30 Jun 2008

Jangan pendam luka perasaan

Malam tadi, sambil melayan anak-anak bermain, saya sempat melayan satu cereka di TV9. Saya tak pasti apa tajuknya tetapi ada satu babak yang membuatkan saya berminat nak tau apa kesudahannya. Cereka tersebut berakhir dengan si gadis bernama Ana berubah watak menjadi gila dan terpenjara, sama seperti yang saya jangka.

Saya bukan penilai drama, saya juga bukan penulis skrip cereka. Namun, cereka tersebut memberikan satu pengajaran yang jelas: "Jangan pendam luka perasaan anda sendirian. Luahkannya kepada seseorang yang boleh anda percayai. Berhati-hati juga dalam berkorban. Ada tika dan masanya anda perlu fikirkan diri sendiri juga dan bukan orang lain semata-mata walaupun orang itu adalah ahli keluarga anda."

Mengambil teladan daripada kisah Ana; Dia adalah gadis kampung yang tinggal bersama ibu dan kakaknya. Si kakak membawa diri ke bandar setelah malu kerana menolak pinangan seorang pemuda baik di kampung. Ana pula beperwatakan sedikit pendiam dan suka menyimpan perasaan. Ana sanggup menuruti kehendak ibunya agar berkahwin dengan pilihan ibunya semata-mata kerana si ibu tidak sanggup lagi menjadi bahan bualan orang kampung apabila mempunyai dua anak dara tua yang selalu menolak pinangan. Ana tidak bahagia namun semuanya dipendamkan sendirian dan akhirnya Ana menjadi gila dan dipenjarakan kerana mencederakan kakaknya.

Mungkin ada yang beranggapan, itu hanya kisah drama. Ya, saya akui tetapi kisah-kisah sebegini telah wujud di dunia nyata. Ingat lagi dengan kisah ibu yang menjerut leher anak-anaknya dengan wayar sterika? Ada ibu yang memberi anak-anaknya minum peluntur sebelum dia sendiri akhirnya membunuh diri? Macam-macam kisah lagi yang jika diselidiki, ianya berpunca daripada kemurungan berpanjangan yang puncanya dicetuskan oleh suami dan insan lain sekeliling. Mengikut logik akal, takkan ada ibu yang sanggup mencederakan anaknya sendiri tetapi perlakuan melanggar kewarasan akal tersebut boleh berlaku apabila fikiran dan minda tidak mampu dikawal lagi gara-gara kerunsingan, keserabutan dan tekanan yang melampau.

Kenapa? Apabila fikiran tidak tenang, serabut dan tertekan, tika inilah syaitan akan cuba menguasai. Bukan saja syaitan malah nafsu yang ada di dalam diri kita juga akan cuba mengawal. Ramai yang tak tau, di dalam diri kita telah dimasukkan nafsu (bukan nafsu seksual yer) yang amat jahat bahkan lebih jahat daripada syaitan.

Syaitan hanya enggan tunduk kepada Nabi Adam apabila merasakan diri lebih hebat kerana dijadikan daripada api sebaliknya Adam hanya dicipta daripada tanah. Nafsu pula lebih berani apabila enggan mengakui Allah itu penciptanya. Setelah dihumban beberapa kali ke dasar api neraka, barulah nafsu mengakui bahawa Allah itu Tuhan dan penciptanya. Nafsu itulah yang Allah masukkan ke dalam diri kita. Bersama dengan itu, Allah kurniakan pula nikmat iman untuk kita mengawal nafsu tersebut.

Iman bererti antaranya kita percaya kepada-Nya, bersyukur dengan segala kehendak-Nya. Namun, bersyukur bukan bereti kita berserah semata-mata dengan segala takdir-Nya. Bersyukur bermaksud kita berusaha mencari jalan keluar daripada segala ujian yang diberikan kepada kita. Jalan keluar takkan anda perolehi sekiranya anda menyimpan dan memendam segalanya sendirian. Bukan sahaja masalah tidak boleh diselesaikan malah anda akan menghadapi tekanan yang lebih.

Ya, betul! Hal suami isteri adalah rahsia dan tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Jangan pendek akal, rahsia camana pun masih ada rukhsah atau pengecualian. Hatta anda boleh ceritakan tentang kisah di atas katil anda sekiranya keadaan tersebut perlu dan yang penting, pastikan anda meluahkan kepada yang berhak, yang boleh anda percayai untuk membantu anda menyelesaikan masalah anda.

Luahkan segala masalah, bukan meluahkan kepenatan anda menghadapi masalah. Saya pernah menerima sms meminta saya hulurkan bantuan. Bantuan yang bagaimana perlu saya berikan jika anda tidak menjelaskan segalanya?

Saya merayu kepada semua wanita, luahkanlah masalah anda. Jangan dipendam, nanti akan menambahkan kekusutan. Carilah kekuatan yang tersembunyi di dalam diri, anda pasti mampu menghadapi segala ujian ini kerana anda adalah yang terpilih. Sesungguhnya Allah memberikan ujian kepada anda kerana Dia tahu, anda mampu hadapinya. Bukan berseorangan tetapi boleh berteman. Jika rasa sukar percayakan orang sekeliling anda, hubungilah saya. Anda juga boleh sertai kelab saya insyaAllah, kita akan sama-sama membantu anda hadapi segala permasalahan anda.

Yang penting, LUAHKAN DAN JANGAN PENDAM SENDIRIAN.

27 Jun 2008

Kuasa persekitaran

Terdapat beberapa klien yang berjumpa saya, menyoal kenapa saya adakan sesi temujanji di tempat awam? Ya! Saya jarang bertemu klien di pejabat. Kebanyakan sesi temujanji saya diadakan di restoran makanan segera atau beberapa tempat makan lainnya. Kecuali kes-kes terpencil contohnya melibatkan perjumpaan bersama suami isteri, akan saya adakan di pejabat.
Kenapa? Saya mempunyai sebab tersendiri ketika memilih untuk bertemu klien dengan cara tersebut. Anda tentu pernah dengar tentang faktor persekitaran yang boleh menyumbang kepada sesuatu keadaan atau keputusan. Ya! Saya memang nampak perbezaan yang jelas antara mengadakan sesi rundingcara di pejabat dan di tempat awam.

Tak perlu dinyatakan lagi, sememangnya mereka yang berjumpa dengan saya merupakan mereka yang memerlukan khidmat nasihat saya. Malangnya, ketika mempraktikkan sesi rundingcara di pejabat, sesi tersebut agak sukar mencapai matlamat. Saya hadkan sesi saya maksima dua jam. Bererti, dalam tempoh masa tersebutlah anda boleh luahkan segala isi hati anda dan saya akan berikan jalan dan ikhtiar untuk anda pertimbangkan.

