27 Februari 2009

Pendapat anda?

Adik saya yang membaca berita online awap pagi ni memanjangkan link berita menarik ini kepada saya : Klik Berita Harian 27hb Februari .

Atau baca beritanya di bawah:
---------------------------------------------------------------------

Pukul suami di mahkamah
Isteri gagal tuntut cerai mengamuk


ABU DHABI: Seorang wanita menerkam dan memukul suaminya bertalu-talu dalam kamar mahkamah selepas lelaki berkenaan enggan menceraikannya. Kamar mahkamah menjadi saksi kekecohan selama satu jam apabila wanita berkenaan mula menyerang suaminya walaupun orang ramai cuba meleraikan keadaan itu.

Beberapa pegawai mahkamah terpaksa masuk campur dan berjaya memisahkan wanita berkenaan dari suaminya, yang sudah koyak bajunya ketika itu. Lelaki itu hanya cedera ringan diberikan baju lain untuk dipakai. Rayuan supaya isterinya bersabar juga tidak berkesan. Pegawai kanan mahkamah berkata, lelaki terbabit segera membuat aduan kejadian itu dan berpuluh-puluh saksi dilaporkan sedia memberikan keterangan.

Pegawai mahkamah berkata, pasangan itu memang mempunyai masalah perkahwinan dan wanita berkenaan pada awalnya memfailkan aduan terhad suaminya yang didakwa tidak memberi nafkah kepadanya. Beliau bersetuju untuk menarik balik kes berkenaan selepas dijanjikan akan diceraikan.

Mahkamah Sivil juga sudah beberapa kali mengarahkan suami wanita itu hadir untuk membincangkan cara menyelesaikan perbalahan tetapi dia gagal berbuat demikian. Lelaki terbabit akhirnya muncul di mahkamah kelmarin tetapi sebelum memasuki kamar mahkamah, dia dilaporkan memberitahu tidak akan menceraikan isterinya.

Malah, dia cuba mengingatkan isterinya bagaimana beliau menjaganya ketika dalam perjalanan ke Jerman untuk mendapatkan rawatan. Perbualan itu dilaporkan menaikkan kemarahan wanita berkenaan yang menolak suaminya ke lantai dan memukulnya bertalu-talu. – Agensi
---------------------------------------------------

Saya serahkan kepada pembaca semua untuk menilai kes menarik ini. InsyaAllah, minggu depan saya akan berikan pendapat saya!!!

Tiada ulasan: