27 November 2008

Temujanji diaktifkan semula

Alhamdulillah, saya dapat aktifkan semula sesi temujanji bersama saya. Mulai 1hb Dis ini, anda boleh menghubungi semula talian temujanji 013-2545965 untuk menetapkan tarikh dan masa anda bertemu dengan saya. Malah, anda boleh berkongsi masalah dengan saya menerusi talian telefon dan internet.

Bermaksud, anda mempunyai tiga pilihan untuk berkomunikasi secara terus dengan saya iaitu:
1. bersemuka
2. perbualan telefon
3. online chatting

Bagaimana? Caranya masih sama... anda hubungi talian temujanji dan tentukan pilihan anda. Jadual temujanji secara bersemuka adalah seperti berikut:
Selasa : 1 sesi shj iaitu 4.00pm-6.oopm
Khamis : 1 sesi shj iaitu 3.00-5.00pm
Jumaat : 1 sesi shj iaitu 12.30tghri-2.30pm
Sabtu : 2 sesi shj iaitu 9.00am-11.00am dan 11.15am -1.15pm

Bagi bulan Dis, sesi pada hari Sabtu akan ditambah menjadi 4 sesi iaitu tambahan 2 sesi pada jam 2.oopm-4.00pm dan 4.15pm-6.15pm. Mulai Januari 2009, jadual temujanji pada hari sabtu adalah kekal 2 sesi sahaja memandangkan sesi kuliah psikologi keluarga dan guaman syarie akan bermula.

Tempat pertemuan? Anda diberi pilihan untuk bertemu dengan saya di pejabat atau di tempat awam.

Bagi sesi perbualan telefon, anda boleh memilih masa yang sesuai bg anda antara Isnin hingga Khamis mulai jam 10.30am-12tghri (1 jam 30 minit shj) atau Isnin hingga Rabu mulai jam 10.30pm-12tgh malam. Bagi sesi online chatting, anda boleh memilih masa antara 12.30tghri-2.30pm setiap hari Isnin hingga Khamis.

Mulai Disember ini juga, segala temujanji diuruskan sepenuhnya oleh Bina Bahagia Services bermaksud temujanji anda hanya akan disahkan selepas anda menjelaskan bayaran perkhidmatan yang ditetapkan.

Bagi sesi temujanji bersemuka, bayaran yang dikenakan ialah antara RM50-RM100 bergantung kepada kes. Namun, bagi tujuan pengesahan temujanji, anda dikehendaki membayar RM50 sahaja dan bakinya akan ditentukan selepas perbincangan pada sesi temujanji. Bagi temujanji menerusi perbualan telefon dan online chatting, kos perkhidmatan ialah RM50 sahaja.

Bayaran boleh dibuat secara bank-in ke akaun Bina Bahagia Services, Bank Islam: 1206 5010 035871 kemudian fakskan slip deposit bayaran ke talian 03-5621 9722 dengan menyertakan nama anda dan waktu temujanji yang dipersetujui.

Setiap masalah ada penyelesaiannya dan insyaAllah, saya akan membantu anda mencari jalan penyelesaian tersebut.

PERHATIAN!!
Talian 013-2545965 adalah untuk tetapkan temujanji sahaja!! Mohon kerjasama semua. Terima kasih.

Isu anak tak sah taraf

Saya menerima emel yang meminta komen saya tentang fatwa Mufti Perlis tentang isu anak tak sah taraf. Sebenarnya, saya baru saja emelkan perbincangan mengenai perkara ini kepada pihak Buku Prima sebagai isu tambahan di dalam buku saya yang bakal terbit awal tahun depan.

Memandangkan terdapat permintaan, saya masukkan petikan perbincangan tersebut di dalam blog saya ini dengan harapan, memberikan faedah kepada semua, insyaAllah.
_________________________________________

Saya mengulas semula perbincangan bab ini setelah timbulnya fatwa baru ini dan sehingga perbincangan ini saya ulas semula, kira-kira selepas dua minggu fatwa Mufti Perlis ini dikeluarkan, belum ada mana-mana pihak yang setanding dengan beliau memberikan komen sama ada menyokong atau membantah. Dah nyata, saya bukanlah orang yang cukup layak untuk memberikan komen namun sebagai seorang yang turut berada di dalam permasalahan yang dibincangkan, saya rasa bertanggungjawab untuk memberikan pandangan dan pendapat walau mungkin ketika buku ini berada di pasaran, telah ada pendapat lain yang dikeluarkan.

Terus terang, saya tidak bersetuju dengan pandangan ini. Memetik semula kata- kata Dato’ Setia Hj. Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid , Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor dalam kertas kerja yang dibentangkan pada Seminar Penolong Pendaftar Nikah Daerah Hulu Selangor, 28 November 2007, di Petaling Jaya, Selangor, berkaitan Anak Tak Sah Taraf Mengikut Hukum Syarak: “Penyelesaian sesuatu masalah sosial yang berlaku tidak boleh diambil melalui jalan yang singkat dan semudah seperti yang disangka. Ia perlu dilihat dari keseluruhan aspek dengan melibatkan pendekatan agama serta pembangunan insan dan pembentukan masyarakat yang beretika dan baik.”

Semua sedia maklum, isu hamil luar nikah dan anak tak sah taraf bukanlah isu luar biasa malah bagaikan satu kelaziman di dalam masyarakat hari ini. Saya kemukakan petikan akhbar Kosmo bertarikh 30hb Oktober 2008:

KUALA LUMPUR - Mengejutkan! Sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.

"Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.

"Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 229," katanya.

Tambah Syed Hamid, di bawah peruntukan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.


Berdasarkan laporan rasmi ini ada pihak yang telah mengunjurkan pengiraan statistik untuk melihat sejauh mana parahnya kejadian ini. Jika diteliti daripada data yang diberikan sejak tahun 2000 sehingga Julai 2008 ini bermakna memakan masa selama 103 bulan dan bilangan harinya adalah 3090 hari iaitu 103 X 30.Secara purata di mana ada hampir 2,500 (iaitu 257,411 ÷ 103) kes anak luar nikah setiap bulan didaftarkan secara rasmi, dan ini bermakna setiap hari secara purata Jabatan Pendaftaran menerima 83.3 kes (257,411 kes ÷ 3090 hari) pendaftaran anak luar nikah. Ini juga bermakna secara statistiknya satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam masa 17 minit 17 saat.Masalah pembuangan bayi juga semakin parah di mana sebanyak 228 kes buang bayi direkodkan di seluruh negara sepanjang 2004 hingga tahun 2006. Kes paling banyak dilaporkan di Selangor dengan 69 kes, 59 kes berlaku di Johor, seterusnya 29 kes bagi Sabah dan 25 kes berlaku di Sarawak .