Sesi menjadi sukar apabila ada di kalangan klien wanita (saya juga mempunyai klien lelaki-berjumpa di luar dapat elakkan fitnah) yang tidak mampu meluahkan isi hati sebaliknya sesi lebih kepada titisan air mata. Bila emosi anda tidak dapat dikawal, masalah sukar diselesaikan. Rentetan daripada itulah saya terfikir untuk mengadakan sesi rundingcara di tempat awam. Sebabnya, bukan saya dan anda sahaja yang ada tetapi saya dan anda dikelilingi orang lain juga.

Secara tidak langsung, anda sendiri akan mengawal perasaan anda. Anda akan dapat menahan tangis dan dapat meluahkan isi hati anda kepada saya dengan lebih mudah. Jangan bimbang orang lain mendengar masalah anda. Keadaan tersebut tidak akan berlaku sama sekali. Sebabnya, setiap individu yang pergi ke tempat awam tersebut mempunyai hasrat yang tersendiri. Malah, selalunya mereka berteman dan berbual sama seperti saya dan anda berbual. Memang tak sempat nak memasang telinga mendengar cerita anda.

Perbualan kita pula bukanlah perbualan menggunakan pembesar suara dan tak perlu risau sebab tidak ada siapa yang mengenali saya walaupun gambar saya terpapar di majalah MW. Ya! Gambar saya itu tidak sama dengan rupa sebenar saya. Itu gambar tiga tahun lepas, tika mengandungkan anak ketiga yang gugur awal Januari 2006. Masa tu, saya disolek hampir satu jam. Bila anda berjumpa saya, tiada solekan satu jam sebaliknya hanya ada kecantikan semulajadi ciptaan Allah hehehe :)

Bila anda dapat mengawal perasaan dan meluah rasa dengan baik, matlamat rundingcara akan tercapai. Anda tak rugi, masalah juga boleh diselesaikan insyaAllah.

Bukan di dalam sesi rundingcara sahaja sebaliknya persekitaran memberikan impak yang besar kepada kita semua. Persekitaran mampu mengubah sikap dan keperibadian kita. Saya masih ingat, ketika saya bekerja sekejap di sebuah syarikat multimedia, tika saya belum mempunyai lesen untuk berguam di mahkamah.

Polisi syarikat tidak menggalakkan pertuturan lisan sesama rakan sekerja sebaliknya menggunakan emel sahaja. Bayangkan, saya yang terkenal dengan mulut yang sentiasa kecoh, boleh menjadi pendiam. Hatta tika menjawab panggilan telefon daripada Mak, saya disangka sedang demam sebab suara berlainan daripada biasa, gara-gara jarang bercakap. Kerana tak sesuai dengan keadaan tersebut, saya mengundur diri dan kebetulan saya lulus ujian untuk berguam di mahkamah.

Ketika bersekolah dulu, ada seorang rakan saya yang amat pendiam. Memang jarang sangat nak dengar suaranya. Ditakdirkan, rakan saya itu ditukarkan tempat duduk bersebelahan dengan saya. Tak lama, rakan saya itu mula menjadi peramah hingga mengejutkan guru-guru. Hehehe berjaya jugak saya mempengaruhinya tapi pengaruh yang baik, tak salah kan?!

Sebab itulah kita selalu diingatkan agar berhati-hati dalam memilih kawan. Dalam kehidupan kini, bukan sahaja perlu berhati-hati dalam memilih kawan sebaliknya kita juga perlu berhati-hati di dalam memilih persekitaran kerja dan kediaman.

Pastikan juga anak-anak anda dibesarkan dalam persekitaran yang baik. Hayatilah rangkap-rangkap hikmah berikut:

Jika anak anda hidup dalam kekasaran,
dia akan belajar melawan orang lain;

Jika anak anda hidup dalam kritikan,
dia akan belajar menyalahkan orang lain;

Jika anak anda hidup dalam ketakutan,
dia akan belajar jadi pengecut;

Jika anak anda hidup dalam iri hati,
dia akan belajar berasa bersalah;

Jika anak anda hidup dalam kesabaran,
dia akan belajar menjadi penyabar;

Jika anak anda hidup dalam galakan,
dia akan belajar menjadi yakin;

Jika anak anda hidup dalam pujian,
dia akan belajar menghargai;

Jika anak anda hidup dalam persetujuan,
dia akan belajar menyayangi diri sendiri;


Jika anak anda hidup dalam kejujuran,
dia akan belajar memahami kebenaran;

Jika anak anda hidup dalam keadilan,
dia akan belajar menjadi adil;
Jika anak anda hidup dalam keselamatan,
dia akan belajar menyayangi diri dan orang lain;

Jika anak anda hidup dalam kemesraan,
dia akan belajar untuk menyayangi masyarakat.





26 Jun 2008

Duit perlu tapi bukan duit segalanya

Saya kerap menerima emel tentang cara menambah pendapatan. Bukan pendapatan kecil-kecilan yang dijanjikan sebaliknya pendapatan lumayan dan yang ditekankan ialah pendapatan lumayan dengan usaha yang sedikit.

Terus terang, saya tidak percayakan semua itu. Bagi saya, tidak ada jalan mudah untuk berjaya termasuklah menambah pendapatan keluarga. Setiap individu perlu bekerja dan berusaha barulah anda akan memperoleh hasil yang setimpal.

Saya faham, ada yang telah pun berjaya dengan jalan tersebut. Persoalannya, berapa lama ianya bertahan? Apakah anda bahagia dengan pendapatan tersebut? Bahagia dengan kehidupan dunia sahaja tidak memadai kerana anda punya kehidupan abadi di akhirat.

Ingatlah! Duit memang satu keperluan tetapi bukan duit segalanya di dalam hidup kita. Saya masih ingat lagi dengan kempen KPWK satu masa dulu: balik terus ke rumah selepas waktu kerja. Terkini, rentetan daripada kenaikan harga minyak, dah ada kebenaran untuk pegawai awam melakukan kerja sambilan pula. Saya bukan membangkang tetapi sekadar satu peringatan untuk semua, walau apa pun yang anda lakukan, keluarga lebih perlu diberikan keutamaan.

Rancang masa dan segala kerja anda dengan baik. Apa guna anda punya wang berjuta andai anda hilang kasih sayang keluarga. Anak-anak, isteri malah ibu bapa mengharapkan perhatian dan kasih sayang anda, bukan duit semata. Memang betullah, tak boleh hidup dengan cinta dan kasih semata-mata, perlukan duit juga nak makan dan macam-macam lagi. Ambillah yang pertengahan, bersederhana dalam segala perkara.

Tapi ingat! Bersederhana bukan bererti mengurangkan keperluan ya!! Selalu berbincang dengan ahli keluarga agar mereka tahu dan memahami tanggungjawab anda. Fahamilah kewajipan masing-masing, insyaAllah rumahtangga akan tetap rukun dan damai.

24 Jun 2008

Raikan walau sekadar ucapan

Cepatnya masa berlalu, dah lebih dua bulan usia blog saya ni. Tanggal 18hb yang lalu, genap dua bulan usia blog saya ni. Alhamdulillah, saya masih mampu mengemaskinikan blog ini dan saya berdoa, kemampuan ini berterusan.

