13 Februari 2009

Bersyukur dengan nikmat yang ada

Azmi (2/13/2009 4:11:23 PM): http://www.fajaril.net/blog
Azmi (2/13/2009 4:11:26 PM): bila2 akak ada masa
Azmi (2/13/2009 4:11:30 PM): leh la baca blog nie
Azmi (2/13/2009 4:11:33 PM): blog kawan saya
*********** (2/13/2009 4:11:36 PM): ooo ok
Azmi (2/13/2009 4:11:37 PM): bahasanya puitis
*********** (2/13/2009 4:11:41 PM): tq
*********** (2/13/2009 4:11:44 PM): nnt akak baca
Azmi (2/13/2009 4:11:50 PM): skang nie dalam keadaan berduka sbb anak dia sakit
*********** (2/13/2009 4:11:51 PM): dah simpan dah
*********** (2/13/2009 4:11:54 PM): :)
Azmi (2/13/2009 4:11:58 PM): baru umur 6 bulan
Azmi (2/13/2009 4:11:59 PM): :)
-----------------------------------------------------------------------
Di atas adalah mesej tru ym antara sy dgn seorang rakan sekerja. Malam ini, sy mengambil peluang melayari blog yang dicadangkan tersebut. Mengalir air mata sy. Hanya Dia yg tahu perasaan sy tika ini.

Sungguh!! Meneliti satu persatu paparan yg ada, membuatkan sy memanjatkan rasa syukur yg tak terhingga kpd Allah SWT kerana sy tidak diuji sedemikian rupa. Terus terang, sy sering panjatkan doa kpd Yg Maha Esa, ujilah sy apa saja insyaAllah sy akan redha dan pasrah tetapi sy mohon, jauhkanlah segala ujian yg melibatkan anak-anak.

Sy paling lemah bila berlaku apa juga perkara berkaitan anak-anak. Sy boleh jd gagah luar biasa malah boleh jd seakan hilang arah. Lantaran itulah, sy paling takut bila mengetahui kisah-kisah ibu bapa yg menerima ujian berkaitan anak-anak hilang, diculik, meninggal dlm macam-macam keadaan dan pelbagai lagi. Hanya Allah yg tahu hati dan perasaan sy tika itu. Cepat-cepat sy panjatkan doa agar sy tidak diuji yg serupa.

Seperti tajuk perbincangan sy ini, seharusnya kita bersyukur dgn segala nikmat yg Allah berikan kpd kita. Jika kita susah, hakikatnya ada mereka yg lebih susah drpd kita. Jika kita derita, ada orang yg lebih derita drpd kita. Sy tak mtk anda bandingkan dgn mereka di Palestin sana. Cukuplah anda meneliti kisah-kisah msykt di sekeliling anda. Anda akan temui pelbagai kisah msykt yg boleh anda jadikan teladan dan sempadan.

Sayangilah insan-insan di sekeliling anda seikhlas hati dan sejujurnya. Jgn abaikan dirinya kerana dibimbangi, anda tidak sempat meluangkan masa bersamanya dan anda akan menyesal seumur hidup anda. Menghargai setelah seseorang itu pergi sudah menjadi satu kelaziman skrg ini tetapi ia bukan satu tabiat atau sikap yg baik. Tak rugi menyayangi… tak rugi memaafkan orang lain… kerana jiwa anda akan tenang dan damai!!

Bantulah mereka yg memerlukan dalam upaya anda. Bukan membantu hingga perlu mengorbankan diri dan keluarga sendiri. Itu juga tanda anda bersyukur dgn nikmat-Nya.

Namun, perlu diingat!! Bersyukur dgn nikmat yg ada bkn bererti sy menghalang anda utk mencari kehidupan yg lebih baik. Ingat!! Individu yg berjaya adalah individu yg kehidupannya hari ini lebih baik drpd semalam. Istilah ‘rezeki secupak takkan jd segantang’ adalah tidak tepat. Bagaimana anda tahu rezeki anda secupak atau segantang?

Hakikatnya ‘storyline’ hidup kita telah ada sejak kita berada di alam roh, sblm menjadi janin kemudian lahir ke dunia sebagai manusia. ‘Storyline’ tersebut akan berubah jika anda berdoa memohon kpd-Nya. Malah ‘storyline’ tersebut juga akan berubah sekiranya perkara yg patut dan perlu anda lakukan, tidak akan laksanakan. Kenapa? Jelas… setiap yg berlaku ada sebab dan musababnya. Jgn salahkan Dia. Jgn marahkan Dia. Dia tahu yg terbaik dan sprt yg selalu sy tegaskan, berdoa dan mohon kpd-Nya.

Paling penting… JANGAN KETEPIKAN ALLAH SWT… jgn abaikan solat. Laksanakan segala perintah-Nya dan jauhi segala larangan-Nya. Jgn sombong dan bangga diri nak bertaubat bila tua nanti. Apakah jaminan anda akan hidup hingga esok pagi??

“Ya Allah!!! Jgn kau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun kadar sekelip mata ataupun kadar masa yg lebih pendek dari itu….. amiinn!!!”

Tiada ulasan: