26 November 2010

Temujanji terakhir pd 2009

InsyaAllah, saya akan adakan dua siri temujanji bersemuka dengan klien di Kuala Lumpur bagi bulan Disember iaitu pada:
- 8hb Disember hingga 11hb Disember; dan,
- 16hb Disember hingga 18hb Disember sahaja.


Bagi klien yang ingin bersemuka di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, temujanji bersemuka hanya diterima untuk tarikh 6hb Disember dan 13hb-15hb Disember sahaja.

Sesi temujanji menerusi telefon atau chatting YM masih diterima menurut jadual kerja seperti biasa sehingga tarikh 18hb Disember sahaja.

Mulai 20hb Disember hingga 31hb Disember, semua sesi temujanji sama ada bersemuka atau menerusi panggilan telefon atau chatting YM akan dibekukan sementara kerana memberi peluang untuk saya bercuti bersama anak-anak saya serta menguruskan hal persekolahan mereka.

Temujanji akan diterima semula mulai 3hb Januari 2011.

Untuk makluman; sesi temujanji sepanjang Disember 2010 ini ialah sesi terakhir bagi kos perkhidmatan sedia ada. Mulai Januari 2011, kos perkhidmatan baru bg tiga sesi konsultansi akan dikenakan. Kos istimewa jika anda adalah ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia .

Saya dan pihak pengurusan Bina Bahagia Services (BBS) memohon maaf kerana perlu mengenakan kos perkhidmatan yang baru; mengikut keadaan dan keperluan semasa. Paling penting; kos yang dikenakan masih kos perkhidmatan terendah bagi servis disediakan oleh pihak swasta seperti saya dan BBS

Bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan khidmat nasihat sama ada secara bersemuka atau menerusi telefon atau chatting YM bagi sesi sepanjang Disember ini, boleh tetapkan temujanji segera.

Bagi temujanji bersemuka; untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM50 dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan antara RM10 hingga RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka ini, kos adalah antara RM50 hingga RM100 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).

Bagi temujanji menerusi panggilan telefon atau chatting YM, kos pengesahan temujanji ialah RM50 dan tiada bayaran tambahan.

Bagi yang berminat, sila bank in RM50 ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan sesi temujanji yang anda pilih. (Talian beroperasi pada waktu pejabat sahaja).

INGATLAH!! Ujian adalah rencah hidup; bukan penghalang bahagia; bukan juga derita untuk selamanya. Ujian hidup bak tali yang regang, pasti akan kendur atau putus juga akhirnya; dengan syarat, usahakan jalan penyelesaiannya!!

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri” - surah ar-Ra’du ayat 11.

Bantulah diri anda dengan berikan saya peluang untuk membantu anda dan insyaAllah, dengan izin-NYA jua, anda akan dapat bantuan bagi merungkai permasalahan anda!!

***CEPAT! Sertai Kelab Eksekutif Bina Bahagia , Bengkel Menggilap Permata dan Santai Ilmiah.

24 November 2010

Murahnya maruah gadis kini

Kes-kes remaja perempuan mengandung seterusnya melahirkan anak yang kemudiannya dibuang bagaikan kes-kes biasa dan ‘ceria’ dipaparkan di dada-dada akhbar juga saluran media elektronik. Selalunya, remaja-remaja ini akan dipersalahkan, dicaci maki dengan teruk tanpa sedar atau sengaja lupa; ada satu makhluk bernama lelaki yang turut berperanan dalam kes tersebut. Bukan menuding jari tetapi sesi koreksi diri agar kesalahan bukan difokuskan kepada para remaja ini semata-mata.

*Gambar hiasan

Terdapat tiga faktor utama yang mendorong para remaja ini tidak mengendahkan nilai maruah mereka:

Tanggungjawab sebagai ketua keluarga
- Ketua keluarga sinonim dengan bapa atau ayah atau apa saja panggilannya kepada lelaki yang bernama suami yang menjadi sebab kepada lahirnya zuriat.

Ketua keluarga bukan ibu. Malangnya mutakhir kini, kebanyakan golongan ibu terpaksa mengambil alih peranan tersebut. Bukan saja sebagai penyumbang nafkah keluarga tetapi juga sebagai pembentuk dan pembimbing akhlak anak-anak.

- Malah, dalam keluarga yang nafkahnya dibiayai oleh si bapa pun, terlalu sedikit bapa yang mengambil berat tentang pembentukan akhlak anak-anak. Ramai yang bersikap lepas tangan, menyerah bulat-bulat kepada si ibu. Bila tanggungjawab mendidik anak-anak diabaikan oleh si bapa, anak-anak akan hilang hormat kepada si ibu dengan mengambil kira; bapa yang sepatutnya menegur dan mendidik tak ambil kisah, kenapa perlu dipedulikan leteran dan teguran si ibu?

- Setiap bapa bertanggungjawab mempastikan setiap ahli keluarganya berada di landasan yang betul, sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya ialah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras lagi kasar (layanannya); mereka tidak pernah derhaka kepada Allah dalam setiap perkara yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” – surah al-Tahrim ayat 6.

- Kegagalan si bapa berperanan dengan sewajarnya mendorong para remaja mengambil kesempatan dan tidak mempedulikan harga diri sendiri.

Mengabaikan tuntutan syariat
- Khitan kepada anak perempuan
o Kajian membuktikan masyarakat moden kebelakangan ini terlalu mengabaikan tuntutan syariat antaranya amalan berkhitan atau berkhatan kepada anak perempuan yang telah ditinggalkan. Biarpun tiada nas yang jelas dalam al-Quran atau hadis berkenaan keperluan khitan kepada anak perempuan namun ulama’ salaf berijtihad, khitan kepada anak perempuan adalah wajib sebagai satu cara mengekang nafsu. Apabila khitan tidak dilakukan kepada anak perempuan, nafsu seksual yang ada adalah pada tahap yang tinggi dan sukar untuk dikawal.

- Pergaulan bebas
o Remaja kini juga terlalu bebas bergaul, tidak endahkan saranan syariat agar membataskan hubungan antara lelaki dan perempuan. Bukan saja hubungan dengan bukan muhrim malah Islam menyuruh setiap Muslim agar menjaga adab hubungan sesama ahli keluarga termasuk adab bergaul di dalam rumah. Malangnya, ramai ibu bapa yang tidak kisah malah membiarkan anak-anak bergaul dengan harapan; anak-anak dah besar dan sudah pandai menjaga diri.

- Cara berpakaian dan penampilan
o Kebanyakan remaja kini juga terlalu bersikap melampau dalam cara berpakaian dan berpenampilan. Bukan saja mendedahkan aurat malah sudah ramai yang berani mendedahkan alat sulit sendiri. Semacam satu kebanggaan. Hakikatnya cara berpakaian tersebut bukan saja melanggar syariat tetapi juga nilai murni masyarakat. Siapa perlu dipersalahkan? Remaja yang memakai? Ibu bapa yang tak melarang? Atau pereka fesyen dan pihak berwajib yang benarkan pakaian tersebut dipasarkan?

Peranan lelaki sebagai pelindung
- Wanita sinonim sebagai makhluk yang lembut. Dalam satu hadis, lelaki disuruh untuk membentuk wanita dengan penuh hikmah kerana lelaki sepatutnya berperanan sebagai pelindung tetapi kebelakangan ini, ramai lelaki yang lebih suka mengambil kesempatan. Betul ada pepatah: bangkai dah di depan mata; masakan harimau tak merasa! Persoalannya; kenapa perlu jadi harimau?
- Jika kaum lelaki mempunyai iman yang kuat; selicik mana pun kaum wanita atau para remaja, mereka takkan tergoda dan menodai si gadis. Ingat!! Antara kaum yang mendapat perlindungan di mahsyar nanti ialah lelaki yang menolak ajakan kaum wanita untuk berzina.

Kesimpulannya; tak adil jika hanya remaja bermasalah ini disalahkan 100% kerana ada pihak lain yang turut mendorong ke arah meliarkan mereka ini. Jika setiap pihak melaksanakan peranan masing-masing, remaja takkan hilang harga diri, insyaAllah!

**** Perbincangan ini disiarkan melalui ruangan Cermin Diri akbar Kosmo! bertarikh 29hb Oktober 2010.

#### CEPAT! Sertai Kelab Eksekutif Bina Bahagia , Bengkel Menggilap Permata dan Santai Ilmiah.

22 November 2010

Rayuan buat kaum wanita


Saya terima mesej yg dipanjangkan ke peti emel sy. Luahan hati seorang lelaki khusus buat wanita yg sengaja dedahkan aurat. Hayatilah!!
------------------------

Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni orang lelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...

Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...

Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orang warakk.. aku bukan orang alim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan.. [/box]
----------------------------------------------

Sama-sama kita hayati, maksud firman Allah dlm surah an-Nur ayat 31: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
***Sertai Kelab Eksekutif Bina Bahagia dan nikmati pelbagai keistimewaan.

21 November 2010

Jawatan Kosong: Pengurus Peribadi

Saya mencari WANITA yang berminat untuk menjadi Pengurus Peribadi saya, berkuatkuasa Januari 2011.

Saya perlukan WANITA:
- berusia 25-35 tahun
- bujang/ ibu tunggal/ janda tanpa anak
- istiqamah dalam solat
- berpakaian menutup aurat
- pandai mengaji al-Quran
- rajin dan cergas
- bijak berkomunikasi
- mempunyai lesen memandu dan aktif
- TAK PERLU SIJIL PENGAJIAN (bimbingan akan diberikan dari masa ke semasa)

Gaji ditawarkan RM700 + elaun dan bonus berkaitan. Kenaikan gaji berdasarkan prestasi. Tempat tinggal dan makan minum disediakan.

Sesiapa yang berminat, sila emelkan maklumat peribadi anda ke binabahagia@gmail.com. Hanya yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga di Bandar Laguna Merbok, Sg Petani pada 26hb Disember 2010.