Teringat masa awal perkahwinan dulu, saban bulan saya akan raikan ulangbulan perkahwinan dengan adik-adik dan ipar saya yang tinggal bersama sebelum kami dikurniakan puteri sulung. Masa tu, acaranya adalah makan-makan kat luar. Selepas dikurniakan Ayuni Syafiqah, adik-adik dah tak tinggal bersama sebab pengajian dah tamat dan mula bekerja, acara ditukar dengan makan-makan di rumah sahaja dan saya akan masak makanan kegemaran masing-masing.

Sama juga dengan ulangtahun perkahwinan, tiada acara-acara hebat atau keraian yang meriah, sekadar ucapan dan makan bersama. Yang penting, tarikh penting tersebut diingati, diraikan walau sekadar dengan ucapan. Bukan sahaja ulangtahun perkahwinan tetapi ulangtahun kelahiran atau apa-apa khabar gembira, perlu diraikan bersama antara anda dan pasangan anda. Sebagai contoh, pasangan anda mendapat kenaikan pangkat, ucapkanlah tahniah! Kalau ulangtahun kelahiran pula, ucapkanlah doa-doa yang menggembirakan diri pasangan anda, jangan melukakan hatinya pula. Walau mungkin bergurau tetapi ada tikanya, hari-hari istimewa ini bukan masa yang sesuai untuk anda melafazkan kata-kata gurauan anda.

Kenapa perlu hari-hari atau berita istimewa ini diraikan? Ya! Sebagai satu tanda penghargaan. Betapa anda menghargai diri pasangan anda. Betapa anda gembira dengan kehadirannya di dalam hidup anda. Betapa anda berbangga dengan pencapaian dirinya. Percayalah, pasangan yang menerima ucapan tersebut juga akan mempunyai rasa yang sama: betapa dia dihargai, disayangi dan dikagumi. Kalau boleh, praktikkan untuk menjadi orang pertama meluahkan ucapan penghargaan tersebut. Kecualilah anda mempunyai agenda lain untuk 'suprise'kan pasangan anda. Tapi, tak salah untuk jadi yang pertama memberi ucapan walaupun ada acara lain yang dirancang.

Percayalah, menerima ucapan penghargaan daripada insan tersayang adalah satu perkara yang amat tinggi nilainya. Malangnya, kerap sangat saya menerima aduan daripada para isteri, bukannya suami tak berikan hadiah atau ucapan malah mula lupakan hari ulangtahun. Berhati-hatilah jika keadaan ini berlaku di dalam perkahwinan anda. Carilah punca dan jalan penyelesaiannya kerana detik bahagia tidak wajar dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa dikenang dan diraikan.

23 Jun 2008

Petikan Kosmo! 20hb Jun

Rentetan daripada pengumuman saya berkenaan terdapat huraian pendapat saya mengenai perlukah lelaki yang ingin berpoligami menghebahkan hasratnya kepada umum yang disiarkan di ruangan Famili, akhbar Kosmo! 20hb baru ni, ada beberapa emel yang saya terima, antaranya daripada ahli Kelab Bersama Suzana, meminta saya memasukkan huraian tersebut ke dalam blog ini.

Memenuhi permintaan, di sini saya masukkan huraian seperti yang disiarkan di akbar tersebut:

PADA saat ini, poligami semakin terbuka diamalkan oleh lelaki. Ini dibuktikan apabila kebelakangan ini, pihak media tempatan melaporkan soal perkahwinan yang melibatkan poligami. Bukan itu sahaja, gambar pengamal poligami bersama isteri-isterinya turut dipaparkan di media. Tampak jelas kebahagiaan terpancar pada wajah setiap isteri yang terlibat. Lebih-lebih lagi, wajah sang suami yang tentunya tersenyum lebar kerana berjaya mengurus kesemua isteri dengan baik.

Namun, tidak semua poligami berakhir dengan gembira dan bahagia. Hanya beberapa individu tertentu sahaja yang bertuah dapat menikmatinya.

Ini kerana apabila membincangkan soal poligami, ramai yang menuding jari ke arah pasangan masing-masing untuk saling tuduh menuduh terhadap punca masalah. Kata-kata seperti tidak sehaluan, perlukan kasih sayang yang lebih, layanan tidak semesra dahulu atau mempunyai kewangan kukuh menjadi antara faktor pendorong suami berkahwin lagi.

Namun, apakah perlu suami mencanangkan hal ini kepada umum semata-mata mahu berkahwin kali kedua, ketiga atau keempat?

“Perkahwinan sememangnya perlu dihebahkan dan diuar-uarkan kepada orang ramai. Namun, tidak perlulah ia disebarkan ke seluruh pelosok negara atau dunia. Memadai, berita gembira ini diumumkan kepada masyarakat umum yang berhampiran.”

“Tujuan hebahan adalah bagi mengelakkan fitnah dan agar masyarakat setempat tahu pasangan tersebut telah pun berkahwin secara sah.”

Begitulah penjelasan seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali apabila mengulas hal berkaitan poligami.

Menurutnya, berkahwin lebih daripada satu atau poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat mengelakkan manusia daripada melakukan zina atau memiliki perempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita.

“Namun begitu, poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab.”

“Dalam kes perkahwinan poligami, keadaan juga adalah serupa. Tetapi hasrat dan keinginan untuk berpoligami (masih dalam perancangan) sewajarnya tidak didedahkan kepada umum kerana hasrat tersebut masih belum mempunyai keputusan yang muktamad.”

“Permohonan untuk berpoligami boleh diterima dan boleh juga ditolak di pejabat agama.
Bagi permohonan yang diterima, alhamdulillah. Tetapi jika ditolak, ia boleh menimbulkan kesan buruk terutama kepada pemohon dan bakal pasangannya,” jelas Suzana.

Walaupun kemungkinan besar permohonan poligami akan diterima, namun kata Suzana, hasrat dan keinginan tersebut tetap tidak wajar dihebahkan berdasarkan alasan berikut:

Poligami bukan untuk dibanggakan
· Kebenaran berpoligami bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan oleh lelaki. Sebaliknya, poligami adalah satu tanggungjawab yang amat besar. Kegagalan melaksanakan poligami seperti yang disarankan oleh syarak boleh meletakkan seorang lelaki itu berdosa besar.
· Menurut Doktor Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988), poligami adalah perkara harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat.

Katanya, ia bukanlah satu perkara yang wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati, ia boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil sehingga mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri-isteri yang dikahwini.

Menimbulkan hasrat yang serupa kepada lelaki lain
· Hebahan hasrat seseorang lelaki untuk berpoligami boleh menimbulkan atau menyemarakkan hasrat yang sama kepada lelaki lain. Fitrah seorang lelaki pasti mempunyai kehendak untuk berpoligami sama ada pernah diluahkan atau terpendam. Bezanya tidak semua lelaki layak untuk berpoligami.
· Seorang lelaki yang ingin berpoligami perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:
Mampu menanggung nafkah isteri-isteri: Suami wajip menanggung nafkah isteri zahir dan batin, tidak kira sama ada dia mempunyai seorang isteri atau lebih. Nafkah zahir yang dimaksudkan di sini ialah dari aspek makan, minum, pakaian, kediaman dan perubatan. Nafkah batin pula ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks yang adil kepada semua isteri-isterinya.

Berlaku adil kepada isteri-isteri: Menurut Abu al-‘Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan ini wajib dijelmakan di dalam beberapa aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir.

Adil dalam menyediakan kediaman
Sebagaimana pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal isteri baik dalam keadaan monogami atau poligami. Apabila berpoligami, kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu inisiatif untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu isteri.

Pengasingan bergantung kepada kemampuan seseorang suami yang mana tidak semestinya disediakan sebuah rumah untuk setiap isteri, bahkan dibolehkan juga disediakan bilik-bilik berasingan dalam satu rumah yang sama.

Dari segi psikologi, menempatkan isteri-isteri dalam rumah yang sama akan memudahkan mereka berselisih faham yang boleh melukakan perasaan.

Adil dalam giliran bermalam
Suami wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil di antara isteri-isterinya tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri muda, isteri tua dan sebagainya. Suami berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain.

Di samping itu, keadilan dalam giliran malam ini masih juga relatif sifatnya dan perlu dinilai mengikut situasi seseorang isteri. Ia boleh dilonggarkan apabila ada kerelaan daripada mana-mana isteri tersebut.

Adil dalam musafir
Munurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara isteri-isteri sekiranya beliau menginginkan salah seorang daripada mereka menemaninya bermusafir.

Dengan ini, suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Berbeza keadaannya, jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri.

Bagaimanapun, mazhab Hanafi berbeza pandangan dalam hal ini dengan mengatakan suami tidak wajib membuat undian untuk memilih isteri yang menemaninya ketika musafir.

· Menurut peruntukan Undang-undang Keluarga Islam, seseorang hanya dibenarkan untuk berpoligami sekiranya:
o Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila.
o Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.
o Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak.
o Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.

Boleh menyebabkan pergaduhan
· Fitrah wanita ialah tidak dapat menerima perkongsian suami walaupun sejak kebelakangan ini terdapat beberapa kes yang mengenengahkan kepada umum isteri-isteri sedia ada menyokong permohonan suami. Sokongan bukan bererti kerelaan penuh kerana sudah pasti, ada sedikit rasa terluka apabila suami berhasrat ingin berpoligami.
· Dengan perasaan enggan berkongsi itulah, boleh menimbulkan pergaduhan antara suami isteri dan memberikan tekanan kepada kedua-dua pihak.
· Masyarakat sekeliling juga akan boleh berpandangan serong terhadap pemohon.

Berdasarkan alasan-alasan dan fakta-fakta diberikan ini maka tidak wajar seorang lelaki menghebahkan kepada umum tentang hasratnya untuk berpoligami. Dalam perkara ini, pihak media perlu memainkan peranan penting.

20 Jun 2008

Kosmo! Jangan bangga berpoligami

Dapatkan akhbar Kosmo! hari ini.

Di muka surat 26-27, ada huraian saya mengenai perlukah seorang lelaki yang ingin berpoligami menghebahkan hasratnya itu kepada umum?

Ketahui juga, siapakah yang layak untuk berpoligami? Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk berpoligami?

Moga memberikan manfaat kepada semua.

19 Jun 2008

Hakikat Perkahwinan

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana


Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
(Gah , suamiku seorang jutawan)

Tidak kurang merasakan
Bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan
(Wah, isteriku seorang celebrity)

Ramai juga yang merasakan
Bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan
(Wah, suamiku seorang negarawan)





Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Mencari yang benar mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu pada harta
Kalaulah bahagia itu pada nama
Kalaulah bahagia itu pada rupa
Kalaulah bahagia itu pada kuasa
Kenapa Charles dan Diana berpisah
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.


Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani

Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu
memberi ketenangan pada hati
Suami isteri sama-sama mengerti
Maksud tersemi takdir ilahi
Itulah zikir yg hakiki

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
"Suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi"
"Isteriku, kaulah permaisuri hati....."
Penyeri Islamku nanti
Muktamadlah akad sahlah nikah
Dengan nama Allah
Gerbang perkahwinanpun terserlah
Di atas tapak iman
Dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
"Isteriku, taatilah hukum Allah."
"Suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w."

Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah
Seninya kerana solat
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ....iman ,
Jalannya ....syariat, Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin
segala kunci kebahagian rumahtangga
dan terciptalah:
'setia dan penyayang suami' '
cinta dan kasih isteri'
lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan..... "Soleh dan solehah"
***Gambar sumbangan pasangan suami isteri Suhaiza & Ferdaus dan Nani Mastina & Al Izudin. Moga perkahwinan kalian kekal bahagia hingga ke akhirat.

17 Jun 2008

Poligami tanpa kebenaran

Assalamualaikum w.b.r,

Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai 2 perkara di bawah:

1. Apakah hak seorang isteri pertama dalam poligami?

2. Senarionya : Seorang suami telah bernikah dengan isteri kedua di Thailand kerana tidak mendapat persetujuan dari isteri pertama dan ibu-bapa isteri kedua. Kemudian, si-suami telah mendaftarkan pernikahan tersebut di Malaysia dengan cara menukar alamat tempat kediaman masing-masing (suami dan isteri ke 2). Saya dimaklumkan prosedur ini diterima. Suami akan hanya dikenakan denda kerana berkahwin lagi tanpa persetujuan isteri pertama manakala isteri ke 2 didenda kerana bernikah di luar kawasan; apakah ini benar?

3. Bagaimana dengan isteri pertama yang tidak mengetahui tindakan suaminya bernikah lain? Tidak adakah prosedur dalam undang-undang keluarga Islam di mana isteri pertama/ibu bapa isteri ke 2 dimaklumkan mengenai pernikahan suaminya dengan isteri ke 2/anak mereka?

Saya berpendapat taktik ini mengalakkan suami bernikah secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama/ibu bapa.
- Pengirim emel
****************************************************************************
Di atas adalah satu emel yg dikirimkan kpd saya. Memandangkan persoalan pengirim emel ini adalah satu perkara yang perlu diketahui oleh semua tambahan pula terlalu banyak kes poligami dan pra poligami yang sampai ke pengaduan saya, saya mengambil tindakan menghebahkan persoalan dan jawapannya kpd semua melalui blog saya ini, agar lebih ramai yg mendapat manfaatnya.

Merujuk soalan pertama tentang hak seorang isteri pertama dalam poligami, hak anda adalah sama sahaja dengan status anda sbg isteri tanpa perkongsian atau isteri yg berkongsi suami. Anda berhak mendapatkan nafkah yg sewajarnya di sepanjang tempoh perkahwinan. Saya yakin, semua orang telah sedia maklum mengenai maksud nafkah ini kerana selalu sangat dah saya jelaskan.

Satu perkara yang mungkin jarang dipeduli ialah hak seorang isteri untuk mendapat layanan baik daripada suami. Layanan baik adalah terlalu luas maksudnya dan di dalam kes poligami, layanan baik juga merangkumi isteri berhak tau dan merestui hasrat suami untuk kahwin lagi. Perlu diingat! Izin isteri bukan penentu kelulusan dan kemampuan suami untuk berkahwin lagi.

Saya kurang pasti dgn perkara kedua sbb ianya melibatkan pendaftaran dgn pejabat agama. Prosedurnya, seseorang perlu membuktikan bahawa dia tinggal dan menetap di alamat tersebut, barulah boleh didaftarkan di qaryah pilihan itu. Bukti adalah dengan pengakuan Imam Qaryah bahawa seseorang telah tinggal di qaryah tersebut melebihi enam bulan.

Berkaitan suami akan dikenakan denda kerana berkahwin lagi tanpa persetujuan isteri pertama , penyataan tersebut adalah tidak benar kerana izin isteri bukan syarat kelulusan poligami. Yang benarnya ialah suami akan didenda kerana berpoligami tanpa kebenaran pihak berkuasa mengikut peruntukan Undang-undang Keluarga Islam. Isteri kedua juga akan didenda kerana bernikah tanpa kebenaran. Prosedur sebenar poligami ialah suami perlu kemukakan permohonan kpd Mahkamah dan Mahkamah boleh memberi kebenaran jika berpuas hati-

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila dipihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syara', semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang-orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syara'; dan

(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

Jika alasan-alasan di atas tidak dapat dipenuhi, permohonan akan ditolak dan penolakan atau kegagalan inilah yg selalunya menghasilkan perkahwinan tanpa kebenaran. Harus diingat, perkahwinan tanpa kebenaran bukan juga mudah untuk didaftarkan. Mahkamah akan meneliti kes dan jika didapati perkahwinan itu sah, barulah boleh didaftarkan.

Menjawab soalan ketiga: Isteri pertama tidak mempunyai hak untuk membatalkan perkahwinan suami dgn madunya yang telah disabitkan sah di sisi syarak dan undang-undang tetapi isteri pertama boleh mengemukakan permohonan bagi melindungi hak dirinya dan anak-anak sedia ada merangkumi giliran bermalam dan harta. Sekiranya suami gagal bersikap adil di dalam poligami, isteri pertama berhak memohon perintah daripada Mahkamah agar suami bersikap adil.

Bagi ibu bapa yang tidak mengetahui atau tidak mengizinkan perkahwinan anak perempuan mereka terutama anak gadis, ibu bapa boleh mengemukakan permohonan kpd Mahkamah untuk memfaraqkan (memutuskan) perkahwinan tetapi perlulah mengemukakan alasan-alasannya.

Nasihat saya, biarlah apa jua keputusan anda mengenai perkahwinan, jangan sampai mengenepikan insan tersayang yang telah sedia ada sblm kehadiran teman anda itu terutamanya ibu bapa anda. Ingatlah! Hubungan suami isteri boleh berakhir dgn perceraian sebaliknya hubungan anak dgn ibu bapa takkan putus hingga ke akhirat.

13 Jun 2008

Selamat Hari Bapa

Ujung minggu ni, masa untuk Bapa, Ayah, Abi, Papa, Abah, Baba atau apa saja panggilannya, bakal meraikan Hari Bapa. Sama seperti sambutan hari Ibu, Hari Bapa juga bakal meriah sambutannya insyaAllah. Saya sendiri tak sabar menanti kedatangan Mak dan Bapa saya awal pagi esok, khusus untuk kami meraikan Hari Bapa di rumah saya. Kebetulan, adik-adik ada yang tinggal bersama saya dan ada yang tinggal berdekatan dengan rumah saya maka rumah sayalah 'port'nya. Tak pe lah kan, saya pun anak sulung, biarlah saya yang jadi 'tuan rumah.'

Apa plannya, belum pasti lagi tetapi akan ada sambutan untuk mengingati jasa dan pengorbanan Bapa. Bukan bermaksud kami hanya ingat tika sambutan Hari Bapa sebaliknya hari istimewa ini sebagai hari rasmi untuk meluahkan segala kasih sayang kami kepada Bapa. Saya yakin, anda semua pun begitu juga.

Saya tak merancang nak berikan cadangan terbaik meraikan Hari Bapa di dalam perbincangan ini tetapi saya ingin mengingatkan anda semua yang bernama Bapa, Ayah, Abi, Papa, Abah, Baba atau apa saja panggilannya, memegang status tersebut bukanlah kebanggaan atau kemegahan atau bukti kelelakian semata-mata. Menjadi seorang Bapa, Ayah, Abi, Papa, Abah, Baba atau apa saja panggilannya adalah satu tanggungjawab dan amanah.

Bukan satu, bukan dua tetapi banyak tanggungjawab anda. Bermula daripada anda memilih pasangan hidup hinggalah anda dikebumikan, pelbagai tanggungjawab terpikul di bahu anda. Ramai isteri yang mengadu kepada saya, suami mereka tidak ambil tahu sangat pasal anak-anak. Kebanyakannya menyerahkan hal anak-anak kepada isteri. Jika anak berjaya, suami tumpang gembira, terlupa hasil titik peluh isteri. Bila anak bermasalah atau tidak berjaya, isteri dipersalahkan, dicaci maki hingga segala sumpah seranah keluar daripada mulut suami. Apakah itu yang anda faham tentang tugas dan tanggungjawab seorang Bapa, Ayah, Abi, Papa, Abah, Baba atau apa saja panggilannya??

Tahukah anda, jika kaum lelaki sedar dan faham tugas, peranan, kewajipan dan tanggungjawab sebenar seorang suami dan Bapa, Ayah, Abi, Papa, Abah, Baba atau apa saja panggilannya itu, takkan ada lelaki yang mendabik dada meluahkan hasrat untuk berpoligami.

Saya faham, seperti kata Ustaz Muda dalam perbincangannya tentang poligami , memang bukan untuk dibanggakan oleh suami. Saya mengerti cuma seperti komen saya di ruangan tersebut, kaum lelaki yang berhasrat untuk berpoligami atau yang telah pun berpoligami, perlu jadikan kes-kes poligami sebagai kes-kes yang membahagiakan dan mampu membuka mata dan minda wanita.

Poligami bukan hanya mengambil kira kemampuan dan keadilan kepada isteri tetapi juga kemampuan dan keadilan kepada anak-anak. Banyak kes poligami yang memberi kesan negatif kepada anak-anak. Keadaan sepatutnya bukan berlaku sedemikian sekiranya bapa betul-betul mampu berlaku adil.

