06 Jun 2010

Tanda lelaki tak mahu komitmen

Komitmen merupakan satu perkara penting dalam hubungan; sama ada sebelum perkahwinan apatah lagi semasa dalam tempoh perkahwinan. Malah, ada tikanya komitmen masih perlu selepas berlakunya pembubaran perkahwinan terutamanya bagi perkara yang berkaitan dengan kemaslahatan dan kebajikan anak-anak. Masalah yang berlaku ialah sukarnya bagi seorang gadis (bagi yang belum berkahwin) atau isteri juga bekas isteri menentukan sama ada pasangannya atau bekas pasangannya itu memberikan komitmen yang sewajarnya atau sebaliknya.

Terdapat enam tanda utama seseorang itu enggan memberikan komitmen iaitu:
1. Suka mengelak
2. Memberi alasan
3. Mencari salah pasangan
4. Tidak berikan kerjasama
5. Sukar dihubungi
6. Tiada komunikasi

Suka mengelak
Jika pasangan anda suka mengelak; sama ada daripada memperkatakan tentang hubungan anda atau tentang halatuju perkahwinan anda atau tentang apa jua perkara yang berkaitan dengan hubungan kalian, itu tandanya dia tidak berminat lagi untuk meneruskan komitmen terhadap hubungan anda berdua.

Mengelak boleh berlaku dalam banyak keadaan; dia boleh tidak berterus terang; juga mencari jalan agar membincangkan perkara lain yang tidak berkaitan dengan hubungan anda atau menukar tajuk perbincangan tentang hubungan anda yang telah anda mulakan malah dia juga boleh mendiamkan diri.

Memberi alasan
Individu yang tidak mahu berikan komitmen juga akan mudah memberi alasan bila diajukan persoalan atau perbincangan mengenai hubungan anda bersamanya. Sebagai contoh; jika anda merancang untuk berkahwin; si dia akan memberi alasan demi alasan untuk tidak mengusahakan rancangan perkahwinan anda itu. Sekiranya anda telah berkahwin pula dan si dia berusaha memberikan pelbagai alasan untuk tidak meluangkan masa bersama anda.

Mencari salah pasangan
Ada tikanya pula; individu yang enggan berikan komitmen akan sengaja mencari malah mereka-reka salah pasangan. Mereka akan bersikap agresif; menyalahkan pasangan walau hanya atas alasan yang remeh dan dalam sesetengah keadaan akan memanipulasi keadaan persekitaran hingga mewujudkan rasa bersalah yang tinggi kepada pasangan dan pengakuan bersalah pasangan menjadi batu loncatan buat mereka bagi menamatkan perhubungan.

Tidak berikan kerjasama
Individu yang tidak mahukan komitmen juga akan bersikap tidak bekerjasama. Mereka mungkin mengaku akan lakukan sesuatu yang dihajati oleh pasangan tetapi akhirnya pengakuan hanya tinggal pengakuan dan hajat pasangan akan dibiarkan tanpa sebarang pelaksanaan. Individu ini juga akan bersikap tidak peduli dengan kehendak pasangan; biar dipujuk atau dirayu; mereka akan membatukan diri, bersikap selamba malah bersikap memekakkan telinga.

Sukar dihubungi
Individu yang tidak mahukan komitmen juga sukar untuk dihubungi. Malah selalunya mereka akan bersikap mendiamkan diri, tidak akan menghubungi anda kecuali dihubungi dan ada tikanya tidak melayani panggilan anda. Dalam perkahwinan pula, mereka akan bersikap menyendiri dan membiarkan pasangan bercakap sendiri.

Tiada komunikasi
Mereka yang tidak mahukan komitmen juga bersikap menafikan sebarang bentuk komunikasi dengan anda. Komunikasi bukan saja wujud dalam perbualan sebaliknya juga melalui bahasa tubuh iaitu sikap, perlakuan malah memek muka. Penampilan wajah yang tidak ceria atau masam tika bersama pasangan, tanpa apa-apa penjelasan atau alasan yang wajar; menjadi tanda dia tidak mahukan komitmen bersama anda.

****Perbincangan saya di dalam akhbar Kosmo! bertarikh 21hb Mei 2010

3 ulasan:

sepitbiru berkata...

salam puan..tertarik sungguh sy bila mbaca blog puan..disini sy hanya ingn kongsikn penglmn sy..nama sy razali bin sahil..umur 32thn,,,,
sy telah brmhtangga selama 13thn, punya 3 org ank..dan sy baru 2 mggu brstatus duda..krn blog puan adlh byk mmbincgkn mslh wanita dn ini mndorong sy utk brkongsi pengalamn disini...
sy merasa sunggh x adil bila byk org meletakn lelaki sbg punca pnceraian..adapn dlm kes sy, bila bekas isteri sy brchatg,sms dn mms dgn lelaki lain tidak prlukh sy sbg suami merasa cemburu..dan nyata skali wanita(x wife) x sesekali mengaku tanpa bukti..namun segalanya terbongkr bila sy mula menyelidik setiap sms serta email2nya..dn alagkah terkejut bila setiap email dan sms bercerita tentang kasih syg rindu peluk cium dn mcm2 lg..bila ditanya, dia hanya mnjwb, dia perlukn org syg kt dia,,habis sy ni siapa..?
dan adkh bila terjadinya keganasan rmhtangga, org hanya akn menuding jari pd lelaki?
sy adlh org yg teraniaya...sy tetap x redho dgn ape yg dia lakukan...namun ini bknlh kali per1, seingt sy ini adlh kali ke4 atau ke5..bodohkah sy sbg lelaki? amt berat mulut sy utk melafazkn perpisahn, sy syg ank2..sy x snggup ank2 kehilangn kasih syg seorg ibu..namun sy teramt kecewa dn dgn berat hati, wlaupn cinta,kasih, syg sy amat2 menebal..dia terpaksa sy lepaskn..namun tiada setitik airmatapn jatuh dr matanya.. dia hanya tau menyalhkn sy, tidak mberikn kasih syg padanya.. 13 thn kami bersama dr sush hgga skrg, dia x prnh hilang dr ingatn..sy mncari rezeki utk keluarga dn sy hanya mgharapkn kesetian dan ketaatnnya pd sy, tp inikh balasn yg sy terima hanya krn cinta dn syg kpd org yg bergelar isteri.?sy x tau adkh sy ini lelaki sejati krn sy terlalu sedih dn mcm org bodoh dn dibodohkn..hgga kehari ini sy masih mmpersoalkn adkh wanita ingnkn dibelai seharian? maaflh sy cb meluahkn rasa dihati..tp cukplh..sekadr renuangn puan..