19 November 2010

Bersemuka di KL 24-27 November

InsyaAllah, saya akan terima temujanji bersemuka di KL Sentral, Kuala Lumpur mulai 24hb hingga 27hb November.

Bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka dengan saya, boleh tetapkan temujanji. Untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM50 dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan antara RM10 hingga RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka ini, kos adalah antara RM50 hingga RM100 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).

Bagi yang berminat, sila bank in RM50 ke akaun Maybank 162209924697 atas nama Suhaiza Ghazali dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka bersama saya pada tarikh tersebut. (Talian beroperasi pada waktu pejabat sahaja). Terima kasih!!

*** Bermula Januari 2011, setiap khidmat konsultansi sama ada bersemuka, melalui telefon atau chatting YM akan dikenakan caj baru. Info klik Khidmat konsultansi terkini .

Khidmat konsultansi terkini

InsyaAllah, bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan rundingcara daripada saya boleh menggunakan tiga cara iaitu:
1. jumpa bersemuka
2. perbualan telefon
3. chatting menggunakan Yahoo Messenger

JUMPA BERSEMUKA
- di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah; dan KL Sentral, Kuala Lumpur.
- bermula Januari 2011, saya terima temujanji bersemuka di KL setiap Rabu hingga Sabtu minggu kedua dan keempat (jadual tepat akan diumumkan)
- selama satu jam tiga puluh minit bagi setiap sesi

Untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM70 (bagi Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia ) atau RM100 bagi bukan ahli; dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan antara RM10 hingga RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka, kos adalah antara RM120 hingga RM150 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).

Sila bank in ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh dan No. Ahli (jika ada) anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka. Temujanji anda akan ditetapkan berdasarkan kekosongan jadual yang terdekat.

PERBUALAN TELEFON
- enam hari seminggu iaitu Isnin hingga Sabtu mengikut jadual yang ditetapkan (berjalan serentak dengan jadual temujanji bersemuka). Atas permintaan, saya sedia terima temujanji menerusi perbualan telefon pada sebelah malam bermula jam 10.30pm.

Bagi temujanji menerusi perbualan telefon, kos perkhidmatan ialah RM50 (bagi Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia ) atau RM65 bagi bukan ahli dan anda boleh berkongsi kisah dengan saya selama 60 minit.

Sila bank in ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh dan No. Ahli (jika ada) ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji menerusi panggilan telefon.

Temujanji anda akan ditetapkan berdasarkan kekosongan jadual yang terdekat dan anda akan diberikan nombor telefon untuk anda hubungi saya pada masa yang ditetapkan. Tolong maklumkan nombor yang akan anda gunakan untuk hubungi saya nanti. Nombor lain selain daripada yang diberikan, tidak akan dilayan.

CHATTING TRU YAHOO MESSENGER
- enam hari seminggu iaitu Isnin hingga Sabtu mengikut jadual yang ditetapkan (berjalan serentak dengan jadual temujanji bersemuka, panggilan telefon dan ada jadual khusus pada sebelah malam bermula 10.30pm)

Bagi temujanji menerusi menerusi khidmat Yahoo Messenger, kos perkhidmatan ialah kos perkhidmatan ialah RM80 (bagi Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia ) atau RM100 bagi bukan ahli dan anda boleh chatting dengan saya selama 2 jam.

Sila bank in ke akaun Bank Islam 120650 10035871 atas nama Bina Bahagia Services kemudian SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh dan No. Ahli (jika ada) ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji menerusi menerusi khidmat Yahoo Messenger.

Sertakan sekali ID (alamat) Yahoo Messenger anda. Temujanji anda akan ditetapkan berdasarkan kekosongan jadual yang terdekat.

PERINGATAN PENTING!!! Jika anda tidak dapat tunaikan temujanji yang telah ditetapkan, mohon kerjasama untuk maklumkan kepada PA saya, SMS ke talian 013-2545965 selewat-lewatnya dua jam sebelum jadual yang telah ditetapkan. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan anda dikenakan penalti RM30.

Untuk makluman, saya tidak akan batalkan temujanji yang telah anda tangguhkan maka saya terpaksa tetapkan penalti ini bagi mengelakkan tangguhan saat-saat akhir disebabkan tangguhan anda tersebut mengganggu jadual saya dan orang lain. (Hanya tangguhan atas sebab kecemasan sahaja dibenarkan dan tidak akan dikenakan penalti- maklumkan kpd PA saya butiran kecemasan anda itu)

Saya juga akan gunakan kaedah yang sama, memaklumkan tangguhan kepada anda selewatnya dua jam sebelum temujanji, jika terdapat perkara yang tak dapat dielakkan yang menghalang temujanji daripada dilaksanakan. Terima kasih di atas segala kerjasama.

10 November 2010

Hantaran tak selesai jadi hutang perlu dibayar

Hakikat Hantaran

Hantaran bukan mas kahwin. Mas kahwin ketetapan syariat dan wajib dibayar sementara hantaran adalah ketetapan adat yang menjadi budaya turun temurun. Hantaran terbahagi dua bentuk; wang tunai dan barangan.

Secara mudah hantaran merupakan hadiah pemberian suami atau isteri kepada pasangannya sebagai tanda persetujuan dan kegembiraan untuk hidup bersama. Kebiasaannya sebahagian daripada hantaran ini akan diberikan pada hari pertunangan dan sebahagian lagi akan diberikan pada hari akad nikah dijalankan. Barangan hantaran inilah yang ditetapkan mesti dipulangkan semula sama ada dalam bentuk asal atau nilaiannya sekiranya berlaku pemungkiran pertunangan iaitu pertunangan diputuskan dan perkahwinan dibatalkan.

Hantaran bukan wajib tetapi tidak haram diadakan. Malah ketetapan adat ini diterima pakai sebagai satu kewajipan bukan saja sebagai tanda menerima pasangan tetapi juga sebagai permulaan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Biar suami isteri saling menghargai. Hantaran tak perlu mahal; sudah nama pun sebagai hadiah, biarlah jumlah hantaran di dalam kemampuan pihak terlibat. Jika untuk melunaskan hantaran memaksa pihak-pihak terlibat berhutang sana sini; pasti lebih sukar dan payah untuk meneruskan kehidupan selepas bergelar suami isteri sedang hakikatnya kehidupan sebenar suami isteri bermula selepas sah ijab dan qabul.

Saya bukan menolak amalan masyarakat hari ini tetapi saya sekadar berusaha menjelaskan satu kebenaran yang telah dipinggirkan. Ramai ahli masyarakat kini yang berbangga bila hantaran anaknya tinggi tanpa pedulikan cara yang digunakan oleh bakal menantu untuk memenuhi kehendak tersebut. Disebabkan kita hari ni lebih cenderung mengikuti lenggok langkah masyarakat sekitar, kesannya ditanggung oleh raja yang hanya sehari itu di belakang hari. Pengalaman saya mengendalikan kes rumahtangga; daripada 10 kes; 4-5 kes perkahwinan berakhir sebelum hutang hantaran (kepada bank atau individu) berjaya diselesaikan. Bukan pelik sebab pasangan ini memasuki alam rumahtangga dengan masalah kewangan (hutang untuk memenuhi tuntutan hantaran) dan semua maklum; masalah kewangan adalah pemangkin kepada masalah-masalah perkahwinan lainnya. Apakah ini yang ibu bapa inginkan?

PENTING! Jika hantaran telah disepakati oleh kedua-dua pihak tetapi ada pihak yang engkar atau gagal menyelesaikan jumlah yang telah dipersetujui tersebut hingga perkahwinan berakhir; pihak yang satu lagi berhak menuntut agar jumlah yang belum dilunaskan tersebut dibayar oleh pihak yang masih berhutang. Ya! Hantaran yang telah disepakati tetapi tidak dipenuhi boleh menjadi hutang yang perlu dibayar.

Mengikut Syarak:
Hantaran yang disepakati bermaksud telah wujud satu perjanjian antara kedua-dua pihak. Islam menetapkan setiap janji yang tidak berlawanan dengan syarak perlu dipenuhi. Janji hantaran tidak termasuk perkara berlawanan dengan syarak. Alasan tak mampu? Kalau tahu diri tak mampu; jangan setuju dengan hantaran ditetapkan. Biarpun hantaran adalah hadiah tetapi ia adalah hadiah yang dipersetujui bersama dan menjadi satu janji yang perlu dilaksana. Islam menghina individu yang sengaja enggan menunaikan janji. Individu yang tidak menunaikan janji dikategorikan sebagai seorang munafik. Bila janji disepakati; hantaran ini menjadi perkara yang perlu dilaksanakan dan Islam tentukan jika tidak dilaksanakan; hantaran itu menjadi hutang. Hutang perlu dibayar.

Mengikut Peruntukan Undang-undang di Mahkamah Syariah:
Undang-undang yang digunapakai di Mahkamah Syariah memperuntukkan hantaran yang tidak dijelaskan boleh menjadi hutang yang boleh dituntut oleh pihak yang belum menerima hantaran yang telah dipersetujui dan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan tuntutan hutang hantaran ini.

Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah memperuntukan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah untuk membicarakan perkara yang berkaitan dengan perhubungan suami dan isteri. Menerusi Arahan Amalan di Mahkamah Syariah; Kod Tambahan Kes (49) memperuntukkan perkara berkaitan ganti rugi perkahwinan dan hutang dalam perkahwinan. Hantaran yang tidak dijelaskan termasuk dalam kategori hutang dalam perkahwinan dan pihak yang masih belum menerima haknya di dalam hantaran yang telah dipersetujui, boleh menuntut di Mahkamah Syariah agar hutang hantaran tersebut dijelaskan.

Jika kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya...

