30 September 2009

Penjelasan lanjut dari topik Isteri Bertakliq

Daripada satu emel yang dikirimkan kepada saya:

"Assalamulaikum w.b.r. Puan,

Saya telah membaca artikel bertajuk di atas, dan alhamdulillah faham dengan penjelasan yang diberi.

Sebagai seorang isteri yang menghadapi masalah yang lebih kurang serupa seperti yang dihadapi oleh wanita di dalam artikel tersebut, saya juga pernah bertaklik dengan perjanjian yang hampir sama dengan wanita itu. Suami juga bersetuju dengan mengatakan "saya setuju". Dan alhamdulillah, suami masih mengotakan janjinya dan tiada sebarang bukti yang dia masih curang atau melanggar perjanjian.

Yang menjadi persoalannya sekarang, selepas kejadian lafaz taklik tersebut, suami memberi saya satu artikel kemusykilan dari keratan akhbar mengenai lafaz taklik. Di dalam artikel itu, ustazah yang memberi penjelasan mengenai lafaz taklik seperti berikut:-

Taklik cerai selain yang termaktub dalam surat nikah mestilah syarat diketahui suami dan isteri serta didaftarkan dengan saksi kepada pendaftar perkahwinan. Hairan juga bagaimana isteri boleh mengingati taklik yang pihak suami sendiri meraguinya atau melupainya kerana taklik adalah syarat dipersetujui kedua-dua pihak.Taklik selain yang standard ditulis mestilah dibuat secara bertulis barulah sah. Jika mahkamah sudah mensabitkan cerai talak satu jatuh, maka jatuhlah talak berkenaan. Dalam waktu edah, jika berlaku persetubuhan, maka dikira rujuk tuan dan isteri. Jadi sekarang ini tuan masih ada dua kali cerai bersama isteri. Jagalah hubungan ini dengan baik semoga tidak lagi berlaku cerai.

Dari penjelasan di atas, saya ingin bertanya, perlukah taklik yang saya ucapkan itu dibuat bertulis dan didftarkan kepada pendaftar perkahwinan seperti disebut. Jika berlaku perlanggaran adakah sah lafaz tersebut walaupun ia tidak dibuat secara bertulis?

Andai kata suami melanggar perjanjian tanpa pengetahuan isteri (contoh: masih berhubung dengan wanita lain yang tidak dibenarkan isteri tanpa pengetahuan isteri) dan suami masih bersama isteri seperti tiada apa berlaku yang membawa kepada hubungan suami isteri, bagaimana hukumnya. Boleh ke Puan memberi penjelasan mengenai persetubuhan dalam waktu edah yang dikira rujuk itu?

Mohon jasa baik Puan untuk memberi penjelasan persoalan di atas. Terima kasih banyak-banyak."


---------------------------------------------------------------------------

Saya tak pasti Ustazah mana yang memberikan jawapan seperti tertera. Sepengetahuan saya, dengan sedikit ilmu yang ada, takliq dikira sah dan sabit apabila diucapkan oleh suami walaupun tika lafaz dibuat, isteri tidak mendengarnya. Sebagai contoh, seorang suami lafazkan di kedai kopi di depan kawan-kawannya: "Kalau isteri aku balik kampung, jatuh talak satu." Apabila lafaz tersebut diucapkan dan walau tanpa pengetahuan tentang lafaz takliq tersebut, apabila si isteri balik ke kampung maka takliq diucap tadi dikira telah berlaku dan talak satu telah jatuh.

Takliq tidak perlukan persetujuan isteri sebaliknya jika takliq dilafaz oleh isteri, lafaz tersebut perlukan persetujuan atau pengakuan suami, barulah menjadi takliq yang sah dan boleh disabitkan. Sebagai contoh: isteri melarang suami keluar lewat malam dan menyebut: "Kalau Abang keluar lewat malam lagi, jatuh talak satu kat saya", lafaz tersebut kemudiannya disambut oleh suami, memadai dengan sebutan: ok la.. ye la.. atau haa... malah jika suami mendiamkan diri juga, boleh dikira sebagai tanda setuju dengan lafaz takliq yang disebut oleh si isteri tadi. Apabila syarat lafaz takliq tadi dilanggar, maka takliq dikira sabit dan talak satu jatuh terhadap isteri tadi.

Perkara paling penting, LAFAZ TAKLIQ TAK DISYARATKAN PERLU DITULIS ATAU DITAIP ATAU DIDAFTARKAN DI HADAPAN PENDAFTAR. Lafaz takliq adalah sama dengan lafaz talak biasa, boleh disebut dan berlaku bila-bila masa. Takliq boleh berlaku walau lafaz diucap tika suami dalam keadaan marah atau bergurau dengan syarat, lafaz yang disebut adalah lafaz yang soreh. Contoh: kalau jatuh pinggan tu, jatuh talak satu...

Tapi kalau lafaz yang digunakan bukan lafaz soreh sebaliknya lafaz kinayah iaitu lafaz yang membawa pelbagai maksud maka niat suami ketika melafazkan takliq tersebut diambil kira. Contoh: kalau kau tak masak malam ni, hubungan kita putus... terma 'hubungan kita putus' dikira sebagai lafaz kinayah dan perlukan niat suami sama ada berniat untuk cerai atau tidak.

Tak kiralah lafaz soreh atau kinayah, apabila syarat diletakkan melibatkan hubungan dalam perkahwinan, jalan terbaik ialah dengan mendapatkan pengesahan daripada pihak Mahkamah.

Bagi lafaz takliq yang diucap selepas akad nikah, disyaratkan si isteri mengadu kepada pihak berkuasa dan jika disabitkan, barulah jatuh talak berdasarkan takliq tersebut. Jika si isteri tak mengadu, biarpun suami keluar atau tinggalkan isteri bertahun-tahun lamanya (syarat biasa takliq di semua negeri), takliq tersebut tetap tidak berlaku dan si isteri masih isteri yang sah kepada suaminya.

Bagaimana jika suami melanggar takliq tanpa pengetahuan si isteri? Kembali kepada asal, hukum terpakai dengan syarat seseorang itu mengetahuinya. Dalam kes seperti ini, jika suami melanggar takliq yang diucap dan si isteri tidak tahu kemudian berterusan melayani suami seperti biasa, isteri tidak menanggung apa-apa dosa.

Konsep asas tentang rujuk selepas cerai menyebut, ada persetujuan kedua-dua pihak. Syarak mensyaratkan memadai dengan suami senyum kemudian isteri pun senyum, maka dah boleh dikira sebagai rujuk. Ulama membahagikan rujuk kepada dua: dengan lafaz atau perkataan dan boleh juga berlaku dengan perbuatan.

Dalam keadaan tidak tahu tersebut, jika suami berniatkan dia merujuk kepada isterinya, hukum rujuk boleh digunapakai. Isteri tak tahu? Jangan risau, suami akan menanggung segalanya sebab isteri diperintahkan taat kepada suami dan jika suami libatkan isteri dalam dosa tanpa disedari oleh isteri, isteri terkecuali daripada hukum tersebut. Sama seperti hukum jimak tika puasa Ramadhan, isteri tak perlu bayar dengan ganti puasa dua bulan berturut-turut, hanya suami perlu berbuat demikian. Serahkan segalanya kepada Allah, Dia takkan biarkan hamba-Nya teraniaya...

Jika anda pasti berlaku takliq kemudian sepakat untuk rujuk, daftarkan juga takliq dan rujuk anda di Mahkamah bagi memudahkan kes anda di belakang hari. Jangan tunggu sampai dah tak boleh nak rujuk, baru nak daftar kes di Mahkamah. Paling penting, PASTIKAN KESAHIHAN HUBUNGAN PERKAHWINAN ANDA, jangan sampai berterusan di dalam zina, nauzubillah!!

Hukum bersetubuh dalam tempoh eddah telah saya bincangkan melalui ruangan Resipi Hidup, insyaAllah akan disiarkan dalam majalah Mingguan Wanita awal November nanti. Tunggu keluarannya nanti....
----------------------------------------------------
*Tambahan* Maklumbalas dari Facebook:

Arnie Hamzah
Salam kak su Dlm kes nih si suami tak tau (atau dia tak pasti) bila dia lafazkan taklik....makanya adakah ujud taklik tu?

Suzana Ghazali
Salam Arnie. Kalau suami tak tau, lupa atau tak pasti tpi isteri tau atau percaya wujud lafaz takliq tu, maka isteri kena buktikan termasuk dgn bersumpah. Jika isteri gagal buktikan atau enggan bersumpah, mahkamah memberi hukum berdasarkan perkara zahir, tidak berlaku takliq lah. Jika suami nafikan, dia juga perlu bersumpah. Kita manusia memberikan hukuman berdasarkan keterangan sahih dan terang sahaja. Selebihnya terserah kpd Allah :)

8 ulasan:

AINJASH DAMIA berkata...

