Bila
sebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidil Adha, ramai yang terbayangkan
kumpulan jemaah yang sedang menunaikan ibadah rukun Islam kelima di Bandar
mulia Makkah al-Mukarramah. Tak kurang juga yang membayangkan lembu dan kambing
yang disembelih untuk korban, hampir tiap-tiap hari menikmati hidangan daging
hingga badan pun jadi demam. Hakikatnya, Aidil Adha adalah lebih daripada
sekadar kerja haji atau korban. Aidil Adha adalah sejarah besar mengenai bukti
cinta suci dan pengorbanan. Cinta suci dan pengorbanan suami isteri malah cinta
suci dan pengorbanan dalam hubungan ibu bapa dan anak.
Cinta dan Pengorbanan Suami
Isteri
Menurut
sejarah, Nabi Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak
dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin
seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya. Pada mulanya Nabi Ibrahim
keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur. Namun, Siti Sarah
berkeras dan akhirnya Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar.
Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah
turut berasa gembira. Namun, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya
cemburu. Kian hari, rasa cemburunya kian menebal, terutama selepas kelahiran
Ismail hingga Siti Sarah mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh
dari tempat itu. Nabi Ibrahim dan Siti Hajar serta anak mereka lantas menuju ke
Baitul Haram.
Siti
Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah.
Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anak
kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir
kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada perintah
suaminya. Kisah ketabahan Siti Hajar diaplikasikan ketika umat Islam menunaikan
ibadat haji malah umrah. Para jemaah difardukan untuk menunaikan sai iaitu
berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati
kembali falsafah pengorbanan Siti Hajar tika itu.
Inilah
iktibar kisah daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang
menjadi lambang kewanitaan sejati. Kalau wanita Islam hari ini bersemangat
kental seperti Siti Hajar, pastilah hanya bahagia yang akan dikecapi. Contoh
yang ditunjukkan oleh Siti Hajar, yang sanggup menempuh pelbagai kesusahan
hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, tidak syak lagi
suatu contoh cukup baik untuk diteladani. Siti Hajar tidak mempertikaikan
haknya sebagai isteri tetapi lebih kepada berusaha melaksanakan
tanggungjawabnya. Nabi Ibrahim juga mengorbankan perasaannya semata-mata akur
kepada perintah Ilahi. Lantaran, buat para suami dan isteri; lengkapkanlah diri
anda untuk menjadi hamba-Nya yang soleh dan solehah, insyaAllah anda akan mampu
menjadi suami dan isteri yang bertanggungjawab dan membahagiakan pasangan anda.
Cinta dan Pengorbanan Seorang
Anak
Pengorbanan
ibu bapa untuk anak-anak adalah perkara biasa. Seperti pepatah kata; kasih ibu
membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia. Namun, Aidil Adha mengajar kita
mengenai besarnya cinta dan pengorbanan seorang anak kepada bapanya. Nabi
Ismail a.s berlapang dada menerima hajat ayahanda baginda yang diperintahkan
oleh Allah agar menjadikan anakanda kesayangan sebagai korban. Tiada bantahan,
tiada larangan, tiada pujukan sebaliknya hanya sokongan. Nabi Ismail berpesan
kepada ayahandanya agar dirinya diikat kemas supaya dirinya gagal untuk meronta
tika kesakitan hingga memungkinkan ayahandanya mengengkari perintah Allah. Betapa
cintanya si anak kepada bapanya; hanya inginkan agar bapanya sentiasa berada
dalam redha Allah SWT.
Semangat
pengorbanan ini yang sepatutnya diwarisi oleh anak-anak hari ini. Saya akui;
hari demi hari, banyak kes kegagalan si ayah dalam melaksanakan tanggungjawab
yang patut dan wajar kepada anak-anak. Ramai ayah yang tidak menunaikan
tanggungjawab nafkah yang sepatutnya terutama apabila berlakunya perceraian dan
si anak diletakkan di bawan jagaan si ibu maka si ayah dengan senang hati,
sengaja lupa dirinya pernah dan masih punyai anak. Ramai juga yang tidak ambil
tahu, tidak peduli mengenai anaknya.