**** Perbincangan ini disiarkan melalui ruangan Cermin Diri akbar Kosmo! bertarikh 15hb Oktober 2010.

09 November 2010

Santai Ilmiah bersama Suzana Ghazali

Jangan lepaskan peluang untuk sertai program SANTAI ILMIAH Bersama Suzana Ghazali anjuran Bina Bahagia Services sepanjang 2011, bakal membincangkan pelbagai topik menarik selama setengah hari dalam suasana santai, bersahaja tapi penuh informasi melalui siri ceramah dan simulasi kes. Topik-topik perbincangan adalah seperti berikut:

8hb Januari: Santai Ilmiah 1
Nikah Sindiket vs Nikah Sempadan

- Perkahwinan bukan mainan. Hubungan tidak sah menurut syarak jadikan zuriat anda sebagai anak tak sah taraf. Ketahui cara untuk bersatu sebagai suami isteri biar hubungan terlarang tanpa perlu nikah di sempadan. Jika terlibat; pastikan sah mengikut syarak dan ada cara agar perkahwinan diiktiraf undang-undang Malaysia

19hb Februari: Santai Ilmiah 2
Jodoh bukan hanya ketentuan

- Hubungan terlarang? Jarak usia? Bercinta dengan suami orang? Temui cinta baru selepas perkahwinan? Setiap masalah ada penyelesaian, insyaAllah!

19hb Mac: Santai Ilmiah 3
Poligami – Musibah vs Hikmah
- Poligami syariat Allah, pasti ada hikmah; malah boleh jadi musibah. Ketahui cara jadikan poligami hikmah dan atasilah bila poligami jadi musibah.

16hb April: Santai Ilmiah 4
Jika suami abaikan nafkah
- Suami bertanggungjawab sediakan segala keperluan isteri dan anak. Jangan panik bila suami enggan atau degil. Kaedah psikologi dan undang2 boleh membantu.

14hb Mei: Santai Ilmiah 5
Siapa kata wanita tak punya kuasa talak?
- Talak sinonim dengan lelaki tetapi wanita juga punyai hak untuk keluar daripada perkahwinan yang hanya mendukacitakan.

11hb Jun: Santai Ilmiah 6
Hak Jagaan Anak: Ibu lebih berhak bila....
- Setiap ibu sayangkan anak, begitu juga bapa. Bila berlaku perceraian, anak turut terpisah tapi bukan halangan berkasih sayang biar ibu lebih berhak tapi ada syaratnya.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program Santai Ilmiah ini, bolehlah daftarkan diri sebagai peserta; terhad kepada 35 peserta sahaja bagi setiap siri. Program Santai Ilmiah akan diadakan di Dewan Kuliah Masjid Negara. Yuran penyertaan bagi setiap siri ialah RM55 bagi Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia dan RM75 bagi bukan Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia.

Bagi pengesahan pendaftaran, hanya sertakan bayaran RM30 sahaja (tidak akan dikembalikan tetapi boleh digantikan dengan peserta lain) dan baki yuran dijelaskan pada hari program.

Bayaran yuran boleh dibuat atas nama Bina Bahagia Services, akaun Bank Islam 120650 10035871, kemudian emelkan ke binabahagia@gmail.com; nyatakan nama penuh anda, no. kad pengenalan, no.ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia (jika ada), alamat surat-menyurat, nombor telefon bimbit dan nyatakan bukti bayaran RM30 untuk pendaftaran Santai ilmiah (nyatakan siri).

Bukti bayaran yang perlu disertakan sama ada:
1. Nombor rujukan tika transaksi atau nyatakan tarikh dan masa transaksi dibuat (nyatakan akaun pilihan anda), atau;
2. lampirkan resit bayaran (diimbas) atau ‘print screen’ resit bayaran tersebut.

Pengesahan pendaftaran akan diberikan oleh pihak kami melalui SMS dan kiriman surat rasmi (perlu dibawa pada hari program).

Jika masih ada persoalan, boleh hubungi 013-2545965. Terima kasih atas kerjasama!!

***Program bagi bulan Julai hingga Disember akan diumumkan selewatnya April 2011.

Berbeza tapi serasi

Bersama saya menerusi Selamat Pagi Malaysia bincangkan topik BERBEZA TAPI SERASI pada hari Khamis, 11hb November jam 7.30am di TV1.

Usai sesi temujanji bersemuka di KL untuk siri pertama bagi bulan November. Saya akan adakan temujanji bersemuka dengan klien di KL semula mulai 24hb November hingga 27hb November.

Bagi bulan Disember, jadual temujanji bersemuka di KL adalah seperti berikut:
- 1hb Disember hingga 3hb Disember;
- 8hb Disember hingga 11hb Disember; dan,
- 15hb Disember hingga 18hb Disember sahaja.

Bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka dengan saya, boleh tetapkan temujanji.Untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM50 dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan antara RM10 hingga RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka ini, kos adalah antara RM50 hingga RM100 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).

Bagi yang berminat, sila bank in RM50 ke akaun Maybank 162209924697 atas nama Suhaiza Ghazali dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka bersama saya pada tarikh tersebut. (Talian beroperasi pada waktu pejabat sahaja).

