Hidup kita bagaikan ombak laut, ada tikanya tenang dan ada masanya bergelora. Gelora ombak di laut tidak sepanjang masa, sama juga seperti hidup kita, ujian diterima sekadar menguji tahap kesabaran dan keimanan kita kepada-Nya, demi mencapai bahagia sejati....
29 Julai 2009
Bantulah seikhlas anda
Pasangan suami isteri ini perlukan jumlah wang yang banyak bagi merawat anak-anak kesayangan mereka. Pekerjaan En. Ismail tidak mampu menampung kos yang diperlukan dan isterinya pula tak bekerja.
Kepada mereka yang ingin membantu, boleh lah berikan sumbangan ikhlas menerusi CIMB Islamic SHORHAYATI BT MAT AMIN (isteri En.Ismail) 0605-0002674-20-5. Jika inginkan maklumat lanjut, boleh hubungi En. Ismail di talian 012-9823001.
Maaf sebab tak dapat balas emel anda
Bukan kerana tiada bayaran tetapi saya betul-betul tidak dapat luangkan masa. Ada beberapa pembaca yang depositkan bayaran untuk saya balas emel namun saya minta PA saya tetapkan temujanji. Sungguh, bukan kerana bayaran tetapi saya tidak berupaya. Jadual kerja saya terhad sebab masa saya perlu diluangkan juga untuk keluarga, untuk anak-anak tersayang. Saya juga perlukan masa untuk bersantai. Gila kerja pun boleh jadi gila juga kalau tak diuruskan sebaiknya..
Jika persoalan terlalu mudah, contoh beberapa emel yang sempat saya balas... jatuhkah talak kalau suami sebut keluar dari rumah dsb... saya akan cuba balas dgn jwpn yg juga agak ringkas, asalkan menepati kehendak persoalan.
Kalau persoalan yg panjang, saya mintak maaf, memang tak sempat... MAAF!!! MAAF!! MAAF!! Jalan terbaik... hubungi PA saya untuk temujanji.... kalau tak dapat bersemuka dgn saya, anda juga boleh bertemujanji dgn saya melalui panggilan telefon. Maklumat lanjut, tanya PA saya, terima kasih!!
Istimewanya Wanita
Hari ini, saya cek inbox, ada emel sahabat saya yg kongsikan dgn pembaca semua:
------------------------------------------------------------------------------
Renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya dan bertuahnya menjadi wanita.
Bagi kaum lelaki, hormatilah kaum wanita yang bergelar ibu dan isteri.
Berikut adalah himpunan hadis-hadis yang berkenaan:
- Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
- Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
- Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
- Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
- Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah“ (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.); maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.
- Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
- Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
- Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
- Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
- Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
- Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
- Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
- Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".
- Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
- Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
- Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
- Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
- Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
- Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
- Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
- Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
- Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
- Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
- Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
- Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
- Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
- Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
- Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
- Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
- Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
- Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
- Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
- Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
- Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
- Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
- Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
- Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
- Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
- "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
- "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
- "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
- "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
- "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
- Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
- Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
- Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
- Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
- Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
- Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
- Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
-------------------------------------------------------------
**** Subhanallah... Maha suci Tuhan... terpulang kpd kita utk berusaha merebut keistimewaan ini...
24 Julai 2009
Aktiviti Deko Kek
--------------------------------------------
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Kadang-kadang tercetus di hati untuk buat sendiri kek ulang tahun untuk mak ayah, suami dan anak-anak tercinta. Tapi hasrat tu cuma terbuku di hati aje sebab tak tau mana nak mula dan macam mana nak hias. Mari realisasikan hasrat anda! Dengan teknik sangat mudah dan dengan suasana berkonsep riadah dan releks, kita sama-sama mendeko kek.
Siapa yang harus sertai aktiviti ini?
Surirumah tangga, isteri-isteri penyayang, ibu-ibu mithali, anak-anak dara seawal 12 tahun; pendek kata sesiapa pun boleh sertai.
Keterangan lanjut seperti dibawah:-
Tarikh: 2 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: Sessi pagi 10am - 1pm / Sessi petang 3pm - 6pm
Tempat: No 3, Jalan 5E/4 Seksyen 5 Tambahan, Bandar Baru Bangi (Peta akan diberikan)
Yuran: RM50
Barangan perlu dibawa: Pen, apron dan kain lap
Keterangan aktiviti: Mendeko sebiji kek coklat dengan buttercream. Ada 5 jenis deko kek dan setiap peserta akan diberi satu jenis deko kek untuk dipraktikkan dan 4 jenis deko kek akan dipelajari secara teori.
Setiap peserta akan bawa pulang hasil dekorasi masing-masing. Semua peralatan akan disediakan. Minuman dan makanan ringan juga disediakan.
PERCUMA! Resipi kek coklat dan buttercream yang sedap dan mudah!
Berminat? Sila email pada saya info anda seperti berikut ke deheart@gmail.com
1. Nama Penuh
2. Alamat
3. No Tel
4. Sessi pagi atau petang
Tempat hanya terhad kepada 5 orang sahaja pada setiap sessi.
Bayaran penuh sebanyak RM50 perlu di bank in kan (keterangan akaun bank akan diberikan kemudian). Tiada pengembalian bayaran jika tidak hadir pada hari aktiviti, tetapi anda boleh carikan pengganti anda.
Jom! Ajak ramai-ramai kita mendeko kek :) Thanks & take care!
~Ellie~
0122347002
YM: deheart.cupcakes@yahoo.com
de`HearT Online Kitchen
http://kekcawan.blogspot.com/
http://www.flickr.com/photos/deheart/
"It's freshly baked, homemade and halal. Love and sweetness in everybite!"
23 Julai 2009
Ujian tanda kasih sayang-Nya
Cuma, sejak awal Julai ari tu, saya diuji dengan beberapa masalah. Ya lah... hidup ni memang satu ujian kan. Masalah ujian, sedih ujian, susah pun ujian. Malah, setiap kejayaan, keseronokan, kegembiraan dan kebahagiaan yang kita alami juga adalah satu ujian. Sebab?? Ujian itu adalah tanda kasih Dia kepada kita. Dia nak tengok, sejauhmana kita ingati Dia setelah diberikan segala ujian tersebut.
Saya bukan tak pernah diuji. Seperti perbincangan saya di dalam Resipi Hidup bertajuk Ujian dan dugaan asam garam kehidupan , saya juga tak terlepas dari diuji. Jika anda pernah bertemujanji dengan saya, banyak juga kisah hidup saya yang saya kongsi dengan klien-klien saya ini. Saya tak malu berkongsi sebab saya yakin, setiap ujian tersebut ada hikmah di sebaliknya dan Allah berikan saya ujian-ujian tersebut untuk saya lebih merasai keperitan orang lain dan untuk saya kongsi semangat saya dengan anda semua.
Ujian bulan Julai ini memang merunsingkan. Seperti luahan saya di Facebook (cari Suzana Ghazali - baru ja mula hehehe...) saya diuji tentang beberapa perkara serentak: isu pejabat, isu rumah, isu pengasuh anak malah ada ujian yg berkait dgn majikan lama yg betul-betul menguji kesabaran saya. Memang cukup menyesakkan kepala tapi alhamdulillah, Allah berikan saya satu keistimewaan, saya boleh pisahkan segala masalah saya jika saya melakukan sesuatu kerja. Antara sejarah hidup saya juga, saya putus tunang dalam tempoh tak sampai seminggu sebelum peperiksaan akhir masa tahun ketiga di UM. Mak Bapa saya memang dah gelisah tapi alhamdulillah, kes putus tunang tersebut tidak mengganggu emosi dan fikiran saya langsung bila saya buka buku dgn hajat dan niat utk belajar. Mgkin sebab tu saya sentiasa ceria... hehehe.
Ya... kita memang perlu ceria. Ya lah!! Kalau sedih atau susah hati, asyik murung atau menangis ja, apakah masalah akan selesai? Kalau kita biarkan emosi dan fikiran kita berkecamuk, bagaimana kita nak cari jalan penyelesaian? Masalah takkan selesai dgn menangis. Masalah juga takkan selesai dgn mengurung diri, bersedih apatah lagi mengamuk atau marah-marah. Masalah perlu diselesaikan, bukan melarikan diri darinya.
Memang tak senang nak selesaikan masalah. Tapi, walau sebesar mana pun masalah anda atau ujian yang perlu anda tempuhi itu, pasti ada jalan penyelesaiannya. Yang penting, berusaha untuk keluar dari masalah tersebut. Dalam masa yang sama, berdoa mohon petunjuk dan mintak yang terbaik daripada-Nya. Alaahhh... nak makan pun susah. Nasi dah ada depan mata, kalau tak nak cuci tangan atau ambil sudu, kemudian suapkan nasi ke mulut, kemudian kunyah dan telan... haaaaa, barulah boleh makan. Itu nak masukkan, kalau nak 'buang' pun bukannya senang. Perut sakit, dah bergegas cari tandas, dah tu perlu kerutkan muka berusaha nak keluarkan... haaaa, tak senang jugak kan.
Moralnya, apa juga ujian yang Dia berikan, ada hikmah dan rahsia yg tersembunyi di sebalik semua itu. Ujian dari-Nya, kita perlu redha. Ya!! Redha bukan bererti terus menerus bersabaaaarrrr ja. Bak kata Wak dalam cerita Antara Dua Darjat... Minah ketuk kepala Wak, Wak syaberr...
Bukan macam tu. Bukan juga bererti saya tak benarkan anda bersabar tapi perlu diingat, sabar pun ada tahap dan batasnya. Sebab tu, jika anda mendengar luahan hati seseorang yg menceritakan masalah atau penderitaan yang dihadapinya, jangan suruh dia bersabar ja. Dia memang dah sabar lama tapi dia luahkan kepada anda sebab dah tak mampu bersabar. Boleh suruh dia sabar tapi perlu diingat, beri juga nasihat lain yg berguna atau paling tidak pun, suruh dia jumpa saya :)
Bergurau ya tapi serius pun ada. Seperti selalu saya tegaskan, jangan lari dari masalah atau jangan pendam dan simpan seorang diri, boleh menambah masalah di belakang hari. Paling penting juga, perlu tanam dalam fikiran, bukan hanya anda yg diuji tapi semua org ada ujian yg tersendiri malah ada org lain yg ujiannya lebih teruk drp ujian yg perlu kita tempuhi. Perlu diingat juga, Allah uji sebab Dia tau kita mampu hadapi dan Dia mahu kita berusaha mencari jalan keluar tanpa melupakan Dia.
Hari ini, alhamdulillah, saya bersyukur sangat, segala masalah yg menyesakkan fikiran saya bermula awal Julai baru ni, dah pun ada jalan penyelesaiannya. Alhamdulillah... syukur kepada-Nya.
Saya nak kongsi petua dgn anda semua, cara saya berserah mencari petunjuk-Nya serta cara saya mencari kekuatan dalam menghadapi setiap ujian mendatang. Saya amalkan membaca surah al-Rahman selepas Maghrib, kalau tak sempat juga, almaklum dah kalut dgn anak2, saya akan baca sebelum tidur, sambil tidurkan anak2. Amalkan juga membaca Doa al-Mathurat, himpunan doa-doa amalan org soleh terdahulu, byk himpunan doa yg boleh diamalkan utk kehidupan seharian. Baca maknanya malah boleh baca terjemahan doa agar kita lebih faham dan lebih 'feel' dgn apa yg kita mohon drp-Nya.
Allah dah janji, mintaklah dan Dia akan beri... lantas, berserah dan mohonlah kepada-Nya agar diberikan petunjuk bg keluar dari ujian yg dihadapi dan Dia akan tolong sebab ujian itu ialah tanda kasih sayang-Nya kepada kita....
22 Julai 2009
Kemelut suami isteri satu pejabat
TARIKH : 26hb JULAI 2009
SEGMEN : ALAHAI KHATIJAH
EPISOD 30 (KEMELUT SUAMI-ISTERI SATU PEJABAT)
Susah juga ya,..kalau suami-isteri bekerja di bawah satu pejabat. Macam di tempat Khaty kerja ni. Si isteri di bahagian akaun manakala si suami bahagian pemasaran. Kedua-duanya kawan baik Khaty. Masalahnya, si isteri cemburu buta, kerjanya asyik memantau pergerakan si suami. Sampaikan kadang-kala naik lemas dibuatnya. Maklumlah sebagai pegawai pemasaran, memang dah lumrah bertemu janji dengan pelanggan. Baik di pejabat mahupun di luar. Dek kerana cemburu buta si isteri, maka pasangan ini asyik bertengkar di pejabat. Kalau dah bertikam lidah tu, sampai kawan-kawan sekeliling pun mereka tak peduli. Haii…Khaty pulak yang malu.
Sebagai kawan, Khaty cuba juga jadi orang tengah. Bagi nasihat. Sepatutnya suami-isteri walaupun bekerja satu pejabat, mestilah bersikap profesional. Jangan campur-adukkan masalah peribadi dengan tugas di pejabat. Nasihat Khaty kepada mereka,..kalau terus bertegang lidah macam ni, lebih baik salah seorang ambil jalan berhenti dan cari kerja di tempat lain. Ye..lah,..sebelum kedua-duanya diberhentikan kerana prestasi kerja merosot.