Ini bermakna, secara puratanya setiap bulan sebanyak 6.33 (228/36) kes buang bayi berlaku. Jadi, jika dinisbahkan dengan hari, maka pada setiap 5 hari 1 jam ada seorang bayi yang dibuang. Data dan statistik di atas menunjukkan bagaimana parahnya masalah sosial dan perzinaan yang berlaku di Malaysia , terutamanya di kalangan muda-mudi yang melakukan perbuatan jijik dan keji itu. Angka-angka yang diberikan di atas bukanlah menunjukkan angka yang sebenar kerana semua orang tahu kes yang tidak dilaporkan jauh melebihi jumlah yang dilaporkan.

Malah terdapat beberapa kes anak luar nikah didaftarkan dengan nama bapa angkat tanpa di kesan oleh Jabatan Pendaftaran, sebagai contoh ada doktor swasta di JB yang menguruskan anak luar nikah yang diberi sijil kelahiran kepada keluarga yang inginkan anak. Ada juga kejadian pasangan yang cepat-cepat bernikah setelah tahu ‘perut kembung’, banyak kes yang mengebumikan anak hidup atau mati yang tidak dijumpai dan banyak ke yang mana kandungan digugurkan di hospital swasta.

Fikirkanlah, dengan adanya fatwa yang hanya mengiktiraf anak-anak yang lahir selepas tempoh enam bulan perkahwinan sebagai anak sah taraf, kes-kes hamil luar nikah makin bertambah berkali-kali ganda sepanjang tahun; apakah yang akan berlaku sekiranya kebebasan diberikan seperti fatwa yang baru dikeluarkan itu?

Terdapat dua alasan yang diberikan kenapa perlu ada fatwa baru berkaitan masalah anak tak sah taraf ini iaitu:
1. satu tekanan kepada anak yang tidak berdosa apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya.
2. ibu bapa amat sukar untuk menerangkan masalah tersebut kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka aib yang telah cuba ditutup di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga.

Saya faham malah mengakui antara kebaikan fatwa baru seperti yang dinyatakan iaitu untuk menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat, menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurangan tempoh perkahwinan dan membantu ibu bapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.

Namun, satu persoalan yang perlu difikirkan bersama, apakah fatwa baru ini akan dapat menamatkan atau mengurangkan kes-kes hamil luar nikah? Saya pernah berdepan dengan pasangan lelaki dan wanita yang hubungan mereka dilarang oleh keluarga. Tanpa segan mereka luahkan cara mudah: “mengandung dulu nanti boleh lah kahwin.” Jika ini mentaliti mereka yang terlibat di dalam kes hamil luar nikah, memanglah parah. Saya bukan mendoakan tetapi saya yakin, dengan adanya fatwa baru ini, kes-kes zina dan hamil luar nikah akan makin bertambah dan menjadi-jadi.

Realitinya, wujudnya fatwa yang memperakui anak yang dilahirkan selepas tempoh enam bulan perkahwinan adalah satu fatwa yang amat relevan dan cukup mengambil kira kemaslahatan setiap ahli masyarakat termasuk pasangan dan anak yang terlibat. Ya! Saya akui anak yang terlibat akan rasa tertekan namun harus diingat, anak yang terlibat di dalam masalah ini boleh bertindak wajar dan waras sekiranya diasuh dengan ajaran dan kehendak syariat. Ibu bapa seharusnya bertindak berani berdepan dengan kebenaran dan bukan berusaha menyembunyikannya. Harga diri di depan anak-anak? Kenapa baru sekarang fikirkan harga diri? Nak bina semula harga diri? Binalah tetapi dengan memperakui hakikat dan kebenaran dan bukan menyembunyikannya malah menjerumuskan anak anda ke jalan yang salah menurut syariat.

Kenapa salah? Jika anak anda itu dinasabkan dengan nama anda, bagaimana dengan perkahwinannya kelak, terutama jika anak itu anak perempuan? Dah sah itu bukan anak yang sah menurut syarak maka anda tidak berhak mewalikannya. Apakah tika dewasa dan tika hari istimewa itu, anda nak bocorkan rahsia anda? Atau anda akan terus menyembunyikannya hingga sanggup mengabaikan sah atau tidak perkahwinan anak anda? Nak biarkan anak anda yang tidak bersalah itu berada dalam keadaan wait atau persetubuhan syubhah, semata-mata ingin menyembunyikan rahsia sebenar?

Hakikatnya juga, tak perlukan fatwa baru. Satu peruntukan daripada Akta Pendaftaran dengan jelas menyebut: “Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.” Peruntukan ini sudah memadai bagi menyelesaikan alasan yang diberikan bagi mewujudkan fatwa baru ini. Memang lah susah tapi berbaloi lah dengan perbuatan salah yang dilakukan sebelum ini. Susah pun, tak lah sampai anak tu dah pandai membaca, barulah pihak berkuasa nak luluskan. Paling penting, anda perlu telus dan jujur dengan tidak menjadikan diri anda sebagai wali semasa perkahwinan anak anda. Jika anda benar-benar bertaubat, anda akan sanggup hadapi apa juga rintangan dan halangan.

Ini pendapat saya berdasarkan ilmu yang ada. Harapan saya, akan ada pihak yang mempertimbangkan semula perkara ini.

26 November 2008

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

Saya terima daripada emel seorang rakan siber. Menarik untuk dikongsi:

______________________________

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh! kenapa?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah! .. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa, "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram."

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).

Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


****Moga ramai yang mengambil iktibar...

25 November 2008

Cara berpakaian yang sewajarnya

Jika anda membaca perbincangan saya di ruangan Resipi Hidup minggu ini yang bertajuk Ramai Wanita Kini Hilang Harga Diri (MW Bil 1305 bertarikh 21-27hb Nov 2008), sudah pasti anda memahami kenapa saya memilih tajuk perbincangan sedemikian.

Ya... perkara yang menjadi isu saya kali ini ialah tentang cara berpakaian kebanyakan wanita hari ini. Tak perlu lagi saya ulangi semula segala ayat saya di ruangan tersebut. Banyak-banyak komen nanti boleh menimbulkan lebih banyak kemarahan orang lain.

Sebaiknya kali ini saya tampilkan perbincangan tentang cara berpakaian yang sewajarnya bagi lelaki dan perempuan, yang bukan sahaja menjadi tuntutan agama sebaliknya memenuhi kehendak moral dan adab sopan masyarakat timur. Saya kemukakan artikel Cara-cara Menutup Aurat Yang Dituntut Oleh Islam, yang dikeluarkan oleh Unit Penerbitan al-Munirah:







Rasulullah SAW telah bersabda: "Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan." (H.R Abu Daud)
Rasulullah SAW bersabda: "Hai Asma', sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah baligh (cukup umur), tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini sahaja," sambil Rasulullah menunjukkan muka dan kedua belah tapak tangannya.- H.R Abu Dawud, Baihaqy dan Thabrany.
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu"
- bersolek atau sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahiliyah.

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada-dada mereka."
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina." (H.R. Nasa'i, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." surah an-Nur ayat 31
- menampakkan kaki, menghayunkan atau melenggokkan mengikut hentakan kaki.
KEPADA SIAPA AURAT BOLEH DIPERHATIKAN?
Allah S.W.T. berfirman: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." - Surah An-Nur ayat 31.

19 November 2008

Hati seorang ibu

Banyak hari jugak tak jenguk blog. Sebabnya, saya ke Kota Bharu, Kelantan atas satu urusan kerja mulai 16-18hb (sampai rumah malam tadi dah hampir kul 9pm). Dah lama jugak tak tinggalkan anak-anak lama begini. Kali terakhir, penghujung April yg lalu, tiga hari juga saya ke Kelantan.

Seronok? Nak kata tidak tu, menipu la jgk. Ya lah, di samping bekerja, saya juga berpeluang melihat tempat orang. Cuma seronok saya tak sepenuhnya. Hati saya berbelah bahagi malah dah pernah suarakan agar tempat saya diganti oleh orang lain. Boss tak banyak mulut, amat memahami tetapi saya kena la ingat jugak, ini adalah tugas dan tgjwb saya. Saya kena lah faham kan...ini pun bukan kali pertama, dah banyak kali saya perlu meninggalkan anak-anak 2-3 hari atas urusan kerja cuma setiap kali itu juga lah, perasaannya sama...

Jumaat baru ni saya cuti kecemasan lagi bila anak bongsu saya tidak sihat. Kepada Ilahi, saya mohon agar anak saya segera sembuh. Mak menenangkan saya: "budak biasa lah, nak boleh sesuatu memang biasa la demam ni... nak boleh jalan la tu kut...." Doa saya, benarlah kata-kata Mak dan alhamdulillah, petang jumaat tu, panas badan Sulaim mula berkurangan dan dia makin aktif seperti selalu.

Pg Sabtu, saya membawa anak-anak bersiar-siar sekitar Putrajaya dan kemudian makan di BBB. Satu cara yg saya praktikkan setiap kali saya perlu bertugas luar kawasan. Bukan bererti kalau tak ke mana-mana, anak-anak terkurung saja cuma menjadi satu perkara yg wajib bg saya berbuat demikian kerana tika itulah nanti, saya akan terangkan kpd anak-anak ke mana dan kenapa saya akan menghilang selama bbrp hari.

Malamnya, selepas maghrib, Suhail pulak murung dan nampak lemah. Ya Allah! Seorang lagi anak saya demam. Hanya Dia yg tahu hati saya tika itu. Nak batalkan pemergian ke KB saat akhir, memang cari pasal la. Rasa mcm nak bawak ja anak-anak bersama. Tapi, sahabat saya nasihatkan; banyakkan berdoa mtk Allah pelihara anak-anak kau.... saya juga manusia biasa, ada tikanya emosi mengawal diri, rasa risau dan jadi tidak keruan... tika ini lah saya memerlukan seseorang yg boleh saya percayai dan harapkan... Alhamdulillah, menjelang subuh demam Suhail beransur kebah. Paling melegakan saya, Suhail berselera seperti biasa ketika menikmati hidangan roti canainya pagi Ahad baru ni, jawapan agar saya lebih berlapang dada meninggalkan anak-anak saya bbrp hari demi keperluan tugas...

Semalam, ketika saya dan tiga rakan sekerja merayau-rayau di pasar MPKB (selepas check out hotel sementara menantikan masa untuk ke lapangan terbang), mata saya terarah ke muka depan sebuah akhbar yg memaparkan tragedi di taska, seorang bayi berusia empat bulan meninggal dunia kerana tersedak susu... dlm masa yg sama terdengar celoteh seorang wanita: "Jaga sendiri ja lah anak tu, tok sah la kerja...." gitulah lebih kurang ayatnya tapi diucap dlm bahasa Kelantan.

Allahu akbar!! Kau Maha Besar ya Allah!! Walau bukan saya di tempat ibu bapa bayi tersebut, saya tetap bersedih dengan kejadian yg berlaku. Tambah pula saya pernah mengalami kes yg hampir sama: masalah di taska. Minggu lepas juga, seorang rakan sekerja bergegas balik apabila dimaklumkan bayinya jatuh di taska. Bayi yg sebaya dgn anak bongsu saya itu luka sepanjang hampir satu inci hampir dgn kening mata kanan. (gambar di bawah)


Memang inilah dilema wanita bernama ibu. Runsing memikirkan keselamatan anak-anak bersama pengasuh. Kalau tak kerja pulak, masalah lain pula yg timbul. Saya akui, tempat seorang isteri sebaik-baiknya adalah di rumah malah ada pendapat yg mengatakan: haram bg seorang isteri keluar bekerja kerana tgjwb mencari nafkah keluarga terletak di bahu suami. Namun, ada pendapat lain yg memberikan pengecualian, isteri boleh bekerja dgn syarat mendapat izin suami. Jika ditanya pendapat saya secara peribadi, saya juga menggalakkan kaum wanita bekerja atau mempunyai pendapatan sendiri.

Bukan nak tunjuk kuasa atau nak kumpul harta tetapi rutin kehidupan kini memerlukan kaum wanita lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan di belakang hari. Namun, seperti kes yg saya ketengahkan di awal tadi, malah kes-kes lain sblm ini, satu perkara yg merunsingkan kaum ibu selain kes suami tak nak bg nafkah kerana isteri dah ada pendapatan sendiri ialah, kewibawaan pengasuh anak-anak.

Saya yakin, penjenguk setiap blog ini tahu dan faham sgt tentang prinsip sy berkaitan anak-anak. Ya, saya amat sensitif bila perkara mengenai kebajikan anak-anak walaupun bukan anak saya sendiri. Sebabnya, anak saya atau anak siapa pun, mereka adalah bayi dan kanak-kanak yg tak tau apa-apa, yg hanya inginkan sedikit perhatian dan kasih sayang siapa juga insan yg berada bersamanya.

Saya tak kata taska atau nurseri tak bagus. Saya juga tak kata pengasuh persendirian lebih baik. Hakikatnya, jika individu yg mengambi amanah dan tgjwb drpd ibu bapa utk menjaga anak-anak mereka, menjalankan tgjwb tersebut dgn baik, takkan terjadi kes-kes yg tidak diingini.

Ya lah!! Memang lah ketentuan takdir. Allah dah tetapkan begitu jalannya, demikian suratan hidupnya. Kalaulah semua nak dituding jari kepada Allah yg menetapkan segalanya, tak perlulah ada hukuman kpd penjahat atau pesalah. Ya lah, dah Allah tentukan mereka sbg penjahat, sbg pembunuh, perogol atau perompak, kenapa nak kalut marah-marah dan adakan hukuman utk mereka??

Hakikatnya, setiap yg berlaku ada sebab dan musababnya. Kita sbg manusia disuruh berikhtiar dan ikhtiar seorang ibu dan ayah ialah meletakkan anak-anak mereka di bawah jagaan seseorang yg diharapkan dpt membantu menjaga anak-anak mereka ketika mereka bekerja. Bila tgjwb dan peranan ini gagal dipenuhi, berlakulah kejadian yg tidak diingini. Sebab itulah saya katakan, ada sebabnya berlaku sesuatu perkara. Seperti kes anak rakan saya, anaknya terjatuh di bilik air ketika dimandikan oleh seorang pengasuh dan khabarnya anak tersebut dibiarkan berdiri sendiri di tepi kolah air dan akibatnya, anak itu terjatuh dan tersembam ke lantai. Budak berusia 14 bulan dibiarkan berdiri sendiri di tempat yg bahaya begitu? Ya lah, di bilik air dan di tepi kolah air??!! Bukankah itu satu kecuaian? Tidak menjalankan tgjwb yg sewajarnya?