Bukan saja di dalam kes poligami tetapi juga kes-kes perceraian. INGAT!! Walau hubungan antara anda dan isteri telah berakhir, hubungan anda dan anak-anak tetap ada dan terus kekal. Seorang bapa adalah bertanggungjawab memberikan nafkah berupa keperluan anak-anak hinggalah anak tersebut mampu berdikari sendiri (sekiranya lelaki) atau pun berkahwin (sekiranya perempuan). Bukan sahaja perbelanjaan malah anda bertanggungjawab memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak anda.

Kegagalan anda menunaikan tanggungjawab dan amanah ini bererti anda menempah tiket kepada kesengsaraan di akhirat. Sempena Hari Bapa ini, moga-moga Bapa, Ayah, Abi, Papa, Abah, Baba atau apa saja panggilannya, yang telah gagal memenuhi tanggungjawab anda sebelum ini, mengambil inisiatif untuk berubah. Jangan nanti bila anda tidak diakui sebagai ayah kandung oleh anak-anak anda, barulah nak kecoh satu dunia...

Buat Bapa tersayang: Terima kasih atas segala pengorbanan. Amat sukar menjelaskan tetapi ketahuilah saya amat berbangga menjadi anak Bapa.


Buat Abi untuk anak-anakku: Moga satu hari nanti anak-anak kita meluahkan rasa hati yang serupa dengan luahan hatiku hari ini

12 Jun 2008

Tips sihat untuk wanita 30-an

Kesibukan kerja dan urusan rumah tangga kadang kala membatasi wanita untuk menguruskan masa untuk diri sendiri. Malah ada antara mereka yang hanya bersikap acuh tak acuh terhadap penjagaan diri sendiri. Seharusnya wanita perlu mencuri sedikit masa untuk memanjakan diri mereka terutama bagi yang telah memasuki awal 30-an.

Semoga tip di bawah dapat membantu kita wanita terutamanya bagi mengekalkan kesihatan dan ketrampilan diri.

1. Kawal pemakanan:
Proses penuaan dpt dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yg mengandungi byk kafein, minuman ringan dan makanan ringan

2. Guna pelembap yg sesuai:
Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembap sgt diperlukan. Carilah pelembap yg sesuai dgn kulit muka masing-masing. Harus diingatkan yg krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dgn jenis kulit kita.

3. Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari:
Jgn biarkan muka anda byk terdedah kpd cahaya matahari di dlm jangka masa yg panjang. Pendedahan yg lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelembapan kulit yg membawa kpd kekeringan


4. Sentiasa bersenam:
Bersenam mampu meningkatkan keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang2nya 3 kali seminggu

*Berenang dan menyelam adalah antara bentuk senaman yg boleh diamalkan. Ingat! Berpakaian menutup aurat tidak menghalang anda melakukan sebarang aktiviti luar.
Foto sumbangan Nani Mastina: gambar Nani ketika bercuti di Redang baru-baru ini.

5. Minum banyak air:
Kekeringan dan gejala penuaan boleh dilambatkan dgn meminum byk air. Ini kerana air adalah aset penting utk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting utk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dlm tubuh badan

6. Amalkan makanan tambahan:
Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan utk wanita 30-an. Kesibukan dgn tugasan di pejabat dan di rumah menyebabkan kebanyakan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dpt membantu menyelesaikannya

7. Elakkan bermekap tebal:
Wanita 30-an seelok2nya menggunakan mekap yg nipis dan sederhana. Cuba elakkan dr menggunakan bedak asas yg tebal serta lipstik yg merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang

8. Positif, ceria dan selalu bersama yg tersayang:
Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yg tersayang. Kehadiran org2 tersayang di sekeliling dpt membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress

***Saya perolehi maklumat ini daripada forward email. Bermanfaat utk saya dan anda semua. Cuma satu tips tambahan: Jangan tinggalkan solat yang wajib, cuba sekerap mungkin amalkan solat-solat sunat dan sentiasa berdoa agar diberikan kesihatan yang baik. Perlu diingat, berwuduklah dgn sempurna dan solatlah dgn sempurna. Wuduk dan solat yg sempurna mampu menjadi dinding menjaga kesihatan luaran dan dalaman kita, insyaAllah.

***Siapakah yang memperuntukkan perbelanjaan bagi segala kos rumahtangga? Berikan undian anda sekarang. Sila rujuk kolum sebelah. Terima kasih atas undian anda.

#Dah sertai Kelab Bersama Suzana? Maklumat lanjut klik sini .

10 Jun 2008

Anugerah perlu dihargai

Dua hari tak sempat jenguk blog. Agak sibuk dengan kerja di pejabat dan temujanji dengan klien. Alhamdulillah, hari ini dapat juga menjenguk sekejap. Ada cerita yang ingin saya kongsi dengan anda semua tentang kes terkini yang saya kendalikan. Ada beberapa kes yang saya terima tetapi terdapat tiga kes yang hampir serupa:

Kes 1: Seorang suami gagal memperuntukkan nafkah zahir yang mencukupi keperluan kepada isteri sebaliknya meminta agar isteri melayaninya persis melayan seorang raja.

Kes 2: Seorang suami yang meminta isteri bekerja bagi membantu membiayai keperluan rumahtangga dan dalam masa yang sama enggan bertolak ansur membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Cadangan isteri untuk mengambil pembantu juga ditolak.

Kes 3: Seorang suami yang gagal menyediakan peruntukan nafkah zahir sebaliknya hanya tahu meminta wang daripada isteri sejak awal perkahwinan. Bila si isteri menolak, suami akan marah-marah. Paling menyemarakkan amarah suami hingga sanggup memukul ialah apabila isteri yang mula rasa kehabisan sayang enggan melayan kehendak batinnya.

Tak perlulah saya jelaskan keseluruhan fakta kes, memadailah dengan fakta penting dan utama sahaja. Tak taulah apa pandangan anda berkaitan kes. Bagi saya, kes-kes ini adalah antara kes yang biasa sampai ke pendengaran saya. Walaupun biasa tetapi pedasnya tetap terasa.

Memang pedas sebabnya kes-kes seperti ini sepatutnya tidak berlaku dan tidak akan berlaku sekiranya setiap individu menjalankan tanggungjawab dan kewajipan masing-masing. Bila ada tanggungjawab yang dilaksanakan bermaksud adalah hak yang ditunaikan.

Apa tujuan anda berkahwin? Nak penuhkan kehendak batin sendiri? Cinta? Cinta apa jika membuatkan insan tercinta menderita? Tak tau tentang tanggungjawab dan kewajipan? Jangan memberi alasan palsu. Bukankah anda diwajibkan menghadiri kursus perkahwinan? Apa yang anda buat ketika kursus?

Terus terang, saya amat benci kaum lelaki yang hanya pandai minta isteri bersikap solehah sedangkan diri sendiri....

Kepada kaum lelaki: Tanggungjawab sebagai suami amat berat. Bukan sekadar nak serahkan kepada isteri anda 'anugerah yang Allah berikan percuma kepada anda'. Kalau hanya itu yang anda boleh banggakan, maaf kalau agak kasar tetapi terus terang saya katakan, andai ditakdirkan monyet itu boleh membuat pilihan, nama anda takkan ada dalam senarainya.

Kepada para isteri: Jangan tersilap mentafsir kasih suami. Perkahwinan adalah untuk bahagia kedua-dua pihak, suami dan isteri. Hikmah perkahwinan juga adalah untuk sama-sama merasai nikmat hidup berumahtangga, bukan nikmat untuk suami sahaja. Andai hikmah tiada lagi, carilah jalan keluar kerana anda juga berhak bahagia. Lupakan kasih berbaki kerana penting untuk anda tunjukkan, anda mampu hidup lebih bahagia tanpa dirinya.

INGAT! Isteri adalah anugerah yang perlu dihargai, bukannya boleh diperlakukan seperti pelayan atau hamba. Jika anda gagal menghargai, percayalah anugerah berharga akan ditarik balik daripada anda....

***Siapakah yang memperuntukkan perbelanjaan bagi segala kos rumahtangga? Berikan undian anda sekarang. Sila rujuk kolum sebelah. Terima kasih atas undian anda.

#Dah sertai Kelab Bersama Suzana? Maklumat lanjut klik sini .

06 Jun 2008

Bekerja ertinya mencari rezeki

Semalam, saya bertemu dengan seorang wanita yang telah berkahwin genap lapan tahun pada penghujung Mei baru ni tetapi hanya merasa status sebagai isteri dalam masa tiga bulan perkahwinan. Saya tak berniat untuk menceritakan kisah klien tersebut sebaliknya saya ingin luahkan rasa tak senang saya dengan sikap segelintir ahli masyarakat yang tersilap atau mungkin juga sengaja menyalah fahamkan istilah dan maksud bekerja.

Klien saya semalam tu dah berusaha untuk mempertahankan perkahwinan tetapi gagal. Bermula awal tahun 2004, dia telah membawa kes ke pihak yang berkuasa. Sampai semalam, masih belum ada penyelesaian. Melihat fakta kes, memang memeranjatkan saya kenapa perlukan tempoh yang sebegitu lama. Bila mendapat penjelasan daripada klien tersebut, saya hanya mampu tersenyum kelat.

Saya simpati dengan takdir beliau yang terpaksa berurusan dengan mereka yang tidak memahami falsafah bekerja yang sebenarnya. Bekerja ertinya anda mencari rezeki. Bila bercakap mengenai rezeki, sudah semestinyalah perlukan rezeki yang halal. Bukan sahaja pekerjaan anda halal tetapi CARA ANDA BEKERJA JUGA MESTI SECARA HALAL DAN DIBENARKAN OLEH SYARAK.

Merujuk kes klien saya, dia tidak diberikan nasihat yang sewajarnya kerana itulah kesnya mengambil masa yang lama. Bukan saja masa, duit pun dah banyak yang habis. Memang sedih bila mereka yang berurusan atas nama syarie bertindak mengikut kepala sendiri. Mungkin bagi mereka seperti ini, yang penting 'masyuk' atau 'syoru'.

Bukan saja peguam yang bekerja dan tentukan pendapatan sendiri. Saya juga menerima banyak aduan tentang mereka yang 'bekerja tetapi tidak bekerja' Faham maksud saya? Ya, datang ke tempat kerja tetapi tak lakukan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan. Membuang duit syarikat dengan menonton CD, melayari internet dan macam-macam lagi.
*Tidur waktu kerja pun ertinya curi tulang tapi ini hanya gambar hiasan. Gambar ini diambil untuk kegunaan satu projek multimedia. Guna gambar sendiri tak perlu bimbang nak kena saman :-)

Bukan tak boleh tapi kenalah tau masa yang sesuai. Kalau waktu rehat atau waktu memang tidak ada kerja (ada kerja yang jenis pulun sungguh-sungguh kemudian boleh rehat 1-2 hari-bergantung kepada cara anda bekerja), boleh la nak luangkan masa sekejap. Bukannya masa anda ada kerja tetapi anda tak lakukan kerja anda hinggakan perlu ada bantuan orang lain untuk siapkan kerja-kerja anda. Situasi beginilah yang diistilahkan sebagai curi tulang.

Dah nama pun 'curi' bermaksud pendapatan yang anda terima hasil daripada bekerja yang tidak bekerja itu adalah hasil yang haram. Jika anda gunakan hasil tersebut untuk mengisi perut isteri dan anak-anak atau pun perut anda sendiri, bererti anda telah memasukkan makanan yang haram walaupun pekerjaan anda adalah halal dan anda beli barangan yang halal. Tak keterlaluan kalau saya katakan, anda yang 'bekerja tetapi tidak bekerja'adalah sama sahaja tarafnya dengan pencuri atau peragut.

Ingat! Makanan yang haram boleh membutakan hati. Tak pelik lah bila terdapat macam-macam penyakit sosial masyarakat sekarang ini. Tolonglah!! Ikhlas dan jujurlah dalam mencari rezeki...

***Siapakah yang memperuntukkan perbelanjaan bagi segala kos rumahtangga? Berikan undian anda sekarang. Sila rujuk kolum sebelah. Terima kasih atas undian anda.

#Dah sertai Kelab Bersama Suzana? Maklumat lanjut klik sini .

05 Jun 2008

Minyak naik dan naik minyak

Lebih kurang jam 5.30 petang semalam, tika sedang asyik menyiapkan satu perbincangan, tiba-tiba pejabat saya gempar dengan berita yang disebar melalui laman Malaysia Kini bahawa harga petrol akan naik pada bulan Ogos ini. Tak lama, dapat pula berita daripada satu akhbar harian online bahawa harga minyak akan naik mulai tengah malam. Gamat satu pejabat. Macam-macam reaksi yang rata-rata meluahkan kekecewaan.

Saya? Saya juga tak suka dengan kenaikan harga minyak ini tapi, apa yang boleh saya lakukan? Mahu atau tidak, terpaksa juga 'sami'na wa ata'na'. Cuma satu perkara yang terlintas di fikiran saya, moga-moga tidak menjejaskan keharmonian rumahtangga atau memporak perandakan rumahtangga yang sedia retak menanti belah.

Kenapa? Seperti pelbagai reaksi orang ramai yang diluahkan di dalam media elektronik pagi ini, kenaikan harga minyak adalah sinonim dengan kenaikan harga barang-barang lain di pasaran. Tambang bas sekolah, barang makanan dan macam-macam lagi. Bererti kos sara hidup makin meningkat. Berjimat? Kalau yang biasa hidup mewah dan kaya raya, mungkin boleh bertaubat. Bagaimana dengan golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah? Kalau sama-sama memahami, alhamdulillah dan insyaAllah, boleh diatasi bersama-sama. Tapi...bagaimana dengan para isteri yang banyak bersabar dengan kerenah suami yang asyik lupa tanggungjawab menampung keperluan keluarga?

Saya masih mengumpul maklumat, berapa peratuskah suami yang membiayai keperluan rumahtangga sepenuhnya tanpa bantuan isteri walaupun isteri bekerja? Rata-rata suami dibantu oleh isteri, syukur alhamdulillah. Dah nama pun perkongsian. Yang membimbangkan saya ialah rumahtangga yang kebanyakan perbelanjaan ditanggung oleh isteri disebabkan kelalaian suami. Sabar manusia ada batasnya dan tak mustahil bila minyak naik, ramai juga yang naik minyak.

Pesanan saya kepada para suami yang masih 'tidur', jangan sampai anda gigit jari kerana kehilangan isteri...

#Dah sertai Kelab Bersama Suzana? Maklumat lanjut klik sini .

04 Jun 2008

Keajaiban nombor di dalam al-Quran

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

NOTA: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

****Saya terima info ini melalui satu emel tak lama dulu dan saya simpan. Hari ini, tika mencari-cari bahan untuk satu kes, terjumpa semula maklumat berharga ini. Moga menjadi iktibar untuk kita semua. Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa!!!

03 Jun 2008

Cara bertengkar yang selamat

Jangan terkejut dengan topik perbincangan saya kali ini. Memang satu penyataan yang benar. Mungkin bagi kebanyakan kita, bila menyebut tentang bertengkar, seringkali yang muncul di fikiran ialah konflik yang teruk hingga boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan besar. Bak lirik lagu P.Ramlee dalam filem Tiga Abdul: sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri...

Bermaksud, pertengkaran suami isteri adalah biasa tetapi kita perlu pastikan pertengkaran tersebut tidak berlarutan sebaliknya memberikan manfaat. Biasanya pertengkaran boleh terjadi apabila timbul satu masalah atau kerumitan atau berlaku salah faham atau ada pihak yang lalai daripada tanggungjawab.

Sekiranya pertengkaran ini tidak dibendung, ia boleh mencipta konflik yang berlarutan. Kerap kali juga dalam pertengkaran, masing-masing tidak mahu bertanggungjawab. Kesannya, mereka saling tuduh menuduh.

Untuk bertengkar dengan cara selamat, perkara paling penting ialah ubah sikap yang tidak mahu bertanggungjawab. Apabila kedua-dua belah pihak mahu mengaku bahawa masing-masing turut bersalah sehingga tercetusnya pertengkaran itu, barulah konflik ada harapan diselesaikan.

Sekiranya anda dapati pasangan anda enggan mengaku bertanggungjawab, ambilah inisiatif memulakannya. Ingat! Walaupun anda dipersalahkan, jangan anda jawab dengan menyalahkan pasangan anda juga. Sebaiknya anda mendiamkan diri. Ya, anda mungkin mengalah tetapi bukan bererti anda bersalah atau kalah. Ini memang tindakan yang susah, tetapi hanya anda yang boleh mengawal mulut anda sendiri.

Apabila anda menunjukkan sikap positif tersebut, ia boleh menghasilkan dua kesan baik. Pertama, ia dapat mencegah pertengkaran itu daripada bertambah buruk. Kedua, sikap positif itu mungkin ditiru pihak satu lagi.

Langkah kedua agar bertengkar dengan selamat ialah berhenti bercakap mengenai perbezaan. Pertengkaran memang datang daripada perbezaan tetapi perbuatan suka membesar-besarkan perbezaan, akan mencetuskan pertentangan pendapat, perbalahan dan konflik yang lebih besar.
Sikap suka memberi tumpuan kepada perbezaan datang daripada sikap yang suka berfikir secara negatif dan kritis.

Cara berfikir yang begitu, sudah tentu menghasilkan sikap suka mencari kesalahan, kekurangan, kelemahan dan cacat-cela orang lain. Sikap sebegini tidak selamat untuk perkahwinan anda.Ingat! Walaupun suami isteri mempunyai perbezaan, antara kalian juga terdapat banyak persamaan dan sewajarnya, anda perlu mencari persamaan atau keserasian.

Langkah ketiga agar bertengkar dengan selamat ialah berhenti mencari siapa yang menjadi punca pertengkaran, sebaliknya mula mencadangkan cara-cara penyelesaiannya. Jangan menambah keruh suasana. Kenang semula saat indah tika bersama. Ingat janji-janji yang dilafazkan bersama untuk membina mahligai bahagia. Sedarlah, anda dan pasangan anda masing-masing punya kelebihan dan keistimewaan. Bersatulah agar segala kekurangan dapat ditampung demi mencipta bahagia.

01 Jun 2008

Kelab Bersama Suzana

PENGUMUMAN!!!

Kini, Kelab Bersama Suzana dibuka untuk keahlian. Pendaftaran adalah PERCUMA.

Keahlian adalah terbuka kepada WANITA SAHAJA. Maaf ya, bukan nak pinggirkan kaum lelaki tetapi saya mempunyai agenda khas ketika idea kelab ini tercetus. Cetusan idea tersebut pula adalah berpunca daripada misi asal saya terlibat di dalam bidang ini iaitu untuk membantu kaum wanita mencapai bahagia.

Kenapa wanita sahaja? Saya sedar, antara lelaki dan wanita, kaum wanita lah yang paling banyak menghadapi masalah emosi. Masalah itu pula kebanyakannya berpunca daripada kaum wanita sendiri dan hanya diketengahkan (atau sebagai sebab) melalui kaum lelaki.

Tak percaya? Ada wanita merana kerana suami ada teman wanita lain. Bukankah itu puncanya wanita? Ada wanita yang merana kerana suami terikat dengan ibunya (mertua isteri). Bukankah itu puncanya wanita? Ada wanita gelisah bila menjadi bahan cerita jiran-jiran dan semua tahu, hanya wanita yang suka menyampai cerita. Bukankah itu puncanya wanita? Ada wanita kehilangan suami yang sukar muncul di kalangan masyarakat kerana bimbang dikatakan mahu merampas suami orang. Bukankah itu puncanya wanita?

Bukan itu saja, wanita juga lebih mudah berkongsi kisah dan rasa bersama wanita terutama yang agak senasib dengannya.

Lantaran itulah, Kelab Bersama Suzana diwujudkan bagi mewujudkan satu jalinan persaudaraan yang kukuh, saling memberikan semangat agar setiap wanita mampu terus berdiri gagah dan tetap cekal mendepani hari muka walau apa juga ujian yang diterimanya sebelum ini.

Apa istimewanya menjadi ahli? Layari Kelab Bersama Suzana .

Berminat?? Tunggu apa lagi? Sila isikan borang ini dan hantarkan segera.