Untuk makluman, caj khidmat konsultansi berbeza untuk sesi pada tahun 2011. Saya akan umumkan nanti Terima kasih!!

08 November 2010

Bengkel Menggilap Permata

Sebagai sinambungan daripada Kem Waja: Genggam Bara Jadi Permata yang diadakan pada Mei 2009, Bina Bahagia Services bakal menganjurkan program Bengkel Menggilap Permata iaitu bengkel khusus untuk mengajar kaum wanita mengenai perniagaan online dari rumah. Bengkel juga menyediakan kelas dekorasi kek, kelas jahitan manik, kelas solekan dan andaman pengantin serta info peluang modal niaga untuk jana pendapatan keluarga dan tidak ketinggalan satu slot motivasi bertajuk HAKIKAT PERMATA.

Bengkel akan diadakan:
pada - 22hb Januari 2011
bertempat - di Dewan Besar, Masjid Negara, Kuala Lumpur
mulai - jam 8.00am hingga 6.30pm

Agenda program:
08.00am - Pengesahan pendaftaran peserta
08.30am - Bacaan Doa al-Mathurat
09.00am - Ceramah Motivasi: HAKIKAT PERMATA
10.00am - Rehat dan Minum Pagi
10.30am - Asas Membina Blog Niaga
11.30am - Bengkel Dekorasi Kek + Jahitan Manik + Solekan dan Andaman 1
01.00pm - Rehat + Makan Tengahari + Solat Zohor
02.00pm - Bengkel Dekorasi Kek + Jahitan Manik + Solekan dan Andaman 2
03.30pm - Bengkel Dekorasi Kek + Jahitan Manik + Solekan dan Andaman 3
05.00pm - Minum petang + Solat Asar
05.30pm - Info Modal Niaga
06.30pm - Bersurai.

Peserta terhad kepada 60 peserta sahaja (akan dibahagikan kepada tiga kumpulan bengkel). Yuran penyertaan berjumlah RM125 (ahli Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia) dan RM180 (bagi bukan ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia).

Bagi pengesahan pendaftaran, hanya sertakan bayaran RM80 sahaja (tidak akan dikembalikan tetapi boleh digantikan dengan peserta lain) dan baki yuran dijelaskan pada hari program.

Bayaran yuran boleh dibuat atas nama Bina Bahagia Services, akaun Bank Islam 120650 10035 871; kemudian emelkan ke binabahagia@gmail.com; nyatakan nama penuh anda, no. kad pengenalan, no.ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia (jika ada), alamat surat-menyurat, nombor telefon bimbit dan nyatakan bukti bayaran RM80 untuk pendaftaran Bengkel Menggilap Permata.

Bukti bayaran yang perlu disertakan sama ada:
1. Nombor rujukan tika transaksi atau nyatakan tarikh dan masa transaksi dibuat (nyatakan akaun pilihan anda), atau;
2. lampirkan resit bayaran (diimbas) atau ‘print screen’ resit bayaran tersebut

Pengesahan pendaftaran akan diberikan oleh pihak kami melalui SMS dan kiriman surat rasmi (perlu dibawa pada hari program).

PERHATIAN!! Bagi peserta di luar Kuala Lumpur atau Selangor; jika inginkan penginapan, kami akan usahakan untuk anda dengan bayaran daripada pihak anda sendiri. (murah dan selesa, insyaAllah)

Jika masih ada persoalan, boleh hubungi 013-2545965. Terima kasih atas kerjasama!!

07 November 2010

Kelab Eksekutif Bina Bahagia

Bagi menghargai sokongan semua, Bina Bahagia Services melancarkan KELAB EKSEKUTIF BINA BAHAGIA; terbuka untuk lelaki dan wanita; dan nikmati pelbagai keistimewaan!

Yuran Ahli: RM100 untuk seumur hidup
- Anda akan menerima KIT BINA BAHAGIA mengandungi kad keahlian, jadual program bagi tahun 2011 dan naskah himpunan ayat-ayat motivasi daripada Puan Suzana Ghazali.

Keistimewaan sebagai Ahli:
- Menerima satu sesi temujanji bersemuka PERCUMA; atau
- Menerima dua sesi temujanji melalui telefon PERCUMA
- Diskaun 20% bagi sesi temujanji bersemuka atau chatting Yahoo Messenger
- Diskaun 25% bagi setiap program Santai Ilmiah (ceramah dan simulasi kes- separuh hari) anjuran Bina Bahagia Services
- Diskaun 30% bagi setiap program bengkel atau kem (program sehari atau lebih) anjuran Bina Bahagia Services
- Menerima bulletin Bina Bahagia mengandungi berita terkini dan artikel menarik tulisan Puan Suzana Ghazali, setiap 3 bulan (4x setahun)

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia ini, boleh emelkan kepada binabahagia@gmail.com untuk mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut untuk pendaftaran.

PENTING!!! Sempena ulangtahun kelahiran saya yg ke36 pada awal Disember nanti, potongan RM36 akan diberikan kepada 36 penyertaan yg pertama.

Program Menarik 2011

Jangan lepaskan peluang untuk sertai pelbagai program menarik anjuran Bina Bahagia Services sepanjang 2011. Berikut jadual program mulai Januari 2011 hingga Jun 2011. Jadual program seterusnya akan dikemaskini selewatnya April 2011. Klik pada program untuk maklumat lanjut.

Januari:
8hb:
Santai Ilmiah 1: - Nikah Sindiket vs Nikah Sempadan
- Perkahwinan bukan mainan. Hubungan tidak sah menurut syarak jadikan zuriat anda sebagai anak tak sah taraf. Ketahui cara untuk bersatu sebagai suami isteri biar hubungan terlarang tanpa perlu nikah di sempadan.

22hb: Bengkel Menggilap Permata
- bengkel perniagaan online dari rumah, kelas dekorasi kek, kelas jahitan manik, kelas solekan dan andaman pengantin serta peluang modal niaga untuk jana pendapatan keluarga.

------------------------------------------

Februari:
12hb:
Kem Akad Nikah Perjanjian Bahagia
- khusus untuk pasangan suami isteri dan mereka yang bakal mendirikan perkahwinan. Ketahui nikmat dan cabaran hidup berumahtangga serta tips juga panduan untuk kekal bahagia hingga akhir hayat.

19hb:
Santai Ilmiah 2: - Jodoh bukan hanya ketentuan
- Hubungan terlarang? Jarak usia? Bercinta dengan suami orang? Temui cinta baru selepas perkahwinan? Setiap masalah ada penyelesaian, insyaAllah!

------------------------------------------

Mac:

5hb: Bengkel Perkasa Minda
- bengkel motivasi khusus untuk wanita yang inginkan suntikan semangat selepas hadapi trauma ujian hidup atau ujian rumahtangga. Juga panduan untuk teruskan hidup dengan lebih semangat dan ceria.

19hb: Santai Ilmiah 3: - Poligami – Musibah vs Hikmah
- Poligami syariat Allah, pasti ada hikmah; malah boleh jadi musibah. Ketahui cara jadikan poligami hikmah dan atasilah bila poligami jadi musibah.

------------------------------------------

April:
16hb:
Santai Ilmiah 4: - Jika suami abaikan nafkah
- Suami bertanggungjawab sediakan segala keperluan isteri dan anak. Jangan panik bila suami enggan atau degil. Kaedah psikologi dan undang2 boleh membantu.

------------------------------------------

Mei:
14hb:
Santai Ilmiah 5: - Siapa kata wanita tak punya kuasa talak - Talak sinonim dengan lelaki tetapi wanita juga punyai hak untuk keluar daripada perkahwinan yang hanya mendukacitakan.

28hb: Kem Ibu Bapa Mithali
- Anak adalah amanah. Anak perlu dipelihara, dididik dan dibimbing, bukan diternak. Kegagalan membentuk keperibadian anak memberi natijah besar kepada ibu bapa. Penuhi dada dengan ilmu keibubapaan menurut Syariat.

------------------------------------------

Jun:
11hb:
Santai Ilmiah 6: - Jagaan Anak: Ibu lebih berhak bila... - Setiap ibu sayangkan anak, begitu juga bapa. Bila berlaku perceraian, anak turut terpisah tapi bukan halangan berkasih sayang biar ibu lebih berhak tapi ada syaratnya.

25hb: Bengkel Pembuktian Kes Takliq dan Fasakh II
- Jadilah Peguam Syarie bagi mewakili diri anda sendiri. Dapatkan info untuk memfailkan serta membuktikan kes, juga info berkaitan prosedur di Mahkamah Syariah.

------------------------------------------
**Santai Ilmiah- ceramah dan simulasi kes (program separuh hari)
***Bengkel atau Kem – program sehari atau lebih.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 013-2545965.

04 November 2010

Jangan niat tak nak kahwin


Menjawab komen seorang rakan FB, boleh tak kalau tak kawin? - saya kemukakan petikan buku BUATMU WANITA- moga bermanfaat!

Setiap individu mempunyai tahap kelayakan yang berbeza untuk memasuki gerbang perkahwinan. Namun, bukan bererti kerisauan anda untuk menentukan kelayakan anda atau bakal pasangan anda membenarkan anda memegang prinsip ‘enggan berkahwin’. Saya pernah menerima pengakuan daripada beberapa gadis yang enggan berkahwin semata-mata bimbang disia-siakan.

Saya faham kerisauan anda. Saya sendiri pernah di’labelkan’ enggan berkahwin satu ketika dahulu semata-mata lambat bertemu jodoh. Dalam keadaan diri yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah rumahtangga, Mak dan Bapa saya pernah ditegur kerana gagal mengubah pendirian saya. Namun, tika itu tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya untuk enggan berkahwin. Biarpun setiap hari saya berhadapan dengan pelbagai masalah namun saya masih yakin dan percaya, setiap insan mempunyai nikmat dan ujian hidupnya yang tersendiri. Jika ada jodoh, saya akan berkahwin juga nanti dan saya tidak pernah menetapkan untuk tidak berkahwin.

Perlu diingat, berkahwin adalah sunnah Rasulullah SAW malah sunnah Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW. Perkahwinan juga adalah fitrah yang sesuai dengan naluri manusia. Mereka yang tidak mahu berkahwin atau enggan berkahwin bermaksud mereka telah mensia-siakan nikmat hidup di dunia yang telah disediakan oleh Allah SWT.

Di dalam Islam, berkahwin merupakan suatu perkara yang digalakkan kerana dengan perkahwinan itu akan berkembang biak umat Nabi Muhammad SAW. Baginda Rasulullah SAW bangga dan bergembira dengan umatnya yang ramai. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan daripada Saad bin Abi Waqqas : "Berkahwinlah kamu maka sesungguhnya aku di hari qiamat kelak akan bergembira dengan sebab banyak ummahku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang Nasrani bertapa - hidup membujang".

Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik, katanya: Tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah SAW menanyakan tentang ibadat yang dikerjakan oleh Baginda. Setelah tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan daripada isteri-isteri Baginda, mereka merasa bahawa ibadat mereka itu bila dibandingkan dengan ibadat Rasullah SAW adalah terlalu sedikit dan sangat-sangat kurang.

Mereka berkata sesama mereka: "Bagaimana ibadat kita? Padahal Baginda adalah orang yang maksum (tidak sedikit pun mempunyai dosa) dan Allah SWT telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang?.”

"Maka seorang daripada mereka itu berkata: "Aku akan sembahyang tahajjud setiap malam." Seorang yang lain berkata: "Aku akan berpuasa sepanjang tahun dan tidak akan berbuka." Seorang yang lain lagi berkata: "Aku akan mengasingkan diri daripada orang perempuan dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang).

Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku). – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Jelas sekali, sesiapa yang berniat enggan atau engkar untuk berkahwin seumur hidupnya sedangkan dia mampu menurut syarak bermaksud mereka telah mengharamkan perkara yang halal ke atas diri mereka dan mereka ini adalah juga orang yang menentang hukum Allah dan sunnah Rasul-Nya.

Dalam masalah ini, at-Tabari berkata: "Sahabat Rasulullah SAW bernama Uthman bin Mazun mengharamkan ke atas dirinya seorang perempuan, benda-benda yang baik dan semua benda yang sedap dan lazat.”

Dengan pengharaman tersebut, Allah SWT menurunkan firman-Nya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” - Surah al-Maidah:87

Ibnu Abbas pernah meriwayatkan: Seorang lelaki mengadu dan bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai orang yang membujang (tidak berkahwin) selama-lamanya, katanya: " Bolehkah aku berkasi?" Baginda menjawab: “Tidak ada dalam agama kita orang yang berkasi.” – Hadis riwayat at-Tabrani.

Dalam masalah ini, Sa'ad bin Waqqas berkata: Rasulullah SAW telah melarang sahabatnya Uthman bin Mazun hidup membujang (tanpa berkahwin). Andainya baginda mengizinkan Uthman bin Mazun membujang (tanpa berkahwin), tentulah kita harus berkasi. – Hadis riwayat Bukhari.

Paparan nas-nas syarak ini adalah sebagai bukti dan dalil bahawa prinsip enggan berkahwin adalah satu pegangan yang salah di sisi syarak. Ada antara wanita malah lelaki juga yang pernah mengadu dengan saya, berkeinginan dan berhasrat untuk berkahwin tetapi merasakan diri masih belum bersedia sepenuhnya. Masih ada perkara yang perlu diselesaikan dahulu. Jika itu adalah pendirian anda, ia bukanlah termasuk dalam kategori enggan berkahwin. Lakukanlah perkara yang perlu dan dalam masa yang sama, cuba sediakan juga diri anda untuk berkahwin.

****Petikan Bab Siapa yang layak berkahwin? drpd buku BUATMU WANITA.

01 November 2010

Jadual Nov dan Dis 2010

Terdapat sedikit perubahan pada jadual temujanji bersemuka yang biasa saya adakan di KL sebelum ini.

Bagi bulan November, saya hanya akan bersemuka dengan klien DUA kali sahaja iaitu:
- mulai 8hb November hingga 11hb November; dan,
- mulai 24hb November hingga 27hb November.

Bagi bulan Disember, jadual temujanji bersemuka di KL adalah seperti berikut:
- 1hb Disember hingga 3hb Disember;
- 8hb Disember hingga 11hb Disember; dan,
- 15hb Disember hingga 18hb Disember sahaja.

Bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka dengan saya, boleh tetapkan temujanji.

Untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM50 dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan antara RM10 hingga RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka ini, kos adalah antara RM50 hingga RM100 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).

Bagi yang berminat, sila bank in RM50 ke akaun Maybank 162209924697 atas nama Suhaiza Ghazali dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka bersama saya pada tarikh tersebut. (Talian beroperasi pada waktu pejabat sahaja).

Terima kasih!!