27 Oktober 2010

Khutbah Nikah


Memenuhi permintaan, saya upload Khutbah Nikah yang dibacakan kepada pengantin (selalunya pengantin perempuan tak dengar, patutnya kena dengar ni). Petikan khutbah ni saya dapat dgn bantuan seorang rakan yg menjawat jawatan Qadhi di sebuah daerah di Kedah. Saya taip semula so tak de lah part2 muqaddimah, ayat2, hadis dan khulasah khutbah. Biarpun ini khutbah nikah negeri Kedah, keseluruhannya faktanya hampir sama di seluruh Malaysia. Cuma, bagi pandangan saya, khutbah nikah ini perlu dipanjangkan dan ditambah banyak lagi fakta penting. Tak tau la pengantin2 akan beri perhatian ke tidak sebab masing2 sedang berdebar je kan :)
---------------------------------------------------------------

Perkahwinan adalah satu perkara yang sangat digalakkan oleh agama Islam. Allah telah menghalalkan nikah dan menggalakkan manusia kepadanya. Allah mengharamkan zina dan member amaran azabnya, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Firman-Nya lagi dalam surah an-Nisa ayat 1 yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam) dan menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang membiakkan dari kedua-duanya zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namanya, dan peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Perkahwinan adalah sunnahku. Barangsiapa yang tidak mengikuti akan sunnahku maka bukan daripada golonganku. – HR Ibnu Majah.

Setengah daripada hikmah perkahwinan ialah meramaikan zuriat dengan benih yang suci. Islam berkehendakkan tiap-tiap perkahwinan itu berpanjangan, hidup antara pasangan suami isteri dengan penuh kasih saying dan dalam keadaan aman, tenang dan sentiasa dalam kemakmuran dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Suami hendaklah mengetahui dan menyempurnakan segala tanggungjawab terhadap isteri dan keluarganya dengan memberi nafkah yang cukup. Berlaku adil jika beristeri lebih dari satu dan kewajipan suami juga untuk mengajar pengetahuan agama kepada isteri.

Janganlah sekali2 suami menjadikan isteri itu tempat tumpuan hawa nafsu semata2 dan tempat maki hamun, bahkan hendaklah sentiasa berlemah lembut dan bersefahaman pada segala bicara. Hendaklah suami mengerjakan segala perkara yang disuruh dan menjauhi perkara2 yang dilarang dan berdosa.

Setelah berkahwin janganlah mudah bercerai kerana bercerai adalah satu perkara yang sangat dibenci oleh Allah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sebenci-benci perkara yang halal kepada Allah ialah talak. – HR Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim.

Perceraian akan membawa seseorang kepada kesusahan, kedukaan yang mendatangkan kerosakan di dalam kehidupan. Lebih2 lagi jika sudah dikurniakan anak. Seseorang itu hendaklah berfikir dan insaf serta menjauhkan diri daripada mengerjakan perkara2 yang boleh merosakkan diri sendiri, zuriat keturunan, kaum keluarga dan masyarakat.

Maka ambillah tauladan wahai orang2 yang mempunyai fikiran dan selalulah mengambil iktibar dengan kejadian2 yang telah lalu.

26 Oktober 2010

Bila Jadi No2 dan Kahwin Singkat

Jangan lupa untuk bersama saya membincangkan dua topik menarik: Bila Jadi Nombor Dua dan Kahwin Singkat. Maklumat lanjut seperti berikut:

Topik: BILA JADI NOMBOR DUA
Tarikh:
28hb Oktober 2010
Hari:
Khamis
Masa:
7.30am
Siaran:
TV1 menerusi Selamat Pagi Malaysia

Topik: KAHWIN SINGKAT
Tarikh:
28hb Oktober 2010
Hari:
Khamis
Masa:
10.00pm
Siaran:
TV9 menerusi Semanis Kurma

InsyaAllah, saya juga akan menerima temujanji bersama rakan2 di Kuala Lumpur dan Selangor untuk bersemuka dgn saya pada 28-30hb Oktober.

Bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka dengan saya, boleh tetapkan temujanji segera. Untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM50 dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan antara RM10 hingga RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka ini, kos adalah antara RM50 hingga RM100 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).

Bagi yang berminat, sila bank in RM50 ke akaun Maybank 162209924697 atas nama Suhaiza Ghazali dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka bersama saya pada tarikh tersebut. (Talian beroperasi pada waktu pejabat sahaja).

Terima kasih!!

19 Oktober 2010

Dilema isteri: suami atau kekasih?


Saya kongsikan persoalan Dilema Perkahwinan, Majalah Pa&Ma keluaran bulan Ogos. Moga bermanfaat.


SOALAN:

Biarpun telah berkahwin dan mempunyai seorang putera, saya masih lagi diganggu oleh bekas teman lelaki yang juga sudah berkahwin dan mempunyai anak sendiri. Saya serba salah kerana jauh di lubuk hati saya masih mempunyai sekelumit rasa sayang pada bekas teman lelaki. Saya tahu saya berdosa pada suami. Apa yang perlu saya lakukan untuk menghapuskan perasaan itu dan terus menjadi isteri kepada suami yang sehingga kini tidak tahu isterinya ini kembali menjalinkan hubungan dengan kekasih gelap?

JAWAPAN:

Mungkin ada yang merasakan; petikan soalan yang dikemukakan kali ini bagaikan sebuah kisah telenovela. Namun, bagi saya yang sentiasa berdepan dengan pelbagai kes setiap hari, soalan ini bukan satu kes luar biasa sebaliknya telah menjadi satu kes yang biasa saya terima. Entahlah, jika dulu janda atau ibu tunggal dijadikan sasaran tetapi semacam satu trend terkini; ramai wanita yang masih sah bernama isteri kepada seorang suami bertindak menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

Sebelum saya jawab persoalan tentang cara untuk hapuskan rasa cinta kepada lelaki selain suami sendiri, saya ingin ketengahkan tentang hukum dan ketetapan syarak berkaitan perkara ini. Penerangan ini perlu bagi memahamkan mereka di luar sana yang masih berhubungan dan belum punya keinsafan seperti pengirim soalan kali ini. Perkara paling penting dalam sesuatu hubungan cinta ialah jangan mencintai orang yang tidak boleh dicintai. Tidak boleh menurut moral dan haram menurut hukum syarak.

Siapa yang tergolong dalam kumpulan ini; yang haram dicintai? Secara mudah; seorang lelaki haram mencintai wanita yang masih menjadi tunangan orang; atau wanita yang masih menjadi isteri orang atau wanita yang masih di dalam tempoh eddah. Bagi seorang wanita pula; dilarang bererti haram mencintai seorang lelaki jika masih menjadi tunangan orang atau masih menjadi isteri orang atau masih berada di dalam tempoh eddah.

Hukum haram ini terdapat di dalam nas al-Quran dan al-Hadis. Di dalam al-Quran, Allah SWT menyebut dalam surah al-Baqarah ayat 235 yang bermaksud: “Dan tidak berdosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan untuk berkahwin) dalam hatimu.” Ayat ini jelas melarang luahan hati yang berterus terang atau kata mudah, bercinta dengan wanita yang masih di dalam tempoh eddah.

Hukum haram bercinta dengan perempuan yang telah menjadi tunangan orang lain berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan."- hadis riwayat Bukhari. Biarpun matan hadis menyebut ‘meminang’ tetapi mafhum hadis termasuklah berhubungan mesra atau bercinta.

Jika tunangan orang atau wanita yang masih dalam tempoh eddah haram dicintai, wanita yang masih isteri orang lagilah dilarang. Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” Hadis riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi. Hadis ini bukan saja menunjukkan ketaatan dan hormat yang tinggi kepada seorang suami tetapi juga bermaksud kesetiaan cinta yang tidak berbelah bahagi.

Telah jelas dan terang hukum seorang isteri menerima cinta lelaki lain selain suami sendiri. Bukan setakat bercinta, menyimpan rasa suka pun dilarang. Lantas, bagaimana cara untuk menghalang kasih dilarang syarak ini daripada terus mekar?

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah putuskan terus hubungan dengan lelaki tersebut; tak kiralah bekas teman lelaki tika remaja dulu atau lelaki yang baru dikenali. Jangan ada sebarang perhubungan sama ada melalui telefon, SMS, e-mel ataupun melalui laman jalinan sosial. Kenapa? Mengkuburkan terus dirinya daripada hidup anda adalah cara terbaik untuk membuangnya daripada ingatan anda. Jika anda tidak boleh mengelak daripada berhubungan, sebagai contoh terjebak cinta bersama rakan sepejabat; jika tidak berdaya untuk bertukar tempat kerja, keraskan hati untuk hanya berhubung dengannya hanya atas urusan kerja. Jika si dia mula berbicara tentang selain perkara kerja terutama yang ada kaitan dengan hubungan anda dengannya; segeralah berundur diri. Dalam keadaan ini; anda sendiri perlu kuatkan hati dan emosi. Jangan sesekali termakan dengan pujuk rayunya atau janji-janji indahnya. Saya tak katakan semua lelaki sama cuma satu perkara yang perlu dipertimbangkan juga, apakah jaminannya anda akan bahagia pada masa depan nanti jika anda melayan cintanya yang entah benar cinta atau nafsu semata?

Selain menamatkan hubungan dengannya, anda juga perlu berikan lebih tumpuan kepada suami anda. Jika anda beralih kasih disebabkan teman lelaki yang bersikap lebih romantik atau berikan lebih perhatian; anda usahakanlah agar suami anda bersikap lebih romantik dan berikan lebih perhatian kepada anda. Berbincanglah secara baik. Amalkan konsep komunikasi unggul dalam perkahwinan iaitu sentiasa berterus terang dan berbincang dalam menghadapi apa jua situasi perkahwinan dan perasaan. Sukar? Atau teman lelaki lebih istimewa? Jangan mudah terpedaya! Ingatlah! Ramai lelaki bersikap lebih romantik, lebih perhatian dan belaian tika anda belum dimilikinya. Bila dah dapat, selalunya dah tak sama dengan keadaan sebelumnya.

Persoalan; perlukah berterus terang kepada suami tentang hubungan gelap anda? Jawapannya; bergantung kepada keadaan. Jika suami mula menghidu hubungan anda, berterus teranglah, akui kesilapan anda, mohon maaf dan nyatakan kesalan anda atas kesilapan tersebut. Mohon agar anda diberikan peluang untuk terus bersama suami dan berjanjilah anda akan berusaha mempertahankan kasih sayang dan perkahwinan kalian. Jika suami belum mengesannya; diamkan saja tetapi anda tetap perlu mohon maaf daripada suami; cukup sekadar nyatakan anda telah tersilap dan syukur kerana disedarkan oleh Allah serta berjanji tidak akan ulangi kesilapan yang sama. Cuba elakkan daripada berterus terang jika diminta oleh suami. Boleh nyatakan; sebaiknya tak perlu sebab berkemungkinan boleh memburukkan keadaan tetapi jika anda diasak agar mengakui kesilapan tersebut; berterus teranglah secara baik dan dengan penuh penyesalan.

Paling penting; berdoalah agar anda tidak kalah kepada kehendak nafsu dan emosi sendiri. Berdoa juga agar cinta dan kasih sayang anda kepada suami kekal utuh dan teguh. Berdoa juga agar kasih sayang suami juga kekal utuh dan teguh kepada anda; agar suami bersikap terbuka dan sanggup memaafkan kesilapan anda serta memberikan peluang kepada anda untuk berubah; kembali menjadi isteri yang setia dan solehah. Peringatan! Jangan sesekali ulangi kesilapan sama dan jangan salahguna kepercayaan yang suami berikan!!

Saya faham, dalam kemelut rumahtangga kini, terlalu banyak kes yang melibatkan cinta si isteri pudar dan makin hilang disebabkan sikap suami sendiri yang gagal malah sengaja lalai dalam menjalankan tanggungjawab. Namun, kegagalan tersebut bukan satu alasan atau kebenaran buat si isteri mencari dan menikmati cinta baru daripada lelaki lain. Seorang wanita haram menyimpan rasa hati dan perasaan kepada lelaki selain daripada suaminya.

Jika suami ada kekurangan yang tak boleh diubah dan tidak mampu diterima lagi, mohonlah kebenaran untuk keluar secara baik daripada perkahwinan. Hanya setelah anda bebas, bukan lagi menjadi isteri orang, barulah anda berhak menerima dan memberi cinta yang baru.

****Dilema Perkahwinan, Majalah Pa&Ma edisi Ogos 2010

Temujanji bersemuka di KL 21-23 dan 28-30 Okt

InsyaAllah, saya akan menerima temujanji bersama rakan2 di Kuala Lumpur dan Selangor untuk bersemuka dgn saya pada 21-23hb dan 28-30hb Oktober.

Bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka dengan saya, boleh tetapkan temujanji segera. Untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM50 dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan antara RM10 hingga RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka ini, kos adalah antara RM50 hingga RM100 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).

Bagi yang berminat, sila bank in RM50 ke akaun Maybank 162209924697 atas nama Suhaiza Ghazali dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka bersama saya pada tarikh tersebut. (Talian beroperasi pada waktu pejabat sahaja)

Terima kasih!!

04 Oktober 2010

Temujanji bersemuka di KL 7 hg 9 Okt

InsyaAllah, saya akan menerima temujanji bersama rakan2 di Kuala Lumpur dan Selangor untuk bersemuka dgn saya mulai pada 7hb hingga 9hb Oktober.

Bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara bersemuka dengan saya, boleh tetapkan temujanji segera. Untuk pengesahan temujanji, anda perlu jelaskan RM50 dan setelah selesai temujanji, bayaran tambahan akan dikenakan antara RM10 hingga RM50 sahaja lagi. Bererti untuk temujanji bersemuka ini, kos adalah antara RM50 hingga RM100 sahaja (termasuk bayaran pengesahan sebelum pertemuan).

Bagi yang berminat, sila bank in RM50 ke akaun Maybank 162209924697 atas nama Suhaiza Ghazali dan SMS nombor rujukan atau tarikh dan masa bayaran beserta nama penuh anda ke talian 013-2545965 dan maklumkan anda inginkan temujanji bersemuka bersama saya pada tarikh tersebut. (Talian beroperasi pada waktu pejabat sahaja)

Terima kasih!!