lee

Bawang Goreng berkata...

Kesian en SepitBiru...

Cuba muhasabah diri sendiri. Ada kurang beri nafkah zahir dan batin tak? Nafkah batin tidak bermakna beri 'tut' sahaja. Memenuhi keperluan emosi juga termasuk dalam nafkah batin.

Sebelum isteri en SepitBiru sibuk-sibuk main SMS, MMS, fesbuk dengan 'bopren', agak-agak ada tak en SepitBiru berakhlak selayaknya dalam melayan isteri sebagai suami, kekasih, ayah, abang, adik dan bopren isteri encik?

Masalah orang kita (Melayu), bila sudah akad-nikah, mereka 'berhenti' bercintan-cintun. Syaitanpun mula cucuk daunlah...

Orang perempuan ini senang emosinya di'tawan' jika pandai psiko. Banyakkanlah membaca buku2 psikologi perkahwinan untuk memantapkan skil sebagai seorang suami, kekasih, ayah, abang, adik dan bopren kepada isteri en SepitBiru.

Semoga berjaya!

sepitbiru berkata...

terima kasih buat bawang goreng...
beginilah, sy bekerja 5 hari seminggu..dr jam 8am-5pm..kuar dr rmh jam 7am, blik smpai rmh kul 6pm..smpai drmh sy siapkn keprluan ank,mkn mlm dan bersembg dgn bekas isteri..maghrib kami berjemaah, beri kuliah pendek utk ank2 dn bekas isteri..selalunya topik mengenai akhlak,jujur dlm hidup dn sabar..hgga masuk waktu isya'..melihat ank2 buat keja skolah..jam 10pm, tidur..terus berbual brsama x-wife smbil bercerita dn berbincg keperluan masing2 hgga tidur..
setiap sabtu dan ahad, kami keluar utk bersiar2 atau pergi mana2 yg kami rasa perlu..dan selalunya x-wife yg tentukn..dr segi zahirnya, ape saja keperluannya, insyaAllah, tertunai...dr segi batin pula, bkn semata2 'tut' saja malah sy selalu sms x-wife bertanya kabar dn mengingatkn akan tggjwbnya dirmh..
jd, sy jd pening sndiri bila memikirkn tentg kelemahan diri..sy juga kena terima yg setiap org tidak sempurna..
namun bila kes x-wife sy terbongkr, dia mengaku bahawa dia berbuat begni dr usia perkahwinan 1 hari..dn dia jg ada bertemu lelaki pd perkhwinan kamiberusia 3 thn..hanya selps 13 thn br sy mengetahui..dn sbnrnyapd thn lps kes kami telah pn sy bwk ke pej agama, dan x-wifetelah berjanji tidak akn mengulanginya didepan seorg ustazah dn berjanji dgn nama Allah..jd sy maafkn..tetapi blum pun prkr itu mncecah 1 thn, dia dh ada hubungan dgn 2 org lelaki...dan kedua2nya suami org, yg berumur diantara 38 - 55 thn...didalam sms serta email2nya, x-wife sy berkata dia sanggup utk bersama dgn lelaki yg berumur 55thn tu dan sanggup utk meninggalkn sy...dn hebatnya lelaki itu, mggunakan hadis2 serta ayat Al-Quran utk menggoda x wife sy..terlupakh x-wife sy, dimana dia sepatutnya? adakh manusia yg menggunakan jln agama, nasihat2 serta hadis2 diselangi dgn kata2 penuh ghairah?
pada lelaki itu, terlupakah dia akan satu hadis ini..
'akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yg terdiri dr org2 muda yg masih mentah fikirannya(cetek fahan agamanya). Mrk byk mengucapkn prkataan Khairil Bariyah(firman Allah Dn hadis Rasul), tetapi iman mrk masih lemah. Pada hakikatnya mrk telah keluar dr agama sprt ank panah yg lepas dr busurnya. Dimana saja kamu dpt menemuinya, maka hapuskanlh mrk itu, siapa yg dpt mghapus mrk, kelak akn mendpt pahala di hari kiamat'(riwayat Bukhari dan Muslim)
jadi sy rasa keputusn yg sy ambil amatlah tepat..cuma skrg yg mbuat sy lebih pening adlh, ank2...mrk dlm jagaan sy dn slps pengakuan isteri, sy bertanya2 adakh sy perlu mbuat ujian DNA terhadp ank2 sy..tp sy takut jk ujian DNA tidk menyebelahi sy sbb sy sygkn mrk..dn jk sy tahu akan kebenarannya, adkh sy masih boleh menyayangi mrk...

lee