Salam Su, correct me if i am wrong..rujuk tak perlukan persetujuan isteri, ia adalah hak suami, ia sudah dikira rujuk jika suami menyatakan "kita rujuk!" berdasarkan hadith 3 perkara yg main2 pun jadi iaitu talak, rujuk dan nikah..minta pandangan pakar utk ulas.

Suzana Ghazali berkata...

Salam Dr Jasni. Sepengetahuan sy, betul la tu, itu hadis asas hukum rujuk tpi ada bbrp hujah lain diambil kira hinggakan wujud peruntukan dlm undang-undang keluarga Islam yg menyebut: Jika suami rujuk tetapi tidak dipersetujui oleh isteri, boleh bertambah jumlah talak. InsyaAllah, sy akan cuba bincangkan lebih jelas nnt. TQ dan mohon panduan dan makluman atas apa juga perkara. Kita sama2 betulkan mana yg tersalah ya. TQ again! Salam untuk Mea, Wish dan Ibu mereka :)

AINJASH DAMIA berkata...

Ya begitu dan terima kasih esp. bila jumlah talak bertambah. Thanx Pn. Su..saya sedang mengajar bab talak ni dan perlukan info praktis macam ni..Salam telah disampaikan to my family and salam dititip kembali, all the best! Salam idulfitri maaf zahir dan batin.

Bawang Goreng berkata...

Assalamualaikum wbt...

Walaupun dah nak ke penghujung, saya nak ucapkan Salam AidilFitri juga...

Terima kasih atas artikel taklik oleh isteri dan artikel lanjutan ini. Saya teringat dlm satu grup yg saya sertai, al-kisahnya isteri #1 mengadu yg dia terbaca isteri #2telah menulis (dlm laptop suami) yg berbunyi "jika abang balik ke rumah #1, jatuh talak satu ke atas #1". Saya kurang pasti sama ada suami setuju dgn taklik yg ditulis isteri #2. Mungkin tiada masalah jika suami tidak tahu akan taklik yg ditulis #2, tetapi jika suami tahu dan bersetuju pula, adakah jatuh talak? Nampaknya jika taklik ini 'valid', senang sungguh penganiayaan dilakukan oleh mereka yg zalim (dan tamak).

Bagaimana pula jika suami tidak setuju dgn taklik yg dilafazkan isteri? Adakah taklik itu valid? Sepanjang pengetahuan saya, setiap taklik dilafazkan suami secara sengaja atau tidak adalah valid. Dlm kes ini, apa statusnya?

Saya harap puan faham dgn kemusykilan ini dan dapat beri sedikit penjelasan.

Terima kasih.

Suzana Ghazali berkata...

Salam Irma. Takliq yg isteri ucap perlu dgn persetujuan suami. Kalau suami tak setuju, takliq tak berlaku. Berbeza kalau suami yg ucap, tak perlu izin isteri dan boleh berlaku walau isteri tak setuju...

Bawang Goreng berkata...

Terima kasih Pn Su.

Jadi, jika suami setuju dgn taklik yg ditulis oleh isteri #2 dan jika suami melanggar taklik itu, maka jatuhlah talak satu ke atas isteri #1...?

Waaah.. bahaya betul ya. Dapat pula suami yang 'ngong'... hik hik...

susah hidup dibuatnya...

Shariffah Amnah berkata...

Assalamualaikum,

sedikit kemusykilan, adakah lafaz taklik boleh ditarik balik selagi belum terjatuh talak atas lafaz taklik itu?

harap beri penjelasan...terima kasih

NaDia SulaIman berkata...

Assalamualaikum
ni kes sekiranya isteri bertakliq pada suami..
sekiranya suami melafazkan taklik pd isteri tp bukan secara lisa..secara sms..
sbg contoh..
kalau awak sms lg dgn lelaki tu maka jatuh talak 1..
adakah jatuh talak sekiranya menjawap call?kerana taklik tertulis sekiranya bersms
dan sekiranya si suami telah menyesali..dan ingin menarik semula taklik tersebut..bagaimanakah caranya.
terima kasih