24 Oktober 2008

Renung dan fikirkan!!!

When someone tells you that you can't do something...


Look around...



Consider all options...

Then GO for it!


Use all the things God gave you!


Be creative!

In the end, you will succeed and prove them wrong!

Always remember:
'Nothing is impossible, if your heart is willing'
****Jika ia, hanya seekor siput yang sinonim dengan lembik dan lembap mampu membuktikan kehebatannya... bayangkan anda sebagai manusia yang punya anggota tubuh yang praktikal dan dianugerahkan otak yang mempunyai akal, tidak kah anda mampu lebih gagah dah kuat daripada siput ini???? Renungkan dan fikirkan lah....
**** TAWAKKAL, BERGANTUNG serta BERHARAPlah kepada-NYA dalam setiap perkara, HANYA SETELAH ANDA BERIKHTIAR DAN BERUSAHA YANG TERBAIK...

Ilham Peminat: Dilema isteri bekerja

Seorang peminat ruangan Resipi Hidup mengirimkan maklumat berharga ini ke emel kumpulan Kelab Bersama Suzana. Saya kerap juga mengunjungi blognya yang penuh dengan ilmu.

Memandangkan hari ini hari pertama saya bekerja selepas bercuti menjaga anak-anak selama empat hari (nanti saya ceritakan), banyak kerja lain yang perlu saya dulukan. Syukur kepada Allah kerana saya ada maklumat berharga untuk dikongsikan dengan anda semua. Terima kasih Irma @ Bawang Goreng :)

Dilema Isteri Bekerja dan Keputusan Majlis Fiqh Sedunia
Posted by Bawang Goreng at 10:46 AM

Dilema isteri berkerja
Saya percaya, ramai di kalangan isteri yang bekerja mempunyai pelbagai dilema antaranya tak cukup waktu untuk menguruskan diri sendiri, suami dan anak-anak, seolah-olah 24 jam sehari tak cukup untuk isteri merangkap ibu melakukan segala beban kerja. Di bandar-bandar besar, kebanyakan isteri didorong untuk keluar kerana bekerja atas alasan tekanan keperluan kehidupan. Satu perkara yang lumrah pada hari ini untuk dikatakan bahawa pendapatan yang hanya datang dari pihak suami kurang mencukupi bagi sesebuah keluarga menjalani kehidupan mereka. Apatah lagi dalam keadaan taraf kehidupan pada hari ini yang semakin tinggi. Oleh sebab itu, isteri secara sukarela mengambil keputusan untuk keluar rumah bekerja bagi mendapatkan pendapatan lebih bagi keluarganya sebagai memastikan keluarganya berada dalam keadaan yang selesa.

Apabila isteri-isteri ini sudah berada di luar rumah, maka mereka terpaksa memendekkan masa dalam mengurus hal-hal rumah tangga. Sesetengah mereka tidak menghadapi masalah kerana ahli-ahli keluarga yang lain, terutamanya pihak suami memahami keadaan mereka. Walaupun demikian, sesetengah mereka yang lain merasa agak tertekan kerana keluarga masih menuntut perhatian secara sepenuhnya apabila wanita ini pulang dari tempat kerja. Masalah ini bukan sahaja dialami oleh mereka yang berpendidikan sederhana tetapi turut dialami oleh mereka dari golongan professional seperti doktor, peguam, arkitek dan sebagainya. Sesetengah kaum suami tidak menyedari dan tidak cuba memahami tekanan yang dialami oleh isteri mereka kerana menganggap bahawa kerja-kerja di rumah mudah untuk dilaksanakan dan ia adalah suatu fitrah untuk dilaksanakan oleh kaum isteri. Apabila keadaan ini berlaku maka berlakulah suatu dilema dalam diri isteri berkenaan.

Dilema yang dialami merupakan suatu rasa keliru dan bersalah berhubung peranan mereka sebagai seorang isteri (dan juga ibu) dengan tuntutan naluri sendiri untuk bekerja. Rata-rata golongan wanita yang berpendidikan amat memahami tentang konsep kedudukan wanita dari segi syariahnya dan cuba untuk menyempurnakan tanggung jawab tersebut secara sempurna. Akan tetapi, keadaan mereka yang bekerja sudah tentu menghalang pelaksanaan ini dibuat secara sempurna dan tekanan menjadi lebih berat apabila pihak suami mempertikaikan kegagalan mereka melaksanakannya dengan sempurna (disebabkan keizinan yang diberikan oleh suami kepada isterinya adalah keizinan separuh hati).

Tuntutan tanpa toleransi dari pihak suami terutamanya seolah-olahnya menjadi syarat yang menderakan bagi mendapatkan keizinan dari suami untuk memiliki kerjaya. Hal ehwal rumah tangga masih sepenuhnya berada di atas bahunya. Sekalipun kewujudan pembantu rumah sewajarnya dapat mengurangkan beban kerja yang ada, tetapi sesetengah suami tetap mahukan urusan-urusan tertentu dilakukan oleh pihak isteri kerana tidak berpuas hati dengan hasil kerja pembantu rumah. Keletihan isteri tidak diambil kira dan menganggap bahawa, oleh sebab suami merupakan ketua rumah tangga dan isteri berkewajipan mentaatinya, maka dia mempunyai hak untuk mempertikaikan kepatuhan dan ketaatan isteri terhadapnya. Bagi wanita yang berhadapan dengan situasi ini, mereka akan menganggap bahawa mereka tidak dilayan dengan adil dan pihak suami sebenarnya telah memanipulasi kuasa kepimpinannya di dalam keluarga.

Sekiranya keadaan ini dibiarkan saya percaya tekanan yang dialami akan menjadikan keadaan rumah tangga yang kurang sihat selain berlakunya ketidak-stabilan dalam rumah tangga. Hasil penyelidikan yang dibuat oleh majalah-majalah yang berkonsepkan feminisme menunjukkan bahawa perkara ini bukanlah isu yang remeh-temeh malah perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Keadaan yang kurang menyihatkan ini perlu ditangani agar tidak menyebabkan kerapuhan institusi kekeluargaan dan merantaikan masalah-masalah sosial yang lebih buruk. Di dalam hal ini, sudah pasti kaum wanita yang menghadapinya inginkan penyelesaian yang diredhai oleh Allah SWT, tidak merasa bersalah untuk memberi penumpuan kepada kerjaya dan masih merupakan seorang isteri atau ibu yang taat dengan perintah Allah.

Dapat kita perhatikan di sini bahawa masalah yang dihadapi oleh isteri dalam dilema ini sebenarnya ialah penerimaan hakikat oleh pihak suami dalam kesediaan mereka untuk bertoleransi dengan keadaan tersebut. Dalam surah An-Nisaa ayat ke 34, Allah telah berfirman, "Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

Ayat ini mengupas tentang kepimpinan seseorang lelaki dan kuasa autokrasinya, yang antara natijahnya memerintahkan ketundukan dan ketaatan pihak wanita atau isteri terhadapnya. Kepimpinan ini adalah disebabkan beberapa kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah kepada golongan ini berbanding wanita. Dan kelebihan ini sebenarnya disertai dengan pelaksanaan tanggung jawab yang besar. Apabila seorang lelaki menjadi ketua rumah tangga, dia bertanggung jawab untuk mencari pendapatan demi memberi perlindungan dan makan pakai kepada ahli keluarganya. Selain itu, dia juga perlu menyediakan kemudahan pendidikan kepada anak-anak, juga sumber bagi setiap ahli keluarganya melakukan aktiviti-aktiviti sosial. Dan yang paling utama ialah memastikan akidah setiap ahli keluarganya tidak terpesong. Tanggung jawab ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud, "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma'ruf." (Surah Al-Baqarah ayat 233)

Di dalam Islam, perbincangan yang berkaitan dengan rumahtangga lazimnya menjadikan kedua-dua dalil yang dinyatakan sebelum ini sebagai asas dan prinsip yang menjadi pegangan dalam berumahtangga. Walau bagaimanapun, konsep "lelaki adalah pemimpin atau ketua bagi wanita" sebenarnya perlu sama-sama diseimbangkan dengan ketentuan-ketentuan yang lain dalam ajaran Islam. Dan dalam konteks ini keseimbangan dan kesaksamaan perlu diwujudkan dalam menyediakan penyelesaian berhubung pengurusan rumah tangga disebabkan isteri sama-sama keluar bekerja. Iaitu suatu penyelesaian yang bersifat fleksibel dan tidak mengetepikan kepentingan dan kebajikan kaum wanita.

Jika isteri bekerja dengan tujuan membantu ekonomi keluarga dan pada masa yang sama, suami juga bekerja, sudah tentu ia adalah harus selagi menjaga tatasusila Islam semasa di tempat kerja dan juga mampu melaksanakan kewajibannya sebagai ibu dan isteri. Jika terdapat mana-mana suami yang membuat syarat yang isteri terpaksa bekerja kerana suami tidak mampu menampung perbelanjaan rumah jika cuma suami seorang menjana pendapatan, maka hendaklah:-
- kedua-dua suami-isteri mempunyai 'planning' sebaiknya. Suami kena plan bagi tempoh beberapa tahun awal selepas kahwin disebabkan kos hidup yang tinggi bagi pasangan berkahwin, dan pasangan masih muda.
- bertujuan membantu suami atau keluarga di kampung yang benar-benar terdesak.
berbentuk 'temporary', sementara tiada anak sebagai persiapan ekonomi untuk beranak-pinak dalam keadaan yang lebih selesa.
- memberikan isteri pengalaman kerja di peringkat awal agar jika sesuatu berlaku kepada suami, isteri sudah berpengalaman, boleh dan mampu berdikari dengan lebih berkesan.
menamatkan perjanjian kerja dengan majikan atau kerajaan akibat perjanjian biasiswa dahulu.

Adapun, menjadikannya syarat seperti 'syarat yang paling utama' serta mengharapkan isteri untuk terus membantu selama-lamanya, ini sedikit sebanyak mendedahkan kelemahan sang suami. Pasti ramai suami dan sebahagian isteri yang tidak berpuas hati dengan kenyataan seperti ini, terpulang. Cuma fikir semula sebelum bantah secara total.

