22 November 2010

Rayuan buat kaum wanita


Saya terima mesej yg dipanjangkan ke peti emel sy. Luahan hati seorang lelaki khusus buat wanita yg sengaja dedahkan aurat. Hayatilah!!
------------------------

Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni orang lelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...

Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...

Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orang warakk.. aku bukan orang alim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan.. [/box]
----------------------------------------------

Sama-sama kita hayati, maksud firman Allah dlm surah an-Nur ayat 31: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
***Sertai Kelab Eksekutif Bina Bahagia dan nikmati pelbagai keistimewaan.

3 ulasan:

gadisBunga™ berkata...

salam kak suzana,

sebenarnya pendedahan2 yang macam ni lah yang buat saya berazam untuk tutup aurat dengan lebih proper lagi...

terima kasih.

hana szied berkata...

akak..boleh x saye nak ambil letak d fesbuk..?plzzz

Blog Percubaan 2021 berkata...

Pertama sekali Marilah kita sama2 mendoakan saudara yang menghantar email tersebut supaya sentiasa berada di bawah perlindungan dan rahmat daripada Allah s.w.t. Semoga hatinya terus dipagari oleh benteng-benteng keimanan.

Soal perempuan tak menutup aurat telah menjadi lumrah pada ketika ini. Fesyen-fesyen dari Barat, Jepun, China, Korea dll telah mempengaruhi minda remaja kita pada hari ini..

Kita nak sekat mereka daripada berpakaian sebegitu tersangatlah susah. Seperti di Institusi pengajian yang saya sedang bekerja sekarang.

Kami telah melaksanakan dasar menutup aurat dan menjaga tatasusila berpakaian semasa di kampus..

Masa di kampus pelajar-pelajar (remaja) ini memberi kerjasama yang agak baik. Tapi bila kita pergi ke kantin atau buat sport cek di asrama, terdapat pelajar yang berkemban di kaki-kali lima asrama..?

Pakaian mereka semasa melalui depan pintu pagar institusi pengajian ok. Tidak menjolok mata.

Tetapi bila saya terjumpa sesetengah pelajar di bandar pakaian mereka bukan main lagi.. Sampai saya sendiri pun tak cam bahawa mereka adalah pelajar di tempat saya bekerja.

Kita tak ada hak untuk marah mereka di khalayak ramai disebabkan umur mereka dah 18 tahun ke atas. Apa yang mampu kita buat sekadar memberi teguran..

Jadi, mungkin Pn. Suzana atau pembaca lain boleh memberi pandangan bagaimana untuk mengatasi masalah remaja kita yang gemar berpakaian seksi pada hari ini..