18 Februari 2009

Kesan jika gagal mengawal rasa marah

Semalam, sy berdepan dgn seorang klien yg meluahkan rasa kesal dgn sikap sendiri yg selalu marahkan anak-anak walaupun dgn sebab yg kecil. Paling sedih, dia pernah menyepak seorang drpd anaknya kerana terlalu marah. Kes berpunca drpd emosi beliau sendiri yg terganggu dek kerana pengalaman sendiri semasa membesar dan mslh lain yg berlaku di sekeliling.

Ramai yg bersikap begini. Syukurlah ibu ini tersedar cepat. Sy tak nak ulas panjang kes semalam, sekadar nak kongsi emel yang saya terima emel drpd seorang rakan.

----------------------------------------------------------------

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Padahari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.

Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata: "Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini."

"Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."

"Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita."

---------------------------------

Bukan saja sahabat malah sesiapa juga di sekeliling kita terutama insan yang paling dekat dgn kita: suami/isteri, anak2/ibu bapa/ adik beradik malah sesiapa juga.

Belajarlah untuk mengawal api kemarahan anda. Hadis ada menyebut yg bermaksud: "Bukanlah seorang pahlawan itu orang yang gagah perkasa sebaliknya seorang pahlawan sejati adalah orang yg dapat mengawal kemarahannya."

Orang akan rapat dgn kita hanya dgn adanya kasih sayang dan kasih sayang akan pudar dan hilang walau hanya dengan wujudnya bunga-bunga api kemarahan. Fikirkanlah...!!!

Semua dijemput hadir ke Pelancaran buku BUATMU WANITA .

1 ulasan:

SAYANG SARAWAK berkata...

Info yg sgt menarik..thanks. Its really soothing..