Apapun hakikat dan realiti di hadapan anda, menyuruh atau mengharap isteri bekerja dan pada masa yang sama mengharap isteri:
- didik anak dengan hebat dan berkesan
- layan suami dengan baik,
- senyum melebar setiap kali bertemu suami yang 'penat' bila balik,
- tempat suami mengadu masalah dan dapatkan sokongan,
- memberikan buah fikiran yang baik kepada suami yang buntu di tempat kerja
- untuk in-charge untuk menjaga berak kencing anak,
- basuh baju,
- gosok baju,
- sidai, angkat dan lipat baju,
- urut badan suami,
- masak sedap-sedap,
- basuh pinggan-mangkuk,
- sapu dan buang sampah,
- kemas rumah,
- cuci tandas,
- tangani karenah anak dengan baik,
- ajar anak mengaji,
- tidak membebel,
- tidak mahu dengar anak menangis dan harap isteri berperanan,
- tidak muncung dan lain-lain

Menuntut perkara di atas dan pada masa yang sama menyuruh isteri kerja adalah bertentangan dengan fitrah yang ditentukan oleh Allah kepada wanita. Adalah tidak adil sama sekali bagi seorang suami 'demand' hal sedemikian untuk disempurnakan oleh isteri dalam masa yang sama diharapkan income isteri untuk pembiayaan rumah dan kereta dan barang dapur. Jika suami ingin isteri membantu ekonomi (yang sepatutnya tanggungjawab utama sang suami), maka sebahagian senarai kerja di atas patut di ambil-alih oleh suami sebagai timbal balik kepada jasa isteri itu. Jika tidak mahu, mereka perlu mengambil pembantu rumah yang boleh diharap 'cover' sebahagian kerja-kerja teknikal tadi.

Kesimpulannya, suami perlu berilmu cara mengawal rumah tangga dan anak-anak akibat isteri bekerja. Sebarang kekurangan dalam rumah tangga akibat kedua-duanya bekerja adalah di bawah tanggungjawab suami. Jangan salahkan isteri yang bekerja sebagai gagal melaksanakan tanggungjawab di rumah, kerana suami yang 'beri' dan 'minta' isterinya bekerja from the very beginning atas sebab-sebab yang disebutkan di atas.Justeru, suami kena kontrol jenis kerja isteri, tempoh masa, suasana sekeliling isteri, jika kecemasan bagaimana, keletihan isteri yang bekerja ini setakat mana, apakah perkara yang terpaksa dikorbankan disebabkan kerja isteri dan lain-lain. Tatkala itu, suami perlu cari apakah jalan penyelesaiannya terbaik.

Secara ringkasannya, suami must be a good planner, manager and he is just like a CEO.Buat para suami, cuba lihat sedalam-dalamnya, patutkah isteri bekerja untuk membantu anda meneguhkan ekonomi? Apakah tanda aras keteguhan ekonomi? Dan sampai bila mampu tercapai? Jangan biarkan kebahagiaan rumahtangga tergadai dan bercerai kerana terlalu asyik mengejar duniawi.Fikir-fikirkanlah!Artikel diolah-semula dari sumber: UZAR dan IKIM


Panduan buat suami isteri bekerja - Keputusan majlis Fiqh Sedunia
Sebagai panduan buat suami isteri bekerja, disertakan keputusan majlis Fiqh Sedunia tentang perkara berkaitan. Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :-

1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteriIsteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri.
Menurut hukum Syariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, sama ada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara beliau membelanjakannya.

2. Nafkah perkahwinan
Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

3. Isteri keluar bekerja
Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.

Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).

Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu-membantu dan bertolak-ansur di antara suami isteri.

Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.
Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)

5. Kerja Sebagai Syarat
Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.

Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.

Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.

Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.

6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberapa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Syariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.

Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.

Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan. Kesimpulan UZAR
Fitrah wanita menuntut perhatian utama mereka untuk suami, anak dan keluarga. Dan silibus kejayaan mereka adalah dalam bidang ini.

Wanita dibenarkan bekerja jika keperluan yang disebutkan di atas benar-benar berlaku.
Walaupun wanita dibenarkan bekerja, ia tidak bererti suami boleh duduk berehat jaga anak di rumah. Sepatutnya suami perlu meningkatkan kualiti diri untuk lebih maju ke hadapan sehingga boleh menanggung keluarga tanpa bantuan isteri.

Suami isteri bekerja adalah diterima dalam Islam selagi mereka tahu dan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak dan tidak digalakkan isteri berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah dan mudah membeli belah (sehingga menggadaikan masa depan anak dan keluarga) dengan menggunakan duit sendiri adalah tidak diterima oleh Islam.

