19 November 2008

Hati seorang ibu

Banyak hari jugak tak jenguk blog. Sebabnya, saya ke Kota Bharu, Kelantan atas satu urusan kerja mulai 16-18hb (sampai rumah malam tadi dah hampir kul 9pm). Dah lama jugak tak tinggalkan anak-anak lama begini. Kali terakhir, penghujung April yg lalu, tiga hari juga saya ke Kelantan.

Seronok? Nak kata tidak tu, menipu la jgk. Ya lah, di samping bekerja, saya juga berpeluang melihat tempat orang. Cuma seronok saya tak sepenuhnya. Hati saya berbelah bahagi malah dah pernah suarakan agar tempat saya diganti oleh orang lain. Boss tak banyak mulut, amat memahami tetapi saya kena la ingat jugak, ini adalah tugas dan tgjwb saya. Saya kena lah faham kan...ini pun bukan kali pertama, dah banyak kali saya perlu meninggalkan anak-anak 2-3 hari atas urusan kerja cuma setiap kali itu juga lah, perasaannya sama...

Jumaat baru ni saya cuti kecemasan lagi bila anak bongsu saya tidak sihat. Kepada Ilahi, saya mohon agar anak saya segera sembuh. Mak menenangkan saya: "budak biasa lah, nak boleh sesuatu memang biasa la demam ni... nak boleh jalan la tu kut...." Doa saya, benarlah kata-kata Mak dan alhamdulillah, petang jumaat tu, panas badan Sulaim mula berkurangan dan dia makin aktif seperti selalu.

Pg Sabtu, saya membawa anak-anak bersiar-siar sekitar Putrajaya dan kemudian makan di BBB. Satu cara yg saya praktikkan setiap kali saya perlu bertugas luar kawasan. Bukan bererti kalau tak ke mana-mana, anak-anak terkurung saja cuma menjadi satu perkara yg wajib bg saya berbuat demikian kerana tika itulah nanti, saya akan terangkan kpd anak-anak ke mana dan kenapa saya akan menghilang selama bbrp hari.

Malamnya, selepas maghrib, Suhail pulak murung dan nampak lemah. Ya Allah! Seorang lagi anak saya demam. Hanya Dia yg tahu hati saya tika itu. Nak batalkan pemergian ke KB saat akhir, memang cari pasal la. Rasa mcm nak bawak ja anak-anak bersama. Tapi, sahabat saya nasihatkan; banyakkan berdoa mtk Allah pelihara anak-anak kau.... saya juga manusia biasa, ada tikanya emosi mengawal diri, rasa risau dan jadi tidak keruan... tika ini lah saya memerlukan seseorang yg boleh saya percayai dan harapkan... Alhamdulillah, menjelang subuh demam Suhail beransur kebah. Paling melegakan saya, Suhail berselera seperti biasa ketika menikmati hidangan roti canainya pagi Ahad baru ni, jawapan agar saya lebih berlapang dada meninggalkan anak-anak saya bbrp hari demi keperluan tugas...

Semalam, ketika saya dan tiga rakan sekerja merayau-rayau di pasar MPKB (selepas check out hotel sementara menantikan masa untuk ke lapangan terbang), mata saya terarah ke muka depan sebuah akhbar yg memaparkan tragedi di taska, seorang bayi berusia empat bulan meninggal dunia kerana tersedak susu... dlm masa yg sama terdengar celoteh seorang wanita: "Jaga sendiri ja lah anak tu, tok sah la kerja...." gitulah lebih kurang ayatnya tapi diucap dlm bahasa Kelantan.

Allahu akbar!! Kau Maha Besar ya Allah!! Walau bukan saya di tempat ibu bapa bayi tersebut, saya tetap bersedih dengan kejadian yg berlaku. Tambah pula saya pernah mengalami kes yg hampir sama: masalah di taska. Minggu lepas juga, seorang rakan sekerja bergegas balik apabila dimaklumkan bayinya jatuh di taska. Bayi yg sebaya dgn anak bongsu saya itu luka sepanjang hampir satu inci hampir dgn kening mata kanan. (gambar di bawah)


Memang inilah dilema wanita bernama ibu. Runsing memikirkan keselamatan anak-anak bersama pengasuh. Kalau tak kerja pulak, masalah lain pula yg timbul. Saya akui, tempat seorang isteri sebaik-baiknya adalah di rumah malah ada pendapat yg mengatakan: haram bg seorang isteri keluar bekerja kerana tgjwb mencari nafkah keluarga terletak di bahu suami. Namun, ada pendapat lain yg memberikan pengecualian, isteri boleh bekerja dgn syarat mendapat izin suami. Jika ditanya pendapat saya secara peribadi, saya juga menggalakkan kaum wanita bekerja atau mempunyai pendapatan sendiri.

Bukan nak tunjuk kuasa atau nak kumpul harta tetapi rutin kehidupan kini memerlukan kaum wanita lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan di belakang hari. Namun, seperti kes yg saya ketengahkan di awal tadi, malah kes-kes lain sblm ini, satu perkara yg merunsingkan kaum ibu selain kes suami tak nak bg nafkah kerana isteri dah ada pendapatan sendiri ialah, kewibawaan pengasuh anak-anak.

Saya yakin, penjenguk setiap blog ini tahu dan faham sgt tentang prinsip sy berkaitan anak-anak. Ya, saya amat sensitif bila perkara mengenai kebajikan anak-anak walaupun bukan anak saya sendiri. Sebabnya, anak saya atau anak siapa pun, mereka adalah bayi dan kanak-kanak yg tak tau apa-apa, yg hanya inginkan sedikit perhatian dan kasih sayang siapa juga insan yg berada bersamanya.

Saya tak kata taska atau nurseri tak bagus. Saya juga tak kata pengasuh persendirian lebih baik. Hakikatnya, jika individu yg mengambi amanah dan tgjwb drpd ibu bapa utk menjaga anak-anak mereka, menjalankan tgjwb tersebut dgn baik, takkan terjadi kes-kes yg tidak diingini.

Ya lah!! Memang lah ketentuan takdir. Allah dah tetapkan begitu jalannya, demikian suratan hidupnya. Kalaulah semua nak dituding jari kepada Allah yg menetapkan segalanya, tak perlulah ada hukuman kpd penjahat atau pesalah. Ya lah, dah Allah tentukan mereka sbg penjahat, sbg pembunuh, perogol atau perompak, kenapa nak kalut marah-marah dan adakan hukuman utk mereka??

Hakikatnya, setiap yg berlaku ada sebab dan musababnya. Kita sbg manusia disuruh berikhtiar dan ikhtiar seorang ibu dan ayah ialah meletakkan anak-anak mereka di bawah jagaan seseorang yg diharapkan dpt membantu menjaga anak-anak mereka ketika mereka bekerja. Bila tgjwb dan peranan ini gagal dipenuhi, berlakulah kejadian yg tidak diingini. Sebab itulah saya katakan, ada sebabnya berlaku sesuatu perkara. Seperti kes anak rakan saya, anaknya terjatuh di bilik air ketika dimandikan oleh seorang pengasuh dan khabarnya anak tersebut dibiarkan berdiri sendiri di tepi kolah air dan akibatnya, anak itu terjatuh dan tersembam ke lantai. Budak berusia 14 bulan dibiarkan berdiri sendiri di tempat yg bahaya begitu? Ya lah, di bilik air dan di tepi kolah air??!! Bukankah itu satu kecuaian? Tidak menjalankan tgjwb yg sewajarnya?

Saya tidak pasti apakah semua taska menjalankan kaedah yg sama: mengambil wanita muda dan remaja bekerja menjaga bayi dan kanak-kanak. Namun, di kebanyakan taska yg saya kunjungi dan yg sampai ke pengetahuan saya drpd maklumat rakan-rakan, memang begitulah 'trend'nya. Bagi saya, mereka ini kurang sesuai mengasuh dan menjaga kanak-kanak apatah lagi bayi di bawah usia 2 tahun. Sebabnya kebanyakan wanita yg belum pernah mengandung dan melahirkan anak gagal menghayati kasih dan perasaan sebenar seorang ibu.

Teringat kes saya sendiri. Adik-adik saya kerap sangat bermain dgn anak-anak saya dgn cara melambung tinggi anak-anak saya ke udara. Anak-anak memang lah seronok, gelak dan ketawa sahaja. Dah jenuh saya melarang tapi susah bila larangan saya ada tikanya dilupakan. Skrg ini seorang antara adik saya tersebut sedang hamil enam bulan dan tika seorang adik yg lain bermain dgn anak-anak saya dgn cara yg bahaya begitu, adik saya akan marah. Pernah saya terdengar kata-katanya: "Jaga elok-elok sikit, ummi dia bawak lama dlm perut tu, jgn buat main!!" Haaa... baru lah mengerti perasaan sebenar saya, kenapa saya melarang dia yg pernah bertindak sama satu masa dulu.

Hakikatnya, hanya ibu yg mengerti perasaan sebenar seorang ibu. Sama seperti saya dahulu, Mak selalu luahkan: "Hang tak jadi mak lagi, hang takkan faham. Hang dah jadi mak nanti baru hang faham..." Saya akui kebenaran kata-kata Mak... kini saya lebih sensitif bila sesuatu itu berkaitan dgn anak-anak. Lantaran itulah, sebaiknya orang yg dipertanggungjawabkan menjaga dan mengasuh anak-anak juga adalah seorang ibu. InsyaAllah, dia akan lebih memahami hati seorang ibu.

Kepada ibu yang tak bekerja, maksud saya yang berkesempatan menjadi suri rumah sepenuh masa, jangan sesedap rasa menyalahkan ibu-ibu yang terpaksa meninggalkan anak-anak kerana bekerja. Seperti luahan wanita Kelantan yg saya ketengahkan di awal tadi. Memang mudah menuding jari tapi bg sesetengah orang, bukan itu jalan penyelesaian yg terbaik.

Nasihat saya kepada para ibu, berhati-hatilah dlm mendapatkan pengasuh dan penjaga anak-anak anda. Bak kata orang, jgn tangkap muat ja. Biarlah terpaksa bercuti lama asalkan anda rasa tenang dan senang hati menghantar anak-anak tinggal sementara bersama pengasuh mereka. Saya sendiri bercuti tanpa gaji dua minggu tika usaha mencari pengasuh yg benar-benar menyenangkan hati dan alhamdulillah, suara hati saya selari dgn doa yg saya panjatkan kpd Ilahi.

Kpd mereka yg mengambil amanah mengasuh dan menjaga anak-anak org lain, ingatlah... anak-anak yg dihantar kpd anda adalah amanah dan tanggungjawab anda. Keselamatan mereka terletak di bahu anda. Anda wajib menjaga mereka sebaik mungkin. Jgn hanya fikirkan wang yg diberikan kpd anda. Letakkan diri anda di dalam kasut ibu yg terpaksa meninggalkan anaknya kpd anda, fahamilah nalurinya yg mengharapkan agar anaknya berada di dalam keadaan selamat dan terjaga.

Saya tidak tahu apakah topik perbincangan kali ini tapi rasanya, inilah luahan hati yg mewakili suara hati ramai wanita bernama ibu yg terpaksa meninggalkan anaknya kerana bekerja mencari rezeki yang halal...

4 ulasan:

ASMAH berkata...

SAYA BERSETUJU 100% DENGAN PANDANGAN PUAN, HANYA SEORG IBU SAHAJA YANG BOLEH MEMAHAMI PERASAAN SEORG IBU. SAYA PERCAYA KES BAYI TERCEKIK SUSU DITASKA TERSEBUT BOLEH DIELAKKAN JIKA PANGASUG MEMBERI TUMPUAN SEPENUHNYA SEMASA PROSES PENYUSUAN BAYI TERSEBUT. INI KERANA BAYI DIBAWAH 6 BULAN MEMERLUKAN PENGAWASAN 100% DAN MEREKA MASIH KECIL & TIDAK TERDAYA DAN WAJIB MENDAPAT PENGAWASAN DARI ORG DEWASA. TINDAKAN UNDANG2 PERLU DIAMBIL KEATAS TASKA ATAS KECUAIAN MEREKA. KASIHAN IBUBAPA YANG MENGHANTAR ANAK KE TASKA MASIH SIHAT, BERNYAWA TETAPI TERPAKSA MENGAMBIL ANAK DI HOSPITAL DAN TIDAK BERNYAWA LAGI..........

azza_irah berkata...

salam..
macam2 terlintas di pikiran sy bila baca entry ni..ditambah dengan pelbagai berita di muka akhbar..
walaupun bgelar ibu..tapi keje sy yg berdampingan dengan anak2 saban hari..cukup meruntun rasa sebenarnya...

salam kenal..

Big Mamma Bukhari berkata...

assalamualaikum..
benda nak jadi ye puan? tak kiralah samada mak tu bekerja atau tidak.. sama je risikonya kalau kena kat rumah atau di taska.. taklah bermakna kalau dok umah anak tu selamat, ye tak? macam saya seorang suri rumah pun kekadang risau melihat anak2 yg begitu aktif bergerak ke sana ke mari, di sekolah apatah lagi.. cuma sentiasa mengingatkan mereka supaya tidaklah lasak sangat bermain supaya tidak ditimpa kemalangan.. insya allah ye puan..
suka dgn nama2 anak2 puan.. indah sekali...

QA berkata...

itu bagi anak yang dekat dan dpandangan mata kita...kalau anak yang dilarikan oleh bapa kandung sendiri dan tidak mengizinkan saya langsung untuk bercakap atau mengetahui langsung dimana mereka, bagaimana...???hanya ALLAH saja yang maha mengetahui perasaan saya