Pada mulanya kedua-dua setuju dengan saranan Khaty. Lega hati Kahty. Lepas ini tentu tiada lagi konflik suami-isteri dalam pejabat. Tapi…., esoknya mereka berkonflik lagi. Kali ini bukan sebab isteri cemburu. Khabarnya masing-masing bergaduh tak mahu letak jawatan! Aduhhh…pening!!
-----------------------------------------
Apa jawapannya? Bersama saya Ahad ini jam 10.05am di TV1.
09 Julai 2009
Jangan lupa ya
1. Awani Pagi, Astro Awani
- Jumaat 10hb Julai 2009 jam 9.30am
.... perbincangan topik Mungkir Janji Perkahwinan atau Putus Tunang?
2 : Nasi Lemak Kopi O
- Ahad ini 12hb Julai jam 8.30am
.... bagi membincangkan topik "Tinggal sendiri atau dengan mertua?".
Mana yang lebih baik? Apa kelebihan tinggal sendiri? Apa seronoknya tinggal dengan mertua? Masalah?
Jangan lupa ya...!!
Rehat vs malas
Bangun subuh, badan masih lemah dan kepala masih sedikit pening tapi saya kuatkan diri. Ya lah, nanti dah menyusahkan pihak Astro Awani pulak. Jadi makin kuat bila saya kejutkan Ayuni dan Suhail untuk ke sekolah, soalan pertama yang keluar daripada mulut puteri dan putera saya itu ialah: "Ummi dah sihat?" Alhamdulillah, saya mempunyai anak-anak yang prihatin.
Setelah memaksa diri hari Jumaat hingga ke petang menghadiri sesi temujanji bersama klien, bersambung ke hari Sabtu memberikan ceramah empat jam dalam Seminar Menangani Keganasan Terhadap Wanita di Parlimen Kota Raja. Pertama kali saya bermasalah untuk melontarkan suara dalam sesi ceramah saya. Tekak perit tapi saya paksakan diri dan alhamdulillah, pada akhir sesi ceramah, maklumbalas yang saya terima memuaskan.
Sejak Khamis juga, saya dah bgtau PA saya, saya tak nak terima apa-apa temujanji bermula Isnin hingga Khamis minggu ini. Saya nak rehat. Badan saya dah lama tak rehat. Sejak terlibat dengan projek bersama Jabatan Pembangunan Wanita, memberikan ceramah dalam Seminar Menangani Keganasan Terhadap Wanita bermula awal Mei, memang setiap minggu ada program ceramah tersebut. Ada tikanya, dua program dalam seminggu. Kiranya hujung minggu saya adalah hari bekerja walau mungkin hari Ahad atau Isninnya saya cuti tetapi masih dalam perjalanan pergi atau balik dari tempat program.
Tak terasa penat, mungkin disebabkan seronok melakukan tugasan ini, peluang yang memang saya tunggu-tunggu. Berenggang dengan anak-anak? Tidak sama sekali sebab acapkali anak-anak menyertai sesi perantauan saya tersebut. Hinggalah Khamis 2hb baru ni, badan saya diizinkan Allah memberikan isyarat kepada saya agar saya rehat seketika. Hari keempat berehat, hanya tidak bertemu klien tetapi saya bekerja dari rumah, ada beberapa perkara yang perlu juga diselesaikan namun alhamdulillah, badan makin sihat walau suara masih serak-serak basah kata orang :)
Entahlah, agaknya dah jenis tak reti nak duduk diam. Bukan nak memuji diri sendiri, tapi terus terang, saya memang tak reti duduk saja. Ingat lagi masa bekerja di syarikat multimedia dulu (kepada yang belum tau, saya pernah bekerja sebagai instructional designer di sebuah syarikat multimedia selepas melepaskan sementara jawatan peguam syarie di samping menjalankan khidmat konsultansi dan kini, saya terlibat sepenuh masa dalam konsultansi), ada tikanya kami terpaksa menunggu team grafik siapkan kerja sebelum kami boleh lakukan tugasan kami semula. Masa ni lah saya akan merayau-rayau mencari apa-apa tugasan yang boleh saya lakukan dan jika tiada, saya akan menyediakan apa-apa perbincangan berkaitan konsultansi yang saya kendalikan. Duduk diam saja? Alamatnya saya akan menguap.... bosan dan mula mengantuk la...
Kadang-kadang, saya pelik juga memikirkan mereka yang malas bekerja. Terus terang, kes suami malas bekerja semakin banyak dan bertambah dari sehari ke sehari. Dalam satu kes yang saya terima awal Jun dulu, seorang isteri menyara si suami yang bukan saja enggan bekerja tetapi juga seorang penagih dadah. Yang sedihnya, ibu si suami (yang sepatutnya berehat di rumah bermain bersama cucu) yang berusaha keras bekerja membantu menantu menampung perbelanjaan harian. Itu kes si isteri ada pendapatan, mungkin juga menjadi faktor suami malas bekerja. Dalam satu kes lain, seorang isteri yang tidak mempunyai pendapatan tetap, berusaha mencari makanan untuk disuap ke mulut enam orang anak dengan mencari tin-tin aluminium. Anak-anak yang masih kecil diheret bersama mencari tin tersebut sedangkan suami, yang sihat walafiat, tidak ada apa-apa kecederaan, hanya berseronok menghayun kerusi malas sambil menonton televisyen.
Dua kes sahaja, banyak lagi kes yang serupa. Petanda dunia kini berada di hujung nyawa. Sebabnya? Suami dah mula selesa dengan keadaan tidak menunaikan tanggungjawab dan dengan gembira serta senang hati pula meletakkan bebanan tanggungjawab tersebut ke bahu isteri. Wanita bernama isteri, yang sinonim dengan seorang yang lembut tetapi tidak lemah, akan berusaha sedaya upaya untuk menyuapkan sebiji nasi ke mulut anak-anak, menyediakan susu dan apa juga keperluan si anak. Biar terpaksa berpanas atau berhujan, demi anak-anak... isteri dan ibu ini tetap gagah dan kuat menghadapi ranjau hidup.
Pelik? Tiada yang peliknya dunia kini. Namun, tetap ada jalan penyelesaiannya. Jika suami anda bekerja tetapi tidak memberikan nafkah yang sepatutnya kepada anda dan anak-anak, pergilah ke Mahkamah Syariah dan dapatkan perintah nafkah. Mahkamah boleh perintahkan agar gaji suami anda dipotong dan dimasukkan terus ke akaun anda untuk tujuan saraan nafkah anda dan anak-anak. Jika suami anda malas bekerja, saya minta agar anda juga jangan jaga kebajikan harian suami anda. Jangan peduli kalau dia tak makan, biarkan dia berlapar sebab tanggungjawab mengisi perut dia bukan di tangan anda. Suami baran? Jangan takut dan memendam perasaan sebaliknya bertindaklah.
Kenapa masih simpan suami yang tak berguna? Kalau dah ada suami tapi macam tak ada suami kecuali bila malam sahaja tidurnya mintak diulik dan dilayan, lebih baiklah tak ada suami... hati tak sakit, malam tak penat dan boleh rehat. Saya bukan menggalakkan perceraian tetapi saya menjelaskan hak anda. Prinsip perkahwinan menetapkan setiap individu iaitu suami dan isteri mampu merasa tenang dan bahagia dengan perkahwinan dan setiap individu juga mempunyai tanggungjawab dan peranan dalam perkahwinan tersebut.
Dah kalau peranan dan tanggungjawab pihak satu lagi pun perlu dan terpaksa anda pikul, apa lagi prinsip perkahwinan yang nak anda pegang??? Sabtu ini, saya akan berikan ceramah yang sama dengan sesi ceramah sebelum ini, berkaitan menangani keganasan terhadap wanita di Batu Caves. Kiranya siri ceramah saya yang ke-10. Saya harapkan akan berlaku lebih banyak perkongsian ilmu dan saya dapat menyuntik semangat ke dalam diri wanita-wanita yang memerlukan.
Namun, seperti yang selalu saya tegaskan, saya hanya mampu berikan maklumat dan semangat. Jika anda terlibat dalam kes berkaitan, enggan mengubah keadaan diri anda, saya atau siapa pun juga, tak boleh berbuat apa-apa. Ya, saya faham, setiap yang berlaku dalam hidup anda itu adalah ujian. Tapi, ujian bukan bermaksud untuk kita terima hanya dengan tangan terbuka tanpa berusaha untuk menyelesaikan dan keluar dari ujian tersebut. Ingat!! Redha dengan ujian-Nya bermaksud anda perlu berusaha mencari jalan keluar dan memohon petunjuk-Nya.
Allah dah jelaskan, Dia takkan ubah nasib kita jika kita tak nak usaha mengubahnya... lantas... tepuk dahi, tanya minda sendiri.....
08 Julai 2009
Wacana Wanita Tanpa Suami
-----------------------------------------------------------------
Bila tu???
Program Percuma!