Menurut Syeikh Prof Dr Md 'Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia (menurut asbab kepada hukum alam). Komen saya: ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang iaitu dari kecil hingga besar. Malangnya mereka tidak menganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji yang dicintainya. Justeru, kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita dalam Islam.Sumber: UZAR-- - BawangGoreng -
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
http://bawangorengnet.blogspot.com/
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Hadith Nabi s.a.w.:Daripada Salman bin 'Amir r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim."Hadith riwayat al-Tirmizi
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

17 Oktober 2008

Mencari rakan-rakan lama

Ini bukan perbincangan ilmiah sebaliknya satu usaha mengumpulkan semula rakan-rakan saya:

1. pelajar sekolah rendah di Sek.Keb.Sik mulai tahun 1981 hingga 1986

2. pelajar sekolah menengah di Sek.Arab Sik atau Madrasah Infitah Khairiah Sik mulai 1987 hingga 1992

3. pelajar sekolah menengah Tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang mulai 1992 hingga 1993

4. penghuni C100 Blok C, Kolej Kediaman Ketiga 94-97

Saya juga mencari rakan-rakan ketika belajar di UM, yang sama-sama menghuni dan melaksanakan projek kolej di Kolej Kediaman Ketiga UM serta projek anjuran PMUM khasnya bagi projek:

1. Pendidikan dan Khidmat Kaunseling Sarawak 1996

2. Operasi Khidmat Mahasiswa Sabah 1997

3. Duta Muda ke Brunei 1997

Saya amat mengharapkan agar rakan-rakan semua sudi menghubungi saya melalui emel. (Lihat paparan di sudut sebelah kanan- bawah). Saya mengharapkan agar hubungan yang terjalin sebelum ini, dapat diteruskan.

Terima kasih atas kerjasama rakan-rakan sekelian....

16 Oktober 2008

Berbanggalah menjadi wanita

Seorang wanita pernah mengeluh di hadapan saya, kenapalah aku dijadikan sebagai wanita? Alangkah seronoknya kalau aku dijadikan sebagai lelaki....

Saya yang mendengar keluhan tersebut tika itu hanya mampu tersenyum dan melafazkan; bersyukurlah kerana ditakdirkan menjadi wanita. Cukup dengan perkataan-perkataan itu kerana saya tahu, wanita tersebut sudah terlalu berkecamuk dengan masalah yang dihadapinya dek kerana seorang lelaki bernama suami.

Hakikatnya, kenapa harus mengeluh dengan kejadian diri? Tidakkkah rakanku sekelian mengetahui, betapa hebatnya kedudukan kita sebagai wanita. Sememangnya, kebanyakan antara kita menjadi mangsa penderitaan yang disebabkan oleh lelaki tetapi derita tersebut hanya di dunia semata.

Islam telah menjanjikan martabat yang tinggi untuk kita sekiranya kita patuh dengan perintahNya. Malahan, sebagai wanita, kita adalah makhluk yang lebih mudah untuk mengumpul pahala.

Sebuah hadis Rasulullah SAW menyebutkan bahawa: Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

Rasulullah SAW turut menegaskan bahawa tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia dan dia juga mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

Bukan itu sahaja, segala jerih payah kita mengandungkan zuriat suami juga mendapat pengiktirafan yang amat tinggi. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil) dan apabila wanita melahirkan anak maka keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Subhanallah…Maha suci Allah, betapa besarnya anugerah yang Islam berikan kepada yang dilahirkan sebagai wanita.

Mengikut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki dan sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah SWT. Malah Rasulullah memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah.” – hadis riwayat Muslim. Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.

Di dalam al-Quran pula, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting:
Pertama: wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Kedua: wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Ketiga: wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ramai personaliti wanita terbilang yang mampu menjadi teladan kepada wanita-wanita dewasa ini. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah SAW dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.” – hadis riwayat Bukhari”

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah SWT, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah SWT.

Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah SWT serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah SWT.

Khadijah adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan kepada Rasulullah SAW.

Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah ketua segala wanita dan juga seorang wanita mithali. Setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan wanita hari ini.

Islam menganjurkan setiap lelaki yang bakal melangkah ke alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri. Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” – hadis riwayat Abdullah ibn Humaid.

Hadis ini menjelaskan, aspek keagamaan dalam diri seorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk. Agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwa akan mendorong ketaatan kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud: “...perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah...” – surah an-Nisa, ayat 34.

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga.” – hadis riwayat Al Hakim dan Tirmizi.

Yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya. Anak yang menerima pendidikan dan bimbingan yang baik akan menjadi aset paling penting, bukan sahaja kepada ibu bapa, malah kepada seluruh masyarakat, agama dan negara.

Betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar- benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” – hadis riwayat Al Tausi.

Apa yang saya sebutkan di sini hanyalah sedikit, InsyaAllah, masa demi masa, kita akan sama-sama mengorek rahsia, indahnya kita dijadikan sebagai wanita.

Lantas…berbanggalah…!

14 Oktober 2008

Ziarah di Aidil Fitri

Kita masih berada dalam suasana hari raya... masih ramai yang mengadakan rumah terbuka dan ramai juga yang mengatur jadual bergilir-gilir memenuhi undangan. Namun, ada juga yang tidak ambil pusing tentang ziarah di Aidilfitri ini. Malah, ada yang bertanyakan, perlu ker ziarah?