Saya tidak pasti apakah semua taska menjalankan kaedah yg sama: mengambil wanita muda dan remaja bekerja menjaga bayi dan kanak-kanak. Namun, di kebanyakan taska yg saya kunjungi dan yg sampai ke pengetahuan saya drpd maklumat rakan-rakan, memang begitulah 'trend'nya. Bagi saya, mereka ini kurang sesuai mengasuh dan menjaga kanak-kanak apatah lagi bayi di bawah usia 2 tahun. Sebabnya kebanyakan wanita yg belum pernah mengandung dan melahirkan anak gagal menghayati kasih dan perasaan sebenar seorang ibu.

Teringat kes saya sendiri. Adik-adik saya kerap sangat bermain dgn anak-anak saya dgn cara melambung tinggi anak-anak saya ke udara. Anak-anak memang lah seronok, gelak dan ketawa sahaja. Dah jenuh saya melarang tapi susah bila larangan saya ada tikanya dilupakan. Skrg ini seorang antara adik saya tersebut sedang hamil enam bulan dan tika seorang adik yg lain bermain dgn anak-anak saya dgn cara yg bahaya begitu, adik saya akan marah. Pernah saya terdengar kata-katanya: "Jaga elok-elok sikit, ummi dia bawak lama dlm perut tu, jgn buat main!!" Haaa... baru lah mengerti perasaan sebenar saya, kenapa saya melarang dia yg pernah bertindak sama satu masa dulu.

Hakikatnya, hanya ibu yg mengerti perasaan sebenar seorang ibu. Sama seperti saya dahulu, Mak selalu luahkan: "Hang tak jadi mak lagi, hang takkan faham. Hang dah jadi mak nanti baru hang faham..." Saya akui kebenaran kata-kata Mak... kini saya lebih sensitif bila sesuatu itu berkaitan dgn anak-anak. Lantaran itulah, sebaiknya orang yg dipertanggungjawabkan menjaga dan mengasuh anak-anak juga adalah seorang ibu. InsyaAllah, dia akan lebih memahami hati seorang ibu.

Kepada ibu yang tak bekerja, maksud saya yang berkesempatan menjadi suri rumah sepenuh masa, jangan sesedap rasa menyalahkan ibu-ibu yang terpaksa meninggalkan anak-anak kerana bekerja. Seperti luahan wanita Kelantan yg saya ketengahkan di awal tadi. Memang mudah menuding jari tapi bg sesetengah orang, bukan itu jalan penyelesaian yg terbaik.

Nasihat saya kepada para ibu, berhati-hatilah dlm mendapatkan pengasuh dan penjaga anak-anak anda. Bak kata orang, jgn tangkap muat ja. Biarlah terpaksa bercuti lama asalkan anda rasa tenang dan senang hati menghantar anak-anak tinggal sementara bersama pengasuh mereka. Saya sendiri bercuti tanpa gaji dua minggu tika usaha mencari pengasuh yg benar-benar menyenangkan hati dan alhamdulillah, suara hati saya selari dgn doa yg saya panjatkan kpd Ilahi.

Kpd mereka yg mengambil amanah mengasuh dan menjaga anak-anak org lain, ingatlah... anak-anak yg dihantar kpd anda adalah amanah dan tanggungjawab anda. Keselamatan mereka terletak di bahu anda. Anda wajib menjaga mereka sebaik mungkin. Jgn hanya fikirkan wang yg diberikan kpd anda. Letakkan diri anda di dalam kasut ibu yg terpaksa meninggalkan anaknya kpd anda, fahamilah nalurinya yg mengharapkan agar anaknya berada di dalam keadaan selamat dan terjaga.

Saya tidak tahu apakah topik perbincangan kali ini tapi rasanya, inilah luahan hati yg mewakili suara hati ramai wanita bernama ibu yg terpaksa meninggalkan anaknya kerana bekerja mencari rezeki yang halal...

13 November 2008

Kemaafan adalah dendam yang terindah

Jika anda peminat penyanyi Aishah yang satu masa dulu popular dengan lagu Janji Manismu... anda pasti ingat satu antara lirik lagunya adalah tajuk perbincangan saya kali ini.

Ya... kemaafan sama ada meminta maaf apatah lagi memaafkan adalah sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan namun hakikatnya memohon maaf dan memberi maaf adalah dua sikap terpuji yang mampu menjadikan kehidupan anda lebih ceria, tenang dan harmoni.

Bagaimana nak minta kalau bukan aku yang bersalah? Ada tikanya kita tak perasan, sebenarnya kita juga bersalah. Bagaimana nak memaafkan kalau dia memang bersalah? Siapalah kita untuk mendabik dada berbangga diri sedangkan Dia yang Maha Esa, segalanya di bawah kuasa-Nya masih mampu dan mahu memaafkan setiap kesilapan dan kesalahan kita.

Sebentar tadi saya berkongsi cerita dengan ketua yang amat saya sanjungi. Dia ceritakan tentang kemuliaan sikap Rasulullah SAW. Selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar r.a berusaha melakukan setiap perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa hayat baginda. Satu hari, Sayidina Abu Bakar bertanya kepada anaknya, Aishah r.anha, apakah lagi perbuatan Rasululullah SAW yang belum dilakukannya? Aishah menjawab; semuanya telah dilakukan. Namun Sayidina Abu Bakar bertanya lagi kerana terasa masih ada yang kurang.

Tidak lama Aishah menjawab: Tika hayat baginda, Rasulullah selalu memberi makan kepada seorang lelaki buta berbangsa Yahudi di pasar. Maka Sayidina Abu Bakar segera ke pasar mencari lelaki buta tersebut. Sampai di sana, Sayidina Abu Bakar terpandang seorang lelaki buta sedang mencaci maki dan menghina Rasulullah SAW.

Sayidina Abu Bakar menghampiri lelaki buta lalu disuapkannya makanan kepada lelaki buta tersebut. Lelaki buta itu berkata: kamu bukan lelaki yang selalu suapkan aku makanan. Sayidina Abu Bakar bertanya: bagaimana kamu tahu? Lelaki buta menjawab: Aku tahu kerana dia lebih bijak dan baik daripada kamu. Dia suapkan aku roti yang lembut dan dalam cebisan yang kecil, sesuai dengan diriku yang tua... bukan seperti cebisan yang kamu suapkan kepada aku...

Sayidina Abu Bakar menangis. Dia mengakui kebenaran kata-kata lelaki buta itu. Memang sungguh lelaki yang menyuapkan makanan kepada lelaki buta itu adalah seorang yang mulia dan tinggi budi pekertinya. Sayidina Abu Bakar bertanya kepada lelaki buta: tahukah kamu siapa lelaki itu? Lelaki buta menjawab: aku tak tau...

Sayidina Abu Bakar menjawab: Dialah Muhammad... orang yang sebentar tadi kau caci dan kau cakap yang tak baik tentang dirinya....

Lelaki buta yang mendengar jawapan Sayidina Abu Bakar menangis. Dia sungguh tidak menyangka lelaki yang sering dicaci dan dihinanya sejak lama dulu adalah lelaki yang selama ini memberikannya makanan yang disukainya....

Apakah pengajarannya? Saya tahu, kita... saya sendiri juga bukanlah malah takkan mungkin mampu menjadi semulia Rasulullah SAW tetapi apalah salahnya, kita mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah ini.

Sebagai manusia, kita adalah makhluk yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan... sama juga dengan insan lain di sekeliling kita... saya akui, ada tikanya hati kita sakit dan pedih malah sukar melupakan kesakitan dan kepedihan tersebut... namun, sama-samalah kita ingat dan tanamkan di dalam fikiran, kita hidup di dunia hanya satu persinggahan, hanya akhirat menjanjikan kehidupan abadi dan jika kita enggan memohon maaf apatah lagi enggan memaafkan orang lain, natijah dan kesannya amat buruk di akhirat nanti...

Ingat janji Allah!! Allah tidak akan memaafkan hamba-Nya selagi hamba tersebut masih belum dimaafkan oleh hamba-Nya yang lain.... lantas, sama-samalah kita bermaaf-maafan walau Syawal telah berlalu pergi kerana bermaafan adalah perlu pada setiap saat dan waktu. Kenapa? Kerana kita tak tau bila ajal kita. Jika dijemput-Nya tanpa sempat kita memohon maaf atau memberi maaf??? Fikirkanlah....

****Saya juga memohon maaf andai ada sikap atau kata-kata saya yang mengguris hati dan perasaan sesiapa juga. Halalkan jugalah segala makan minum saya jika anda. Saya juga dengan senang hati memaafkan sesiapa sahaja yang pernah tersalah dengan saya.... Moga kita semua sama-sama dapat menjalani kehidupan dengan tenang dan dalam keadaan diredhai-Nya....

12 November 2008

Bukan sekadar untuk dimakan

Saya terima satu emel tentang hubungan antara manusia dan buah-buahan. Fakta menarik dan boleh menjadi panduan kepada yang berfikir... sungguh benar firman-Nya, setiap kejadian-Nya bukanlah perkara sia-sia....
________________________________________


Jadilah seperti jagung yang membungkus bijinya yang banyak,
jangan seperti gajus yang mempamerkan bijinya yang cuma satu...

Jadilah seperti durian,
walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam tetapi di dalamnya lembut dan manis...
jangan seperti kedondong,
di luarnya licin dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri....

Jadilah seperti sengkuang,
walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih....

Jadilah seperti tandan petai, membahagi makanan sama rata ke biji-bijinya, semua seimbang...

Jadilah seperti cili.... semakin tua, semakin pedas...

Jadilah seperti buah manggis....boleh diteka berapa ulasnya dari bahagian bawah buahnya...

****Manusia bijak akan sentiasa menggunakan akalnya memikirkan perkara yang baik terutama tentang persekitarannya bagi meningkatkan keimanan kpd-Nya...

11 November 2008

Isu sajak "Kematian"

Beberapa hari ni kecoh tentang isu sajak kematian, di media cetak mahupun media elektronik malah mendapat maklumbalas meluas di dalam forum-forum di internet juga kumpulan-kumpulan emel.

Namun, dalam kekecohan yang ada skrg ni, saya tak perasan pulak ada komen daripada mereka yang mempunyai latar belakang dan berpendidikan agama yang tinggi dan bukan setakat cukup makan untuk digelar ustaz/ustazah (berikutan isu ustazah jahil la ni... ada masa, saya bincangkan pulak nanti). Tak tau la kalau saya 'terlepas ' tika komen mereka ini disiarkan. Namun, dek komen-komen yang memberikan lebih banyak pandangan negatif terhadap isu sajak kematian ini, menyebabkan saya terpanggil untuk membincangkannya.

Bukanlah saya orang yang amat layak atau mempunyai latar belakang dan berpendidikan agama yang tinggi namun insyaAllah, dengan sedikit ilmu yang Allah berikan, saya rasa bertanggungjawab untuk memberikan pendapat.

Rata-rata komen yang tidak bersetuju persembahan sajak Kematian ini dipertontonkan kepada anak-anak, memberikan alasan ia terlalu extreme atau melampau dan tidak sesuai dengn jiwa dan psikologi kanak-kanak. Persoalannya, kenapa extreme, kenapa melampau dan tidak sesuai??

Semua Muslim tau malah non Muslim juga tahu, kematian adalah pasti. Takkan ada seorang manusia malah makhluk lain juga yang dapat lari daripada kematian.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Setiap yang hidup pasti akan merasai mati." - surah Al-Anbia ayat 35.

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Di mana sahaja kamu berada, maut pasti akan mendatangi kamu sekalipun kamu bersembunyi di atas menara-menara yang kukuh." - surah An-Nisa ayat 78.

Dah jelas, kematian adalah perkara yang pasti. Bila dan di mana? Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Habis, apa yang extreme nya? Menceritakan perkara yang benar tidak boleh dikatakan melampau. Kalau menonton cerita-cerita yang tidak benar hingga mempengaruhi anak-anak, itu boleh dikatakan melampau.

Kenapa tak sesuai? Sebab anak-anak masih muda lagi??? Jangan lupa! Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Maka apabila tiba ajal mereka nescaya tidak bolah dilewatkan dan diawalkan walaupun sesaat"- surah Al-A'raf ayat 34.

Hakikatnya, usia anak-anak yang masih muda inilah merupakan masa yang sesuai untuk memberikan ilmu yang baik kepada mereka. Bak kata pepatah: melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Kalau dah hidup lama tinggi mencecah pucuk-pucuk kayu, sukar dan amat susah nak dilentur lagi.

Saya tak setuju tentang wujudnya tahap pemikiran yang berbeza antara kanak-kanak. Cuba kita renung sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ajarlah anak-anakmu solat ketika umur mereka tujuh tahun dan rotan mereka (sekiranya enggan solat) pada umur 10 tahun."

Saranan dan arahan drpd baginda Rasulullah SAW tidak memberikan perbezaan untuk setiap anak-anak. Hukum adalah sama jika anak-anak adalah mumaiyiz dan berakal. Mumaiyiz bermaksud tahu membezakan yang baik dan yang buruk. Fuqaha berselisih pendapat mengenai had umur mumaiyiz ini. Namun begitu, menurut kebiasaan, anak lelaki dianggap telah mumaiyiz apabila berumur tujuh tahun dan anak perempuan pula berumur sembilan tahun.

Berakal mengikut istilah syarak adalah tidak gila atau mampu berfikir dengan baik. Bererti tidak ada perbezaan tahap pemikiran atau IQ yang boleh diambil kira sebagai rukhsah atau keringanan di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim.

