Alhamdulillah, saya dapat kembali berkongsi cerita dengan anda semua. Banyak yang saya nak ceritakan namun tidak kesampaian disebabkan rutin kerja yang semakin memenatkan minda saya. Kalau penat fizikal ni, boleh bertahan lagi. Tu yang duk 'sihat dan montel' ja tu... ooppsss... saja nak kongsi berita gembira... berat saya menyusut bbrp kg tanpa saya jalani apa-apa diet. Haaa... tu bukti betapa penatnya saya kebelakangan ini. Alhamdulillah, sejak dikenalkan dengan siri sarapan sihat oleh seorang rakan, saya bertambah kuat dan cergas.
Cuma, sejak awal Julai ari tu, saya diuji dengan beberapa masalah. Ya lah... hidup ni memang satu ujian kan. Masalah ujian, sedih ujian, susah pun ujian. Malah, setiap kejayaan, keseronokan, kegembiraan dan kebahagiaan yang kita alami juga adalah satu ujian. Sebab?? Ujian itu adalah tanda kasih Dia kepada kita. Dia nak tengok, sejauhmana kita ingati Dia setelah diberikan segala ujian tersebut.
Saya bukan tak pernah diuji. Seperti perbincangan saya di dalam Resipi Hidup bertajuk Ujian dan dugaan asam garam kehidupan , saya juga tak terlepas dari diuji. Jika anda pernah bertemujanji dengan saya, banyak juga kisah hidup saya yang saya kongsi dengan klien-klien saya ini. Saya tak malu berkongsi sebab saya yakin, setiap ujian tersebut ada hikmah di sebaliknya dan Allah berikan saya ujian-ujian tersebut untuk saya lebih merasai keperitan orang lain dan untuk saya kongsi semangat saya dengan anda semua.
Ujian bulan Julai ini memang merunsingkan. Seperti luahan saya di Facebook (cari Suzana Ghazali - baru ja mula hehehe...) saya diuji tentang beberapa perkara serentak: isu pejabat, isu rumah, isu pengasuh anak malah ada ujian yg berkait dgn majikan lama yg betul-betul menguji kesabaran saya. Memang cukup menyesakkan kepala tapi alhamdulillah, Allah berikan saya satu keistimewaan, saya boleh pisahkan segala masalah saya jika saya melakukan sesuatu kerja. Antara sejarah hidup saya juga, saya putus tunang dalam tempoh tak sampai seminggu sebelum peperiksaan akhir masa tahun ketiga di UM. Mak Bapa saya memang dah gelisah tapi alhamdulillah, kes putus tunang tersebut tidak mengganggu emosi dan fikiran saya langsung bila saya buka buku dgn hajat dan niat utk belajar. Mgkin sebab tu saya sentiasa ceria... hehehe.
Ya... kita memang perlu ceria. Ya lah!! Kalau sedih atau susah hati, asyik murung atau menangis ja, apakah masalah akan selesai? Kalau kita biarkan emosi dan fikiran kita berkecamuk, bagaimana kita nak cari jalan penyelesaian? Masalah takkan selesai dgn menangis. Masalah juga takkan selesai dgn mengurung diri, bersedih apatah lagi mengamuk atau marah-marah. Masalah perlu diselesaikan, bukan melarikan diri darinya.
Memang tak senang nak selesaikan masalah. Tapi, walau sebesar mana pun masalah anda atau ujian yang perlu anda tempuhi itu, pasti ada jalan penyelesaiannya. Yang penting, berusaha untuk keluar dari masalah tersebut. Dalam masa yang sama, berdoa mohon petunjuk dan mintak yang terbaik daripada-Nya. Alaahhh... nak makan pun susah. Nasi dah ada depan mata, kalau tak nak cuci tangan atau ambil sudu, kemudian suapkan nasi ke mulut, kemudian kunyah dan telan... haaaaa, barulah boleh makan. Itu nak masukkan, kalau nak 'buang' pun bukannya senang. Perut sakit, dah bergegas cari tandas, dah tu perlu kerutkan muka berusaha nak keluarkan... haaaa, tak senang jugak kan.
Moralnya, apa juga ujian yang Dia berikan, ada hikmah dan rahsia yg tersembunyi di sebalik semua itu. Ujian dari-Nya, kita perlu redha. Ya!! Redha bukan bererti terus menerus bersabaaaarrrr ja. Bak kata Wak dalam cerita Antara Dua Darjat... Minah ketuk kepala Wak, Wak syaberr...
Bukan macam tu. Bukan juga bererti saya tak benarkan anda bersabar tapi perlu diingat, sabar pun ada tahap dan batasnya. Sebab tu, jika anda mendengar luahan hati seseorang yg menceritakan masalah atau penderitaan yang dihadapinya, jangan suruh dia bersabar ja. Dia memang dah sabar lama tapi dia luahkan kepada anda sebab dah tak mampu bersabar. Boleh suruh dia sabar tapi perlu diingat, beri juga nasihat lain yg berguna atau paling tidak pun, suruh dia jumpa saya :)
Bergurau ya tapi serius pun ada. Seperti selalu saya tegaskan, jangan lari dari masalah atau jangan pendam dan simpan seorang diri, boleh menambah masalah di belakang hari. Paling penting juga, perlu tanam dalam fikiran, bukan hanya anda yg diuji tapi semua org ada ujian yg tersendiri malah ada org lain yg ujiannya lebih teruk drp ujian yg perlu kita tempuhi. Perlu diingat juga, Allah uji sebab Dia tau kita mampu hadapi dan Dia mahu kita berusaha mencari jalan keluar tanpa melupakan Dia.
Hari ini, alhamdulillah, saya bersyukur sangat, segala masalah yg menyesakkan fikiran saya bermula awal Julai baru ni, dah pun ada jalan penyelesaiannya. Alhamdulillah... syukur kepada-Nya.
Saya nak kongsi petua dgn anda semua, cara saya berserah mencari petunjuk-Nya serta cara saya mencari kekuatan dalam menghadapi setiap ujian mendatang. Saya amalkan membaca surah al-Rahman selepas Maghrib, kalau tak sempat juga, almaklum dah kalut dgn anak2, saya akan baca sebelum tidur, sambil tidurkan anak2. Amalkan juga membaca Doa al-Mathurat, himpunan doa-doa amalan org soleh terdahulu, byk himpunan doa yg boleh diamalkan utk kehidupan seharian. Baca maknanya malah boleh baca terjemahan doa agar kita lebih faham dan lebih 'feel' dgn apa yg kita mohon drp-Nya.
Allah dah janji, mintaklah dan Dia akan beri... lantas, berserah dan mohonlah kepada-Nya agar diberikan petunjuk bg keluar dari ujian yg dihadapi dan Dia akan tolong sebab ujian itu ialah tanda kasih sayang-Nya kepada kita....
3 ulasan:
salam..
nukilan yang menarik dan memotivasikan..
terima kasih.
salam..
pun ada pengalaman tu tp alhamdulillah tidak lah sampai memudaratkan diri..think +ve..
salam ramadhan... terima kasih kerna sudi kongsi ngan kami di luar, sesngguhnya kita memang tak terlepas dari masalah tanda allah meyayangi diri kita..apa pun kita kena balik kepadaNya Yang Maha Esa.
Catat Ulasan