Kesan
tidak ambil kisah dan tidak ambil tau menyebabkan anak-anak gagal untuk
sayangkan si ayah malah tak mampu untuk hormatkan si ayah. Satu kes saya baru
ni; seorang lelaki bertanya: "Apa hukumnya seorang anak tidak mendoakan
ayahnya?" Jawapan saya: Antara amalan untnk murah rezeki ialah mendoakan
kedua ibu bapa.
"Masalahnya puan, ayah ni tak ambil tau langsung pasal anak, tak pernah sayang anak, tak kisah langsung tentang hidup anak. Kawin sampai 4 tapi tak ambil tau langsung kebajikan anak-anak."
"Tanggungjawab seorang anak ialah untuk kekal hormatkan ayahnya tak kira siapa pun si ayah, walau si ayah gagal laksana tanggungjwabnya. Ayah yang gagal, itu antara dia dengan Allah, ayah dah derhaka amanah dia dengan Allah. Sebagai anak, jangan pula jadi anak derhaka. Mungkin doa anak tu mampu ubah sikap ayah."
"Ayah dah mati dah puan." "Tak pe lah dah meninggal pun, boleh bantu dia kat 'sana'. Maafkan lah dia, biar dia aman kat sana."
"Tapi kan ke ayah jadi punca anak jadi derhaka sebab ayah tu tak didik anak dengan baik?" "Memang tanggungjawab ibu bapa utk didik anak-anak tapi bila anak dah mukallaf bermaksud layak terima tanngungjawab, si anak bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri juga, untuk buat yg baik dan tinggalkan yang buruk. Tak boleh salahkan ayah semata-mata."
"Masalahnya puan, ayah ni tak ambil tau langsung pasal anak, tak pernah sayang anak, tak kisah langsung tentang hidup anak. Kawin sampai 4 tapi tak ambil tau langsung kebajikan anak-anak."
"Tanggungjawab seorang anak ialah untuk kekal hormatkan ayahnya tak kira siapa pun si ayah, walau si ayah gagal laksana tanggungjwabnya. Ayah yang gagal, itu antara dia dengan Allah, ayah dah derhaka amanah dia dengan Allah. Sebagai anak, jangan pula jadi anak derhaka. Mungkin doa anak tu mampu ubah sikap ayah."
"Ayah dah mati dah puan." "Tak pe lah dah meninggal pun, boleh bantu dia kat 'sana'. Maafkan lah dia, biar dia aman kat sana."
"Tapi kan ke ayah jadi punca anak jadi derhaka sebab ayah tu tak didik anak dengan baik?" "Memang tanggungjawab ibu bapa utk didik anak-anak tapi bila anak dah mukallaf bermaksud layak terima tanngungjawab, si anak bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri juga, untuk buat yg baik dan tinggalkan yang buruk. Tak boleh salahkan ayah semata-mata."
Saya
akui, rasa sakit bila tak dipeduli tetapi ingatlah, pengorbanan Nabi Ismail
amat besar dan takkan pernah ada anak lain dalam dunia hari ini yang sanggup
melaksanakannya. Jika pengorbanan yang perlu seorang anak lakukan belum
mencapai besarnya pengorbanan yang dibuat oleh Nabi Ismail, bukankah selayaknya
kita berusaha untuk mencintai ibu dan bapa kita sebagaimana cintanya Nabi
Ismail kepada Nabi Ibrahim? Buktikanlah cinta kepada kepada ibu bapa dengan
memaafkan kesilapan mereka dan tetap kekal mendoakan kesejahteraan mereka,
bukan hanya di dunia tetapi kehidupan di ‘sana’. Hidup kita sementara! Kalau
tak mampu nak bantu ibu bapa berada dalam redha Ilahi, cukuplah sekadar kita
dapat mengelakkan diri daripada terus menyusahkan mereka. Ingatlah! Doa anak
yang soleh antara tiga perkara dibawa bersama tika maut menjemput kita... Salam Eidul Adha buat semua...
****Siaran Cermin Diri, Kosmo! tika Aidil Adha 1432 yg lalu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan