10 Disember 2010

Sebelum dan selepas kahwin pd 18 Disember

Syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya, saya diberi peluang untuk berkongsi sedikit ilmu yang ada bersama orang ramai menerusi program Ceramah Kekeluargaan Islam dengan tema SEBELUM DAN SELEPAS KAHWIN anjuran Badan Amal Kami Prihatin (BAKP) dengan kerjasama Yayasan Titiwangsa.

Program bakal diadakan pada 18hb Disember, bertempat di Dewan Masjid al-Akram, Dato' Keramat, Kuala Lumpur; mulai jam 9am-1pm.

InsyaAllah; ada dua modul yang akan dibentangkan dalam siri ceramah tersebut iaitu modul berkaitan perundangan dan satu lagi berkaitan motivasi perkahwinan; dalam masa 4 jam. Modul pertama bertajuk Hak Suami Isteri Dalam Undang-undang Keluarga Islam akan disampaikan oleh Puan Marlina Amir Hamzah dan saya akan sampaikan modul kedua bertajuk Cinta Sebelum dan Selepas Kahwin.

Menariknya; pihak penganjur hanya kenakan yuran RM15 sahaja, itupun sebagai mengisi tabung bantuan projek Kembali Ke Sekolah anjuran BAKP dan Yayasan Titiwangsa. Penganjur mengalu-alukan kehadiran mereka yang cintakan ilmu dan sentiasa ingin perbaiki diri demi kerukunan dan kebahagiaan hidup berkeluarga.

Bagi mereka yang berminat, sila hubungi Pn Shamila 019-2698829 atau emel kepada hubungi.kamiprihatin@gmail.com.

JOM BERSAMA SAYA!!! :)

1 ulasan:

nuargto berkata...

Tajuk ceramah tersebut memang menarik.. Cinta Sebelum Dan Selepas Kahwin..

Tapi nak join jauh sangat dari tempat tinggal saya sekarang ni..

Di harap ramai orang berminat untuk mengikuti ceramah ini. Maklumlah zaman sekarang ni kadar penceraian semakin menjadi-jadi..

Kebanyakan pasangan pada hari ni:

Masa bercinta dulu bukan main.. I Love U, U Love Me.. Tapi bila dah kahwin peratus cinta semakin menurun.

Jadi diharap dengan menghadiri ceramah ini akan memberi semangat baru buat suami isteri supaya dapat membangkitkan kembali bibit-bibit cinta seperti masa muda-muda dulu..