23 Februari 2009

Alhamdulillah, pelancaran lancar!

Alhamdulillah, majlis pelancaran buku BUATMU WANITA yang diadakan semalam, 22hb Februari dan dirasmikan oleh Dato' Dr Noorul Ainur Mohd Nor, berjalan lancar.

Majlis yang sederhana dan ditaja sepenuhnya oleh pelbagai pihak ini berjalan dalam suasana yang cukup ceria. Syukur jg hasrat sy untuk menghadiahkan buku percuma kpd mereka yg hadir, dimakbulkan Allah.

Syukur... syukur... syukur...!! Hanya itu yg mampu sy luahkan. Terus terang, majlis pelancaran ini hanya mendapat kata putus akan diadakan pd 15hb Februari yg lalu dan dlm masa tidak sampai 7 hari itulah, sy bertungkus lumus menyediakan persiapan majlis.

Alhamdulillah, Allah memberikan kelapangan dan kemudahan kpd sy. Ada saja yg sudi memberikan sumbangan dan sokongan bg menjayakan majlis tersebut.

Di kesempatan ini, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada:

- Dato’ Dr Noorul Ainur Mohd Nor, Ketua Pengarah, Jab. Pemb. Wanita.

- Buku Prima Sdn Bhd, istimewa utk Kak Sharah dan anak-anak buah yg sama-sama memeriahkan majlis

- Work From Home Centre, istimewa utk Kak Yati dan suami

- Pn Ellie Darus dr deHeart Cakes & Cupcakes yg menaja kek perasmian, kek cawan dan kuih muih utk jamuan ringan

- YB Haniza Talha, ADUN Taman Medan, penaja buku-buku untuk cabutan bertuah

- Hj Mazmi Kamal, CEO MCAL Sdn Bhd

- Hj Mohamed Fariz Fadhlullah, Director MCAL Sdn Bhd

- Pn Zurina Hassan, Pengerusi Majlis yg sporting :)

- En. Muhammad Fadhil b Masri, jurufoto rasmi majlis

- Cik Manisa Mokhtar, pereka 'backdrop' majlis

- Cik Suzalina Ghazali, penaja bihun goreng istimewa

Serta semua pihak yang menjayakan majlis pelancaran ini termasuk mereka yg sudi hadir bg memeriahkan majlis pelancaran buku kedua saya ini.

TERIMA KASIH !!! TERIMA KASIH !!! TERIMA KASIH !!!


****InsyaAllah, sy akan upload foto-foto majlis tersebut nanti.

1 ulasan:

Tinta Pendeta berkata...

nak tengok gambo khalayak yg hadir hehe...tahniah sue!