Menjawab komen seorang rakan FB, boleh tak kalau tak kawin? - saya kemukakan petikan buku BUATMU WANITA- moga bermanfaat!
Setiap individu mempunyai tahap kelayakan yang berbeza untuk memasuki gerbang perkahwinan. Namun, bukan bererti kerisauan anda untuk menentukan kelayakan anda atau bakal pasangan anda membenarkan anda memegang prinsip ‘enggan berkahwin’. Saya pernah menerima pengakuan daripada beberapa gadis yang enggan berkahwin semata-mata bimbang disia-siakan.
Saya faham kerisauan anda. Saya sendiri pernah di’labelkan’ enggan berkahwin satu ketika dahulu semata-mata lambat bertemu jodoh. Dalam keadaan diri yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah rumahtangga, Mak dan Bapa saya pernah ditegur kerana gagal mengubah pendirian saya. Namun, tika itu tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya untuk enggan berkahwin. Biarpun setiap hari saya berhadapan dengan pelbagai masalah namun saya masih yakin dan percaya, setiap insan mempunyai nikmat dan ujian hidupnya yang tersendiri. Jika ada jodoh, saya akan berkahwin juga nanti dan saya tidak pernah menetapkan untuk tidak berkahwin.
Perlu diingat, berkahwin adalah sunnah Rasulullah SAW malah sunnah Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW. Perkahwinan juga adalah fitrah yang sesuai dengan naluri manusia. Mereka yang tidak mahu berkahwin atau enggan berkahwin bermaksud mereka telah mensia-siakan nikmat hidup di dunia yang telah disediakan oleh Allah SWT.
Di dalam Islam, berkahwin merupakan suatu perkara yang digalakkan kerana dengan perkahwinan itu akan berkembang biak umat Nabi Muhammad SAW. Baginda Rasulullah SAW bangga dan bergembira dengan umatnya yang ramai. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan daripada Saad bin Abi Waqqas : "Berkahwinlah kamu maka sesungguhnya aku di hari qiamat kelak akan bergembira dengan sebab banyak ummahku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang Nasrani bertapa - hidup membujang".
Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik, katanya: Tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah SAW menanyakan tentang ibadat yang dikerjakan oleh Baginda. Setelah tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan daripada isteri-isteri Baginda, mereka merasa bahawa ibadat mereka itu bila dibandingkan dengan ibadat Rasullah SAW adalah terlalu sedikit dan sangat-sangat kurang.
Mereka berkata sesama mereka: "Bagaimana ibadat kita? Padahal Baginda adalah orang yang maksum (tidak sedikit pun mempunyai dosa) dan Allah SWT telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang?.”
"Maka seorang daripada mereka itu berkata: "Aku akan sembahyang tahajjud setiap malam." Seorang yang lain berkata: "Aku akan berpuasa sepanjang tahun dan tidak akan berbuka." Seorang yang lain lagi berkata: "Aku akan mengasingkan diri daripada orang perempuan dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang).
Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku). – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Jelas sekali, sesiapa yang berniat enggan atau engkar untuk berkahwin seumur hidupnya sedangkan dia mampu menurut syarak bermaksud mereka telah mengharamkan perkara yang halal ke atas diri mereka dan mereka ini adalah juga orang yang menentang hukum Allah dan sunnah Rasul-Nya.
Dalam masalah ini, at-Tabari berkata: "Sahabat Rasulullah SAW bernama Uthman bin Mazun mengharamkan ke atas dirinya seorang perempuan, benda-benda yang baik dan semua benda yang sedap dan lazat.”
Dengan pengharaman tersebut, Allah SWT menurunkan firman-Nya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” - Surah al-Maidah:87
Ibnu Abbas pernah meriwayatkan: Seorang lelaki mengadu dan bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai orang yang membujang (tidak berkahwin) selama-lamanya, katanya: " Bolehkah aku berkasi?" Baginda menjawab: “Tidak ada dalam agama kita orang yang berkasi.” – Hadis riwayat at-Tabrani.
Dalam masalah ini, Sa'ad bin Waqqas berkata: Rasulullah SAW telah melarang sahabatnya Uthman bin Mazun hidup membujang (tanpa berkahwin). Andainya baginda mengizinkan Uthman bin Mazun membujang (tanpa berkahwin), tentulah kita harus berkasi. – Hadis riwayat Bukhari.
Paparan nas-nas syarak ini adalah sebagai bukti dan dalil bahawa prinsip enggan berkahwin adalah satu pegangan yang salah di sisi syarak. Ada antara wanita malah lelaki juga yang pernah mengadu dengan saya, berkeinginan dan berhasrat untuk berkahwin tetapi merasakan diri masih belum bersedia sepenuhnya. Masih ada perkara yang perlu diselesaikan dahulu. Jika itu adalah pendirian anda, ia bukanlah termasuk dalam kategori enggan berkahwin. Lakukanlah perkara yang perlu dan dalam masa yang sama, cuba sediakan juga diri anda untuk berkahwin.
****Petikan Bab Siapa yang layak berkahwin? drpd buku BUATMU WANITA.

1 ulasan:
salam puan. mohon share artikel ini, boleh?
Catat Ulasan