Saya lampirkan soalan-soalan berkaitan yang ditanyakan kepada saya oleh seorang wartawan bagi rencana mengenai ziarah di Aidilfitri yang khabarnya, akan disiarkan di dalam akhbar harian semasa cuti raya (saya tak berksempatan membelinya).

1. Bagaimana kita, sebagai pihak berwajib dan ibu bapa harus mendidik anak-anak supaya menziarahi keluarga atau saudara mara, sedangkan dalam zaman serba maju hari ini, masyarakat, terutama golongan muda tidak lagi mahu menghayati erti Syawal sebenar. Ini dapat dibuktikan bahawa amalan ziarah menziarahi sesama saudara, sahabat handai dan jiran tetangga misalnya, tidak lagi dianggap sebagai satu keperluan atau kewajipan.

Jawapan:
Jalan terbaik bagi mengatasi masalah golongan muda yang gagal menghayati erti Syawal yang sebenar, bermula dari rumah mereka sendiri. Ibu bapa adalah orang yang paling dekat dan paling layak menasihati golongan muda ini agar meneruskan amalan ziarah-menziarahi yang diamalkan sejak sekian lama malah dituntut oleh Islam.

Malangnya, ada ibu bapa sendiri yang tidak mempraktikkan amalan ziarah ini. Sebab itulah golongan muda tidak berminat untuk melakukan amalan tersebut. Malah, ada sesetengah ibu bapa yang malu dan enggan membenarkan anak-anak kecil beraya menziarah saudara dan jiran tetangga, bimbang dikatakan menyuruh anak-anak mengutip duit raya. Pendapat sebegini adalah salah. Sepatutnya, anak-anak diajar terus menziarahi saudara dan jiran untuk saling bermaafan dan mengeratkan persaudaraan. Jika ada yang memberikan duit raya, tak salah nak terima tetapi kalau tak ada, jangan meminta. Pesan sedemikian kepada anak-anak, bukan menghalang terus anak-anak daripada menziarah.

Ada juga yang berasa sayang nak keluar daripada rumah kerana bimbang terlepas cerita menarik yang ditayangkan di kaca televisyen. Sikap sebegini sepatutnya boleh dikikis sekiranya kelebihan amalan menziarah itu diketahui dan diambil peduli.

2. Adakah ia disebabkan sikap sombong, pentingkan diri sendiri atau berlagak sehingga amalan turun-temurun ini tidak lagi dihayati.
Jawapan:
Mungkin juga ada kesan daripada sikap sombong, pentingkan diri sendiri atau berlagak tersebut tetapi penyebab paling utama ialah kelebihan amalan menziarah yang gagal dihayati oleh pihak terlibat. Ada yang beranggapan, amalan menziarah adalah untuk bermaaf-maafan dan mereka ini berpendapat, mereka tidak melakukan kesalahan kepada jiran atau saudara tersebut maka tidak perlu lah menziarah. Hakikatnya, menziarah bukan sekadar untuk bermaaf-maafan sebaliknya untuk mengeratkan silaturrahim. Malah, setiap daripada kita digalakkan untuk saling bermaaf-maafan walaupun anda rasa tidak melakukan kesalahan kerana ada tikanya, kita terlupa kesilapan kita. Malah, mungkin bagi kita tidak ada apa-apa yang bersalah atau menyakiti orang lain sebaliknya bagi orang tersebut, kita telah bersalah. Ingat!! Dosa sesama manusia takkan diampunkan oleh Allah selagi manusia tersebut tidak memaafkan kesilapan anda.

Jika kelebihan ini dihayati bersama, insyaAllah amalan ziarah akan segar semula.

3. Adakah ia kesilapan remaja itu sendiri? Ini kerana, remaja hari ini lebih mementingkan kebebasan, dlm erti kata lain lebih gemar ke pusat beli-belah pada Hari Raya pertama.
Jawapan:
Seperti yang telah saya katakan di awal tadi, peranan paling penting wajib dimainkan oleh ibu bapa dalam mendidik generasi muda menyukai dan mengamalkan amalan menziarah. Jika ibu bapa gagal membentuk anak-anak menyukai amalan menziarah dan membiarkan anak-anak remaja berpeleseran di pusat membeli belah, ibu bapa juga harus dipersalahkan dan bukan hanya golongan remaja.

Mungkin ada ibu bapa yang tidak tahu tabiat buruk anak-anak. Tak boleh nak salahkan ibu bapa? Tak juga sebab ibu bapa memang memegang tanggungjawab mendidik anak-anak daripada usia bayi. Bayi yang lahir adalah umpama kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkannya. Jika corak anda corak batik, takkan nak jadi abstrak pula. Setiap ibu bapa perlu ambil tahu ke mana anak-anak pergi, dengan siapa anak anda berkawan malah segala pergerakan anak-anak anda perlu berada di dalam pengetahuan anda.

Bukan mengongkong tetapi apabila anak-anak tahu dirinya sentiasa diawasi, dia akan lebih berhati-hati untuk melakukan sesuatu yang tidak anda sukai.

4. Nyatakan prinsip ziarah-menziarahi saudara mara atau sahabat handai dlm Islam?
Jawapan:
Sebenarnya amalan ziarah-menziarahi saudara mara atau sahabat handai amat dituntut dalam Islam. Seseorang Muslim itu tidak akan sempurna imannya sekiranya dia tidak menghubungkan silaturrahim sesama mereka.

Di dalam satu hadis yang bermaksud: “Dari Abi Hurairah ra katanya: Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat janganlah dia menyakiti jirannya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” – hadis riwayat al-Bukhari.

Amalan ziarah atau kunjung mengunjung merupakan satu wasilah atau cara mengerat dan mengukuh tali silaturrahim sesama kita. Amalan ziarah memberi manfaat yang amat besar dan faedah yang berguna dalam konteks perpaduan ummah. Amalan ziarah juga membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang susah menjadi mudah dan sebagainya. Jelasnya melalui amalan ziarah ini akan terbentuklah satu ikatan yang dinamakan hubungan silaturrahim.

Islam telah menggariskan pelbagai panduan untuk menghubungkan silaturrahim sesama manusia, lebih-lebih lagi saudara seagama, supaya umat Islam menjadi umat yang kuat, umat yang berjaya, umat yang tidak hidup bersendirian atau dengan istilah “aku aku”, “engkau engkau”. Sebaliknya umat Islam itu bersaudara, saling kenal mengenal, bantu membantu antara satu dengan yang lain.

Pengertian silaturrahim dalam Islam amat luas serta amat mendalam. Contohnya, bila seseorang telah mengucap dua kalimah syahadah, maka terjalinlah ikatan persaudaraan Islam atau silaturrahim, tidak kira di mana mereka berada, apa bahasa mereka, apa warna kulit mereka dan sebagainya. Pendek kata semua orang Islam adalah bersaudara dan berada dalam akidah yang satu seperti firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelingkah, bertaqwalah kamu kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmat.”

Melalui amalan menziarah juga, hubungan sesama manusia menjadi erat dan bertambah akrab. Ini disebabkan asal kejadian manusia dari keturunan yang satu iaitu dari keturunan Nabi Allah Adam as. Dengan sebab itulah Islam mengajak manusia supaya saling kenal mengenal antara satu sama lain, hormat menghormati, saling bekerjasama dan faham memahami sepertim firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud: “Wahai umat manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu lelaki dan perempuan dan telah kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang paling takwa di antara kamu.”

Jelas sekali, Islam menganjurkan agar ujarnya saling kenal mengenal kerana kesannya amat baik untuk perpaduan umat Islam sendiri. Jalan terbaik bagi saling mengenal ialah menziarah.

5. Aktivit berkumpul, adakah ia satu kemestian yang perlu dilakukan masyarakat hari ini. Cthnya: berkumpul saudara-mara sambil melalukan aktiviti spt membuat ketupat, lemang dll.
Jawapan:
Sewajarnya amalan berkumpul dan bekerjasama tersebut dilakukan oleh segenap lapisan masyarakat. Selain dapat bekerjasama membuat persediaan menyambut raya, perkara yang paling penting ialah konsep tolong menolong yang dianjurkan oleh Islam. Malah, melalui kerjasama ini hubungan silaturrahim sesama umat Islam, sesama jiran dan saudara mara akan dapat dijalin dan dikekalkan.

6. Adakah remaja hari ini jauh berbeza dengan remaja dahulu. contoh terdekat, saya sendiri pada zaman kanak-kanak dahulu, tanpa perlu menunggu tibanya Hari Raya, saya akan dibawa ibu bapa berkunjung ke setiap rumah saudara mara atau jiran tetangga. Manakala setiap kali Syawal tiba, kami akan berkumpul dan kemudiannya bergilir-gilir `menyerbu' setiap rumah sambil bermaaf-maafan serta menikmati hidangan seperti ketupat, lemang, rendang dan bahulu.'
Jawapan:
Dulu, kini dan selamanya, konsep hari raya adalah sama. Terpulang kepada individu itu sendiri untuk meneruskan amalan mulia setiap kali hari raya tersebut, atau tidak.

7. Peranan ibu bapa?
Jawapan:
Ibu bapa wajib menerapkan amalan menziarah di kalangan anak-anak. Sewajarnya ibu bapa mengajak anak-anak bersama-sama menziarah. Seperti yang biasa saya dan adik-adik lakukan, kami akan keluar beramai-ramai bersama Mak dan Bapa menziarah sanak saudara. Ada tikanya, kami kenal dengan saudara yang sebelum ini tak pernah jumpa. Masa inilah Mak dan Bapa akan mengenalkan kami sesama sendiri.

8. Bagaimana usaha untuk mengembalikan budaya sebegini agar berterusan sehingga ke generasi anak cucu kita nanti.
Jawapan:
Antaranya: Pihak berwajib boleh mengadakan kempen dan penerangan tentang kelebihan menziarah. Ibu bapa perlu menanamkan amalan menziarah di dalam diri anak-anak. Rancangan menarik di televisyen pula hanya ditayangkan pada malam hari bagi memberi peluang kepada anak-anak muda yang lebih gemarkan hiburan, melakukan amalan menziarah pada waktu siang hari.


Ayuni bersalaman dengan Bapa saya di pagi raya

Suhail bersalaman dengan Mak saya di pagi raya

Kanak-kanak menerima duit raya drpd Bapa saya (tak masuk ke rumah sbb kami dah kat luar nak bergerak ke rumah Tok (nenek) saya

Kami sekeluarga (Mak, Bapa dan kami lapan beradik bersama pasangan dan anak masing2) bergambar bersama Tok (bertudung putih -duduk) dan Wan (berbaju biru-duduk). Tok dan Wan adalah Mak dan Bapa kepada Mak saya. Tok dan Wan sebelah Bapa dah kembali kpd-Nya. (tiada di dalam gambar, adik saya Suzalina - sbg jurukamera)

Rakan sepengajian semasa sekolah menengah di Madrasah Infitah Khairiah atau lebih dikenali sbg Sek. Arab Sik - Latifah bersama suami dan anak2nya yang berkunjung ke rumah Bapa saya pd hari raya kedua

13 Oktober 2008

Kisah pecah rumah

Beberapa jam lagi, genap sebulan kes pecah masuk ke rumah saya berlaku. Boleh dikatakan agak lama tetapi kejadian yang berlaku masih jelas di ingatan dan bayangan mata saya.

Seperti laporan saya kepada Balai Polis berdekatan: Pada 14/9/08 jam lebih kurang 0350 hrs ketika saya sedang tidur di rumah alamat di atas, saya terasa kain saya telah diselak, saya terjaga dan dapati 1 (L) bangsa tidak pasti dalam keadaan bogel melarikan diri ke arah pintu belakang dan terus menghilangkan diri. Saya dapati lelaki itu pecah masuk rumah saya melalui pintu belakang....

Itu petikan laporan polis yang saya lakukan pada 4.47am. Mengimbas detik kejadian: Saya terjaga apabila terasa kain sarung yang saya pakai diselak perlahan-lahan. Ketika membuka mata, dalam keadaan cahaya yang samar (bantuan cahaya lampu kalimantang dari pintu (bertirai) di bahagian dapur - dalam jarak lima hingga enam langkah daripada tempat tidur saya), saya ternampak seorang lelaki dalam keadaan bogel. Mungkin menyedari saya terjaga, dia segera bangun dan berjalan laju berjengket-jengket meninggalkan hujung kaki saya.

Saya masih di dalam keadaan bingung, sama ada mimpi atau realiti, mengikut jejak lelaki tersebut dengan ekor mata. Tika lelaki tersebut tiba di bahagian pintu dapur, pemisah dapur dan ruang tamu - saya tidur bersama anak-anak di ruang tamu (lari ikut pintu belakang), tika tirai yang ada diselak, jelas kelihatan susuk tubuh lelaki tersebut dari arah belakang sebab tika itu dia berada betul-betul di bawah cahaya lampu kalimantang. Saya pasti saya tidak bermimpi, segera saya bangun dan tika itu, terdengar bunyi pintu belakang ditutup.

Saya segera ke pintu. Lampu luar segera saya nyalakan (tak salah malam sebelum tidur, saya dah nyalakan). Dalam keadaan takut tetapi disebabkan marah, saya mendapat kekuatan dan keberanian untuk membuka pintu. Bila pintu kayu dibuka, saya dapati pintu grill terbuka luas dan terdapat kunci padanya. Kunci tersebut masih saya simpan (lihat gambar di bawah).

Saya kunci semula pintu dengan kunci yang ditinggalkan penceroboh, kunci semula pintu kayu, barulah saya kejutkan adik dan bibik (suami tiada di rumah tika kejadian). Menyedari telefon bimbit saya hilang, saya segera ke rumah seorang lagi adik saya yang tinggal hampir 1 km daripada rumah saya. Selepas itu kami sama-sama menuju ke balai polis berhampiran membuat laporan.

Dalam sesi pemeriksaan bersama seorang Inspektor, saya dimaklumkan bahawa kes saya juga akan disiasat di bawah cubaan serangan seksual. Pegawai tersebut berjanji akan datang ke rumah saya untuk memeriksa cap jari yang ditinggalkan oleh penceroboh. Sejak tarikh kejadian, tidak ada sesiapa pun dibenarkan memegang tombol pintu bahagian belakang rumah kerana hanya pada tombol tersebut boleh didapati kesan cap jari (pada kunci dah bercampur dengan cap jari saya.)

Malangnya hingga hari ini, saya masih menunggu panggilan telefon daripada pegawai berkenaan, (panggilan saya tiada maklum balas), masih menunggu kumpulan pemeriksa yang dikatakan akan datang memeriksa kesan cap jari... hampir sebulan saya menunggu...

Teringat kata seorang rakan: hmmmm, boleh buat je lah laporan tu Su ooooo.... dan hari ini, saya hampir percaya, sungguh benar; bikin tak serupa cakap... kerja tak serupa ucap...

*** Membaca perbincangan ini, mungkin ada yang terfikir, saya sedang memalukan diri sendiri. Terpulanglah... apa juga pandangan anda, tujuan saya berkongsi pengalaman saya ini adalah untuk pengajaran dan teladan kepada semua. Terus terang, saya boleh dikategorikan agak sukar terjaga tiba-tiba. Disebabkan otak dan badan yang penat namun setiap kali tidur, saya tak lupa memanjat doa agar saya sekeluarga terpelihara daripada niat jahat orang. Ada masanya, kita yakin dengan tahap keselamatan yang kita sediakan di rumah tetapi kita lupa berserah kepada-Nya.... hanya Dia Pelindung yang Maha Agung!

Juga untuk menilai, benarkah slogan atau motto yang dilaung-laungkan oleh sesetengah pihak tentang diri mereka? Ingatlah! Anda diberikan amanah. Kegagalan anda menjalankan amanah akan memberikan kesan besar kepada orang lain. Fikir-fikirkan lah....

**** Di bawah adalah gambar yang saya ambil petang hari kejadian setelah cuaca menunjukkan hujan lebat akan turun dan mereka yang berjanji akan datang membuat pemeriksaan masih belum muncul...

kunci yang digunakan oleh penceroboh

kesan ujung tapak kaki pada satu bahagian di kawasan
belakang rumah (seakan kalut mengenakan pakaian)

kesan dicerobohi (ini kawasan semak di bahagian belakang rumah saya)

pucuk daun yang layu -
pokok di kawasan semak belakang rumah (bukan laluan orang)

09 Oktober 2008

Puasa Enam

Dah masuk hari ke sembilan Syawal. Ada yang dah selesai berpuasa enam. Ada yang baru nak mula. Saya menerima emel bertanyakan mengenai puasa enam ni. Syukur baru sekejap tadi seorang rakan memanjangkan maklumat mengenai puasa enam ini yang dipetik daripada tulisan Abu Anas. Saya kongsikan dengan pembaca semua:
______________________________________

"بسم الله الرحمن الرحيمالحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ’Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).

Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwas allam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi): كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ... وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ . رواه مسلم.
Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan) : “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151]

Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat. Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda: مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا . رواه البخاري.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]

Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.

Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.
Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ. رواه مسلم.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].

Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki- Nya.

Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.

Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.
Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata: أَنَّ رَسُولَ اللهِ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ . رواه مسلم.Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].

Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.

Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:

1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?
Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.

Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt: وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ . آل عمران: 133Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]

2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.
Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini. Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata: كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ . رواه البخار

Maksudnya:“Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]

Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra. Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya” . [Syarah Sahih Muslim 8/22].

Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut ].

3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.
Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]

Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut ]

Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.

Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw. Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal. Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan. Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya.

Sebagaimana sabda Nabi saw: إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا . رواه البخاريMaksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين

Akhukum: Abu Anas Madani, Pondok Sungai Durian.04 Syawal 1429h-041008M www.abuanasmadani. com

***Terima kasih!!

07 Oktober 2008

Yang penting ingatan

21hb September yang baru berlalu, genap setahun usia putera bongsu saya. Selepas solat Maghrib, saya adakan majlis potong kek. Ringkas sahaja. Bukan kerana sambutan tika bulan puasa malah sama juga sambutan ulangtahun kelahiran anak-anak sebelum ini, sambutan yang saya adakan adalah ringkas. Sekadar diraikan bersama adik-adik.

Kedekut? Terpulang la... yang penting bagi saya adalah ingatan dan anak-anak gembira. Terus terang, saya bukannya antara golongan berada yang mampu menghabiskan duit ratusan ringgit hanya untuk meraikan ulangtahun anak-anak. Kalau dah diadakan sekali, nanti tahun mendatang, nak kena buat lagi.... dah biasakan anak-anak begitu kan... tiga anak, tiga kali setahun.... membazir kan? Lebih baik duit tersebut saya simpan untuk pembelajaran anak-anak.

Kalau anda mampu, terserah lah.... cuma nasihat saya, anak-anak yang biasa hidup senang akan mudah tersungkur bila menghadapi kesusahan sebaliknya anak-anak yang sentiasa kenal erti kepayahan, akan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan...
Cukup dulu untuk perjumpaan semula selepas hari raya. Banyak yang nak saya kongsikan dgn anda. Cerita pecah rumah, cerita raya... macam-macam... tungguuuuu!!! :)

Kepada yang masih beraya, hati-hati ya!!!


Kek hari lahir Afkar Sulaim yang pertama 21hb September 2008

Ummi tiup lilin yang dah padam sebab Kak Yang ngan Bang Cik tiup lagi cepat drp Ummi

Sulaim sengih jer masa potong kek dgn Ummi

Kak Yang ngan Bang Cik tumpang potong kek sama yer Dik Sulaim

Anjang (berkaca mata) dan Untie Baby pun sama-sama raikan birthday Sulaim

Ini Kak Farah, kawan Anjang ngan Untie