APA KATA WANITA BERSAMA ZAMZARINA
TARIKH : 26hb JULAI 2009
SEGMEN : ALAHAI KHATIJAH
EPISOD 30 (KEMELUT SUAMI-ISTERI SATU PEJABAT)
Susah juga ya,..kalau suami-isteri bekerja di bawah satu pejabat. Macam di tempat Khaty kerja ni. Si isteri di bahagian akaun manakala si suami bahagian pemasaran. Kedua-duanya kawan baik Khaty. Masalahnya, si isteri cemburu buta, kerjanya asyik memantau pergerakan si suami. Sampaikan kadang-kala naik lemas dibuatnya. Maklumlah sebagai pegawai pemasaran, memang dah lumrah bertemu janji dengan pelanggan. Baik di pejabat mahupun di luar. Dek kerana cemburu buta si isteri, maka pasangan ini asyik bertengkar di pejabat. Kalau dah bertikam lidah tu, sampai kawan-kawan sekeliling pun mereka tak peduli. Haii…Khaty pulak yang malu.
Sebagai kawan, Khaty cuba juga jadi orang tengah. Bagi nasihat. Sepatutnya suami-isteri walaupun bekerja satu pejabat, mestilah bersikap profesional. Jangan campur-adukkan masalah peribadi dengan tugas di pejabat. Nasihat Khaty kepada mereka,..kalau terus bertegang lidah macam ni, lebih baik salah seorang ambil jalan berhenti dan cari kerja di tempat lain. Ye..lah,..sebelum kedua-duanya diberhentikan kerana prestasi kerja merosot.
Pada mulanya kedua-dua setuju dengan saranan Khaty. Lega hati Kahty. Lepas ini tentu tiada lagi konflik suami-isteri dalam pejabat. Tapi…., esoknya mereka berkonflik lagi. Kali ini bukan sebab isteri cemburu. Khabarnya masing-masing bergaduh tak mahu letak jawatan! Aduhhh…pening!!
-----------------------------------------
Apa jawapannya? Bersama saya Ahad ini jam 10.05am di TV1.
1 ulasan:
salam lagi..
tengok topik ni dalam apa kata wanita di rtm1..puan sebagai panelnya..ehehe
susah juga rasanya klu sepejabat, kena betul2 kuat dr segi emosi..
Catat Ulasan