08 Januari 2010

Kajian ilmiah berkaitan poligami

Satu kajian ilmiah sedang dilakukan oleh Pensyarah dan pelajar Sarjana di Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkaitan kejayaan poligami khusus kepada fungsi sebuah keluarga, sama ada baik atau sebaliknya.

Kajian ini memerlukan responden di sekitar Lembah Klang, sama ada suami, isteri atau anak-anak yang terlibat di dalam hubungan poligami tersebut. Lebih ramai responden terlibat, maka lebih baik kerana fokus kajian bukan untuk menyokong poligami malah bukan juga untuk memburukkan poligami sebaliknya untuk mengkaji sejauhmana hakikat pologami yang diamalkan kini dan keberkesanan pologami tersebut di dalam hubungan yang ada.

Saya mewakili pihak yang terlibat, memohon kerjasama individu yang terlibat di dalam perkahwinan poligami, sama ada telah disahkan dan didaftarkan atau pun belum, asalkan anda adalah individu yang terlibat dalam hubungan poligami tersebut, memberikan kerjasama kepada kajian yang akan dilakukan ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi responden (jangan bimbang, maklumat diri anda dirahsiakan!!), boleh emelkan nama penuh dan nombor untuk dihubungi ke suzanaghazali@yahoo.com.

Kerjasama anda amat dialu-alukan bagi menjayakan kajian ilmiah ini. Terima kasih di atas segala kerjasama!!!

1 ulasan:

ok berkata...

Assalammualaikum Puan,

Bagus kajian ini. Cuma perlu berhati-hati ketika memberikan result kerana bimbang apabila peratus baiknya poligami itu rendah, lalu mengatakan bahawa hukum Allah SWT itu tidak baik. Sedangkan ia berpunca daripada mereka yang menjalankan poligami tersebut.

Maka keputusan ini seharusnya ada sebab mengapa peratusnya rendah.

Hukum Allah SWT tetap terbaik.

Jiwa Positif Hidup BerTuhan
http://www.fuadlatip.com