Sewajarnya juga anak-anak didedahkan dengan kematian sebagai peringatan bahawa hidup di dunia bukanlah kehidupan yang abadi. Sebaliknya kehidupan di dunia ini adalah sebagai satu cara bagi kita mencari bekalan untuk kehidupan yang lebih abadi di akhirat nanti.

Takut?? Memang itulah tujuannya, supaya takut dan mengambil iktibar. Dalam konteks ini, kita sebagai ibu bapa dan guru juga berperanan menceritakan hakikat sebenar kepada anak-anak. Bukannya ketakutan anak-anak kita tambahkan lagi menjadi negatif. Sewajarnya ketakutan anak-anak itu kita jadikan asas untuk mendidik mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Sama seperti selepas anak-anak ketakutan menonton filem seram, jelaskan hakikat sebenar. Kalau tak dijelaskan, pasti ada yang perlu tunggu anak-anak dalam tandas tika anak nak buang air, betul tak?

Sebab itu lah menjadi ibu bapa bukan hanya satu kebanggaan sebaliknya adalah satu tanggungjawab. Jangan nak harapkan semuanya kepada guru. Jangan juga nak serahkan sepenuhnya kepada isteri sahaja. Mendidik dan membimbing anak-anak merupakan tanggungjawab dan peranan bersama setiap ibu bapa.

Ingatlah!! Anak-anak adalah kain putih, cantik corak yang anda lakarkan, akan cantiklah hidupnya kelak dan jangan lupa, hidup di dunia bukan kekal, hanya akhirat yang abadi lantas, coraklah anak-anak anda dengan corak yang menurut asas-asas syariat. InsyaAllah, bukan saja anak-anak malah anda sendiri takkan rugi....

10 November 2008

Temujanji dibekukan sementara

Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, bermula hari ini tiada lagi temujanji yang akan diterima kerana semua SESI TEMUJANJI TERPAKSA DIBEKUKAN SEMENTARA.

Saya akan usahakan agar sesi temujanji dapat berjalan semula seperti biasa, dalam kadar segera.

Maaf atas segala kesulitan. TERIMA KASIH

Kisah pembalasan isteri curang

Saya terima kisah ini drpd emel seorang rakan: ambillah iktibar...
______________________________________

Kisah ini saya petik dari suatu laman web... Kisahnya benar² menyentuh hati. Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan. "Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya.

Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

"Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!" jerkah suaminya, Razali sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar. Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Razali sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Razali itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak. Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Razali menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Razali, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan. Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Razali dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.

Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya. " Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya" demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Razali. Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata.

Razali akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Razali. Itulah yang menghairankan Halim. Lama-kelamaan, Razali terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya.

Walaupun Razali menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur. Sejak Normah meninggalkannya, hidup Razali tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur , tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya. Memang hidupnya sukar, tapi Razali belum tergerak untuk berkahwin lagi.

Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan. Razali juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wanita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Razali ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia. Ternyata tanpa Normah, Razali mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Razali yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak. Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Razali.

Tambahan pula Razali mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu. "Tempat awk di sana !" kata Razali menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana , bertompok sini. "Nak alas, cari sendiri," kata Razali, lalu menyindir "itupun kalau awak ingat kat mana nak cari....." Normah ditinggalkan sendirian. Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang.

Sementara Razali tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak. Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Razali meneruskan hidup seperti biasa.

Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ. Ternyata telahan Razali tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua. "Aku dah agak. Patutlah awak balik...nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan ? Nak jadikan aku pak sanggup?" Razali melepaskan paku buah keras. "Bukan macam tu bang, saya..." tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Razali memintas " Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit....bila masa aku sentuh badan kamu tu? Hah?"

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut. Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Razali menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Razali tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan. "Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh...memang patut pun Razali buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!" kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil. Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal.

Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula. Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit. Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad.

Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal.. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak. Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. " Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu," katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak. "Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik.

Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana ," jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan.. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal. Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya. "Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?" saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.

"Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak," kata Haji Shafie kesal. "Dia marah lagi agaknya," saya menyambung. "Saya tau... kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudak tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku," tambah Haji Shafie. "Kalau macam tu," tambah saya," bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia." Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

"Yang sudah tu sudahlah Zali, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu," Haji Shafie merayu. " Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung...suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya...' tambah Razali melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

"Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni," Haji Shafie merayu lagi , Razali tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah. Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Razali supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu.

"Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan," kata saya. Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan ...Ternyata Razali sudah berpatah arang berkerat rotan . " Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! " katanya. Sampailah hari Normah di bedah , Razali langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya. Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Razali dan anak-anak. Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina. "Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang...maafkanlah saya..."dia terus menangis dan meratap. Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

"Abang, Iffa, Aina...marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai..." ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut. Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Razali. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri. Haji Shafie sekali lagi menemui saya. "Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia," kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata . " Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Razali," kata saya. Puas kami memujuknya. Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan di beri, akhirnya Razali bersetuju.

Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas. " Sudahlah Zali, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya," kata saya semasa Razali hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar. Demi terpandang saja Razali datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu. "Sa..sa..ya der...haa..ka pada abaaaang.." katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.

"Yalah...."jawab Razali perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas. Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Razali semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah. Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting.

Sebelum pulang saya berpesan; " Zali, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman ". " Terima kasih ustaz," balas Razali. Seminggu kemudian Razali datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah. "Ustaz," Razali memulakan ceritanya, "Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak."

"Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita." " Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?"

"Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad." "Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi."

"Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka '."

Cukup menginsafkan,kan ? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain. Wallahualam

06 November 2008

Yang indah vs yang baik

Daripada fwd e-mail. Renungkan dan fikirkanlah...
_____________________________________________________________

Jika anda rasa anda tidak bahagia.. Lihatlah mereka..

Jika anda fikir kerja anda susah.. Bagaimana dengan dia..?

Jika anda fikir gaji anda rendah.. Bagaimana dengan dia..?

Jika anda fikir anda kurang kawan.. Lihatlah dengan siapa dia berkawan..

Jika anda fikir belajar itu satu beban, apa pandangan terhadap anak ini..?

Di saat anda berputus asa.. Renungkanlah pakcik ini..

Jika anda fikir hidup anda sengsara.. adakah sengsara anda sehebat si dia..

Jika anda merungut mengenai sistem pengangkutan, bagaimana dengan mereka..?

Jika masyarakat anda tidak bersifat adil terhadap anda, apa tanggapan anda terhadap nenek ini..?

...sebab itulah keindahan itu tidak semestinya baik;
tetapi kebaikan itu pastinya indah....!!

05 November 2008

Bantulah anak kecil ini

Saya menerima fwd emel berkenaan si kecil ini. Saya merayu bantuan anda semua untuk sama-sama membantu meringankan bebanan ibu bapa kanak-kanak ini. Bersyukurlah kerana anda tidak diuji seperti ibu bapa kanak-kanak ini...

Nama anak : Nur Fatin Najwa Mohd Rashidi
Usia : 3+ bulan (pada 10/8/05)

Kaki kiri dipotong pada hari ketiga kelahirannya ke dunia ini. Kaki kiri semasa dilahirkan mempunyai ketumbuhan yang menutupi kedua-dua saluran hadapan dan belakang. Anak bongsu dari 9 beradik ini memerlukan rawatan lanjut di Hospital Alor Setar. Mohon sumbangan dari tuan/puan Yang perihatin supaya anak kecil Ini akan mendapat peluang untuk menerima rawatan yang lebih Sempurna. Hulurkan sumbangan anda di Tabung yang disediakan. Atau, hubungi sendiri ? bapa Nur Fatin Di talian 019 4023596 (Rashidi)

"Anak bongsu dari 9 beradik. Bapa kerja security guard di SP dan Mak kerja kilang di Prai. Kaki kanan Fatin dipotong pada hari ke 3 kelahirannya, sebab doctor suspect ketumbuhan pada kaki nya ada cancer.. Bila dah dipotong barulah dapat Nampak jantinanya yang sebenar. Isi kemerahan yang terbonjol keluar dari buntut belakang adalah ususnya yang di keluarkan bagi membolehkan Fatin membuang air besar.Just imagine, baru umur lebih 3 bulan sekarang. Kalau berpeluang melawat dia di rumah, Fatin dengan matanya yang bulat seolah-olah mahu memberitahu sesuatu kepada pelawat-pelawat . Tak banyak orang yang tahu, termasuklah masyarakat sekeliling. Diharapkan dengan tersebarnya message ini, Fatin akan dapat menjalani rawatan yang lebih baik lagi. Sekarang ini perlu rawatan susulan di Hosp. Alor Star. Bapa perlu berulang-alik dari rumah ke Hospital Alor Star. Fatin akan didukung oleh bapanya (Rashidi) menaiki Bas, yang perjalanannya memakan masa 1.5 ke 2jam.Cuba bayangkan kesusahan yang Fatin perlu lalui. Alhamdullilah, 2 perjalanan yang lepas, ada 2 hamba Allah yang telah membantu menghantar Fatin, bapa dan kakaknya ke Alor Star dengan kereta mereka. Mudah-mudahan, dengan tersebarnya message ini, akan ada lagi hamba Allah yang akan tampil membantu meringankan kesusahan bapa Fatin, Rashidi untuk menghantar anaknya ini untuk mendapat rawatan. Keluarga Fatin menetap di 4445 Paya Keladi Hujung, Kepala Batas, Seberang Prai Utara.. Sesiapa yang sudi, Rashidi tidak keberatan untuk menerima kunjungan dari orang ramai yang ingin melihat sendiri keadaan Fatin. Mungkin Rashidi dan isterinya keluar bekerja, tapi Fatin dijaga oleh neneknya. Rashidi boleh dihubungi pada talian 019-4023596.Kepada yang tersentuh dan ingin melawat anak yang istimewa ini, dan sekiranya anda tidak biasa dengan Kepala Batas, anda perlu mengambil jalan lama dari pekan Kepala Batas ke Sungai Petani. Belok di Simpang arah ke kanan menghala ke Paya Keladi. Teruskan perjalanan sehingga jalan. Belok kanan dilorong bersebelahan sekolah agama dan masuk lebih kurang 100m. Rumah ayah Fatin di sebelah kanan kembar dua) dan akaun Rashid di Public Bank Kepala Batas (alwadiah) adalah 4-915303305. Mudah-mudah Allah memberkati apa yang kita lakukan."

****Ada yang bertanyakan saya tentang kebenaran cerita ini. Terus terang, saya sendiri masih belum berkesempatan untuk mempastikan kebenaran berita ini. Kalau nak pastikan, boleh telefon nombor hp bapa kanak2 tersebut dan dapatkan kepastian. Diakui, memang ramai yg menipu tentang derma dsbgnya... kita pegang satu perkara, apa yg kita lakukan (menderma) adalah ikhlas kerana Allah dan jika disalahgunakan, kita serahkan kpd Allah utk memberi petunjuk kpd sesiapa juga yg menipu...

04 November 2008

Fikirkan dan ambillah iktibar

Keharmonian hidup berumahtangga adalah salah satu faktor utama dalam membina sesebuah masyarakat yang baik dan terhormat. Rumahtangga yang baik dan harmoni ini sukar diperolihi tanpa adanya kerjasama serta saling hormat menghormati antara suami isteri dan lain-lain anggota keluarga.

Suami seharusnya berkelakuan baik dan berakhlak mulia dalam mengendalikan rumahtangganya, di samping itu sentiasa memperlihatkan contoh-contoh yang baik dalam pergaulan supaya ianya mudah diteladani oleh isteri dan anak-anaknya.

Di dalam rumahtangga, para suami tidak sewajarnya bertindak sebagai seorang yang keras dan bengis yang tahu mengarahkan itu dan ini dan mahukan semuanya tersedia untuknya tanpa memikirkan suasana rumahtangga yang memerlukan kasih sayang,kerjasama dan saling bantu membantu.

Dalam kehidupan berumahtangga, Rasulullah SAW telah memperlihatkan suatu teladan yang baik yang boleh diikuti oleh seseorang suami dalam mengurus rumahtangganya. Sebagai seorang suami Rasulullah s.a.w. amat bertimbang rasa dan bersedia membantu keluarganya.

Banyak kerja yang dilakukan dengan tangannya sendiri, seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan apabila mahu makan Baginda makan apa-apa makanan yang sedia ada saja.

Rasulullah SAW sangat marah kepada suami yang memukul isterinya sebagaimana memukul hamba abdi, sabdanya yang bermaksud: “Tidakkah seseorang dari kamu merasa malu untuk memukul isterinya sebagaimana dia memukul hambanya? Di waktu pagi dipukul isterinya kemudian di waktu malam ditidurinya pula”.

Di samping Rasulullah SAW menunjukkan panduan dan contoh tentang hidup tolong menolong serta perasaan kasih sayang kepada isteri, Rasulullah s.a.w. juga menunjukkan suatu teladan yang baik khususnya kepada mereka yang mempunyai isteri yang lebih dari seorang.

Sebagaimana yang diketahui umum bahawa Rasulullah SAW mempunyai beberapa orang isteri yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Ada yang masih muda dan cantik, dan ada yang sudah berumur.

Walau bagaimanapun, Rasulullah SAW tidak sekali-kali bersikap pilih kasih dalam layanan kasih sayang antara mereka. Masa dan giliran mereka dibahagikan dengan adil serta cukup rapi sekalipun dalam masa Baginda sakit. Apabila Rasulullah SAW hendak musafir, Baginda menjalankan undi antara isteri-isterinya itu dan hanya yang terkena undi saja yang berhak bersamanya.

****Bagaimana dengan anda, wahai para suami???

Biasa dan luar biasa

Seorang rakan memanjangkan info di bawah ini... baik utk sy kongsi dgn anda semua di kala kesibukan melampau kesan drpd mencutikan diri yg agak lama...





03 November 2008

Temujanji dan aktiviti KBS

Untuk makluman semua, temujanji dibekukan sementara (hingga diberitahu kelak) kecuali temujanji yang dibuat untuk pertemuan pada hari Sabtu.

Saya sedang mengemaskinikan jadual dan prosedur temujanji dan sedang dalam usaha mewujudkan temujanji secara online; bermaksud anda boleh berkomunikasi dengan saya menerusi talian telefon dan internet. Bila segalanya telah sedia, saya akan umumkan caranya.

Saya juga sedang menyediakan jadual khusus untuk aktiviti ahli Kelab Bersama Suzana, bermula awal tahun 2009. Untuk makluman semua ahli KBS, pertemuan dan pelancaran aktiviti KBS akan diadakan pada 21hb Disember ini. Untuk maklumat lanjut, saya akan emelkan ke emel setiap ahli dan sila semak emel anda. Sebarang pertukaran emel, sila maklumkan kepada saya.

Antara aktiviti yang akan diadakan mulai Januari 2009, secara mingguan dan bulanan ialah kursus guaman syarie, kelas al-Quran dan Fardhu Ain, program motivasi diri dan kelas senamrobik. Tidak terkecuali program khas untuk kesihatan dan kecergasan diri. Sehingga hari ini, KBS mempunyai 172 ahli dr seluruh negara. Terima kasih kpd yang menyertai KBS dan penyertaan masih dibuka, hanya untuk kaum wanita sahaja (tak sangka ada jugak kaum lelaki yang berminat, maaf sebab tak dapat nak terima yer!!)

Sama-sama doakan agar KBS berjaya mencapai objektifnya....

Anak adalah harta paling berharga

Hari ni, saya kembali ke pejabat selepas hampir 2 mingggu tidak bekerja bermula 20/10 hg 31/10 (kecuali Jumaat 24/10 dan Selasa 28/10). Bukan bercuti tetapi mencutikan diri tanpa gaji kerana saya perlu mendahulukan kepentingan anak-anak. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya terpaksa menjaga anak-anak saya kerana pembantu saya berhenti kerja tiba-tiba, selepas cuti sempena Aidilfitri sebulan yang lalu.

Memang mengejutkan tambah alasan yang diberikan memang tidak masuk akal malah membuatkan saya marah, bukan kepada pembantu tersebut tetapi orang yang telah membuat fitnah hingga menyebabkan pembantu tersebut berhenti tiba-tiba. Pembantu saya orang Indonesia yang dah lama menetap di sini. Rumahnya tak jauh dari rumah saya. Baru bekerja dengan saya bermula April lalu. Sejak awal saya dah bgtau, saya pentingkan penjagaan anak-anak semasa saya bekerja.

Bab kerja rumah atau memasak, saya tak kisah sangat. Pernah beberapa kali saya sampai di rumah, rumah tak kemas sangat, biasa lah sebab ada anak-anak kecil kan... pernah juga dia tak masak, bg alasan tak tau nak masak apa... tak per, sbb janji saya sejak awal, utamakan hal anak-anak dan alhamdulillah, dia memang jaga anak-anak saya dgn baik walau pernah anak pertama dan kedua saya tak mandi seharian, dia bg alasan anak-anak tak nak mandi walau dah disuruh... saya tak marahkan dia sbb saya percaya alasan dia tambah pulak anak-anak saya tidak membantah... saya percaya ada masanya anak-anak akan tunjukkan perangai... saya hanya nasihatkan anak-anak supaya tak ulangi kesalahan tersebut....

Raya baru ni, saya menurut seleranya yang inginkan baju kebaya... dia tak meminta tapi pernah saya dengar dia suarakan suka sangat tengok kebaya yang Ummi Aida pakai dalam Kekasihku Seru... memikirkan dia dah berbudi dengan saya dan anak-anak... walaupun dia bekerja dengan saya dan saya tak pernah tak bayar gajinya, tak der salahnya saya belikan kebaya yang simple dan kena dengan harganya untuk dia.... sbbnya gaji yang dia terima tak sama dengan kasih sayang dan perhatian yang dia berikan kpd anak-anak saya terutama yang kecil sekali... nyata dia amat gembira.

Namun, hari raya kedua, sebelum dia bercuti, waktu tu saya masih di kampung, tiba2 dia menangis.... bila saya tanya, dia tak bgtau sebabnya sampai la saya antar dia balik ke KL dgn bas pd malamnya. Bila diselidik, rupa2nya bibik (pembantu) adik saya dah buat cerita yang bukan2. Adik-adik saya pernah komen sikap bibik Angah dan komen-komen itu disampaikan oleh bibik kpd pembantu saya konon ditujukan kpdnya. Saya hanya berdoa agar pembantu saya tidak terpengaruh dgn cerita mengarut tersebut. Dalam perjalanan dr Kedah balik ke rumah hari terakhir cuti Aidilfitri, ketika menghubunginya nak bgtau jam berapa saya akan ambil dia, dia bgtau berat hati nak kerja dgn saya semula. Alasannya: Ummi baik sama saya tapi saudara2 ummi tak suka saya. Dikatanya saya tak pandai masak, saya suka menari macam2 lagi....

Terkejut saya, doa saya tak dimakbulkan... dia lebih percayakan bangsanya sendiri drpd org yang selama ini menjaga dia dgn baik... apa daya... syukur tika itu Mak dan Bapa saya ikut sekali maka selama 2 minggu Mak saya tolong saya menjaga anak-anak. Dalam masa yang sama, saya berusaha mendapatkan pengasuh tapi tidak berjaya. Sukar nak dapat pengasuh yang betul-betul boleh saya percayai. Sungguh, saya memang berkira dalam bab penjagaan anak-anak, bukan main serah jer.

Seseorang nasihatkan saya supaya berserah ja kpd Allah sbbnya siapa pun yang jaga anak-anak, Allah jugak yang menjaga sebenarnya. Katanya: kalau nak sakit atau nak mati, dlm jagaan kita sendiri pun akan sakit dan akan mati jika itu kehendak-Nya. Saya tahu dan saya faham tapi bagi saya, nak berserah pun, kita kena la ikhtiar. Kalau lah berserah je kpd Allah tanpa perlu usaha atau ikhtiar, baik saya tinggalkan jer anak-anak saya kat rumah tu kan... bergantung dan berharap terus jer kat Allah!!

Namun bagi saya, anak-anak adalah nombor satu, merekalah harta saya yang paling berharga... saya akan usahakan yang terbaik barulah saya serahkan kpd Allah... usaha pun bukan usaha kosong, saya berdoa mohon petunjuk dan panduan... dan hari ini, alhamdulillah saya jumpa seseorang yang sanggup membantu saya menjaga anak-anak walaupun hanya untuk sementara waktu...

Masing-masing punya prinsip dan pendirian... terpulanglah kpd diri anda sendiri. Cuma satu perkara, anda berhak menasihati sesiapa saja tetapi jgn sampai mendoakan yg tidak baik kpd org tersebut....