Saya mohon berbanyak-banyak maaf sebab tak dapat nak balas emel-emel anda. Jika anda nak saya selesaikan masalah anda dengan perkongsian melalui Resipi Hidup atau blog ini, saya boleh lakukan. Namun, jika mengharapkan saya membalasnya menerusi emel juga, saya betul-betul minta maaf!!
Bukan kerana tiada bayaran tetapi saya betul-betul tidak dapat luangkan masa. Ada beberapa pembaca yang depositkan bayaran untuk saya balas emel namun saya minta PA saya tetapkan temujanji. Sungguh, bukan kerana bayaran tetapi saya tidak berupaya. Jadual kerja saya terhad sebab masa saya perlu diluangkan juga untuk keluarga, untuk anak-anak tersayang. Saya juga perlukan masa untuk bersantai. Gila kerja pun boleh jadi gila juga kalau tak diuruskan sebaiknya..
Jika persoalan terlalu mudah, contoh beberapa emel yang sempat saya balas... jatuhkah talak kalau suami sebut keluar dari rumah dsb... saya akan cuba balas dgn jwpn yg juga agak ringkas, asalkan menepati kehendak persoalan.
Kalau persoalan yg panjang, saya mintak maaf, memang tak sempat... MAAF!!! MAAF!! MAAF!! Jalan terbaik... hubungi PA saya untuk temujanji.... kalau tak dapat bersemuka dgn saya, anda juga boleh bertemujanji dgn saya melalui panggilan telefon. Maklumat lanjut, tanya PA saya, terima kasih!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan