUH, KADANGKALA SINGLE ITU BANYAK HIKMAH DI SEBALIKNYA, JUNE DAH 5 TAHUN SINGLE, HIKMAHNYA SENTIASA MENCARI PELUANG PEKERJAAN YANG LEBIH BAIK, SEHINGGA AKHIRNYA KINI BERSAMA TM TOURS & TRAVEL, INSYAALLAH AHAD NI 11.APRIL.2010 WALAUPUN BEKERJA TIDAK SAMPAI 2 TAHUN, BOS BAGI KEPERCAYAAN UNTUK MEMBAWA JEMAAH UMRAH, AMIN SUNGGUH BESAR ERTINYA SINGLE ITU
saya juga senasib dengan Puan Su..saya ikuti tulisan Puan Su ni agak lama..masa saya dalam dilema dulu pun saya amik nasihat dari blog ini..dan saya tau ianya payah..tapi Alhamdulillah..walau dugaan datang..saya rasa jalan yang saya ambil betul...kisah - kisah Puan Su hampir sama dengan saya..anak 3 (4,2 dan 1 tahun-sulung lelaki dan 2 perempuan)..suami enggan kerja..semua tanggungjwb dibahu saya seorang..nasib baik ada mak dan ayah yang menyokong...tapi saya bekerja kerajaan itupun baru aje..duit simpanan habis...tengah cari lubang nak tambah pendapatan...nak pergi kelas motivasi tp anak - anak takda yang nak jaga ...mak selalu sakit..tak sampai hati nak tinggal...nak beli apa2 berkira sgt sbb takut tak cukup duit nak beli susu anak...
sekarang dah 9 bulan berpisah( lps pantang anak ketiga)..sedih tp saya tahu saya perlu kuat...
Jadi saya faham sangat - sangat situasi Puan Su..
penat..masalah kewangan...masa kurang..
Assalamualaikum...
Saya berkesempatan bertemu dengan kak suzana semasa menjadi penonton studio rancangan apa kata wanita RTM1 bersiaran december 2009.
saya ingat lagi, topik yang dibicarakan sangat menyentuh hati kerana ahli2 penonton dipenuhi ibu-ibu tunggal dari persatuan ibu tunggal. semasa bersalam dengan akak, saya ada katakan, "saya faham, kerana ibu pun ibu tunggal".
saya beli buku hasil tulisan kak suzana, "buatmu wanita" dan rasanya di dalam buku itu ada diceritakan susah payah memotivasikan diri supaya dapat menghadapi perceraian.
apapun, saya percaya kak suzana mampu membantu ramai wanita di luar sana.pengalaman mematangkan diri, dan kerana pengalaman juga memungkinkan kak suzana berkerjaya sebagai consultant.
saya ucapkan terima kasih dan tahniah kerana berjaya mengharungi pelbagai ujian.Allah akan sentiasa menguji umatnya dan daripada kita mengelak, lebih baik hadapi dengan tenang.ketakutan takkan hilang sekiranya kita sentiasa mengelak.
usui azureus
Assalamualaikum.. puan hanya setahun beza umur dari saya.. saya najat umur 34 tahun.saya ada 2 org anak..pada 1 july 2010 saya di jatuhkan talak satu setelah hampir 4 tahun ditinggalkan suami. Suami saya berbangsa asing,saya berkahwin atas pilihan keluarga dan saya terima dengan sepenuh hati setelah mendapat petunjuk Istikarah..Selama 3 thn setengah saya menetap di Perancis..dalam masa tu saya terpaksa hadapi pelbagai rintangan utk pertahan rumahtangga yg retak..akhirya saya terpaksa mengambil keputusan melarikan diri bersama2 anak sulung setelah suami mengugut ingin membawa anak saya kembali kekampungnya di Morocco.Pada saat tersebut saya hamil sebulan dan dialah kekuatan saya sehingga saya berjaya memijakkan kaki ke Malaysia,itupun dgn bantuan pihak kedutaan malaysia di Geneva...yg amat2 menyedihkan hati anak kedua saya tak pernah kenal siapa bapa dia..setelah hampir 4 tahun menantikan kehadiran suami, saya terpaksa failkan kes saya dimahkamah dan akhirnya saya bercerai dengan talak satu... Alhamdulillah..
Saya mendapat sokongan sepenuhnya dari keluarga..umi dan abah serta adik-beradik..terima kasih buat semua..Hanya Allah saja yg balas budi baik semua org yg membantu dan menyokong saya...
salam long
Masya Allah Long, tak sangka cerita Along ni.tapi kagum tgok along tetap tabah dan kuat.mcm tgok along kt tv, kat tulisan along langsung tak nampakkan kekecewaan.bukan senang nak buat macam nikan.
didoakan along dan anak-anak terus bahagia dan along terus sihat,murah rezeki,bahagia dan berjaya.amin.
syabas puan..semoga allah membantu puan dalam apa jua yang dilalui. Saya sebenar baru mengetahui status puan. lansung tak nampak puan seperti yang puan tulis. masyaallah
Catat Ulasan